Anda di halaman 1dari 15

Soalan Lazim

Instrumen Ujian Saringan Bahasa Melayu Tahap 2

1 . Apakah instrumen ini?


Ini adalah instrumen ujian saringan Bahasa Melayu Tahap 2.

2 . Apakah tujuan instrumen ini dijalankan?


Instrumen ini adalah kayu pengukur yang digunakan untuk memastikan
murid sudah menguasai kemahiran asas membaca dan menulis.

3 . Berapakah bahagian yang terdapat di dalam Instrumen ini?


Instrumen ini mengandungi 10 bahagian (A hingga J).

4 . Siapakah sasarannya?
Sasaran instrumen ini ialah murid-murid pemulihan tahap 2.

5 . Siapakah murid-murid pemulihan tahap 2?


Murid-murid pemulihan tahap 2 ialah bekas murid pemulihan khas yang
gagal dalam program Pemulihan Khas. (Gagal dalam ujian pelepasan
Bahasa Melayu tahun tiga).

6 . Siapakah yang mentadbir ujian saringan Bahasa Melayu tahap 2 ini?


Instrumen ini ditadbir oleh guru matapelajaran Bahasa Melayu Tahap 2.

7 . Bilakah instrumen ini dilaksanakan?


Instrumen ini dilaksanakan pada awal tahun iaitu pada bulan Januari
pada setiap tahun.

8 . Berapakah skor melepasai wajaran dalam ujian saringan ini?


Skor wajaran bagi ujian ini ialah 40/50.

9 . Apakah maksud skor minima?


Skor minima bermaksud setiap murid perlu menjawab dengan betul pada
setiap bahagian mengikut skor yang telah ditetapkan.

10. Bagaimanakah cara penandaan di bahagian G dan I ?


Jawapan murid dikira betul jika telah menggunakan sekurang-kurangnya
tiga perkataan dalam satu ayat.

11. Apakah tindakan yang perlu dilakukan setelah mendapat data dari
instrumen ini?
Tindakan yang perlu dilakukan ialah:
11.1 Menghantar laporan data kepada PPD/JPN pada awal tahun.
11.2 Salinan disimpan dalam fail P1NCH
Soalan Lazim
Instrumen Ujian Saringan Bahasa Melayu Tahap 2
12. Apakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya murid yang terlibat
gagal melepasi wajaran instrumen ini ?
Sekiranya murid ini gagal melepasi wajaran instrumen ini, mereka perlu
mengikuti program pemulihan dalam bilik darjah.

13. Siapakah yang melaksanakan program pemulihan dalam bilik darjah ?


Guru teras matapelajaran tersebut.

14. Apakah peranan guru pemulihan khas ?


Guru pemulihan khas boleh membantu dari segi pendekatan pengajaran,
teknik dan pembinaan ABM.

15. Berapa lamakah masa yang ditetapkan untuk menjalankan ujian ini ?
Tiada tempoh masa yang ditetapkan kerana ujian ini menguji kemahiran
murid bukan kepantasan murid menjawab soalan.

16. Adakah ujian PROTIM perlu dijalankan ?


PROTIM dilaksanakan mengikut arahan pekeliling yang masih berkuat
kuasa.
INSTRUMEN PENENTU PENGUASAAN 2M
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
TAHAP DUA

(UJIAN SARINGAN)

DISEDIAKAN OLEH

JURULATIH UTAMA
PROGRAM PEMULIHAN KHAS
SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS
JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR
INSTRUMEN PENENTU PENGUASAAN 2M
(IPP2M)
TAHAP 2
UJIAN SARINGAN

NAMA : ........................................................

TAHUN : ........................................................

TARIKH : ........................................................

50
Arahan:

Sila baca soalan dengan teliti dan jawab semua soalan.

A. Tulis perkataan yang diberi berdasarkan gambar yang


betul.

petola selipar mancis

sekolah jambatan kilang

5
B. Lengkapkan perkataan berikut berpandukan gambar.

p_riu_ b_n_al p_ra_u

b a _ gk _ p _ san _

5
C. Tuliskan perkataan yang betul berpandukan gambar.

5
D. Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

pelampung tandas komputer

bunga ladang

makan

16. Ali mandi guna ......................................... di kolam


renang.

