Anda di halaman 1dari 52

BAB 3

3 . 2 P E N U L ISAN K R EAT IF
KANDUNGAN
Makna Penulisan Kreatif
Jenis Penulisan Kreatif
Ciri-Ciri Penulis Kreatif
Ciri-Ciri Penulisan Kreatif
Bahasa Figuratif dalam Penulisan Kreatif
MAKNA
PENULISAN KREATIF
• Penulisan yang menggunakan daya
imaginasi dan kreativiti penulis
• Penulisan yang menggunakan banyak
bahasa figuratif
• Penulis ingin menyampaikan perasaan dan
pemikirannya dan juga berkongsi
pengalaman dengan pembaca.
SAMB…
• Bukan sahaja untuk menyampaikan/
memberitahu tetapi supaya pembaca turut
sama mengalami dan merasai pengalaman
tersebut.
• Pengalaman berdasarkan kejadian
sebenar atau hanya imaginasi penulis
sahaja.
• Bukan karya kreatif – penulisan akademik,
berita, laporan, surat, memo, minit
mesyuarat
JENIS PENULISAN KREATIF

JENIS PENULISAN KREATIF


 Prosa – drama, cerpen, novel
 Puisi - pantun, syair, gurindam,
seloka, sajak.
SAMB…
Sajak dihasilkan oleh penyajak/penyair
Cerpen dihasilkan oleh cerpenis
Novel dihasilkan oleh novelis
Skrip drama dan filem dihasilkan oleh
penulis skrip
Lirik lagu dihasilkan oleh penulis lirik
CIRI-CIRI PENULIS KREATIF
Nordin Selat (1977-Utusan Zaman) dan Isabelle
Ziegler (1975) dalam The Creative Writer’s,
terdapat 16 sifat penulis iaitu:
1. Penulis mempunyai persepsi
 Dapat melihat apa yang orang lain tidak
dapat lihat
 Mindanya dapat menembusi masa,
ruang dan waktu
2. Mata penulis sama dengan lensa kamera
 Dapat merakamkan dan mengabadikan
apa-apa sahaja – konkrit dan abstrak
3. Sentiasa bersifat segar
 Melihat sesuatu subjek dari sudut yang
berbeza – baru dan segar
4. Manusia yang penuh rasa
 Dapat merasa apa yang orang lain
rasa/alami
5. Manusia yang insaf
 Apa yang dilihat/dialaminya
menimbulkan rasa insaf dalam dirinya
 Keinsafan disampaikan secara
halus/lembut
6. Penulis ialah seorang pahlawan
 Dapat menghasilkan tulisan yang
bersemangat
 Banyak berfikir daripada hidup
7. Penulis adalah patriot bangsa
 Perasaan cinta bangsa – penting untuk
kemajuan negara
8. Penulis adalah manusia yang tertarik
kepada manusia lain
 “Sayang” kepada manusia lain
 Tertarik kepada manusia dan segala
permasalahan manusia
9. Penulis menujukan tulisannya kepada
manusia lain
 Menulis bukan untuk memenuhi ruang
kosong
 Menulis bukan untuk kepentingan diri
sendiri
 Ingin menghubungi khalayak/pembaca
10. Penulis adalah pencinta bahasa
 Tidak semestinya ahli bahasa
 Sedar “kata-kata mempunyai kuasa”
11. Penulis adalah manusia kompleks
 Komited sepenuhnya dengan
karya/tulisannya
 Berupaya menilai karya/ tulisan secara
objektif
 Berusaha meningkatkan mutu tulisannya
12. Penulis adalah manusia cerewet
 Sentiasa tidak berpuas hati dengan
tulisannya
 Tidak menulis sambil lewa
 Memastikan tulisannya sempurna dari
segi struktur dan bahasa
13. Penulis adalah manusia rajin dan tabah
 Menulis berulang-ulang kali tanpa jemu
 Impiannya menghasilkan tulisan yang
bermutu
14. Penulis adalah manusia idealis
 Melihat dunia ini semata-mata ada
kebaikan
 Melihat/menulis hal-hal keburukan atau
kejahatan hanya untuk kebaikan
manusia
15.Penulis adalah manusia realis
 Menggunakan seluruh pancaindera
untuk mengumpulkan bahan tulisan
 Sentiasa mencari ilham – pembacaan,
pengalaman & pengembaraan.
16.Penulis adalah manusia kesepian
 Dunia penulis adalah dunia
tersendiri/terasing
 Menemukan manusia sehaluan, iaitu
yang memahami dunianya adalah terlalu
sukar.
CIRI-CIRI PENULISAN KREATIF
Terdapat 8 ciri penulisan kreatif, iaitu:
1. Menggunakan wacana pelukisan
(expressive)
 Berupaya untuk membantu penulis
menggambarkan perasaan &
pengalamannya kepada pembaca
dengan lebih berkesan
CONTOH:
Matahari nyaris-nyaris tenggelam di kala
Jusoh melucutkan cangkuk tenggala teras
nangka dari tengkuk kerbau bertanduk
songsangnya. Kerbau gagah itu membedal-
bedalkan kedua telinganya tanda kelegaan.
Sehari suntuk membahang. Petak satu-satu itu
menelan tiga pagi tiga petang. Tanahnya masih
utuh dan berbonggok-bonggok. Kadang-
kadang mata tenggala tertonyoh perdu jerami
yang masih belum reput.

