Anda di halaman 1dari 39

Tingkah Laku Kolektif

JKA 101
Pengantar Antropologi Sosiologi

1
Pengenalan We l e a d

• Tingkah laku kolektif merupakan elemen utama dalam


sesebuah masyarakat.
• Justeru itu ahli sosiologi telah menganggap yang
tingkah laku kolektif ini merupakan satu fenomena
yang luar biasa dan sebahagian daripada kehidupan
sosial seperti juga pola sosial yang lain seperti institusi
sosial dan stratifikasi sosial.
• Kemunculan kajian tentang tingkah laku kolektif ini
bermula pada tahun 1960an di Amerika Syarikat
apabila berlaku banyak kegelisahan sosial dan
pergerakan sosial dalam masyarakat tersebut.

2
Jadi bagaimana ahli sosiologi membuat definisi fenomena tingkah laku
kolektif ini
We l e a d

• Pada umumnya tingkah laku kolektif bukanlah tingkah


laku yang biasa dilakukan oleh orang ramai tetapi ia
merupakan tingkah laku beramai-ramai atau secara
kolektif yang tidak dirancang dan ianya berlaku secara
spontan dan sementara.
•Umumnya ahli sosiologi mendefinisikan tingkah laku
kolektif sebagai satu aktiviti yang berlaku secara
spontan, tidak berstruktur dan memfokus kepada
rangsangan yang tertentu.
•Tingkah laku kolektif tidak dapat diramalkan dan
selalunya bersifat sementara.

3
We l e a d

• Tingkah laku kolektif termasuklah tingkah laku


bersifat orang ramai (crowd), tingkah laku
bersifat massa (mass behavior) dan
pergerakan sosial.

• Dari perspektif sosial pengkajian tingkah laku


kolektif termasuklah fenomena seperti
rusuhan, mogok, khabar angin, histeria,
protes, pendapat umum, fad dan fesyen,
revolusi.

4
We l e a d

• Contoh-contoh tingkah laku kolektif yang disebut oleh


ahli sosiologi adalah seperti apabila zaman kemelesetan
ekonomi menyebabkan ramai pekerja diberhentikan. Hal
tersebut menyebabkan tunjuk perasaan, keadaan
penonton di sebuah stadium bersorak menyokong
pasukan bola sepak masing-masing, penghuni hotel yang
panik apabila hotel yang mereka menginap terbakar
• Dari perspektif sosial, tingkah laku kolektif merupakan
satu gejala (symtomatic) cacat atau retak dalam sistem
sosial. Apabila manusia berhadapan dengan sesuatu
keraguan atau apabila adat kebiasaan diancam, mereka
akan bertindak tanpa berfikir

5
Berbagai-bagai Bentuk We l e a d

• Terdapat beberapa cara dan bentuk yang yang


digunakan oleh ahli sosiologi bagi melihat kejadian-
kejadian tingkah laku kolektif. Umumnya tingkah laku
kolektif adalah tingkah laku yang tidak berstruktur,
spontan dan sementara. Adakala tindakan ini adalah
berdasarkan emosi atau perasaan.

• Oleh itu tingkah laku kolektif ini diasaskan oleh


perasaan takut seperti kejadian mala petaka alam
seperti banjir, ribut, kebakaran, peperangan dan
sebagainya.

6
We l e a d

• Disebabkan oleh perasaan takut dan panik ini maka


terjadilah satu tingkah laku yang tidak berstruktur dan
spontan dengan berlari menjerit dan sebagainya

• Seterusnya ia juga boleh diasaskan oleh perasaan benci


dengan mengadakan perhimpunan politik, perarakan,
rusuhan dan tunjuk perasaan.

• Ini adalah tingkah laku kolektif bagi membantah.


Contohnya pemimpin yang tidak disukai atau apa-apa
dasar yang tidak disukai seperti penentangan terhadap
Amerika

7
We l e a d

• Tingkah laku kolektif juga boleh diasaskan


kepada perasaan gembira. Perhimpunan
secara kolektif berlaku contohnya bila sesuatu
kelompok masyarakat itu menyambut Hari
Kemerdekaan, pertabalan Sultan atau
pemerintah dan sebagainya. Ini merupakan
peristiwa suka seperti menonton konsert dan
sebagainya.

