Anda di halaman 1dari 76

GSB1012 KESANTUNAN

MASYARAKAT MALAYSIA

IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS


PENGERTIAN DAN KONSEP

• Budi
• Bahasa
• Budi Bahasa

09/30/2020
ERTI BUDI
Sepasang kaki melangkah
Meniti usia
Hati yang berlalu pergi
Takkan kembali
Seiring dengan masa aku dewasa
Dan kini kufahami ertinya budi
09/30/2020
Ku sedar kau sejak dulu
Menatangiku
Tak pernah diriku ini
Engkau kasari
Terisi tiap waktu permintaanku
Diriku kebanjiran kasih dan sayang

09/30/2020
Walau tak kuucapkan
Walau tak kupamerkan
Di hatiku selalu menghargaimu
Tunggulah tiba waktu
Di saat tika perlu
Ku pasti akan berada di sampingmu
Akulah embun... akulah hujan
Pada ketika kau hangat kegersangan 09/30/2020
Semakin kumengenali ertinya budi
Semakin kau kusanjungi di dalam hati
Sedaya upayaku akan ku cuba
Membahagiakan mu setiap masa
 
(Ulang 1 hingga akhir)

09/30/2020
RENUNGI PANTUN DI BAWAH:

Yang kurik itu kundi,


Yang merah itu saga;
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

09/30/2020
RENUNGI PANTUN DI BAWAH:

Tingkap papan kayu bersegi,


Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Maju bangsa kerana bahasa.

09/30/2020
RENUNGI PANTUN DI BAWAH:

Banyak ubi perkara ubi,


Ubi Daik saya tanamkan;
Banyak budi perkara budi,
Budi baik saya kenangkan.

09/30/2020
PENGERTIAN BUDI
• Hati yang menjadi panduan kepada akal untuk membuat
pertimbangan yang baik
• Tabiat/ akhlak/ watak
• Fikiran
• Perbuatan baik
• Daya upaya baik
• Pertimbangan akal yang baik 09/30/2020
Kamus Dewan (2002: 488) mencatatkan bahawa yang dimaksudkan
indah ialah cantik, bagus, benar, elok dan molek.

Menurut Kamus Dewan (2002: 180), budi ialah


• akal dan kebijaksanaan,
• perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak, dan
• sifat baik, perbuatan baik, kebajikan, bicara dan daya upaya.

09/30/2020
• Mustafa Haji Daud (1995: 1) merumuskan definisi budi
yang dikemukakan oleh Yunus Maris, Kamus Dewan dan
Kamus Umum Bahasa Indonesia sebagai lambang pekerti
yang baik atau akhlak yang terpuji.

09/30/2020
• Bagi masyarakat Melayu amnya, perkataan budi itu
membawa pelbagai maksud antaranya jasa dan sumbangan
yang diberikan kepada individu yang lain.

• Lazimnya, orang yang menaburkan budi tidak


mengharapkan balasan.

09/30/2020
• Budi atau sumbangan itu baik dari segi tenaga atau material,
mestilah diberi dengan ikhlas jika ingin diberkati Allah
SWT.

• Orang yang menerima budi pula tidak dituntut untuk


membalas budi yang diterima, memadai budi diterima
dengan penuh ikhlas dan kesyukuran.

09/30/2020
• Budi bahasa merupakan satu sifat atau perbuatan yang
merujuk kepada perbuatan yang menyenangkan hati orang
lain.

• Maka secara khususnya, budi bahasa merupakan satu


elemen wajib bagi setiap individu untuk lahir sebagai insan
yang sempurna dari mata masyarakat.

09/30/2020
PENGERTIAN BAHASA
Kamus Dewan (2002: 87) mencatatkan maksud bahasa ialah:

• sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat


perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia, dan

• percakapan yang baik, tingkah laku yang baik, dan sopan


santun.
09/30/2020
• Wilhelm Von Humboldt seorang sarjana Jerman,
mendefinisikan bahasa sebagai sintesis bunyi.