(Shahnon Ahmad :1992, Gelongnya Terpokah, dlm


antologi Debu Merah)
2. Menggunakan bahasa kiasan
 Dapat membantu penulis memberi
gambaran yang lebih jelas kepada
pembaca
 Contohnya peribahasa, pepatah,
perumpamaan, perbandingan,
perbidalan, ungkapan
3. BERNADA PUITIS
Kata-kata yang indah dan lembut dapat
menimbulkan kesan keindahan kepada
gambaran yang diberikan.
Contoh:
Kalau esok kasih kita kan hancur jua
Usah ditaburi bumi ini dengan air mata
Dunia bukan semata milik orang bercinta
Hidup jua bukan semata untuk berlagu
kecewa
4. MEMILIH DIKSI SECARA
BERHATI-HATI

Kata-kata yang digunakan harus dapat


memberi maksud yang ingin disampaikan
Pertimbangan harus dilakukan dengan
berhati-hati untuk memastikan pembaca
mendapat gambaran yang sesuai
CONTOH
Pak Kia dan Jusuh berhati-hati berjalan turun ke
paya, menyelinap melalui jalan yang kiri kanannya
dipenuhi semak belukar. Melangkahkan kaki amat
perlahan, satu, satu supaya tidak menimbulkan
bunyi air berkocak tatkala mereka menyeberangi
sungai yang cetek, deras, berbatu-batu dan licin.
Pak Kia dan Jusuh berjalan di depan. Karim dan
Salim mengiringkan sedepa di belakang.Keempat-
empatnya berselit parang panjang yang berkilat-
kilat lembut disambar cahaya bulan.
(Dipetik drpd. Novel Rimba Harapan oleh Keris
Mas).
5. Bersifat komunikatif

