Anda di halaman 1dari 16

Status dan Peranan

Presented by
Soijah Likin| PPPJJ/Antropologi-Sosiologi
Interaksi sosial dan peranan
We l e a d

• Dalam kehidupan seharian manusia sering


berinteraksi dengan ahli-ahli lain – kelompok
utama atau kelompok sekunder
• Interaksi sosial berkaitan dengan sosialisasi -
seseorang belajar berinteraksi dengan
persekitarannya – melalui agen-agen
sosialisasi
We l e a d

• Apa itu interaksi sosial


• Proses di mana seseorang itu bertindak atau
memberi gerak balas kepada orang lain
We l e a d

• Interaksi sosial dapat dilihat dari dua aspek

• Peringkat mikro - interaksi yang berlaku dari hari ke hari


• Di dalam pasar – surirumah tawar menawar harga ikan,
sayur di pasar

• Di luar pasar – dua orang wanita yang sudah lama tidak
berjumpa

• Di tempat meletak kereta – polis sedang menjalankan tugas
– menyaman kenderaan – pemandu merayu tidak di saman
We l e a d

Peringkat peribadi
• Interaksi sosial secara peribadi sangat perlu
dalam kehidupan manusia – tidak kira di rumah,
kampung, bandar atau pada peringkat
masyarakat yang lebih besar

• Tanpa interaksi sosial, tali persahabatan tidak


boleh dikekalkan, berita tidak boleh disebarkan,
perniagaan tidak boleh dijalankan, pembelajaran
dan pengajaran tidak boleh berlaku dalam kelas
We l e a d

• Proses interaksi sosial – membina dan mengekal susunan


atau struktur masyarakat seperti institusi-institusi
masyarakat, undang-undang, organisasi besar serta pola
kebudayaan yang terdapat dalam masyarakat

• Manusia mempunyai tingkah laku yang kompleks. Tingkah


laku berbeza antara satu sama lain, antara situasi dengan
situasi yang lain

• Contoh ; Cara berinteraksi dengan kanak-kanak berbeza


dengan cara berinteraksi dengan orang yang lebih tua,
interaksi dengan ahli-ahli keluarga juga berlainan dengan
rakan sejawat di pejabat
We l e a d

Mengapa terjadi perbezaan dalam interaksi?


• Perbezaan status

Status
• Status ialah kedudukan sosial seseorang dalam masyarakat.
• Setiap seseorang dalam masyarakat mempunyai beberapa
kedudukan tertentu – Contoh seorang wanita mungkin
seorang doktor, ibu, isteri

• Bersamaan dengan status yang dipegang, terdapat
beberapa hak dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan
We l e a d

Jenis-jenis status
Status utama (master status)
• Menentukan kedudukan seseorang dalam
masyarakat

• Jawatan yang dipegang seseorang


menentukan status utamanya – contoh – guru,
isteri menteri, pengurus bank dll
We l e a d

Status yang diperoleh (ascribed status) - status


yang diwarisi pada waktu dilahirkan – status
lelaki, status Melayu, Budha, dll
We l e a d

Status yang dicapai (achieved status)–


bergantung kepada apa yang telah
dilaksanakan – contoh: lelaki bujang yang
mendirikan rumahtangga – memperolehi
status suami, mendapat cahaya mata –
mendapat status ayah, status mahasiswa,
dokter, professor dll
Set Status We l e a d

Set status bagi seorang individu


Perempuan
22 tahun
Siswi universiti
Anak perempuan
Kakak
Kawan
We l e a d

Peranan – tingkah laku yang diharapkan sesuai dengan status


individu/seseorang

• Dikemukakan oleh antropologi sosial – Ralp Linton

• Peranan sebagai mahasiswa terdiri daripada kesemua tingkah laku yang


berkaitan dengan hak dan tanggungjawab sebagai mahasiswa - peranan
mahasisiswa ialah menghadiri kuliah, membuat tugasan, mengambil
peperiksaan, mencapai tahap prestasi yang ditetapkan

• Terdapat beberapa peranan bagi setiap status. Contoh seorang pengurus


bank – mempunyai tingkah laku tertentu terhadap pegawai bawahannya,
pelanggannya

• Rangkaian peranan dalam status di sebut set peranan


We l e a d

Contoh: Set peranan pensyarah


Pensyarah, ibu bapa , isteri, anak ,
kakak

• Status ialah kedudukan seseorang dalam


masyarakat
• Peranan ialah tingkah laku yang berkaitan
dengan kedudukan tersebut
We l e a d

Bagaimana mempelajari peranan?


• Peranan dipelajari melalui proses sosialisasi. Peranan-
peranan tersebut bergantung kepada kehendak
masyarakat.

Fungsi peranan
Terdapat tiga fungsi peranan dalam sistem sosial
1. Peranan menjadi rangka kerja awal bagi berinteraksi
• Contoh seorang pesakit pergi ke klinik dengan harapan
doktor tersebut akan dapat mengubatinya bukan
menyindirnya
We l e a d

2. Peranan penting bagi menilai tingkah laku


• Contoh – Dokter merawat pesakit, dan secara
tidak sengaja menyebabkan pesakit cedera atau
meninggal – masyarakat tidak dapat menerima
hakikat tersebut sebaliknya masyarakat boleh
menerima seseorang yang bekerja menggantung
penjenayah seperti pengedar dadah
• Contoh lain – masyarakat mengharap anak lelaki
bersifat kelelakian – agresif, berani, tahan sakit dll
We l e a d

3. Peranan menentukan personaliti seseorang


• Contoh – apabila seseorang tidak lagi
memegang sesuatu peranan ia akan
mengubah personalitinya – seorang Hakim
yang mecapai usia pesaraan akan mengubah
personalitinya menjadi pesara

Anda mungkin juga menyukai