Dian Nupus
M. Reyhan Firaz
Ammar Fatah Usama
Melli Nur Fauziah
Utami Rahmawati
BAB I
C. Tarekat rifaiyah
PENDIRI Tariqat Rifaiyah adalah Hadhrat Syeikh AhmadBin Ali Abul Abbas Ar-Rifai
Rahmatullah alaih. Beliau dilahirkan pada bulan Muharram tahun 500 Hijrah bersamaan
tahun 1106 Masihi dan ada pendapat yang mengatakan bahawa beliau lahir pada bulan Rejab
tahun 512Hijrah yang bersamaan tahun 1118 Masihi di Basrah, Selatan Iraq dan wafat pada
22 Jamadil Awwal 578 Hijrah bersamaan tahun 1183 Masihi di Ummu Abidah, Barat Iraq.
Beliau keturunan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
dan memiliki darah persaudaraan dengan Hadhrat Syeikh Abdul Qadir Al- Jailani
Rahmatullah alaihi.
Menurut sejarah hidupnya, ayah beliau meninggal dunia di Baghdad pada tahun 419 Hijrah
ketika beliau
berusia tujuh tahun, lalu beliau telah dididik oleh bapak saudaranya yaitu Hadhrat Syeikh
Mansur Al-Bathaihi Rahmatullah alaih yang juga seorang Syeikh Tariqat menurut Imam
Syarani di dalam kitabnya yang berjudul Lawaqihul Anwar.
Beliau juga telah belajar dari seorang lagi bapak saudaranya yang bernama Hadhrat Abul
Fadhl Ali Al-Wasithi Rahmatullah alaih mengenai hukum-hukum Islamdalam Mazhab
Syafii. Beliau telah begitu giat belajar sehingga beliau berusia 27 tahun.
Tarekat Rifaiyah mempunyai tiga ajaran dasar, yaitu :
1. Tidak meminta sesuatu
2. Tidak menolak
3. Tidak menunggu
Ciri khas Tarekat Rifaiyah terletak pada zikirnya. Zikir kaum Rifaiyah ini
disebut darwis melolong karena dilakukan bersama-sama dan diiringi
oleh suara gendang yang bertalu-talu. Zikir tersebut dilakukannya
sampai mencapai suatu keadaan. Saat itu, mereka dapat melakukan
perbuatan-perbuatan yang menakjubkan, misalnya berguling-guling
dalam bara api, tetapi tidak terbakar sedikit pun.
Tarekat Syadziliah