Anda di halaman 1dari 90

TAMADUN

CHINA
Peta Negara China
Sejarah Perkembangan
Tamadun Cina

• Tamadun Cina: satu tamadun


tertua dunia selain tamadun
Mesopotamia, Mesir, Indus dan
Greek.
• Bermula di Huanghe (Utara) dan
Yangzijiang (Selatan) kira-kira
Huang He (The Yellow River)
7000 tahun dahulu.
• Tamadun di kawasan Huanghe
juga dikenali sebagai Tamadun
Yangshao disebabkan oleh pekan
tersebut merupakan tempat
pertemuan tapak galian
arkeologi.
Kebudayaan Yangshao

• Sekitar 3950-1700SM, terdapat


penempatan di lembah sungai yang mana
penduduknya menjalankan aktiviti
pertanian.
• Penduduk menjalankan aktiviti menanam
millet (makanan asasi), bijirin, sayuran
serta menangkap ikan dan burung.
• Menjalankan penternakan babi dan
kemudiannya ayam sebagai diet
tambahan.
• Mahir membuat tembikar, jarum, mata
kail dan alat penebuk.
Kebudayaan Longshan
• Wujud sekitar 3000SM, juga dikenali
sebagai kebudayaan Tembikar Hitam.
• Menghasilkan tembikar yang berkualiti
tinggi dan menunjukkan wujudnya
penggunaan mesin peroda tembikar
(Potter’s wheel).
• Tinggal menetap di kaki bukit, bukit kecil
dan dataran lanar serta membina
benteng penahan banjir.
• Gangsa digunakan dalam penghasilan
alatan seperti penyodok, sabit, bekas
ritus (ritual vessels), loceng, senjata dan
lain-lain.
Tahap Perkembangan Tamadun Cina

Tahap Meliputi Dinasti Xia, Dinasti Chou dan Dinasti Chin. Penekanan aspek
Permulaan kerohanian, birokrasi pemerintahan, penyembahan nenek moyang,
permulaan kepercayaan Ying Yang, teknologi penggunaan gangsa,
kesusateraan dan perkembangan aliran falsafah seperti Konfusiusnime,
taoisme dan sebagainya.
Tahap Meliputi Dinasti Han dan Dinasti Sui. Berlaku perluasan kuasa, hubungan
Keemasan luar,

Tahap Shi Huangdi menyatukan seluruh Negeri China. Banyak kemudahan


Perkembangan disediakan; sistem tulisan, jarak jalanraya dan pentadbiran perniagaan.
Tahap ini adalah tahap keemasan. Agama Buddha, Islam dan Kristian di
bawa masuk ke China oleh Mubaligh, saudagar dan pengembara.

Tahap Transisi Tahap ini merupakan tamadun kontemporari. Banyak peperangan saudara,
serangan kuasa besar Eropah, Amerika, Jepun dan banyak berlaku kemarau
dan banjir besar. Kemasukan kuasa eropah turut membawa ilmu
pengetahuan, pemikiran, ideologi demokrasi dan sains.
1.2 Tahap-Tahap Perkembangan
Tamadun Cina
a)  Tahap Permulaan 
Dinasti Xia / Shang 
•Terdapat dua pandangan:
Dinasti terawal dalam tamadun Cina, iaitu sama ada
bermula dengan dinasti Xia/ Sia (2200 / 2210-
1600/1700SM) atau Shang (1700-1027SM.
• Pusat pemerintahan : Anyang iaitu di utara Sungai
Kuning. Wilayahnya dari kawasan padang rumput di
utara sampai ke lembah Sungai Yang Tze di selatan
Cina.
•Pemerintahan m’gunakan sistem raja/ monarki.
Raja-raja Shang menganggap peperangan memberi
keuntungan – raja mengeksploitasi agama spt
konsep 'mandat dari syurga' utk menundukkan
rakyat .
 
Bentuk Tamadun Dinasti Chow

• teknologi gangsa dalam pembuatan


senjata dan alatan pertanian.
• membuat alat tembikar dan jed.
• menghasilkan sutera dan
pembentukan sistem kalendar dan
perpuluhan.
• membuat wang daripada logam,
menerbitkan buku dan
memperkenalkan alat tulisan.
• Zaman terakhir dinasti Chou dikenali
sebagai Zaman Musim Luruh dan
Musim Bunga.
• Berpecah kepada negeri-negeri Chi,
Chu, Yen, Han, Chao, Wei dan Chin
akibat peperangan sesama sendiri.
• Suasana peperangan menyebabkan
muncul aliran-aliran falsafah
Konfusiunisme, Taoisme, Legalisme
dan Moisme.
Dinasti Qin/Chin
• Di bawah dinasti Qin/Chin yang
dipimpin oleh Shih Huang Ti (yang
bermaksud maharaja pertama) (221-
210 SM). orang-orang Cina bersatu.
• Menggantikan sistem pemerintahan
feudal dengan sistem chun atau
provinsi. Terdapat 36 provinsi semasa
pemerintahan dinasti Chin.
• Shih Huang Ti memerintah dengan
kejam dan memusnahkan buku-buku
lama ajaran Confusius.
• Dinasti Qin/Chin bertahan selama 14
tahun sahaja
• Perkembangan Tamadun:
• Memperkenalkan sistem pentadbiran
yang baik
• Dasar-dasar yg konsisten dlm bidang
ekonomi, bahasa, falsafah dan sains.
• Memperkenalkan sistem jalan raya
dan pos di China.
• Tembok Besar China sepnjang 2410
km dibina sbg mekanisme pertahanan
drp tentera Tartar Monggolia.
Tahap Keemasan
Dinasti Han

• Han terbahagi kepada dua wilayah iaitu


Han Barat (200SM-9SM) dan Han Timur
(25SM-220M).

