Anda di halaman 1dari 7

ROTI SANDWICH SARDIN &

ROTI SANDWICH TELUR


BAHAN-BAHAN SANDWICH
SARDIN
 8 keping roti putih (dibelah tengah)
 1 tin sardin

 1 sudu mayonis

 2 sudu minyak masak

 1 biji bawang besar (dihiris dadu)

 2 ulas bawang putih (dihiris halus)

 1 sudu kecil bahan perasa

 3 biji cili padi (dihiris halus)

 1/2 biji limau nipis

 Sedikit garam
LANGKAH-LANGKAH
PENYEDIAAN
 Panaskan minyak di dalam kuali, dan tumiskan bawang
besar dan bawang putih sehingga naik bau.
 Masukkan sardine dan tambahkan bahan perasa. Gaul
rata seketika.
 Tambahkan pula cili padi dan kacau dengan rata dan
sebati.
 Tutupkan api kuali dan hidangkan sardine ke dalam
mangkuk.
 Campurkan mayonis dan tambahkan perahan air limau
nipis. Gaul rata kesemua bahan.
 Ambil roti dan letakan sayur-sayuran (bahan tambahan)
jika suka dan tambahkan sardin, kapit 2 keping roti. t
Sandwic.
 Potongkan roti tersebut kepada bentuk segitiga dan sedia
untuk dihidangkan.
BAHAN-BAHAN SANDWICH TELUR
 4 keping roti
 2 biji telur rebus

 2 sudu makanan mayonis

 Serbuk lada sulah/ putih

 garam
LANGKAH-LANGKAH
PENYEDIAAN
 Kupas kulit telur dan lecek menggunakan
masher atau garfu sampai hancur atau kasar.
 Selepas itu, bubuh mayonis, lada sulah dan
bawang besar yang sudah dicincang halus. Gaul
sebati dan ketepikan.
 Sapukan campuran telur tadi di atas roti, selepas
itu boleh susunkan sayur kegemaran dan
picitkan lagi sos dan mayonis jika suka.
Tutupkan roti satu lagi.
 Potongkan roti tersebut kepada bentuk segitiga
dan sedia untuk dinikmati.

Anda mungkin juga menyukai