8
Tingkah laku Kolektif Berbentuk Orang Ramai
We l e a d

• Ahli Sosiologi mendefinisikan kelompok orang


ramai sebagai kumpulan individu yang tidak
tersusun (unorganized) yang wujud sementara
dan setiap individu pula mempunyai interaksi
fizikal dalam jarak yang berhampiran. Mereka
pula bertindak balas terhadap satu
rangsangan yang umum (Landis, 1977).
Contohnya perarakan, tunjuk perasaan,
rusuhan, menonton konsert rock, perlawanan
bola sepak di stadium dan sebagainya.
9
Ciri Tingkah Laku Kolektif Berbentuk Orang
Ramai We l e a d

• 1. Terdapat perasaan bahawa diri seseorang atau


individu itu tidak dikenali orang dalam satu kumpulan
orang ramai.
• 2. Tingkah laku yang dihasilkan itu yang secara sendiri
tidak akan dilakukan tetapi akan dilakukan apabila
berada dalam kumpulan orang ramai.
• 3. Tingkah laku beramai adalah spontan, lincah, dan
penuh emosi jika dibanding dengan tingkah laku
individu. Akhirnya terdapat perasaan kekuatan yang
serta merta muncul di kalangan individu kerana
menganggap tingkah laku tersebut disokong oleh
orang-orang lain dan kumpulan orang ramai.

10
We l e a d

4. Bergerak secara beramai-ramai atau milling.


Dengan kata lain milling merujuk kepada gembira,
seronok, gelisah atau pergerakan fizikal seseorang
individu yang terlibat.
Jadi milling merupakan proses komunikasi yang
akan membawa kepada definisi sesuatu situasi dan
tindakan bersama yang mungkin berlaku.
Oleh itu tingkah laku kolektif yang bersifat orang
ramai (crowd) ini terdapat dan berlaku dalam
semua jenis masyarakat khususnya dalam
masyarakat industri .

11
Empat Jenis Tingkah Laku Yang Bersifat Orang Ramai
(crowd) menurut Herbert Blumer (1969) We l e a d

• i. Kumpulan Bersahaja (Casual)


• Contoh kumpulan jenis ini ialah apabila
oarang ramai berkumpul untuk mendengar
muzik di jalan atau berkerumun untuk melihat
sesuatu kemalangan atau berkumpul untuk
melihat markah peperiksaan.
• Kumpulan bersahaja ini mempunyai darjah
perpaduan yang sedikit dan merupakan satu
organisasi yang longgar

12
We l e a d

• ii. Kumpulan Conventional


• Berbeza dengan kumpulan bersahaja, kumpulan
conventional terbentuk hasil daripada perancangan
yang disengajakan. Individu dalam kumpulan ini jarang
berinteraksi tetapi akan berinteraksi berdasarkan
norma-norma tertentu yang bersesuaian dengan
situasi. Contohnya kumpulan menyaksikan perlawanan
bola sepak, penonton-penonton di suatu konsert atau
penuntut-penuntut di suatu konsert atau penuntut-
penuntut dalam bilik kuliah. Mungkin ahli-ahli dalam
kumpulan tidak mengenali antara satu sama lain tetapi
mempunyai satu tujuan yang spesifik.

13
We l e a d

iii. Kumpulan Ekspresif


Kumpulan ini dihasilkan berdasarkan acara-acara yang
mempunyai tarikan emosional contohnya upacara agama,
perlawanan tinju atau gusti, perayaan menyambut tahun
baru dan sebagainya.
Individu menyertai kumpulan bentuk ini untuk
memperolehi keseronokan atau emosional dan juga
sokongan spiritual.

