Anda di halaman 1dari 18

JENIS-JENIS KANAK-

KANAK BERKEPERLUAN
KHAS
Disediakan oleh : Alifah
Jun
Thiviya
Harshiny
JENIS-JENIS KANAK-KANAK
BERKEPERLUAN KHAS

Kerencatan
akal Pintar Cerdas
1. Kerencatan Akal

 Menurut American Association on Mental Retardation (AAMR), kerencatan akal didefinisikan sebagai
individu yang mempunyai had tertentu dari segi fungsi mental, di samping kemahiran yang rendah dari
aspek tingkah laku penyesuaian.

 Tingkah laku penyesuaian melibatkan kemahiran penjagaan diri seperti kebolehan memakai pakaian,
makan atau mengemas diri.

 Julia Jantan (2007) menyatakan bahawa kerencatan akal berlaku akibat masalah kegagalan otak
berfungsi. Kerencatan akal yang berlaku pada individu bukan sahaja melibatkan batasan fungsi mental
tetapi turut melibatkan masalah emosi. Kemampuan kognitif kanak-kanak terencat akal juga terganggu.
Ini bermakna, kanak-kanak ini lambat unutk menerima sesuatu maklumat yang disampaikan kepada
meraka dan sukar untuk memahami konsep-konsep yang kompleks
Genetik
Masalah metabolic / hormone
Janin diserang kuman
Masalah pembentukan otak
Cedera otak semasa bersalin
Radang otak (meningitis
encephalitis)
Kemalangan / dera kanak-kanak
Lahir tidak cukup bulan

Punca masalah kerencatan akal


Ciri-ciri masalah kerencatan akal

 Kurang koordinasi motor.

 Sukar menumpukan perhatian.

 Kemahiran membaca dan bahasa yang lemah serta berada pada tahap yang rendah dapada
mereka yang sebaya.

 Sukar mengaplikasi sesuatu yang dipelajari dalam situasi baru.

 Kesukaran dalam memahami konsep yang abstrak dan membuat kesimpulan.


Untuk mengukur tingkah laku adaptif, sesetengah kemahiran boleh dikenal pasti
iaitu:
 a)Kemahiran aktiviti seharian seperti memakai pakaian, mandi, makan dan
sebagainya
 b)Kemahiran komunikasi seperti memahami apa yang dituturkan dan
berupaya memberi tindak balas
 c)Kemahiran sosial seperti hubungan dengan rakan, keluarga, orang dewasa
dan masyarakat.
 Kanak-kanak ini sukar menurut arahan dan tidak berupaya memilih
aktiviti secara sendirian. Mereka juga menghadapi masalah koordinasi
mata dan tangan. Mereka mempelajari bahasa dan kemahiran dengan
perlahan, tidak seperti kanak-kanak biasa.
 Paras rupa kanak-kanak ini seperti kanak-kanak biasa dan mereka
biasanya dibenarkan masuk ke sekolah biasa. Kurikulum di sekolah
digubal untuk kanak-kanak biasa dan merupakan cabaran bagi kanak-
kanak dengan masalah terencat akal. Kebanyakan kanak-kanak ini gagal
di sekolah kerana IQ mereka yang rendah iaitu antara 55/60 dan 85/90.
IQ kanak-kanak normal adalah 90 ke atas.
 Namum begitu, kebanyakan kanak-kanak bermasalah terencat akal
ringan boleh ke sekolah dan boleh mempelajari pelbagai kemahiran
akademik seperti kemahiran vokasional sosial untuk membantu
menjadikan meraka sebagai individu yang produktif.
IMPLIKASI KERENCATAN AKAL TERHADAP PERKEMBANGAN FIZIKAL, MENTAL,
SOSIAL, EMOSI, SAHSIAH DAN PERTUTURAN / PEROLEHAN BAHASA

 Beberapa jenis kecacatan fizikal terdapat di kalangan mereka yang terencat akal . Antaranya ialah
kecacatan kederiaan, kecacatan motor dan epilepsy. Sebahagian daripada orang yang terencat
akal akan mengalami kecacatan penglihatan atau pendengaran . Kecacatan motor yang mungkin
terdapat termasuklah spastisiti, ataksia dan atetosis . Epilepsi biasanya berlaku dalam kes-kes
kerencatan yang tinggi atau yang teruk sahaja iaitu apabila terdapat kerosakan otak yang jelas .