• Perluasan kuasa yang dimulakan oleh


Han Kao Tsu dan mencapai
kemuncaknya pada masa Han Wu Ti
yang dikenali sebagai 'Maharaja
Tentera'. Wilayah taklukan Han Wu Ti
merangkumi Korea, Manchuria, Panir
dan Khokhand di Asia Tengah.
Pencapaian Dinasti Han
• Menyambung Tembok Besar China hingga ke arah
barat.
• Hubungan perdagangan dengan negara luar
bermula menerusi jalan sutera dan jalan-jalan laut
di bahagian selatan China.
• Menjalin hubungan perdagangan dgn India, Sri
Langka, Jepun, Parsi, Arab dan Syria.
• Menghapuskan penyeksaan hamba abdi,
membina terusan air dan menggunakan falsafah
Konfusius dlm pentadbiran negara.
• Di bawah dinasti Han, China menjadi negara China
dalam erti kata politik dan geografi yang sebenar.
• Bangsa Han mengamalkan budaya Zhong Yen
• Konsep Negara Zhong Guo yang bermaksud
Negara tengah
Dinasti Sui
 

•Perpecahan China kepada China Utara dan


China Selatan disatukan kembali di bawah
pemerintahan Jeneral Wi Barat di atas
nama dinasti Sui.

•Dinasti berakhir apabila maharajanya


bertindak kejam memerah tenaga rakyat
serta gagal menakluki Korea (621-614).

•Kuasa diganti dengan dinasti Tang (618M-


907M). Perluasan kuasa diteruskan oleh
Maharaja Tai Tsung (627-49) sampai ke
pedalaman Asia.
 
Dinasti Sui
• Kemajuan dalam bidang budaya, seni, ilmu
dan agama.
• Proses internasionalisasi Cina, melalui
pedagang asing yang juga mendirikan
sekolah baru untuk belajar.
• Pembinaan Grand Canal atau Terusan
Agung yang menghubungkan Sungai Yang
Tze dengan Sungai Huang He (Kuning).
• Bibit-bibit agama baru iaitu Islam dikesan
masuk ke China melalui aktiviti
perdagangan dan pergantungan
pemimpinnya kepada pasukan Turki
Grand Canal
(Uighur).
C. Tahap Peralihan

i. Tentera Monggolia
• Tentera Monggolia menakluki utara
China, Korea dan beberapa
kawasan di Asia Tengah (13M),
seterusnya merampas sebahagian
besar wilayah-wilayah China di
Utara.
 
• Kerajaan dinasti Song pada ketika
itu terpaksa berundur ke selatan
dan akhirnya ditawan oleh tentera
Monggol Kublhai Khan, cucu
kepada Genghis Khan tahun
1271M.
 
• Ibu kota Kerajaan dinasti Song dikuasai
Dinasti Yuan dari orang-orang Monggolia.
Sesuatu yang unik bagi dinasti asing ini
ialah pengekalan unsur-unsur kecinaan
dalam pentadbirannya di China.
 
• Orang-orang Cina menganggap bangsa
Monggolia sebagi orang asing dan
penceroboh. Timbul pemberontakan
petani pada abad ke-14.

Zhu Yuan Zhang atau Chu Yuan Chang
berjaya menggulingkan dinasti Yuan dan
mendirikan dinasti Ming tahun 1368M-
1644M.
Dinasti Ming
• Dinasti Ming mencapai kegemilangannya
pada pemerintahan Maharaja Yung Lo.
•  Dalam proses perluasan kuasa, ekspedisi-
ekspedisi maritim dihantar ke negara-
negara Indo-China dan Kepulauan Melayu.
• Tahun 1434 sahaja, tujuh buah ekspedisi
pelayaran dihantar ke rantau Asia
Tenggara yang diketuai oleh Laksamana
armada Cheng Ho.
• Kekuatan dan keagungan dinasti Ming
mendorong negara-negara seperti Korea,
Jepun, Annam dan Melaka menghantar
utusan dan ufti ke negara China.
Tentera Mancu

• Selepas kematian Cheng Ho,China jatuh ke


tangan orang Manchu.

• Kemasukan Manchu berpunca daripada


konflik dalaman antara puak petani dengan
pemerintah. Tentera Manchu kemudiannya
menyerang Beijing dan menubuhkan Dinasti
Ching/Qing (1644-1911)

• Orang-orang Manchu mengambil masa 40


tahun utk menakluk seluruh China.

• Dinasti Ching berakhir pada tahun 1911


setelah berkuasa selama 258 tahun. akibat
penglibatannya dengan imperial Barat.
Kuasa Barat
• Penglibatan Dinasti Ching dengan kuasa
Barat.
• Hubungan secara tidak langsung dengan
Barat apabila Portugis berdagang di
pelabuhan Macao China.
• Ini disusuli dengan Belanda dan Inggeris
dengan penjualan opium atau candu.
• Siri-siri peperangan candu sengaja
dicetuskan oleh Barat yang mengakibatkan
China kehilangan Hongkong kepada Barat.
• kegiatan-kegiatan haram
seperti penjualan hamba abdi, pelacuran,
arak dan candu berleluasa dalam negara.
• Rakyat Cina marah melancarkan
Pemberontakan Boxer atau Peninju yg
mengorbankan ratusan ribu jiwa rakyat
 
• Strategi-strategi pemulihan yang
dilancarkan seperti Self Strengthening
Movement atau 'Gerakan
Memperkuatkan Diri' (1861-95 M) dan
Reformasi Seratus Hari (1898) gagal
memulihkan kembali keamanan di
China.
Komunisme
• Ideologi demokrasi dan komunisme
diterapkan dalam perntadbiran manakala
budaya dan nilai-nilai tradisi semakin
disisihkan.
• Rakyat Cina membina semula kegemilangan
tamadun mereka terutama selepas
dimusnahkan oleh Barat.
• Lahir tokoh-tokoh reformis moden seperti Dr.
Sun Yat Sen, Yuan Shih Kai, Chiang Kai-shek
dan lain-lain
•  Akhirnya China terhimpun semula dalam
suatu pemerintahan republik rakyat Cina
seperti yang wujud sekarang.
Pandangan Semesta dan Sitem
Kepercayaan Tamadun Cina

• Konsep Tien (langit).