Penulis cuba menggambarkan apa yang


dialami dan dirasai dan dialami
Objektif akhir, supaya pembaca tertarik
dengan apa yang disampaikan dan
memberi tindak balas tertentu.
5. BERSIFAT IMAGINATIF DAN
FIGURATIF
Berbeza daripada penulisan ilmiah yang
mementingkan fakta dan bukti
pengarang boleh menokok-tambah isi
Menggunakan bahasa yang tersirat dan indah,
iaitu bahasa figuratif-contoh metafora,
personifikasi dan simile
Figuratif penyataan membawa makna yang
banyak. Idea yang bersifat tersirat dan
mengundang pelbagai tafsiran.
CONTOH
“sebelum berkahwin, wanita adalah kulit
tanpa buku. Selepas berkahwin wanita
adalah buku tanpa kulit”
(sebelum berkahwin, lelaki mengimpikan
seorang gadis bukan kerana
keistimewaan peribadi gadis tersebut,
tetapi hanyalah kerana kecantikan.
Selepas berkahwin, lelaki mengutamakan
nilai peribadi isterinya melebihi
kecantikan)
6.BERSIFAT KETAKSAAN (AMBIGUITI)
Penggunaan bahasa yang tersirat
menyebabkan makna menjadi berlapis-
lapis dan tersembunyi, sukar untuk
ditafsirkan tanpa penelitian yang
mendalam
CONTOH
Syarifah Berlian berada dalam iklim serba
sesak. Hidup penuh kekosongan. Dunia dan
manusia tak ubah macam najis. Jam bertugas
kekusutan berpunca dari tindak-tanduk
teman-teman sepejabat. Setiap kali disapa,
setiap detik mendengar suara lelaki,
ingatannya melayang ke wajah Tengku Kudin.
(Shahnon Ahmad, 1992:73, Nafsu dlm
Antologi Debu Merah)
8. MENGGUNAKAN RAGAM AKTIF
Ragam aktif dengan ayat yang pendek-
pendek memberi fokus kepada pelaku dan
aksi yang diceritakan penulis.
Dapat menarik perhatian pembaca
CONTOH.
Bulan purnama mengambang di langit yang biru
bersih. Kampung Janda Baik berbalam-balam
dalam cahaya perak yang pudar. Dari tanah Pak
Kia terdengar bunyi kelepak lesung indik di
sebelah hulu. Orang mengemping di rumah Tuk
Empat Kadir. Musim-musim mengemping
beginilah hidup sedikit suasana malam
terutama waktu bulan terang.

(Dipetik drpd. Novel Rimba Harapan oleh Keris


Mas).
UNSUR-UNSUR PENTING DALAM
PENULISAN KREATIF
Intelek
Emosi
Imaginasi
Teknik
INTELEK
Fungsi: Keterangan:
Menyampaikan fikiran Bukan sebagai hiburan
tertentu dan menarik semata-mata tetapi penting
dalam sesebuah karya untuk mendapatkan panduan,
maklumat/pengetahuan.
Cth. Soal moral, masyarakat,
ekonomi, politik dll sbg
renungan pembaca.
EMOSI

Fungsi: Keterangan

Membezakan karya Penting dalam karya-


sastera dan bukan karya sastera tetapi
sastera tidak terdapat dalam
karya-karya sains
IMAGINASI
Fungsi Keterangan
Memperlihatkan -membolehkan pengarang
ketajaman daya melukiskan sesuatu benda
penglihatan dan secara ‘real’ @ benar2
pengamatan pengarang berlaku
terhadap sesuatu perkara - pembaca turut mengalami
apa yang digambarkan
pengarang
-Cth. Perasaan marah,
sedih, hiba dll.
TEKNIK
Fungsi Keterangan