• Ferdinand de Saussure seorang sarjana linguistik Swiss pada


awal abad ke-20 menyatakan bahasa sebagai sistem isyarat.

09/30/2020
• Charles F. Hockett memperkatakan bahasa dari sudut
psikologi behaviurisme, iaitu sistem tabiat-tabiat sangat
rumit.

• John B. Carol juga meninjau bahasa dari sudut linguistik


yang merupakan sistem bunyi vokal berstruktur dan urutan-
urutan bunyi.

09/30/2020
• Bloch dan Trager mendefinisikan bahasa sebagai satu
lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan anggota
masyarakat untuk berkomunikasi.

• Bahasa ialah semua bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-


alat sebutan manusia seperti rongga mulut, hidung, paru-
paru dan artikulator-artikulator lain.

09/30/2020
09/30/2020
• Setiap bahasa mempunyai susunan tertentu, sama ada dalam
bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan,
tatabahasa atau sintaksis yang dikatakan bersistem.

• Tiap-tiap bahasa mempunyai bentuk-bentuk tertentu seperti


perkataan, frasa, klausa dan ayat.

09/30/2020
• Setiap pertuturan dalam bahasa mempunyai makna bagi
penutur dan pendengar.

• Bahasa berubah dan berkembang selagi wujudnya interaksi


antara penutur.

09/30/2020
• Bunyi-bunyi bahasa dihasilkan satu demi satu (satu lambang
mewakili satu bunyi) oleh pergerakan alat-alat sebutan
secara linear.

• Bahasa ialah kebolehan semula jadi manusia yang berupa


satu sistem simbol bunyi suara yang arbitrari, yang telah
dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk
berkomunikasi.
09/30/2020
Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996: 87) menjelaskan bahawa
bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai
sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok
manusia (antara seorang individu yang lain dan sebagainya.)

09/30/2020
Menurut Asmah Hj. Omar ( 1983 : 376) bahasa
hanyalah bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat
ujaran yang terdapat dalam rongga mulut dan
rongga tekak manusia. Di sebalik ciri fizikal ini
terdapat makna. Suatu urutan bunyi atau kata itu
mempunyai makna. Tegasnya, ikatan antara bunyi
dan makna yang diisyaratkan oleh pelbagai satuan
itulah yang memungkinkan orang bukan sahaja
berkomunikasi, tetapi juga mencipta.
09/30/2020
FUNGSI BAHASA:
• Penghubung: interaksi jelas, luas, tanpa sempadan

• Pernyataan perasaaan: ekspresi dan luahan

• Pernyataan fikiran: neurologi

09/30/2020
PENGERTIAN BUDI BAHASA
• Budi bahasa bermaksud mempunyai budi bahasa yang baik yang
merangkumi pekerti, akhlak, watak dan kelakuan yang baik, sopan,
pemurah dan sebagainya yang disebut sebagai nilai-nilai murni.

• Amalan budi bahasa bukan sahaja penting dalam masyarakat Melayu,


malahan dalam semua masyarakat sememang-memangnya
mengajarkan cara hidup yang baik.

09/30/2020
• Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi ketiga
cetakan keenam 2002(m/s 180), budi didefinisikan sebagai akal,
kebijaksanaan atau sifat baik, perbuatan baik dan kebajikan.

• Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan
tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum
dalam kata-kata mulia, dengan kata lain, setiap gerak laku, tutur kata,
tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.

09/30/2020
Orang Melayu menjunjung tinggi nilai budi dan bahasa.
Mereka menganggap budi dan bahasa sebagai satu entiti yang
bertaut dan saling melengkapi. Tautannya menjadi pegangan
nilai yang daripadanya terpancar unsur fizik dan unsur
metafizik seseorang. Orang yang dianggap sempurna ialah
orang yang kaya budi bahasa, sebagaimana gambaran pantun
di bawah :

09/30/2020
Bunga melati bunga di darat,
Bunga seroja di tepi kali;
Hina besi kerana karat,
Hina manusia kerana tidak berbudi.