Kadang-kadang individu dalam kelompok ini akan


menyatakan perasaan emosi dengan spontan dan girang
melalui jeritan, tangisan, ketawa

14
We l e a d

• iv. Kumpulan Bertindak (Acting Crowd)


• Kumpulan ini bertindak atas dasar suatu tindak
balas terhadap sesuatu isu dan merupakan suatu
yang agresif dan merbahaya. Ia tidak tersusun,
tidak ada tujuan dan bertindak tanpa berfikir.
Contoh kumpulan ini ialah rusuhan, mob dan
keadaan panik di kalangan individu akibat sesuatu
kejadian. Kadang kala tindakan kumpulan ini akan
melanggar norma-norma masyarakat tersebut

15
Tingkah Laku Kolektif Berbentuk Kumpulan Massa
(Mass Behaviour) We l e a d

• Tingkah laku kolektif tidaklah terhad kepada perlakuan


individu yang ada berhampiran antara satu sama lain secara
fizikal.
• Ahli sosiologi menggunakan istilah mass behaviour
(Tingkah laku kolektif bersifat kumpulan massa) untuk
merujuk kepada tingkah laku kolektif terhadap individu
yang tinggal berasingan tetapi mereka mempunyai sikap
dan individu tinggal berasingan tetapi mereka mempunyai
sikap dan kepercayaan yang sama dan dengan demikian
mengambil satu tindakan sama ada berseorangan atau
beramai-ramai.
• Contohnya tingkah laku kolektif dengan mengadakan
perhimpunan di tempat-tempat berasingan tetapi
mempunyai matlamat yang sama.
16
We l e a d

• Jadi manusia bertindak secara kolektif


walaupun berada di tempat berlainan pada
masa yang sama. Dengan kata lain tindakan
atau perlakuan di kalangan sejumlah besar
manusia yang berada di tempat berlainan dan
tidak berkenalan, bertindak balas ke atas
perangsangan yang sama.

17
We l e a d

• Lebih jelas lagi mass berbeza daripada crowd


contohnya penonton yang menyaksikan
perlawanan bola sepak di stadium ialah crowd
tetapi penonton yang menyaksikan
perlawanan bola sepak di rumah masing-
masing ialah mass. Mass tidak bergerak dan
berinteraksi seperti crowd.

18
Ciri-ciri Tingkah Laku Kolektif Berbentuk Kumpulan
Massa We l e a d

• i. Tidak melibatkan pertemuan muka di kalangan


individu-individu yang melibatkan diri dalam kumpulan
tersebut.
• Tingkah laku spontan dan lincah tidak semestinya
berlaku di hadapan orang lain tetapi di sebaliknya
• ii. Ciri tingkah laku kolektif massa individu-individu itu
berada di mana-mana sahaja dalam sebuah kawasan
dan tingkah laku tersebut kekal lebih lama tidak seperti
tingkah laku kumpulan orang ramai iaitu hanya
sementara. Tingkah laku kolektif massa mungkin
mengambil masa berminggu-minggu, bulan, tahun

19
Bentuk-bentuk Tingkah Laku Kolektif Bersifat
Massa We l e a d

• A. Fad ialah yang populer dalam tempoh masa


singkat dan melibatkan aktiviti tidak penting
seperti tingkah laku, objek, pakaian, cara
bercakap
• Contohnya penggunaan ubat tradisional,
perkataan, mainan
• Fad bermula daripada keinginan mendapatkan
dan mengekalkan status dengan menjadi
berlainan.
• Fad akan lenyap apabila telah menjadi biasa.
20
We l e a d

• Mereka menjadi popular dengan cepat,


merosot pula selepas dua hingga tiga bulan.
• Kemudian hilang sama sekali kecuali
sebilangan kecil fad kekal sebahagian daripada
bahaya

21
We l e a d

• B. Fesyen
• Fesyen bukan setakat merujuk kepada gaya
yang sedang popular dan potongan pakaian
terbaru : dalam konteks sosiologi ia juga
meliputi cara membuat sesuatu, aliran
pemikiran dan aktiviti masyarakat
• Fesyen hampir sama dengan Fad tetapi kadar
perubahan lebih rendah dan boleh menjadi
kitaran (cyclical)

22
We l e a d

• Fesyen adalah salah satu bentuk tingkah laku


yang popular dalam tempoh yang singkat,
melibatkan semua sudut aktiviti kebudayaan
misalnya gaya pakaian, muzik, sastera,
makanan
• Menurut Konig (1974) fesyen bermula
daripada keinginan seseorang ingin
menghiaskan badan untuk menambahkan
daya tarikan.