-Penyusunan peristiwa - Melibatkan bagaimana


dalam cerita pengarang bercerita dalam
- pemilihan kata-kata, novel, cerpen dan lakonan
mengatur rangkap2 dalam @ bersajak dalam karya-
sajak, meletakkan karyanya
adegan2 dlm lakonan dan
lain-lain
CTH: HIKAYAT HANG TUAH (HHT)
SEBUAH KARYA KLASIK MELAYU
MENGANDUNGI SEMUA UNSUR
TERSEBUT:
Intelek
 Terdapat pada fikiran yang baik dan tinggi tentang ketaatan,
kepahlawanan, dan kebijaksanaan pemerintah-pemerintah Melayu
Emosi
 Terdapat pada cara hidup raja-raja dan pahlawan-pahlawan
Melayu
Imaginasi
 Kebolehan pengarang menghidupkan peristiwa-peristiwa yang
menggambarkan kehidupan dan kebudayaan golongan manusia
tadi
Teknik
 Persembahan dalam satu bentuk penceritaan yang menarik,
menimbulkan minat dan perhatian pembaca.
BAHASA FIGURATIF DALAM
PENULISAN KREATIF
Bahasa yang digunakan sebagai hiasan
pernyataan pemikiran dan perasaan penulis
dalam sesebuah penulisan kreatif.
Jenis-jenis bahasa figuratif yang sering
digunakan antaranya, ialah:
A) METAFORA
Menurut Winterrowd (1975), metafora
merupakan gaya bahasa yang paling
penting. Metafora ialah perbandingan
yang dibuat antara dua perkara @ objek
yang secara lahirnya berbeza
Perbandingan tidak menyertakan kata
bandingan
Perbandingan ini dilakukan secara implisit
(tidak ketara)
Biasanya terdiri daripada dua perkataan,
satu konkrit dan satu abstrak
Contoh:
Kulihat mudaku kian menghancur
menjadi serbuk kenangan,
pada lidah ribut, selimut malam,
benang kemesraan, hujah yang pahit
B) PERSONIFIKASI
Perorangan - Memberi sifat manusia kepada
benda atau idea yang tidak hidup.
Cth.
angin asmara mengejar rindu yang semakin
jauh agar mendekatkan cinta yang semakin
marak
Kekasihku adalah bulan yang
menyembunyikan diri di waktu siang, namun di
malam hari kadang kala ia hadir ketika aku
tidak mengundangnya
C) SIMILE
Winterowd (1975), simile merupakan
perbandingan yang dilakukan secara
eksplisit, dengan menggunakan kata-kata
yang menunjukkan penulis sedang
membuat perbandingan
Kata-kata perbandingan yang boleh
digunakan ialah seperti, bak, bagai, laksana,
bagai.
Cth
Ia membawa padaku
barisan kata-kata yang mahal bak emas
Matanya bercahaya ibarat bintang timur
D) METONIMI
Winterowd (1975),- menggantikan sesuatu
itu dengan perkataan lain yang
mempunyai hubungan yang jelas
Hubungan perkataan yang digunakan
sebagai penggantian itu senang untuk
dilihat.
Cth.
Wisma Putra yang selalu digunakan untuk
menggantikan Kementerian Luar Negara
Mata penanya lebih tajam dari mata pedang
Rumah Putih bergelodak lagi dengan
keputusan pilihanraya yang masih terumbang-
ambing
E) SINEKDOKI
Terbahagi kepada dua, iaitu menyebut
sebahagian untuk keseluruhan dan
menyebut keseluruhan untuk sebahagian.
Cth.
Jangan nak katakan bayangnya, batang
hidungnya pun tak nampak
Dia bekerja lebih masa buat nasi tambah
Bukalah matamu selebar-lebar
Kalam lebih kuat daripada pedang
F) PERLAMBANGAN
Kata-kata @ frasa yang digunakan berupaya
menyatakan sesuatu di luar erti kata-kata @
frasa itu sendiri
Cth- warna seperti merah, hijau dan biru, @
unsur2 alam seperti pagi, subuh dan malam
boleh membawa simbol2 tertentu.
Air melambangkan kelahiran semula, musim
sejuk @ malam melambangkan kematian
Lelayang merah lambang gadis lupa daratan