09/30/2020
Di sana padi di sini padi,
Baru bernama sawah dan bendang;
Di sana budi di sini budi,
Baru sempurna menjadi orang.

09/30/2020
Burung serindit terbang melayang,
Mari hinggap di ranting mati;
Bukan ringgit dipandang orang,
Budi bahasa rangkaian hati.

09/30/2020
Puyu-puyu konon namanya,
Di dalam kolam konon tempatnya;
Cantik manis barang lakunya,
Serta dengan budi bahasanya.

• Pantun di atas jelas pertautan budi dengan bahasa.


09/30/2020
BUDI
• Menurut Mustafa Haji Daud (1995: 1) seringkali perkataan
budi ditambah dengan awalan "ber-" atau akhiran " -man"
menjadikannya berbudi atau budiman.

• Penambahan itu selain menyedapkan bunyi, adalah juga


sebagai petanda orang Melayu menjunjung tinggi peranan
budi dan bahasa.
09/30/2020
BUDI

Orang berbudi atau orang budiman pada persepsi orang


Melayu ialah orang yang mengamalkan percakapan baik, elok
atau halus dalam bertutur kata, beradab, bersopan-santun dan
sentiasa mengerjakan kebajikan. Orang berkenaan dianggap
memiliki sifat peribadi yang sempurna.

09/30/2020
BUDI
• Nilai budi bahasa sangat penting kepada diri seseorang,
bangsa, negara dan terutama agama.

• Walaupun manusia berlainan bangsa, etnik, negara dan


agama, namun nilai budi bahasa tetap diharapkan menjadi
amalan.

09/30/2020
Dikatakan bahawa orang yang diingati, dikenangi dan
disayangi oleh seseorang ialah orang yang berbudi bahasa,
sebagaimana gambaran pantun di bawah:

Anak merpati disambar helang,


Terbang ketitir di dalam huma;
Harimau mati meninggalkan belang,
Manusia mati meninggalkan nama. 09/30/2020
PANTUN BUDI

Terang bulan terang di paya,


Anak kambing memakan rumput;
Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang baik tidak tersebut.

09/30/2020
Anak merak mati tersangkut,
Mati dipanah Sri Rama;
Resam di dunia juga disebut,
Orang yang mati meninggalkan nama.

09/30/2020
Anak itik terenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan;
Budi sedikit bila kan hilang,
Itu menjadi kenang-kenangan.

09/30/2020
Anak ikan berlima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun;
Kasih tuan saya terima,
Sebagai hutang seribu tahun.

09/30/2020
MAKSUD RANGKAP:
• Rangkap 1: Pantun ini disampaikan sebagai pesanan secara tidak langsung bahawa orang
yang berbudi hendaklah dikenang.

• Rangkap 2: Orang yang berbudi pasti akan disebut-sebut namanya walaupun dia telah
meninggal dunia.

• Rangkap 3: Jasa dan budi orang sentiasa dikenang. Biarpun kecil, budi itu tetap dihargai.

• Rangkap 4: Seseorang yang mengasihi orang lain, apabila kasihnya diterima, hubungan
tersebut akan berterusan untuk jangka masa yang panjang. 09/30/2020
• Budi merupakan sifat baik, perbuatan baik atau kebajikan
yang boleh membawa faedah dan kebaikan kepada orang
lain.

• Budi dilakukan kepada sesiapapun tanpa mengira kaum,


budaya, adat resam, agama dan kepercayaan. Oleh itu, budi
ditakrifkan sebagai perbuatan mulia yang didorong oleh akal
dan pertimbangan seseorang yang baik.
09/30/2020
• Budi merupakan sumbangan dan jasa yang dilakukan untuk
membantu orang yang berada dalam kesusahan oleh
seseorang dengan hati yang ikhlas serta tidak mengharapkan
balasan daripada orang yang dibantu.

• Seseorang yang melakukan budi dengan hati yang ikhlas


akan diberkati dan dilindungi oleh Tuhan.