23
We l e a d

• Dalam masyarakat homogen fesyen tidak


berfungsi
• Kelas pertengahan adalah yang paling peka
terhadap fesyen
• Kelas atasan tidak terlalu menetingkan fesyen
• Fesyen tersebar apabila manusia apabila manusia
ingin mengikuti arus pembaharuan.
• Fesyen menggambarkan kegemaran dan nilai
sesuatu masyarakat pada sesuatu masa.
Perubahan fesyen selalunya menggambarkan
perubahan dalam kehendak, sikap dan nilai.
24
We l e a d

• Menurut Sumner, fesyen walaupun terpaksa


tetapi berhubung rapat dengan adat resam
sesebuah masyarakat (mores)
• Fesyen menetapkan perhatian komuniti pada
satu masa dan tempat dengan demikian
menentukan aliran zaman

25
We l e a d

C. Mass Hysteria
Mass Hysteria merupakan sejenis pengaruh yang tersebar
secara tidak rasional: keinginan, kepercayaan atau tingkah
laku yang tidak terkawal
Ia boleh melibatkan kumpulan mausia berlompat-lompat,
berloncat-loncat di satu tempat seperti konsert, ia boleh
juga berlaku di kalangan individu yang terpisah seperti
menonton telivisyen di rumah masing-masing. Mereka
akan ketawa sekuat-kuatnya, melompat-lompan dan ada
yang pengsan, contohnya saat Malaysia memenangi Piala
Thomas di Kuala Lumpur ada yang terlalu gembira dan
pengsan.

26
We l e a d

• D. Pendapat Umum (Public Opinion)


• Orang awam merujuk kepada kumpulan orang
berselerak tetapi berkongsi minat atau
perhatian sama tentang sesuatu isu yang
dapat diperdebatkan di mana normanya tidak
menentu dan beralih. Orang awam (public)
adalah berselerak dan orang awam
mempunyai hubungan fizikal yang dekat (close
physical contact).

27
We l e a d

• Pendapat publik pula merujuk kepada pendapat atau


pandangan publik terhadap sesuatu isu.
• Propaganda ialah percubaan untuk mempengaruhi dan
mengubah pandangan publik atas sesuatu isu.
• Didalam masyrakat massa yang kompleks dapat
menimbulkan banyak isu dan setiap isu mendapat
perhatian kumpulan yang mempunyai kepentingan
atau minat terhadapnya.
• Keahlian dalam publik boleh berubah secara konsisten.
Ahli-ahlinya dikomunikasikan dengan surat, email dsb

28
We l e a d

• Ahli-ahli dalam publik menggunakan berbagai-bagai


cara untuk mengemukakan pandangan dan pandangan
ini dapat mempengaruhi tindakan seseorang atau
kumpulan khasnya ahli-ahli politik.
• Diantara catra yang digunakan ialah penulisan di
ruangan khas suratkhabar, majalah, public opinion
polls. Polls ini dilakukan untuk mengumpulkan
pandangan orang awam. Cara ini selalunya digunakan
oleh kerajaan untuk menentukan tanggapan orang
awam terhadap sesuatu polisi atau dasar kerajaan

29
We l e a d

• E. Khabar Angin (Rumours)


• Khabar angin merupakan berita atau cerita yang
kita tidak tahu siapa atau dari mana sumbernya
tetapi mempunyai tujuan-tujuan atau matlamat
yang tertentu.
• Huga F. Reading menyatakan bahawa khabar
angin merupakan perbincangan tentang kejadian
atau tingkah laku manusia, pemberitanya
menolak tanggungjawab moral yang tidak
mengikuti saluran-saluran khusus.
30
We l e a d

• Kandungan sesuatu khabar angin mungkin juga


akan berubah mengikut masa. Sejauhmana ia
berubah adalah amat dipengaruhi oleh tindak
balas emosi yang ditimbulkan oleh khabar angin.
Semakin besar kapasiti untuk membangkitkan
emosi maka semakin luas perubahan dalam
kandungan khabar angin tersebut.
• Seseorang yang menyiarkan khabar angin lebih
cenderung untuk menghapuskan beberapa butir
yang khusus dan sebaliknya memberi tekanan
yang besar kepada yang lain.