 Dari segi perkembangan mental mereka yang terencat akal mempunyai kemahiran yang tidak
menentu dan mereka mempunyai tahap intelektual ynag berbeza-beza. Mereka juga menunjukkan
prestasi yang rendah dalam semua jenis tugas seperti pembelajaran, ingatan, penggunaan konsep
dan penyelesaian masalah . Mereka mudah lupa akibta hilang ingatan seketika dan gemar
bertanya soalan yang berulang-ulang atau menceritakan sesuatu yang berulang kali .
 Mereka yang mengalami kerencatan akal akan menghadapi kesulitan didalam perkembangan
sosial daripada perkara-perkara berikut seperti memahami hubungan sosial, membentuk tali
persahabatan, memahami fikiran dan perasaan orang lain dan mengekalkan hubungna mata .
 Dari segi perkembangan emosi dan sahsiah, mereka yang mempunyai kerencatan akal
mempunyai tingkah laku yang boleh menimbulkan masalah pembelajaran biasanya akan
dipengaruhi oleh kecenderungan hiperakif, gangguam perhatian, suka mengikut perasaan,
ragam emosi yang kuat berubah, kelemahan koordinasi pergerakan umum dan lambat memberi
gerak balas . Mereka juga menunjukkan tingkah laku yang bemacam-macam ragam dan pelik,
selalu mengalami perasaan takut dan cemas dan sentiasa mengekal bercakap dan bermain
bersama rakan yang lain . Mereka lebih suka bermain secara bersendirian .
 Implikasi terhadap perkembangan pertuturan atau perolehan bahasa mereka ini mempunyai
tahap kefahaman bahasa yang rendah dan tahap penggunaan bahasanya terbantut. Bahasa
mereka juga agak ganjil dan sukar difahami . Mereka yang terencat akal ini akan mengalami
kesulitan dalam memahami pertuturan, kesulitan memahami isyarat ( badan, tangan, mimik muka
), kesulitan dalam mengguankan bahasa, lewat atau tiada langsung perkembangan bahasa dan
terdapat juga echolalia iaitu mengulang percakapan orang lain.
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
 Guru harus menjamin persekolahan yang dipilih sesuai dengan tahap pencapaian
pesakit. Misalnya Pesakit yang mengalami kerencatan akal yang teruk boleh
dijaga di pusat-pusat seperti Pusat Spastik atau Wisma Harapan.
 Ibu yang mengandung perlu menjaga diet makanannya dengan betul. Selain itu,
dia juga perlu mengelak daripada mengambil minum beralkohol, merokok dan
makanan yang boleh memudaratkan kesihatan bayi dan ibu sendiri.
 Ibu-ibu yang kerja harus juga perlu memberi perhatian yang lebih kepada
kandungan mereka. Tekanan mental dan fizikal yang dialami oleh ibu boleh
memberi kesan negatif kepada bayi dalam kandungan.
PINTAR CERDAS
 Pelajar yang mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa serta melebihi kebolehan rakan
seusianya lebih dikenali sebagai kanak-kanak pintar cerdas (gifted).

 Stanford Binet (1916), orang pertama menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebagai
“The Stanford- Binet Test” telah memberikan definisi pintar cerdas sebagai merujuk kepada
keupayaan individu memahami, membuat pertimbangan dan penaakulan dengan baik.

 Umum pula mentakrifkan pintar cerdas sebagai kepandaian luar biasa yang dimiliki oleh
individu. Individu yang dikatakan pintar cerdas ini mempunyai kebolehan yang luar biasa
memahami dan mengadaptasi segala cabaran persekitaran kepada hidup dan mindanya.
 Menunjukkan kebolehan mempelajari sesuatu dengan lebih cepat jika
dibandingkan dengan rakan sebaya.
 Menunjukkan keinginan untuk mengetahui yang lebih jika dibanding
dengan rakan sebaya.
 Menetapkan matlamat yang tinggi untuk pencapaiannya.
 Motivasi yang tinggi dalam menghadapi tugasan yang mencabar.
 Kemahiran berbahasa, membaca dan perbendaharaan kata yang luas.
 Kebolehan untuk memimpin.
 Mengambil berat dan menunjukkan empati terhadap orang lain.