09/30/2020
PENGERTIAN BAHASA:

Sajak Bahasa
Ditulis oleh: Norlila Abdul Ghani

Bahasa menunjuk ajar


Boleh juga kepalang ajar
Bahasa boleh menunjuk
Boleh juga merajuk
Ada juga dibuat pujuk 09/30/2020
Bahasa adalah indah
Terbina dalam sekata
Terhurai dalam fikiran
Terjelma dalam ucapan
Hingga membentuk tamadun bangsa

09/30/2020
Tapi sayang
Tatkala bahasa disalah guna
Oleh lidah bercabang dua
Segala yang indah menjadi nista
Binasalah badan seluruh anggota
Bagai bunga kembang tak jadi

09/30/2020
PANTUN BAHASA

Pagi-pagi menganyam ketupat,


Jangan berongga biarlah tumpat;
Gunakan bahasa secara tepat,
Jiwa Melayumu semakin mampat.

09/30/2020
Pergi mengundang rumah Pak Haji,
Buat jamuan mendapat restu;
Jiwa Melayumu hendak menjadi,
Gunakan bahasamu setiap waktu.

Hendak menangkap ikan siakap,


Masuk ke jala si ikan sepat,
Gunakan bahasamu secara kerap,
Lambat laun bertambah tepat. 09/30/2020
Waktu pagi ke rumah teman,
Ke rumah teman dengan sampan;
Hendak mengenal arif budiman,
Sulamlah bahasa dengan ungkapan.
 
Pergi ke dapur membeli cuka,
Cuka setitik pencecah lidah;
Pantun gurindam syair seloka,
09/30/2020

Jadi perencah bahasa nan indah.


Ke tanah seberang satu purnama,
Duduk bertamu rumah saudara;
Kalau bertutur dengan sempurna,
Nahu tersusun santun terjaga.
 
Pergi berdagang emas suasa,
Bawa sekali pasu tembikar;
Kalau sebangsa tak tahu bahasa,
Umpama pohon tidak berakar. 09/30/2020
Sedang berehat di tepi anjung,
Jiran tetangga datang berkunjung;
Bahasa budaya kalau dijunjung,
Pusaka bangsa tetap tersanjung.
 
Rentak bergema disambut tari,
Tak mak inang di tengah laman,
Jika bahasa terus dilestari,
Hayat usianya menerobos zaman. 09/30/2020
Terbang rendah si burung camar,
Turun hinggap bersama tekukur;
Jika bahasa selalu tercemar,
Maksud tujuan menjadi kabur.

09/30/2020
Bahasa adalah penggunaan kod yang merupakan gabungan fonem
sehingga membentuk kata dengan aturan sintaks untuk membentuk
ayat yang memiliki erti. Bahasa merupakan kebolehan semula jadi
manusia yang digunakan oleh kelompok masyarakat yang tertentu
untuk berkomunikasi. Bunyi-bunyi, perkataan atau ayat yang ditutur
adalah diwarisi secara turun-temurun dan boleh diperbaharui,
diubahsuai serta diperkembangkan dari semasa ke semasa asalkan
golongan masyarakat berkenaan bersetuju dengan perubahan atau
pengubahsuaian tersebut.

09/30/2020
Bahasa merupakan:
• Satu sistem untuk mewakili benda, tindakan, gagasan, keadaan dan
sebagainya.
• Satu peralatan yang digunakan untuk menyampaikan konsep
seseorang ke dalam pemikiran orang lain.
• Satu kod yng digunakan oleh pakar linguistik untuk menyelidik
tentang bahasa sesebuah masyarakat.
• Satu sistem pertuturan yang dapat difahami oleh masyarakat
linguistik.
09/30/2020
TAKRIFAN BAHASA DALAM KAMUS:
• Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996:87): "Bahasa ialah lambang bunyi
suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu
kelompok manusia.“

