Anda di halaman 1dari 31

Mohd Zamro Muda

Jabatan Syariah
Fakulti Pengajian Islam, UKM
 Allah mensyariatkan perkahwinan kepada manusia
selaras dengan kehendak fitrah manusia yang ingin hidup
berpasangan.
 Perkahwinan adalah satu-satunya saluran yang mutlak
bagi membiakkan keturunan & mengekalkan kelanjutan
generasi manusia.
 Dengan perkahwinan jugalah seseorang dapat mengatur
kehidupan & menjalinkan tali persaudaraan yang
berdasarkan kasih sayang & saling mengerti.
 Perkahwinan merupakan nikmat kurniaan Allah yang
besar kepada manusia.
 Oleh itu, lelaki atau perempuan yang berfikiran waras
tidak seharusnya menafikan hakikat bahawa dia
memerlukan isteri atau suami dan anak cucu yang
dijadikan oleh Allah sebagai perhiasan hidup.
 Keluarga adalah masyarakat kecil yang menjadi asas
bagi membentuk masyarakat yang lebih besar
 Apabila masyarakat kecil ini hidup aman bahagia
berlandaskan prinsip agama & nilai murni, maka akan
wujudlah masyarakat yang bermoral & mulia.
 Imam al-Ghazali berkata:
“Perkahwinan bererti jihad, dan latihan jihad itu ialah
mengawal & mentadbir, menunaikan hak-hak keluarga,
bersabar menghadapi tingkah laku & akhlak wanita,
memimpin wanita ke jalan yang diredhai, berjuang
mencari rezeki yang halal untuk mereka serta berusaha
mendidik anak-anak. Kesemua tugas tersebut merupakan
tanggungjawab yang berat”.
 Matlamat perkahwinan yang utama ialah untuk mendapat
zuriat & menyalur nafsu syahwat dengan cara yang
dikehendaki oleh Islam.
 Ketenteraman jiwa lahir dari perkahwinan yang bahagia
 Dari segi bahasa:
“Cantum atau himpun atau kumpul”.
 Dari segi istilah:
“Suatu akad yang menggunakan lafaz nikah atau tazwij
atau terjemahannya yang menghalalkan persetubuhan
antara lelaki & perempuan”.
 Hukum asal perkahwinan adalah sunat kerana
diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.
 Namun para ulama telah menetapkan hukum
perkahwinan berubah kepada 5 hukum mengikut
situasi individu berkenaan, iaitu:
Hukum Penjelasan
Harus - Tiada tuntutan mendesak untuk kahwin
Sunat - Mampu nafkah zahir & batin
- Tak bimbang melakukan zina
Wajib - Mampu nafkah zahir & batin
- Yakin terjerumus kepada zina/maksiat
Makruh - Tak mampu beri nafkah, tapi nak kahwin
- Tak memudaratkan isteri
Haram - Tak mampu beri nafkah zahir & batin
- Yakin akan berlaku kezaliman kepada
isteri
 Ketakwaan kepada Allah
 Al-Mawaddah & al-Rahmah
 Al-Mu’asharah bi al-ma’ruf
 Bertanggungjawab & amanah
 Menjamin kesihatan
 Memenuhi tuntutan rohani & jasmani
 Menjalinkan silaturrahim
 Memberi ketenteraman kepada pasangan
 Islam ada menggariskan beberapa ciri bakal suami
atau isteri, namun ia hanyalah panduan dan bukan
bersifat paksaan.
 Ciri-ciri Bakal Suami
(1) Beriman & bertaqwa kepada Allah
(2) Bertanggungjawab
(3) Berakhlak mulia
(4) Berilmu agama
(5) Tak berpenyakit berat
(6) Rajin berusaha
 Ciri-ciri Bakal Isteri
(1) Beriman & solehah
(2) Rupa paras yang cantik & elok
(3) Berakhlak mulia
(4) Rendah maharnya
(5) Wanita yang subur
(6) Masih dara
(7) Berasal dari keturunan yang baik
(8) Bukan keturunan terdekat
 Pertunangan merupakan permulaan kepada
perkahwinan.
 Pertunangan bermaksud seorang lelaki melahirkan
hasratnya untuk berkahwin dengan seorang perempuan
tertentu secara persendirian dengan memberitahu wali
perempuan tersebut atau menerusi perantaraan wakil.
 Jika permintaan itu diterima maka berlakulah
pertunangan tersebut & akan lahirlah kesan hukumnya.
 Hukum pertunangan atau peminangan adalah harus.
(1) Bukan isteri orang
(2) Bukan muhrim
(3) Bukan berada dalam iddah
(4) Bukan tunang orang lain
 Ia berlaku setelah ada ikatan pertunangan yang sah
 Boleh berlaku dalam 3 cara:
(1) Salah satu pihak meninggal dunia
(2) Salah satu pihak memutuskan pertunangan, sedangkan
pihak yang satu lagi ingin meneruskannya
(3) Kedua-dua pihak bersetuju memutuskan pertunangan
tersebut
 Situasi (1) & (3) tak timbul masalah, tapi situasi (2)
menimbulkan banyak masalah
 Bagi situasi (2), bagaimana dengan kedudukan mahar
(jika telah diberikan), hadiah, pemberian & persiapan
perkahwinan?
(1) Mahar yang didahulukan boleh dituntut kembali