• Konsep Dao dan Tao.
• Konsep Yin dan Yang.
• Konsep Perpaduan antara Tian dan Insan (tian-ren-heyi)
• Konsep Ren atau Jen dan Yi atau I.
• Konsep Chung.
• Konsep Lima Hubungan.
Konsep Tien

• Dianggap langit, bermaksud fizikal, lawan kepada Di


(bumi).
• Pihak pemerintah, penguasa seluruh alam semesta,
Maharaja Tertinggi dalam Empayar Tien dan dianggap
sebagai dewa utama.
• Unsur asas atau Ming (dasar nasib). Confucius percaya
perkara yang berlaku diluar kawalan manusia adalah
daripada niat keinginan Tien.
• Merujuk kepada alam semula jadi, dalam teori
metafizik Cina mempunyai kaitan dengan Yin dan Yang.
• Prinsip moral tertinggi dalam alam semesta.
Konsep Dao atau Tao

• Digunakan untuk menunjukkan suatu jalan, cara


kelakuan atau tabiat sama ada baik atau buruk.
• Selepas kedatangan Confuciusme, Lao Tzu
menghasilkan falsafah Daoisme.
• Menurut Lao Tzu, semua makhluk akan kembali
kepada Dao dan Dao merupakan punca pertama
sebelum wujudnya Tien (Langit) dan Di (Bumi).
• Confucius menempatkan Dao sebagai suatu tatatertib
moral yang mesti dipatuhi.
• Dao ialah cara hidup dan tindakan bagi individu dan
kerajaan.
Konsep Yin dan Yang

• Daripada kitab Yijing (The Books of


Changes), menggunakan konsep Taiji
untuk merujuk kepada kenyataan
muktamad (ultimate reality).
• Perubahan Taiji, terhasil kuasa dwikutub
(bipolar), Yin dan Yang.
• Kemudian terhasil lima unsur (wuxing)
yang menjadi asas kewujudan semua
benda (material).
• Manifestasi kuasa Yin dan Yang serta lima
unsur tersebut sebagai proses pusingan
atau putaran yang timbul dan tenggelam
tanpa pengakhiran.
Konsep Perpaduan antara Tian
dengan Insan (tian-ren heyi)

• Terbentuk berdasarkan pernyataan bahawa insan


merupakan sebahagian daripada Tian dan keduanya
mempunyai hubungan yang rapat.
• Segala kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan
duniawi akan menghasilkan fenomena luar biasa
dalam alam semula jadi sebagai isyarat atau tanda
kemarahan Tian dan amaran kepada kerajaan
berkenaan.
• Konsep ini dikemukakan oleh Dong Zhongshu yang
menggabungkan aliran pemikiran Yin dan Yang dan
falsadah sosiopolitik Confucius .
Konsep Ren atau Jen dan Yi atau I

• Ren ialah konsep asas dalam etika sistem masyarakat China.


• Ren merujuk kasih sayang dan merupakan ekspresi jantung
manusia.
• Juga merujuk kepada sifat kemanusiaan yang dilakukan atas
dasar simpati dan persahabatan antara manusia.
• Memahami ren dapat mendisiplinkan dirinya untuk bertindak
mengikut norma sosial dan adat istiadat yang dianggap betul
dan mulia dalam masyarakat.
• Ren ialah berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai
daunshu, mengawal perasaan supaya tidak melakukan kepada
orang lain perkara yang dia sendiri tidak menginginkannya.
Konsep Chung

• Doktrin kesederhanaan atau pertengahan.


• Membincangkan tentang personaliti ideal yang terdapat
dalam ajaran Confucius.
• Chung juga merujuk kepada sifat kebaikan, kesederhanaan
dan kebiasaan.
• Seorang Chung memerlukan kepada berbudi bahasa,
bermurah hati, berpengetahuan, kebijaksanaan dan
sanggup memikul beban tugas.
• Chung dapat dicapai dengan mengambil keputusan yang
tepat tanpa dipengaruhi emosi dalam menyelesaikan
sesuatu masalah.
Konsep Lima Hubungan

• Menggambarkan nilai etikadalaman bagi keseimbangan


hubungan sosial.
• Lima bentuk hubungan asas:
• Antara adik-beradik
• Antara bapa dan anak
• Antara suami dan isteri
• Antara kawan serta sahabat
• Antara pemerintah serta rakyat
Agama dan Sistem Kepercayaan