31
We l e a d

• Perubahan dalam butir-butir khusus ini secara


amnya mencerminkan kebimbangan, prasangka
atau harapan pada orang yang mendengar serta
perasaan penting pada orang yang menyebarkan
khabar angin tersebut
• Khabar angin dapat didefinisikan dari segi
perspektif sosiologi sebagai perbincangan
tentang kejadian atau tingkah laku manusia di
mana majklumat-maklumatnya susah untuk
dibuktikan kebenarannya.

32
We l e a d

• Terdapat tiga cara utama di mana sesuatu cerita


itu boleh diputarbelitkan dan menjadi khabar
angin
• i. Cerita itu ditambah dan dimasukkan unsur-
unsur lain sehingga menjadi cerita lain
• ii. Meninggalkan atau memendekkan cerita yang
sebenar
• iii. Cerita itu telah diperbesar dengan mengambil
keterangan atau unsur yang tidak penting
33
We l e a d

• Khabar angin dapat disebar dengan bayak cara


antaranya:
• Interaksi , media massa, internet dsb

34
Teori-teori Tingkah Laku Kolektif We l e a d

• A. Teori Contagion
• Teori ini dikenali sebagai teori perjangkitan emosi
dalam kumpulan
• Teori ini diperkenalkan oleh seorang ahli sosial
Perancis iaitu Gustave Le Bon.
• Beliau menyatakan seorang individu itu akan
berubah tingkah lakunya apabila mereka telah
menjadi sebahagian daripada sesuatu kumpulan
orang ramai. Mereka seolah-olah dijangkiti oleh
tingkah laku orang ramai yang di dalam kumpulan
tersebut.
35
We l e a d

• Kadang-kadang orang yang rasional boleh menjadi tidak rasional atau


ganas dan melakukan perlakuan yang mereka tidak akan lakukan jika
berseorangan.
• Teori ini menjelaskan bagaimana perjangkitan bagaimana perjangkitan
emosi ini berlaku dengan melihat kepada beberapa faktor. Mengikut teori
ini individu yang berada dalam satu-satu kumpulan itu seolah-olah dipulau
dan mereka akan menerima dan mengikut arahan orang yang menjadi
pemimpin pada ketika itu.
• Ini adalah kerana apabila berada dalam kumpulan orang ramai yang besar
seperti menontonkonsert rock akan timbul satu perasaan bahawa diri
seseorang tidak itu dikenali menyebabkan ia hilang rasa individualiti dan
tanggungjawab individu berpindah kepada kumpulan.
• Ini telah menolong seseorang itu mengurangkan kawalan diri dan berasa
berkuasa. Dengan ini, seseorang itu akan bebas bertindak daripada
kongkongan biasa. Perasaan tersebut akan berjangkit seperti virus atau
kuman

36
We l e a d

• Di samping itu tingkah laku kumpulan orang


ramai juga adalah mudah dipengaruhi oleh
cadangan dan arahan yang ditunjukkan
kepada mereka daripada individu yang
berkuasa. Contohnya sesiapa yang dapat
mengawal, merebut alat pembesar suara
maka dia mungkin dapat mengawal orang
ramai.

37
We l e a d

• Kadang kala individu akan bertindak ke atas


cadangan dan arahan tersebut tanpa tanpa
mengambil kira perasaan dan akibat kelakuan
mereka.
• Justeru itu interaksi antara individu dalam
kumpulan orang ramai tidak mengambil kira
perasaan atau hubungan personal mereka.

38
Terima Kasih

Presented by
Puan Soijah Likin | USM / PPPJJ / Antropologi-Sosiologi

39

Anda mungkin juga menyukai