Anda di halaman 1dari 12

Perbezaan Dialog antara Agama

dengan Dialog yang lain


Abu-Nimer (2007) menjelaskan terdapat tiga
unsur utama dalam dialog antara agama yang
membezakan dialog ini dengan dialog-dialog
yang lain.

Unsur spiritual, ritual dan kitab suci. Unsur


spiritual yang menekankan elemen
kepercayaan dan nilai adalah tunjang utama
dalam dialog antara agama kerana ia berupaya
mempengaruhi pendirian dan sikap seseorang
yang terlibat sebagai peserta dialog.
Unsur spiritual tidak hanya berupaya membawa
perubahan sosial dan memotivasikan seseorang
cintakan keamanan, tetapi juga menjadi titik
pembeza antara konsep dialog antara agama dengan
dialog-dialog yang lain.

Konsep dialog antara agama menekankan agama


sebagai satu identiti yang kukuh, agama disifatkan
suatu yang sensitif dan mudah menarik perhatian
(attentive), perasaan keagamaan mudah mendorong
seseorang untuk bertindak berbanding unsur-unsur
lain yang membentuk identiti seseorang, nilai moral
dan spiritual yang dianjurkan oleh agama
menggalakkan seseorang melakukan perubahan
sikap serta agama meninggalkan kesan yang lebih
mendalam berbanding unsur-unsur lain.
Unsur kedua yang terkandung dalam dialog antara
agama ialah unsur ritual yang berbeza antara satu
agama dengan agama lain.

Ritual unsur berpengaruh dalam merapatkan


hubungan sesama agama kerana penganut agama
tersebut diikat dengan keyakinan spiritual dan
ketaatan terhadap nilai dan kepercayaan agama.

Ritual membuka ruang untuk memahami sistem


agama lain. Malah, penglibatan dan program ikut-
serta dalam melaksanakan ritual agama lain turut
memberi pengalaman tersendiri terhadap
pandangan sejagat agama lain.
Unsur ketiga dalam dialog antara agama ialah kitab
suci ataupun teks agama.

Pada dasarnya, kitab suci dan peristiwa-peristiwa


suci dalam sesuatu agama memberi tahap
keyakinan terhadap sesuatu kebenaran yang
ditetapkan dalam agama masing-masing.

Kehadiran kitab suci dalam setiap agama


sebenarnya memperkayakan lagi jalinan dialog
antara agama. Situasi ini dapat dilihat melalui
program pembacaan dan pentafsiran kitab suci
sebagai satu kaedah untuk mempelajari agama lain.
Ketiga-tiga unsur tersebut turut diperincikan Mohd.
Farid Mohd Shahran (2008) yg menyatakan dialog yg
menyentuh permasalahan sosial, ekonomi dan politik
lebih mudah jika dibandingkan dialog yang
menyentuh permasalahan agama.

Ini kerana agama berkait rapat dengan pegangan,


kepercayaan dan keyakinan yang bersifat mutlak. Ia
merupakan wilayah suci yang amat sukar menerima
ruang perubahan. Tambahan lagi, agama pada
fitrahnya, mencerminkan satu kerangka pandangan
alam (worldview) menyeluruh yang terbentuk dari
beberapa unsur-unsur utama berdasarkan sumber-
sumber agama yang bersifat mutlak.
Dalam konteks Islam, misalnya, unsur-unsur utama ini seperti
kepercayaan dan kefahaman terhadap Tuhan, Nabi, Hari
Akhirat, hukum-hukum dan sebilangan nilai-nilai akhlakiah
adalah tetap dan kekal, tidak tertakluk kepada perubahan.

Pandangan alam yg terpancar dari sesuatu agama itu pula


berbeza dan kadangkala bertentangan dengan pandangan
hidup yang terbit daripada agama-agama lain.

Teks-teks agama yang menjadi sumber rujukan dalam


pembentukan pandangan hidup ini secara dasarnya
mempertahankan ketulenan kepercayaan dan ajaran-ajaran
agama masing-masing dan menolak beberapa prinsip yang
dipegang oleh agama lain.

Keadaan ini secara tidak langsung mempertajamkan lagi


perbezaan yang wujud antara pandangan alam yang lahir
daripada pelbagai agama.
Hal ini menjelaskan persoalan agama yang menyentuh
aspek akidah atau doktrin agama sememangnya sukar
untuk disepakati bersama. Namun masih terdapat
aspek tertentu dalam agama yang berupaya
mendorong kebersamaan dan kesejahteraan umat
manusia.

Menurut Hashim Ismail dan Raihanah Abdullah


(2009), persoalan keagamaan merupakan antara
agenda utama dalam dialog peradaban kerana agama
menawarkan nilai-nilai kesejagatan bagi menjamin
kelangsungan hidup bersama.
Kedangkalan ilmu dalam memahami agama dan
kesalahfahaman terhadap ajaran agama lain
perlu dileraikan melalui mekanisme dialog
kerana permasalahan ini boleh mengganggu
gugat hubungan umat beragama yang secara
tidak langsung akan mengancam kestabilan
negara.

Justeru, asas ajaran agama yang tepat perlu


didialogkan atau dibincangkan bersama bagi
mendapat kefahaman sebenar terhadap
sesuatu agama.
Sememangnya, peranan agama begitu penting
dalam membentuk sikap dan perlakuan
masyarakat bagi membina jalinan harmoni
dan kerukunan hidup bersama.

Ini kerana agama menawarkan the golden


rule of life, iaitu peraturan kehidupan
bersama. Chandra Muzaffar (2010: 40)
menjelaskan:
It is a remarkable fact that this rule treat others
the way you want to be treated occupies a
prominent place in all religions without
exception. It is a rule that can be applied to all
spheres of life; male-female relations, within
the family, within a community, between
communities, between states, in business, in
politics, in the entertainment world, in sports
and so on.
Chandra menyarankan penerokaan terhadap
kajian agama pada abad ini perlu diperluaskan
dengan mengetengahkan nilai-nilai universal
yang terkandung dalam semua agama.

Salah satu daripada nilai tersebut ialah


mempromosi kebaikan agar pihak lain turut
melakukan kebaikan yang serupa demi
kelangsungan hidup bersama.

Anda mungkin juga menyukai