(2) Hadiah & pemberian – menurut mazhab Shafi’i – ia
perlu dikembalikan sama ada masih wujud atau telah
rosak
(3) Persediaan perkahwinan – ada 2 pendapat:
(i) Ganti rugi tak boleh dituntut kerana pihak berkenaan
sanggup tanggung risiko
(ii) Pihak yang mungkir perlu membayar ganti rugi
sebagai hukuman ta’zir
 Rukun nikah ada 5, iaitu:
(1) Pengantin lelaki
(2) Pengantin perempuan
(3) Wali
(4) 2 orang saksi
(5) Sighah (ijab & qabul)
(1) Islam
(2) Lelaki tertentu
(3) Bukan mahram kepada bakal isteri
(4) Mengetahui wali yang sebenar bagi akad nikah
tersebut atau wakilnya
(5) Bukan dalam ihram haji atau umrah
(6) Dengan kerelaan sendiri & bukan paksaan
(7) Tidak mempunyai 4 orang isteri yang sah dalam satu
masa
(8) Tahu bahawa perempuan yang bakal dikahwini adalah
sah dijadikan isteri
(1) Islam
(2) Perempuan tertentu
(3) Bukan mahram kepada bakal suami
(4) Bukan seorang khuntha musykil
(5) Bukan dalam ihram haji atau umrah
(6) Tidak dalam iddah
(7) Bukan isteri orang
(8) Dengan kerelaan sendiri kecuali yang masih gadis
(1) Islam
(2) Lelaki
(3) Baligh
(4) Dengan kerelaan sendiri
(5) Bukan dalam ihram haji atau umrah
(6) Tidak fasiq
(7) Tidak cacat akal fikiran
(8) Merdeka
(9) Tidak ditahan menguruskan hartanya kerana bodoh
atau terlalu boros
(1) Bapa
(2) Datuk (bapa kepada bapa) dan seterusnya ke atas
(3) Saudara lelaki seibu sebapa
(4) Saudara lelaki sebapa
(5) Anak saudara lelaki seibu sebapa sehingga ke bawah
(6) Anak saudara lelaki sebapa sehingga ke bawah
(7) Bapa saudara seibu sebapa
(8) Bapa saudara sebapa
(9) Sepupu lelaki seibu sebapa
(10)Sepupu lelaki sebapa
(1) Sekurang-kurangnya 2 orang
(2) Islam
(3) Lelaki
(4) Baligh
(5) Berakal
(6) Memahami lafaz ijab & qabul
(7) Boleh mendengar, melihat & bercakap
(8) Kuat ingatan
(9) Merdeka
(10)Adil
(1) Menggunakan perkataan nikah atau seumpamanya
(2) Tak boleh menggunakan perkataan sindiran
(3) Diucapkan oleh wali atau wakilnya
(4) Tidak diikat dengan tempoh waktu
(5) Tidak secara ta’liq
(1) Ucapan sesuai dengan lafaz ijab
(2) Tak boleh menggunakan perkataan sindiran
(3) Diucapkan oleh bakal suami atau wakilnya
(4) Tidak diikat dengan tempoh waktu
(5) Tidak secara ta’liq
(6) Tidak diselangi dengan perkataan lain
 Ia terbahagi kepada 2, iaitu
(1) Haram untuk selamanya
(2) Haram sementara
 Perempuan yang haram dikahwini buat selamanya ada
3 sebab, iaitu
(1) Haram sebab kerabat
(2) Haram dengan sebab penyusuan
(3) Haram dengan sebab persemendaan
(1) Perempuan yang ditalak tiga
(2) Perempuan yang bersuami
(3) Perempuan yang masih dalam iddah
(4) Perempuan yang tidak beragama dengan agama
samawi
(5) Mengumpul dua orang adik beradik atau dengan
muhrimnya dalam satu masa
(6) Perempuan kelima untuk lelaki yang telah mempunyai
4 orang isteri
Hak & Tanggungjawab Suami
(1) Memberi nafkah zahir & batin
(2) Tanggungjawab dari segi kebendaan seperti pakaian,
tempat tinggal, alat kebersihan & perabut, orang gaji
(jika mampu)
(3) Tanggungjawab dari segi akhlak & kerohanian
(4) Hak ketaatan isteri
(5) Kuasa ta’dib
Hak & Tanggungjawab Isteri
(1) Mentaati suami
(2) Hak terhadap maskahwin
(3) Hak mendapat nafkah
(4) Melayan suami
(5) Tinggal di rumah suami
(6) Memelihara kehormatan diri
Hak & Tanggungjawab Bersama
(1) Hak istimta’
(2) Pergaulan baik suami isteri
(3) Sabit keturunan anak
(4) Tanggungjawab terhadap harta benda
(5) Tanggungjawab terhadap anak
(6) Tanggungjawab terhadap pendidikan
(7) Tanggungjawab terhadap urusan rumahtangga
(8) Hak pusaka mempusakai
 Undang-undang perkahwinan yang digubal di
Selangor dinamakan Enakmen Undang-undang
Keluarga Islam Selangor 2003
(1) Dikenakan tindakan undang-undang
(2) Masyarakat pandang serong
(3) Maruah keluarga tercemar
(4) Kehidupan jadi kucar kacir
(1) Semua pihak terutamanya ibu bapa & masyarakat
bertanggungjawab memastikan sesebuah perkahwinan
itu sah dari segi syarak
(2) Jabatan agama Islam & badan kerajaan perlu
perbanyakkan program ilmu seperti kursus kahwin dan
sebagainya
(3) Tindakan undang-undang perlu dikenakan ke atas
mereka yang melanggar undang-undang yang telah
ditetapkan

Anda mungkin juga menyukai