G) IRONI
Menyatakan sesuatu dengan cara yang
bertentangan daripada maksud sebenar.
Terbahagi kepada :
1. Ironi kata – bahasa terbalik/maksud
terbalik daripada apa yang
diucapkan/ditulis. Cth.
 “lain kali datanglah lagi, bolehlah aku
bagi hadiah yang besar”.(maksudnya
jangan datang lagi)
 Panjatlah pokok tu, panjat tinggi-tinggi.
Kalau jatuh pun sedap sikit!”
2. Ironi dramatik- menyentuh tentang sesuatu
peristiwa. Misalnya, berlaku apabila
perkataan atau tindak tanduk watak
membawa pengertian yang tidak diketahui
olehnya tetapi diketahui oleh pembaca.
cth. – peristiwa pembunuhan Hang Tuah
diketahui oleh pembaca sebagai perkara
yang tidak berlaku, sebaliknya watak Hang
Jebat mempercayai pembunuhan Hang Tuah.
Cth: Cerita seram – penonton tahu bahawa
rumah tersebut berhantu, tetapi pelakon-
pelakonnya tetap pergi ke rumah tersebut.
H) UNSUR PERULANGAN
Menurut Tarigan (1985), perulangan
terbahagi kepada 13 aspek utama.
Antaranya
1. Asonansi – pengulangan huruf vokal
yang sama. Digunakan utk efek
penekanan dan menimbulkan keindahan.
Contoh:
muka muda mudah muram
tiada siaga tiada bisa
Jaga harga tahan raga
2. Aliterasi – pengulangan huruf konsonan
yang sama. Digunakan untuk hiasan atau
penekanan.
Cth:
Dara damba daku
Datang dari danau
duga dua duka
diam di diriku
3. Anafora – gaya bahasa perulangan kata
pertama pada setiap baris.
Cth:
Berdosakah dia menyenangi dan
mencintaimu?
Berdosakah dia selalu memimpikan dan
merinduimu?
Berdosakah dia ingin selalu berdampingan
denganmu?
Berdosakah dia ingin sehidup semati
denganmu?
4. Epistfora – gaya bahasa perulangan kata
atau frasa pada akhir baris atau berurutan.
Contoh:
Nikmatnya pertemuan, pahitnya perceraian
puisi
Udara yang segar, air yang sejuk adalah puisi
Teriknya mentari, padatnya isi hatiku adalah
puisi
Pencemaran lingkungan,
pelestarian alam adalah puisi
Mentari pagi, bulan purnama adalah puisi
I) ALUSI
Dihubungkan kepada tokoh atau suatu
peristiwa berdasarkan anggapan adanya
pengetahuan bersama yang dimiliki oleh
pengarang dan pembaca.
Contoh:
 Kejujuran Bilal, keteguhan Tajmahal,Uda dan Dara,
Putra Jaya, 16 Mei, 14 Feb., tragedi 11 September,
Syawal yang nikmat, ramadhan penuh rahmat
J) HIPERBOLA
Kiasan yang melampau/berlebih-lebihan – tak
masuk akal.
Tujuannya untuk memperlihatkan keagungan @
kehandalan seseorang @ untuk
memperlihatkan kehebatan sesuatu peristiwa
@ suasana. Cth.
 Maka kata tuan puteri, “jangankan kembali keinderaan
tiada patik turut, jikalau ke laut api sekalipun patik ikut
juga”.
 Maka pulau itu bergoncang seperti akan karam lakunya.
 Setitik darah tertitis ke laut, setahun ikan tak bermain.
K) EROTESIS/PERTANYAAN RETORIK
Bentuk pertanyaan yang digunakan untuk
tujuan gaya
Fungsinya untuk menimbulkan kesan
tertentu seperti bersifat mengejek.
Cth.
Wahai langit mekah dan laut merah
Masih ingatkah kau lagi
Pada doa Abdul Mutalib dan Nabi Musa?
L) INVERSI
Urutan kata yang menyimpang daripada
kebiasaan dengan tujuan membalikkan kata
@ ayat tertentu supaya menjadi baris yang
lebih menarik dan menghasilkan kesan
tertentu. Cth.
Terasa dingin sekali angin
Terasa sepi sekali hati
Kan bicara lidahku
Kan bertindak tanganku
Hingga tersingkir cela

Anda mungkin juga menyukai