1. Agama Buddha
• Agama asing yang mendapat tempat dikalangan
masyarakat China.
• Berasal dari India, dicetuskan oleh Sidharta
Gautama kurun ke 6M.
• Terdapat dua mazhab Buddha yang terkenal iaitu
Theravada dan Mahayana.
• Theravada ialah bentuk terawal agama Buddha
berkisar pada penyelamatan hanya kepada sami
Buddha.
• Mahayana, fasa kedua, pengajarannya membuka
jalan penyelamat kepada semua manusia.
• Perkembangan pesat pada era Dinasti Wei Utara.
• Mencapai tahap kegemilangan pada era Dinasti
Tang.
2. Pemujaan Nenek Moyang
• Orang Cina amat menghormati dan mempercayai nenek
moyang/orang yang sudah mati.
• Nenek moyang berkuasa bertindak ke atas manusia di dunia.
• Kematian bukan akhir kewujudan, tetapi titik bermulanya proses
peralihan dari suatu kewujudan kepada kewujudan yang lain.
3. Pemujaan Roh
• Mempercayai Roh terdiri daripada Po (Roh kehidupan) atau hun
(roh semangat/persendirian).
• Roh Po menuntut layanan baik daripada waris kerana roh nenek
moyang mempunyai kuasa
4. Kepercayaan Lain
• Ajaran lain yang mendapat tempat
ialah Confuciusme and Taoisme.
• Confuciusme menitikberatkan
ajaran moral, susila.
• Taoisme mengajar kehidupan yang
sesuai dan selaras dengan alam.
• Masyarakat Cina menganggap
semua ajaran itu melengkapi
antara satu sama lain.
4. Nilai Sosial
• Telah menjadi nilai tradisi
masyarakat China dan menjadi
benteng kepada masyarakat
daripada gejala sosial.
• Antara nilai sosial ialah, Yi
(keadilan), Chi (perasaan malu),
Han (kejujuran dan kesucian), Zhi
(kebijaksanaan), Xin
(kebolehpercayaan), Yong
(keberanian), Jian (jimat cermat),
Zhongyong (budi pekerti
sederhana).
6. Nilai Pendidikan, Politik dan Ekonomi
• Menurut Confucius, pendidikan satu-satunya jalan
meningkatkan kualiti moral masyarakat.
• Berberapa konsep diperkenalkan bagi meningkatkan mutu
pendidikan seperti konsep zun shi zhong tao (menghormati
guru dan menghargai kebenaran) dan sebagainya.
• Bagi aspek moral dan politik, seseorang pemimpin mesti
menjalankan tugasnya dengan adil, menjaga kebajikan rakyat
serta mentadbir negara dengan baik.
• Aspek ekonomi, Confucius tidak menghalang manusia
mencapai keuntungan tetapi bukan melalui cara yang zalim.
7. Moisme
• Diasaskan oleh Mo Zi.
• Konsep penting pemikiran aliran ini
ialah jian’ai (kasih sayang sejagat),
feigong (mengecam sikap suka
berperang), feiming (menyerah
kepada nasib), shangxian
(mengutamakan golongan cerdik
pandai).
• Menegaskan kepada sikap mengejar
kepentingan (gongli), pengikutnya
menentang konsep mandat tuhan
oleh Konfusiusnisme.
8. Legalisme
• Diasaskan oleh Han Fei Zi dan
dilaksanakan oleh pemerintahan Dinasti
Chin.
• Legalisme mengutamakan pemikiran
sosiopolitik dan kekuasaan pihak
pemerintah terhadap rakyatnya.
• Menyarankan pemerintahan
berteraskan undang-undang lebih baik
daripada kepimpinan melalui teladan.
• Tidak memerlukan falsafah untuk
memerintah sebaliknya undang-undang
yang ketat perlu dipertahankan.
8(a). Keluarga dan Masyarakat Cina
• Sistem keluarga masyarakat Cina memusatkan kuasa
bapa (patriachy) dan nasab bapa (patrilineal).
• Sistem kuasa bapa ini telah meresap masuk ke dalam
pelbagai aspek kehidupan.
8(b). Humanisme
• Ramai cendekiawan bersetuju bahawa tamadun Cina
berorientasikan humanisme, manusia dianggap
mempunyai kedudukan unggul dan berperanan
penting dalam alam semesta.
• Sifat khas tamadun Cina seperti sifat sekular,
moralisme sebagai ideologi, personalisme dan
sebagainya adalah hasil daripada humanisme.
Tauhid Agama Asal Bangsa Cina

• Testimoni Pakua Cina Lama menyatakan bahawa agama asal


sebenar bangsa Cina adalah bersifat monothestik (Menyembah
Tuhan Yang Maha Esa) agama “Tauhid”.
• Masyarakat Cina terdahulu menerima pengetahuan tauhid ketika
berada bersama bangsa Hebrew di Mesopotamia.
• Namun berlaku deviasi keesaan kepada penyembahan berhala dan
roh nenek moyang akibat konspirasi politik pada era kerajaan
Chou Timur.
• Namun, maharaja Cina masih mentauhidkan Shang-Ti sampai
jatuhnya Dinasti Mancu.
• Pendeta Confucius dan Lao Tzu pernah melancarkan protes dan
mempertahankan Shang-Ti tetapi menerima reaksi keras iaitu
pembunuhan beramai-ramai, dan semua tulisan mereka dibakar.
ISLAM
DI CHINA
Sejarah Kedatangan Islam ke China

• Agama Islam telah disebarkan ke China sejak


abad ke-7 Masihi atau awal abad pertama Hijrah

• Hubungan perdagangan China dengan Arab


sudah terjalin sejak abad ke-4M melalui
pelabuhan-pelabuhan di India, Ceylon,
Kepulauan Melayu terus ke Selatan China

• Pusat perdagangan di Siraf di kawasan Teluk


Parsi menjadi tumpuan para pedagang dari Cina.
Kerancakan hubungan ini berlaku dalam era
pemerintahan Dinasti Tang (618-907 Masihi)
Teori kedatangan Islam ke China

Terdapat tiga teori :


• Rekod Sejarah Dinasti Tang : Islam dibawa ke
China oleh pendakwah Islam yang diketuai oleh
Saad bin Abi Waqas iaitu Panglima Perang Laut
Islam sewaktu pemerintahan Maharaja Yung-
Wei dalam Dinasti Tang pada abad ke-7M.

Xi’an (Chang’an)
The Oldest Mosque in China
• Bilangan pendakwah tersebut adalah seramai 15
orang. Sebagai bukti penerimaan masyarakat
China kepada Islam, sebuah masjid dibina di
Ch'ang-an, yang juga masjid tertua di China.
Masjid tersebut masih kekal sehingga kini.
• Ibrahim T.Y. Ma, Islam tersebar pertama kali ke China melalui Saad ibn
Lubayd yang berhijrah ke Habsyah. Dari Habsyah beliau belayar ke
China dan tiba di Canton, Selatan China tahun 630 M. Dakwah di
kawasan Chuan Chow, Chang Chow dan Canton dan membina sebuah
masjid yang dikenali sebagai Masjid Kwang Tah Se.