17. .................................... mawar itu berbau harum.

18. Petani bekerja di ..............................................

19. ............................................. itu bersih.

20. Zaki beli ................................................ baru.

5
E. Susun semula perkataan-perkataan yang diberi supaya
menjadi ayat yang lengkap.

21. garang . Harimau sangat itu

…………………………………………….................................

22. memasak Emak di dapur.

……………………………….........................................……….

23. belayar Kapal lautan. di tengah

………………………………....................................................

24. lampu Datuk tidur. membeli

………………………...............................………………………

25. menanam Petani kebun. di sayur

…………………………...............................…………………...

5
F. Tulis semula ayat yang sesuai berpandukan gambar.
26. Rahim mandi di tep telaga.

27. Raju membelah kayu menggunakan kapak.

28. Murid-murid beratur ketika menaiki bas.

29. Ibu mengutip cendawan di kebun.

30. Kambing sedang meragut rumput di padang.

5
G. Bina ayat berdasarkan perkataan yang diberi.

31. tanduk

……………………………………………………………………

……………………………………………………………………

32. ketupat

……………………………………………………………………

……………………………………………………………………

33. belalang

……………………………………………………………………

...............................................................................................

34. rambutan

……………………………………………………………………

...............................................................................................

35. loceng

...…………………………………………………………………

..............................................................................................

5
H. Tulis nombor berdasarkan gambar mengikut urutan cerita
yang betul.

36. 37. 38.

36. 37.

Setiap pagi Pak Ali pergi ke ladang.

Pak Ali membawa parang dan cangkul.

Pada waktu petang Pak Ali pulang dengan


membawa hasil tanamannya.
Pak Ali menjual hasil tanamannya di
pasar tani.

Pak Ali gembira dengan hasil jualannya.

5
I. Bina 5 ayat berpandukan gambar yang diberi.

41.

42.

43.

44.

45.

5
J. Baca petikan yang diberi dan jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
Ini keluarga Ranjit.

Emak Ranjit sedang mencuci pinggan mangkuk.

Kakak sedang memotong ikan dengan pisau.

Bapa mengangkat air dengan baldi.

Ranjit suka menolong emaknya menyapu sampah.

Adiknya pula sedang bermain anak patung.

Keluarga Ranjit hidup bahagia.

Jawab soalan-soalan yang berikut.

46. Ini keluarga siapa ?

……………………………………………………….

47. Emak sedang buat apa ?

……………………………………………………..

48. Kakak memotong ikan dengan apa ?

………………………………………………………

49. Siapakah yang bermain anak patung ?

………………………………………………………

50. Apakah yang selalu dilakukan oleh Ranjit ?

............................................................................ 5
REKOD UJIAN SARINGAN IPP2M TAHAP 2
Nama : …………………………….. Tahun : …………………....

Tarikh : ……………………...........

Bahagian Markah Markah Markah Keputusan


Penuh Wajib Lulus Diperolehi

A 5 5 Gagal / Lulus

B 5 5 Gagal / Lulus

C 5 2 Gagal / Lulus

D 5 5 Gagal / Lulus

E 5 3 Gagal / Lulus

F 5 5 Gagal / Lulus

G 5 4 Gagal / Lulus

H 5 5 Gagal / Lulus

I 5 3 Gagal / Lulus

J 5 3 Gagal / Lulus

50 40
JUMLAH

• Catatan : Guru rekodkan bilangan jawapan yang betul bagi setiap kemahiran
yang diuji dalam ruang skor. Jika calon gagal mana-mana bahagian , calon
dianggap gagal.

Catatan Penguji :

…………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………….

Tandatangan Penguji : …………………………. …………………………………


( cap )
Nama Penguji : …………………………………..

Tarikh : ……………………………..

Anda mungkin juga menyukai