Anda di halaman 1dari 9

1

SAJAK
ROTI
Pengarang: Dihasilkan Oleh: 2/3/20

Ahmad Syahrul Wahid


Mohamad Izzat Hakim
Ismail
2

Dihasilkan Oleh: 2/3/20


Mohamad Izzat Hakim
Ismail

MAKSUD
RANGKAP 1
• Dari sebuah dapur yang bercerobong asap, penulis dapat
menghidu bau roti yang sedang dibakar sehingga
menyebabkan air liurnya terkecur.
RANGKAP 2
• Oleh sebab lapar, bau roti yang bakal dihidangkan dianggap
rangup dan segar oleh penulis yang semakin berselera.
RANGKAP 3
• Apabila roti dihidangkan, penulis makan sekeping demi
sekeping untuk memenuhi nafsu kelaparannya sehingga
perutnya berasa kenyang dan dia pun bersendawa puas.
3

Dihasilkan Oleh: 2/3/20


Mohamad Izzat Hakim
Ismail

MAKSUD
RANGKAP 4
• Oleh sebab penulis seorang yang beriman, dia
berasa bahawa makan terlalu kenyang tidak begitu
baik kerana banyak lagi insan malang yang
kelaparan.
RANGKAP 5
• Oleh sebab penulis seorang yang bersyukur dan
beriman, dia berharap agar kedamaian dapat
dirasai di seantero dunia demi masa depan yang
lebih baik.
4

Dihasilkan Oleh: 2/3/20


Mohamad Izzat Hakim
Ismail

TEMA
• Tema sajak ini ialah kesyukuran dan keimanan
seseorang yang dapat makan roti. Tanda-tanda
kesyukurannya jelas kelihatan apabila dia
memikirkan masalah kelaparan yang sedang
dihadapi oleh golongan yang tidak
berkemampuan. Di samping itu, dia juga
berharap agar dunia menjadi semakin aman dan
manusia dapat hidup dengan keimanan dan
kesyukuran buat selama-lamanya.
5

Dihasilkan Oleh: 2/3/20


Mohamad Izzat Hakim
Ismail

PERSOALAN
a. Kepentingan makanan dalam kehidupan.
b. Roti ialah makanan utama manusia.
c. Kelaparan manusia yang terhidu akan bau makanan.
d. Kesegaran bau roti yang menyelerakan.
e. Tabiat bersendawa selepas makan sehingga kenyang.
f. Kesyukuran ialah tanda manusia mudah berpuas hati.
g. Keimanan ialah tunjang kedamaian hidup.
h. Kedamaian sejagat membawa keharmonian
6

Dihasilkan Oleh: 2/3/20


Mohamad Izzat Hakim
Ismail

GAYA BAHASA
a. Personifikasi
▫ Buktinya: selera kian menggelepar

b. Simile
▫ terhidang seumpama permaidani terhampar
c. Responsi
▫ bagi pemilik iman di dada,
▫ masih ada beban di bahu mereka
▫ nafsu makan pun bergelora
▫ perut pun kenyang terasa
7

Dihasilkan Oleh: 2/3/20


Mohamad Izzat Hakim
Ismail

GAYA BAHASA
d. Repitasi
▫ Buktinya, perut yang lapar (rangkap 2)
▫ perut pun kenyang terasa (rangkap 3)
▫ warga miskin belum terbela (rangkap 4)
▫ di hati sanubari warga dunia (rangkap 5)

e. Penggunaan kata asing, Arab


▫ Buktinya, nafsu makan pun bergelora
▫ Bagi pemilik iman di dada
▫ kalimah syukur pun jelas tertera
8

Dihasilkan Oleh: 2/3/20


Mohamad Izzat Hakim
Ismail

NILAI
(a) Kesabaran

(b) Kegigihan

(c) Rasional

(d) Ketabahan

(e) Kesyukuran

(f) Keimanan
9

Dihasilkan Oleh: 2/3/20


Mohamad Izzat Hakim
Ismail

PENGAJARAN
• Kita mestilah sabar menghadapi kelaparan sementara
makanan belum dihidangkan.
• Kita mestilah gigih bekerja untuk mencari rezeki demi
membeli makanan.
• Kita mestilah memikirkan kesusahan yang dialami oleh
golongan miskin.
• Kita mestilah tabah menghadapi pelbagai masalah dalam
kehidupan seperti kemiskinan dan kelaparan.
• Kita mestilah bersyukur kerana mendapat makanan sewaktu
lapar.
• Kita mestilah memiliki keimanan yang tinggi demi mencapai
ketenangan.

Anda mungkin juga menyukai