Pintar Cerdas dan Ciri-ciri Khusus


Tidak semua ciri tersebut perlu ada dalam diri seseorang kanak-kanak yang
dikatakan pintar cerdas. Ciri ini dibahagikan kepada domain-domain:
 A. kebolehan intelek yang umum
 B. kebolehan intelek yang khusus
 C. pemikiran kreatif
 D. kepimpinan
 E. kebolehan psikomotor
 F. kesenian visual/persembahan
 G. sosial emosi.
PROGRAM PENDIDIKAN UNTUK KANAK-KANAK PINTAR
CERDAS

 Memandangkan kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kemahiran belajar yang


berlainan daripada kanak-kanak biasa maka para pendidik perlu merangka satu
program pendidikan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak ini.

 Menurut Nik Azis Nik Pa dan Noor Aini Khalifah (1982), program pendidikan kanak-
kanak pintar cerdas ini terbahagi kepada tiga bentuk umum iaitu pengayaan,
percepatan dan pengelompokan.
Implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah.

Kanak-kanak pintar cerdas boleh dibantu melalui tiga jenis program:


pengasingan, pemecutan (acceleration) atau pengayaan.

Dalam program pengasingan, kanak-kanak diasingkan daripada rakan sebaya


di mana mereka disediakan kurikulum khas yang mampu menggalakkan
kebolehan istimewa mereka. Pengasingan ini bertujuan mengeluarkan kanak-
kanak daripada kelas biasa yang tidak dapat mebantu perkembangannya secara
optima
 Program pemecutan pula boleh dilaksanakan dengan dua cara. Satu
cara ialah di mana kanak-kanak ini dikeluarkan daripada bilik darjah
mereka untuk subjek-subjek spesifik. Mereka dimasukkan ke kelas
untuk subjek tersebut. Maka mereka akan belajar dengan murid atau
pelajar yang lebih tua daripada mereka. Cara kedua ialah di mana
murid tersebut disediakan dengan rancangan khas dalam kelas yang
sama. Rancangan ini membantu mereka belajar sesuatu bidang
kemahiran mereka pada kadar yang lebih cepat berbanding rakan
sebaya.

 Program pengayaan melibatkan pendekatan yang menyediakan


pengalaman pengayaan sama ada di dalam atau di luar kelas.
Misalnya aktiviti tambahan seperti lawatan ke muzium atau
perpustakaan negara. Selain itu guru boleh merancang projek atau
aktiviti lain yang memerlukan murid mencari maklumat yang lebih
mendalam tentang sesuatu topik dan dilakukan oleh murid secara
bersendirian.
Kesimpulan
 Aspek penting dalam pengajaran kanak-kanak keperluan khas ialah sikap guru
serta kemahiran guru dalam membantu kanak-kanak ini. Guru perlu percaya
bahawa pendidikan adalah untuk semua kanak-kanak. Kerjasama antara guru
pendidikan khas dan guru kelas biasa amat penting. Guru-guru ini seharusnya
mempunyai kesanggupan untuk berkongsi kemahiran demi kebaikan kanak-kanak
tersebut. Hubungan yang baik dan kerjasama dengan ibu bapa, pihak hospital dan
kebajikan masyarakat juga penting dalam usaha membantu kanak-kanak ini.
RUJUKAN

 http://treebuilder.blogspot.my/2010/11/kanak-kanak-keperluan-khas.html
 http://www.slideshare.net/NdSaa/kanak-kanak-keperluan-khas
 http://
terusanilmu.blogspot.my/2013/12/kajian-kes-kanak-kanak-pintar-cerdas_10.html

Anda mungkin juga menyukai