• Pendapat lain : Islam di bawa ke China zaman Thai Sung (627 - 655
M). Orang Islam yang pertama tiba di China adalah Abu Hamzah ibn
Hamzah iaitu anak kepada Hamzah bin Abi Talib, sepupu Rasulullah
SAW. Beliau bersama-sama orang Muhajirin telah berhijrah ke China
dan menetap dikawasan San Gan Foo.
Perkembangan Islam di China

• Perkembangan Islam di China dapat dibahagikan kepada tiga


peringkat iaitu peringkat permulaan, peringkat pertengahan atau
kemajuan serta peringkat Kemunduran dan gelap. Peringkat-
peringkat tersebut berlaku mengikut turutan menerusi
pemerintah dalam dinasti-dinasti.
Dinasti Tang (618 - 907 M)
• Islam diterima kerana ajarannya
mempunyai persamaan dengan ajaran
lama Confucius.
• Maharaja Yung Wei membenarkan Sa'ad
bin Abi Waqas membina masjid.  
• Cebisan tulisan dalam bahasa China
mengenai Islam disebarkan.
• Pemerintah China memberikan sokongan
kepada para pendakwah Islam.
• Penerimaan Islam yang baik pada
peringkat permulaan memberikan
harapan kepada pendakwah untuk
mengembangkan Islam di negara ini.
Dinasti Sung (960 - 1279 M)

•  Aktiviti perdagangan di pelabuhan


berkembang pesat.
• Orang Islam diberi kepercayaan
memegang jawatan penting di pelabuhan
seperti Pengarah Pelabuhan dan
Perkapalan.
• Akhlak baik orang Islam menyebabkan
sikap prejudis seperti anti-Islam tidak
timbul di kalangan orang China.
• Saudagar dari Tanah Arab turut
menggandakan kegiatan perdagangan
mereka di pelabuhan China.
Dinasti Ming (1368 - 1644 M)
• Zaman keemasan Islam di China.
•  Maharaja Chu Yaung Gang mengeluarkan
polisi tidak membenarkan orang Islam yang
datang ke China bermastautin.
•  Orang Islam yang datang ke China
mengahwini wanita keturunan Han sebagai
helah untuk menjadi warganegara China.
 Intergrasi Budaya
• Terjadi integrasi budaya Islam dengan
budaya kaum Han seperti dari segi
makanan dan pakaian
Dinasti Ching (1644 - 1911)

•  Zaman ini permulaan zaman gelap bagi


Islam di China.
•  Orang Manchuria yang menubuhkan
dinasti Manchu.
• menjalankan pemerintahan mereka secara
kekerasan.
• mereka memecahkan penguasaan serta
perpaduan orang Islam.
• melaga-lagakan orang Islam dengan puak
Han, orang Tibet dengan Monggolia.
• Mereka telah meniupkan rasa kebencian
terhadap Islam dan penganutnya.
• Tahun 1911, pemerintahan China jatuh ke
golongan pembaharuan atau reformis China
iaitu Dr. Sun Yat Sen.
• Perubahan ini telah memulakan sejarah hitam
Islam di China.
• Ketetapan bahawa negara China adalah milik
bersama antara puak Tionghua, Han, Man
(Manchuria), Ming (Monggol), Hui (Islam) dan
Tsung (Tibet) dengan status yang sama.
• Orang Islam tetap memberi sumbangan dalam
politik terutama semasa perang China-Jepun
dan perang anti-Komunis. China kalah kepada
pihak Komunis. Masyarakat Islam China
melarikan diri ke Taiwan.
Revolusi 1948 Sehingga Kini

• Revolusi 1948 Mao Zedong (Mao Tze Tong),


memperkenalkan sistem pemerintahan Komunis
di China.
• Golongan Muslim di China bangkit
memerdekakan wilayah mereka daripada
kerajaan Komunis China.

Propaganda Anti Islam


• Tahun 1953 sahaja sebanyak 2 revolusi berlaku
• Pemerintah menggunakan kekuatan tentera
untuk meredam revolusi tersebut dan
meniupkan propaganda anti-Islam.
• Walaupun menerima tekanan daripada pihak
pemerintah, bilangan rakyat China beragama
Islam bertambah kepada 20 juta orang.
Revolusi Budaya

• Kekejaman ke atas umat Islam di China semasa


pemerintahan Mao Zedong.
• Kempen besar-besaran Revolusi Budaya menghapuskan umat
Islam dan rakyat bukan berbangsa Cina.
• Lebih kurang 30,000 umat Islam berbangsa Uygur telah
dikerah menjadi buruh paksa di samping penutupan lebih
29,000 buah masjid serta menghukum imam masjid.
• Sekolah yang berorientasikan Islam ditutup.
• Pelajarnya ditukarkan ke sekolah-sekolah yang menerapkan
ajaran-ajaran Marxisme dan Maoisme.
Pasca Mao Zedong

• Pemerintah lebih toleran.


• Perisytiharan dasar kebebasan beragama pada tahun 1978,
umat Islam di China telah menggiatkan aktiviti dakwah mereka.
• 28,000 masjid tambahan telah dibina dengan 2,800 masjid di
daerah Xinjiang disamping2,800 imam
• Kebebasan untuk menunaikan haji diberikan kepada masyarakat
Islam.
• Umat Islam di negara tersebut turut melibatkan diri dalam
politik China.
• Dari Persatuan Islam China, lebih 23,000 orang Islam telah
mendaftarkan diri di Institut Perguruan Tinggi Islam dan masjid-
masjid di China,Lebih 3000 orang murid mengikuti kursus
menjadi imam, 5000 orang mengikuti pengajian bah. Arab dan
pengajian Islam di Wilayah komuniti Islam terbesar di China
iaitu Ningxia Hui.
Sumbangan Islam Kepada
Peradaban China

Sumbangan tersebut dapat dilihat daripada


aspek sains dan teknologi, bahasa,
ketenteraan dan sebagainya.

Astronomi dan Matematik


• Pengkajian dalam ilmu astronomi dan
perkembangan ilmu matematik, algebra
dan trigonometri di China banyak
dibantu oleh orang-orang Arab.
• Zaman dinasti Ming, tahun 1620 Masihi,
semua pekerja makmal astronominya
beragama Islam.
Tokoh utama ilmu astronomi Tcha-
Ma-Lou-Tin atau Jamaludin dari Parsi

Beliau telah mencipta tujuh alat


astronomi serta menterjemahkan
nama-nama bintang dari bahasa Arab
ke bahasa China. Alat-alat yang dicipta
seperti alat bebola langit, alat bumi
dan alat melihat cuaca

54
• Sumbangan Islam dalam bidang
Matematik zaman dinasti Tang dan Sung.
Kaedah penyusunan Kalendar, kalendar
10 ribu tahun Wan-nien-li diperkenalkan
oleh Jamaludin

• Tokoh astronomi lain Bakhtiar, Abdullah


dan Masali telah mencipta kalendar
China dengan tambahan 7 hari dalam
setiap pusingan 19 tahun.
Sistem kalendar 4 musim membantu petani mengetahui
perbezaan jenis tanaman yang hendak diusahakan dalam
tempoh setahun.
 