• Kamus Besar Bahasa Indonesia Edisi Kedua Cetakan Kesepuluh


(1999:77): "Bahasa sebagai sistem lambang bunyi yang arbitrari,
yang digunakan oleh para anggota suatu masyarakat untuk
bekerjasama, berinteraksi dan mengidentifikasikan diri."
09/30/2020
TAKRIFAN BAHASA OLEH TOKOH-TOKOH DUNIA:

• Abdullah Hassan (1984:14): "Dalam memberi definisi bahasa ini, pentinglah


kita mengetahui ciri-ciri bahasa tersebut. Ciri-ciri bahasa tersebut akan hanya
menjadi jelas apabila kita melihat bahasa dari segi guna dan sifatnya sebagai alat
perhubungan.“

• Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985:40): "Banyak dasar yang boleh
dijadikan asas untuk mendefinisikan bahasa. Sesetengah orang mendefinisikan
bahasa dari sudut fungsi bahasa itu sendiri. Bagi mereka, bahasa merupakan alat
perhubungan atau komunikasi." "Bahasa sebagai alat untuk menyatakan
perasaan, pendapat, fikiran dan sebagainya." 09/30/2020
TAKRIFAN BAHASA OLEH TOKOH-TOKOH DUNIA:

• Arbak (1983:7): "Bahasa merupakan bahan langsung yang menjadi


tumpuan pengkajian, terutamanya dalam usaha memperlihatkan
fungsinya sebagai alat yang dipakai oleh manusia untuk
perhubungan.“

• Edward Sapir: "Bahasa ialah suatu sistem lambang pertuturan yang


digunakan oleh manusia secara arbitrari untuk menyampaikan fikiran
09/30/2020

dan perasaan."
TAKRIFAN BAHASA OLEH TOKOH-TOKOH DUNIA:
• Raja Mukhtaruddin(1980:25): "Ahli-ahli bahasa terlebih dahulu mendefinisikan
bahasa sebagai suatu sistem lambang-lambang pertuturan yang arbitrari yang
digunakan oleh ahli-ahli sesebuah masyarakat.“

• Lutfi Abas (1975:4): "Bahasa ialah data yang dianalisis dalam bentuk linguistik.
Bahasa ialah suatu sistem simbol yang terdiri daripada bunyi-bunyi yang
diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, yang dipersetujui bersama,
dipelajari oleh sekelompok manusia dan dengan simbol-simbolnya pula
sekelompok manusia itu berkomunikasi."
09/30/2020
TAKRIFAN BAHASA OLEH TOKOH-TOKOH DUNIA:
• Asmah Omar (1983:376): "Bahasa hanyalah bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat
ujaran yang terdapat dalam rongga mulut dan rongga tekak manusia. Di sebalik
ciri fizikal ini terdapat makna.“

• Hall, dikutip Lyons (1981:4): "Language is the institution whereby humans


communicate and interact with each other by means of habitually used oral-
auditory arbitrary symbols." Maksud: "Bahasa merupakan institusi di mana
manusia menggunakannya untuk berkomunikasi dan berinteraksi antara satu
sama lain dengan menggunakan simbol arbitrari oral-pendengaran secara lazim."
09/30/2020
TAKRIFAN BAHASA OLEH TOKOH-TOKOH DUNIA:
• Robins, dikutip Lyons (1981:6): "Languages are simbol systems...almost wholly based on pure or
arbitrary convention. Maksud: "Bahasa merupakan sistem simbol...hampir keseluruhannya
adalah berdasarkan konvensyen tulen atau konvensyen arbitrari.“

• Algeo (2005:2): "A language is a system of conventional vocal signs by means of which human
beings communicate. This definition has several important terms, each of which is examined in
some detail...Those terms are system, signs, vocal, conventional, human, communicate."
Maksud: "Bahasa merupakan satu sistem tanda vokal konvensional dengan cara komunikasi
antara manusia, Definisi ini mempunyai beberapa istilah yang penting, setiap istilah diperiksa
secara terperinci...Istilah-istilah tersebut adalah sistem, tanda-tanda, vokal, konvensional,
manusia, dan komunikasi."
09/30/2020
FUNGSI BAHASA
• Bahasa merupakan alat perhubungan bagi sesebuah masyarakat untuk
berinteraksi dan berkomunikasi secara luas, jelas dan tanpa sempadan.

• Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk mengekspresikan


dan meluahkan perasaan sendiri supaya boleh difahami oleh orang lain.

• Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk menyatakan fikiran,
pandangan, pendapat dan sebagainya.

09/30/2020
PENGERTIAN BUDI BAHASA

Pantun Budi Bahasa

Kalau terpijak pisau belati,


Tentu terluka teramat bisa;
Bahasa yang cantik anugerah Ilahi,
Berbudi bahasa pusaka bangsa.
09/30/2020
Pergi Peramu membeli gergaji,
Jalannya teruk berlopak berbatu;
Orang berilmu tak minta dipuji,
Baik buruk sahabat yang tahu.

Jalan teruk berlopak berbatu,


Musim mengundi baru diturap;
Tingkah perangai sahabat yang tahu,
Sopankah atau tidak beradab. 09/30/2020
Pantun gurindam pusaka bangsa,
Wajib diwarisi setiap generasi;
Seloka dan mudah hiasan kata,
Tanda beradab pelengkap diri.

09/30/2020
BUDI BAHASA BUDAYA KITA
Pencipta: Pak Ngah Suhaimi
Senikata: Hbasah Hassan
Gubahan: Asnawi Mutaal
Penyanyi: Gemersik Chorus
Terbitan: Bahagian Perkhidmatan Muzik

09/30/2020
Ibu bapa dan kaum keluarga
Saudara terdekat jiran tetangga
Sayang menyayangi bertegur sapa
Ketelusan ikatan sepanjang usia
 
Para guru rakan sekolah
Turut warnai kehidupan kita
Ilmu ditimba pengalaman bertambah
Pergaulan sihat peribadi ceria 09/30/2020
Bangsa Malaysia berhemah tinggi
Ramah dan mesra elok pekerti
Yang tiada dibantu, yang lemah dilindungi
Bertimbang rasa hormat menghormati
 
Kita berkhidmat jujur dan ikhlas
Mencurah bakti tak minta dibalas
Harapan rakyat satu amanah
09/30/2020

Budi bahasa budaya kita


PENGERTIAN BUDI BAHASA
• Budi bahasa bermaksud tingkah laku dan pertuturan yang baik,
berhemah tinggi, serta bersopan santun yang boleh mewujudkan
keadaan harmoni, aman dan damai antara masyarakat.

• Budi bahasa boleh diperlihat dalam dua bentuk:


• Tingkah laku atau perbuatan
• Pertuturan atau bahasa
09/30/2020
TINGKAH LAKU ATAU PERBUATAN

• Tingkah laku yang boleh menyenangkan hati orang, tidak


menyinggung perasaan orang lain, menjaga kepentingan
orang lain, berhemah tinggi serta bersopan santun.

• Tingkah laku yang berbudi bahasa seharusnya diamalkan


dalam kehidupan seharian.

09/30/2020
Contohnya:
• Memberi tempat duduk
kepada wanita yang
mengandung serta orang tua
apabila di dalam kenderaan
awam seperti bas. 09/30/2020
• Beratur semasa
membeli barang di
pasar raya, kedai
runcit atau kantin.

09/30/2020
• Membantu orang
tua atau orang
buta untuk
melintas jalan.

09/30/2020
Membuang sampah ke dalam
tong sampah yang telah
disediakan.

09/30/2020
• Tidak mengeluarkan perkataan atau ayat yang kasar semasa
bercakap.

• Selalu menjaga perasaan dan hati orang lain apabila bertutur


dengan orang lain supaya tidak menyinggung perasaan
orang lain.

09/30/2020
SEKIAN TERIMA KASIH

09/30/2020

Anda mungkin juga menyukai