Zaman Dinasti Tang dan Sung, masyarakat Islam di China telah
memperkenalkan kaedah pengiraan Arab (Xiyi Lishu) dan
kaedah 60 darjah (Chiu Ji Li-Zaman Tang). la merupakan titik
tolak penyelidikan Cina Muslim dalam bidang astronomi (Hui
Hui Xin Xue).
Kesusasteraan

• Wang Dai Zing tokoh sastera China yang mengharmonikan


sastera China dengan nilai-nilai Islam. Antara karyanya
bertajuk 'Penjelasan Benar Mengenai Agama Sebenar (Islam)
dan Pengajian Tinggi (Qing Zhen).

• Yusuf Ma Zhu menghasikan ‘Arah Islam’. Karya ini


memuatkan fakta berkenaan sejarah, falsafah dan undang-
undang Islam yang memberi penekanan pada Allah sebagai
sumber asas pengetahuan.
Pentadbiran

Zaman Dinasti Yuan (1260-1368M)


• Penglibatan orang-orang Islam dalam politik memberi
peluang kepada mereka untuk menjawat jawatan
penting dalam pentadbiran Mongol. Antaranya ;

• Abdul Rahman memegang jawatan Pengarah


Kewangan Maharaja pada tahun 1244 Masihi.
 
• Ramai orang Islam dilantik menjadi gabenor dan wakil-
wakil gabenor dalam kerajaan.
 
• 8 daripada 12 orang pemerintah
zaman Kublai Khan adalah
penganut Islam (254-1294 M).

• Umar Shamsuddin atau Syeikh Ajjal


menjadi salah seorang Panglima
Tentera pada zaman Dinasti Yuan.
kemudiannya dilantik menjadi
Gabenor Yunan.

Kublai Khan
Sistem Ekonomi dan Kewangan

• Zaman Dinasti Sung (960-1279M), terdapat Baitul Mal


sebagai Pusat Perbendaharaan Negara Fungsinya
menyelenggarakan harta-harta umum.

• Tempat menyimpan barangan berharga seperti wang,


emas dan perak, batu permata dan barang perhiasan yang
berharga.

• Mengenakan cukai kastam sebanyak 30 peratus dgn


mengambil contoh bentuk cukai yang dikenakan oleh
Umar al-Khattab.
Superintendercies of Trading Ships
• Antara tugasnya mengumpul dan melaksanakan cukai
import-eksport barangan yang diniagakan.

Department For Trade atau Jabatan Urusan Perdagangan,


antara tugasnya :
• untuk mengawasi kelancaran import-eksport.
menguruskan pemungutan cukai dan pemeriksaan
barang-barang yang menggunakan perkhidmatan
pelabuhan.
Ketenteraan

• Zaman Dinasti Sung, Po Shou Keng menjadi orang


kepercayaan Maharaja China sebagai Pesuruhjaya Keamanan
di Fukien dan Pesuruhjaya Tinggi Polis Marin yang
bertanggungjawab mengawal kegiatan perdagangan.
• Ahnan Da, Gabenor wilayah An-si, mewujudkan sistem
pentadbiran ketenteraan berasaskan Islam. Kesannya, lebih
1.5 juta orang telah memeluk Islam.
• Pembuatan meriam untuk kegunaan tentera Alaudin al-
Mufari dan Ismail al-Syami. Kedua-duanya berkemahiran
menggunakan gun-powder untuk membantu tentera Mongol.
• Alaudin dilantik menjadi Wakil
Panglima Tentera manakala Ismail
pula dilantik menjadi Chief
Supritendent atau Ketua Penyelia
Kilang Meriam.
• Nasruddin dilantik sebagai
Gabenor Yunan pada zaman
Dinasti Yuan. kerana
sumbangannya mengalahkan
tentera Burma pimpinan Raja
Narathihepate (254 M - 1287 M)
sewaktu menyerang Yunan.
Laksamana Cheng Ho
• Ikon sejarah kedatangan rombongan
China ke Melaka.
• Cheng Ho atau nama Islamnya
Muhammad Ma Ho tokoh tentera
yang terkemuka dalam sejarah China.
• Dilantik menjadi Laksamana Armada
Laut China kerana membantu Cheng
Cu merampas kuasa daripada
Maharaja Kien Wen (398 -1403).
• Beliau diberi tugas mengetuai
pelayaran ke Selatan dan Barat untuk
menunjukkan kekuatan tentera China.
Kesan Interaksi

Tamadun Islam di China


• Asimilasi dan interaksi budaya antara Islam dan kebudayaan China.
 
(a). Teknologi Membuat Kertas, Kompas dan Percetakan
•  Selain interaksi perdagangan barangan dua hala berlangsung dalam
tempoh masa yang panjang, juga terjadi melalui peperangan.
• Tentera Cina pernah tewas dengan tentera Arab ( Islam ) di Sungai
Talas tahun 751. Salah satu kesan
 
• Teknologi Cina dibawa dan diperkenalkan ke dunia Arab dan
kemudian dari sana diperkenalkan ke benua Eropah.
Teknologi Membuat Kertas

• Tawanan Cina diminta mengajar orang Arab mengenai teknologi


ini. Begitu juga tukang tenun sutera. tukang emas dan pelukis.

• Teknologi ini disebarkan dari Samarkand ke Baghdad dan


Damascus, ke Mesir dan Maaghreb, dan akhirnya ke Andalusia
(Sepanyol) pada kurun ke-12.

• Tiga ciptaan Cina yang penting. iaitu kompas ( kurun ke-13),


bahan letupan ( kurun ke-8) dan teknologi pencetakan ( kurun ke-
13) juga diperkenalkan ke dunia Arab.
Perubatan, Astronomi Dan
Reka Bentuk Masjid

• Dari dunia Arab pula, sejak zaman dinasti Tang (618-907).


Li Xun (kk 855-930), seorang sarjana Muslim Cina
menyusun enam jilid Haiyao bencao (Materia Medika
Seberang Laut) yang mencatat sekurang-kurangnya 124
jenis ubat-ubatan dari Arab.
• Kaedah rawatan dan perubatan dari Arab atau Parsi juga
dibawa masuk ke China.
• Dalam bidang astronomi, Jamal al-Din, seorang ahli astronomi Parsi,
telah mencipta tujuh jenis peralatan astronomi serta satu kalender
baru untuk Kublai Khan pada tahun 1267.
Ai-xue (Isa Tarjaman) ahli matematik dan astronomi serta pakar
perubatan dan farmasi, berkhidmat dengan kerajaan Mongol antara
tahun 1250-1308.
Alowating (mungkin ala' al-Din) dan Isumayin ( mungkin Ismail)
berkhidmat pada tahun 1271. Rekod sejarah menunjukkan bahawa
orang Cina mula menggunakan angka Arab pada zaman dinasti Yuan
(1260-1368).
Reka bentuk masjid di Cina berciri-ciri reka bentuk masjid Arab, seperti
kebanyakan masjid di Xinjiang.
Interaksi Tamadun China dengan
Tamadun Lain dan Relevansinya di
Malaysia dan Dunia
• Sistem politik yang kuat, berwibawa dan stabil serta tahap
kemajuan yang realtif tinggi telah mendorong kebudayaan
China berkembang ke rantau lain.
• Kebudayaan China, bualatan kebudayaannya merangkumi
Korea, Jepun dan Vietnam.
• Berinteraksi dengan rantau Asia Tenggara, India, Tanah Arab,
Parsi (Islam) dan eropah.
Interaksi Budaya Cina Dengan Korea

•  Kebudayaan Cina amat berpengaruh


terhadap kebudayaan Korea.
•  Interaksi melalui kegiatan perdagangan,
peperangan ataupun penyeksaan politik
lalu berhijrah ke Korea. Pelarian politik
Wiman, dikatakan pernah memerintah
sebuah wilayah puak Korea iaitu Chosan
pada kurun ke-2 SM.
•  Penjajahan Empayar Han telah
mempengaruhi kebudayaan Korea dengan
kebudayan China sehingga Korea dijajah
oleh kuasa Jepun pada tahun 1910.
Antara Unsur-unsur
Kebudayaan Cina

 Konfusianisme dan Buddhisme

Konfusianisme
•Melalui Konfusianisme, undang-undang dan institusi sosial, budaya dan
politik Cina diterima secara bulat-bulat oleh semua lapisan masyarakat Korea.

•Kerajaan Korea menghantar beratus-ratus pelajar ke negara China untuk


mempelajari Konfusianisme dan memahami sistem pentadbiran China.

•Kesannya Korea muncul sebagai sebuah negara berfahaman Konfusianisme


semasa dinasti Li (1392-1910) yang memerintah seluruh Semenanjung Korea.
Buddhisme
• Buddhisme di Korea merupakan agama yang telah ditafsir dan diubahsuai
mengikut kebudayaan Cina. "Buddhisme Cina" berkembang pesat di
ketiga-tiga negara sukuan.
• Tahun 392, kerajaan Koguryo mengeluarkan dekri bahawa semua rakyat
harus percaya pada Buddhisme. Kerajaan Paekche pula mempunyai
banyak kuil. Kerajaan Silla dianggap sebagai "dinasti Buddha“
• Agama Buddha digunakan untuk mengesahkan atau mengabsahkan
kedaulatannya di Korea.

Bahasa
• Penggunaan bahasa Cina oleh orang Korea sejak kurun ke-5 SM sebagai
bahasa perantara untuk mempelajari Konfusianisme dan sastera klasik
Cina.
• Sistem tulisan Koea dicipta berasaskan ilmu fonetik Cina.
Interaksi Budaya
Cina dengan Jepun

• Interaksi antara Jepun dengan sesetengah wilayah China telah


berlangsung pada kurun ke-2 SM, iaitu di zaman Qin (221 SM-
206 SM).

Bahasa dan Tulisan


• Imigran Cina yang datang ke Jepun membawa masuk bahasa
Cina di Jepun. Bahasa Cina terus digunakan orang Jepun
kerana bahasa Jepun ketiadaan system tulisan sendiri. Baru
pada kurun ke-9, Kana, iaitu sistem tulisan Jepun, dicipta
berdasarkan Kanji, iaitu sistem tulisan Cina.
Teknologi
• Interaksi di peringkat awal ini ialah membawa
masuk teknologi pertanian, pemeliharaan ulat
sutera dan pembuatan perkakas besi dan
gangsa ke negara Jepun.

• Pada zaman dinasti Sui (581-618SM) dan dinasti


Tang (618-907SM), bilangan pelajar dari Jepun
yang menuntut di China agak ramai. Kemudian
pengaliran dua hala yang melibatkan sami, ahli
seni, dan pedagang dan imigran telah
mempertingkatkan lagi interaksi budaya China
dengan Jepun.
Konfusianisme
• Konfusianisme dibawa masuk dan
disebar ke Jepun pada masa dinasti Cin
Barat (265-316SM). Tiga tahap
perkembangan;
•  Tahap pertama antara awal kurun ke-5
SM hingga akhir kurun ke-12SM. tata
etika, teori politik, pemikiran dan
institusi perundangan dan pendidikan Confucius Shrine
(Koushi-byo), Bangunan
yang berasaskan ajaran Konfusianisme asal musnah semasa
amat berpengaruh dalam masyarakat pengeboman Nagasaki
Jepun.
• Tahap kedua antara akhir kurun ke-12 hingga awal kurun ke-17
mula tersebarnya Neo-Konfusianisme di Jepun dan wujud
beberapa aliran falsafah. Konfusianisme merupakan bahan utama
pendidikan intelektual, ahli falsafah Cina pada masa dinasti Song
(960-1279) amat dihormati. Golongan sami mazhab Buddhisme
Zen, sama ada keturunan Cina atau Jepun, giat menyebarkan
falsafah Neo-Konfusianisme.
 
• Tahap ketiga zaman Edo atau Kesyogunan Tokugawa (1603-1867)
dikenali sebagai perkembangan Konfusianisme di Jepun. Pengaruh
Konfusianisme menjadi kuat sehingga membantu pembentukan
mentaliti Jepun moden.
Bidang Lain
• seni bina, seni lukis, kaligrafi,
kesusasteraan dan muzik. Teknologi
percetakan penghasilan barang lakuer,
porselin dan tembikar, kain sutera,
kertas, bahan letupan, pakaian
(kimono), makanan (tauhu, teh dan seni
teh, kicap, penggunaan penyepit),
permainan (wau, mahjong), perkebunan,
pesta dan perayaan, upacara dan ritus
(penyembahan).
Interaksi Budaya Cina dengan Vietnam

• Unsur Cina di Vietnam dikatakan wujud sejak era Paleolitik


dan Neolitik.
• Interaksi dan penaklukan ke atas Vietnam telah memberikan
pengaruh kepada sistem bahasa, pemikiran, adat resam dan
sistem nilai.
• Sebelum dijajah Perancis, bahasa Cina digunakan dalam
pentadbiran, kesusasteraan, perubatan dan bidang ilmiah.
• Konfusianisme menjadi rujukan
pemerintah, syarat perlantikan pegawai
kerajaan.
• Buddhisme yang dianut masyarakat
Vietnam juga lanjutan Buddhisme Cina.
• Orang Vietnam juga menerima cara
pakaian, makanan, permainan,
peralatan muzik, perayaan, ritus
keagamaan kebudayaan Cina.
INTERAKSI BUDAYA CINA DI LUAR
LINGKUNGAN BUDAYA: TUMPUAN
TERHADAP ASIA TENGGARA, DUNIA
ISLAM DAN BARAT
Jalan Sutera: Saluran
Interaksi antara Tamadun

• Interaksi antara China dengan Asia Barat dan Eropah agak lembap.
Berlaku melalui saluran perdagangan terutama kain sutera.

  Dua Jalan Sutera Lama


• Jalan darat menghubungkan antara China dengan kawasan Asia Timur,
Asia Barat Tengah dan Barat, dan Eropah dikenali sebagai Jalan Sutera
Lama.
• Jalan Sutera Lama terbentang arah ke barat dari Chang'an (kini dikenali
Xi'an), China ke Antakya di Turki sejauh lebih 7,000 km
• Jalan laut yang menghubungkan China dengan kawasan rantau Asia
Tenggara. India dan Afrika dikenali sebagai Jalan Sutera Maritim (Laut).
Peta Jalan Sutera
Interaksi Budaya Cina
dengan Asia Tenggara

•  Hubungan antara China dengan rantau Asia Tenggara telah terjalin


seawal dinasti Han (206 SM-220 TM) ataupun dinasti Qin (221 SM-
206 SM).
 
• Dengan adanya peningkatan teknologi pembinaan kapal dan
pelayaran di China, hingga zaman dinasti Tang (618-907) dan dinasti
Ming (1368-1644).
 
• Saluran interaksi : pengiriman utusan atau misi diplomatik,
perniagaan dan perdagangan, peperangan dan ketenteraan, imigrasi
dan bertukar barang secara besar-besaran sebagai hadiah.
Dari China
Barangan Keperluan
Jenis-jenis tekstil (kain) antaranya kain sutera dan kain kapas, barang
yang diperbuat daripada porselin, tembikar, lakuer atau logam, dan
makanan seperti taugeh, tauhu, kicap dan sayur-sayuran, perkakas
untuk dapur, makanan, rumah, tenun, pertukangan, muzik, dan
sebagainya,

Teknologi
Teknologi penghasilan barangan (gula tebu, samsu, kertas, kain, bahan
letupan, kasut, kain, dan sebagainya). pembinaan, perlombongan,
pertanian (padi dan sayur-sayuran) dan pertukangan (emas dan besi)
yang lebih baik dan berkesan, bahkan nilai kerja dan estetik yang baru.
• Ekspedisi tentera Yuan melanggar
Pualu Jawa pada 1292, ramai tentera
yang menetap di luar negara,
menyebabkan pemindahan
kemahiran dan teknologi Cina.
• Hubungan Cina dan Asia Tenggara
mencapai kemuncak semasa Dinasti
Ming di mana ekspedisi pelayaran
terbesar Hulubalang Zheng He ke
rantau Asia Tenggara, India, Tanah
Arab, dan Afrika Timur.
• Pada akhir era Dinasti Tang, berlaku
ketidakstabilan politik dan ekonomi
menyebabkan ramai bermigrasi ke Asia
Tenggara.
• Penjajah barat pada kurun ke-19M
mengimport buruh ke Asia Tenggara bagi
memenuhi keperluan sektor perladangan
dan perlombongan.
• Akhirnya, setiap negara Asia Tenggara
mempunyai komuniti China yang agak
besar.
• Penempatan tetap orang Cina di Asia
Tenggara, berlaku amalgamasi
(penyatuan) atau perkahwinan
campur.
• Komuniti peranakan muncul hasil
perkahwinan campur antara orang
Cina dan masyarakat tempatan.
• Malaysia, kira-kira 30% penduduknya
adalah berketurunan Cina.
• Mereka mengekalkan kebudayaan asal,
meraikan hari raya Cina, sajian masakan,
seni bina rumah bernuansa budaya Cina.
• Masyarakat Cina dapat beradaptasi
dengan baik dan sebahagiannya menjadi
masyarakat Cina Baba yang dekat dengan
masyarakat tempatan.
• Malaysia adalah model unik
pertembungan dan interaksi tamadun Asia
Tenggara.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai