Anda di halaman 1dari 25

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGETUA GURU BESAR TERHADAP WARGA PENDIDIKAN :

1. KETERHUTANGAN SERIUS
2. PEGAWAI BERPRESTASI RENDAH
DAN PEGAWAI YANG BERMASALAH

3. JAWATAN BERKUMPULAN

SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING


PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BAGAN DATUK
1. KETERHUTANGAN SERIUS

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai


garis panduan berhubung dengan larangan meminjam wang dan
berada dalam keterhutangan kewangan yang serius dalam
kalangan pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
 
SURAT PEKELILING IKHTISAS
 
1) PERATURAN 13: PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB)
1993)
2) SURAT ARAHAN KPPA JPA BIL.JPA(TT).7082 JLD.6(35) BERTARIKH 28 DISEMBER 2005
3) SURAT ARAHAN KSU KPM BIL.KP.S (TT) 0163/23JILID2(4) BERTARIKH 1 FEBRUARI 2006
 
DEFINISI

Keterhutangan kewangan yang serius bermaksud bila mana seseorang


pegawai berada dalam keadaan berikut:
 
a) Agregat hutang dan nilai tanggungan tidak bercagarnya pada bila-bila masa
melebihi sepuluh kali emolumen bulanannya.
 
b) Pegawai masih gagal menjelaskan hutang selepas habis tempoh satu bulan
dari tarikh perintah mahkamah supaya berbuat demikian; dan
 
c) Pegawai tersebut ialah seorang bankrap atau gajinya telah dibekukan oleh
Jabatan Insolvensi Malaysia dan tidak ada arahan pembatalan kebankrapan atau
pembekuan gajinya.
 
CARTA ALIR
TANGGUNGJAWAB PEGAWAI
 
6. Bagi mengelakkan pegawai daripada termasuk dalam keadaan keterhutangan kewangan yang serius, setiap
pegawai hendaklah memastikan perkara-perkara berikut:
 
a) Membuat permohonan pinjaman wang tunai atau sewa beli dari institusi kewangan yang berlesen dan
diluluskan oleh Kerajaan sahaja.
 
b) Memastikan pinjaman wang tunai atau lain-lain jenis pinjaman tak bercagar pada bila-bila masa tidak
melebihi daripada 10 kali emolumen bulanannya. Contohnya, jika emolumen bulanannya adalah sebanyak
RM1,000.00, maka pinjaman tak bercagar yang dibolehkan ialah tidak lebih daripada RM10,000. 
 
c) Menyertakan slip gaji dan Surat Perakuan Penyata Pendapatan Pegawai bersama borang permohonan
pinjaman yang disahkan oleh Ketua Jabatan. Contoh surat perakuan berkenaan seperti di Lampiran II dan
 
d) Mengisytiharkan lain-lain bentuk pinjaman yang tidak dicatat dalam slip gaji bulanan kepada Ketua Jabatan
sebelum membuat permohonan pinjaman.
 
TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN

7. Ketua Jabatan hendaklah bertanggungjawab untuk memastikan pegawai-pegawai di bawah jagaannya


mengambil langkah-langkah berikut:
 
a) Hanya Ketua Jabatan atau pegawai yang diberi kuasa secara bertulis dibenarkan untuk menandatangani
Surat Perakuan Pendapatan Pegawai atau mana-mana borang pinjaman.
 
b) Setiap borang pinjaman perlu disertakan Surat Perakuan Penyata Pendapatan Pegawai yang
ditandatangani oleh pegawai dan disahkan oleh Ketua Jabatan.

c) Merujuk pegawai-pegawai yang mempunyai masalah keterhutangan kewangan yang serius dan
mempunyai baki emolumen kurang daripada 40% kepada kaunselor pada bulan pertama dikesan.
 
 
TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN

d) Jika langkah di para (7)(c) masih tidak membebaskan pegawai daripada berada dalam keadaan
keterhutangan kewangan yang serius selepas tiga bulan berturut-turut, surat amaran hendaklah dikeluarkan
kepada pegawai supaya menyelesaikan masalah berkenaan dalam tempoh satu bulan berikutnya.
e) Jika langkah di para 7(d) masih menunjukkan baki emolument kurang daripada 40% selepas tiga bulan
berturut-turut pada slip gaji, surat tunjuk sebab hendaklah dikeluarkan berserta amaran supaya pegawai
meningkatkan jumlah baki emolumen dalam tempoh tiga bulan.
 f) Jika Pegawai masih gagal menyelesaikan masalah seperti di para 7(e), tindakan tatatertib hendaklah
dimulakan terhadap pegawai.
g) Memantau pinjaman yang tidak dimasukkan dalam slip gaji pegawai seperti hutang dengan agensi
kewangan yang tidak dipotong melalui Biro Angkasa, hutang sewa beli dan sebagainya. Ketua Jabatan
hendaklah mengambil tindakan tegas kepada pegawai yang dibuktikan tidak mengisytiharkan pinjaman
berkenaan termasuklah mengambil tindakan tatatertib
Ketua Jabatan perlu berhati-hati apabila mengambil tindakan
di para 7(f) agar tindakan tatatertib itu tidak melanggar
prinsip keadilan prosedur (procedural fairness).

Perkara yang penting ialah bagaimana hendak membuktikan


pegawai benar-benar berada dalam keterhutangan
kewangan yang serius sebagaimana yang dinyatakan di
bawah subperaturan 13(7) dan 13(8) Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 .
 
2. PEGAWAIBERPRESTASI RENDAH
DAN
PEGAWAI YANG BERMASALAH
SURAT PEKELILING

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 1998

Bertujuan untuk memaklum mengenai garis panduan kepada Ketua-ketua


Jabatan untuk menguruskan pegawai berprestasi rendah dan pegawai
yang bermasalah.
DEFINISI

- Pegawai berprestasi rendah adalah pegawai yang tidak dapat


menyumbangkan ke arah pencapaian objektif Jabatan dan khususnya
mereka gagal mencapai Sasaran Kerja Tahunan (SKT) yang ditetapkan
bersama berdasarkan tahap dan kedudukan jawatan pegawai tersebut.

- LNPT (PBPPP) pegawai pada tahap < 50% dan ke bawah


ASAS PENETAPAN MARKAH LNPT <50%

Pencapaian prestasi dalam kategori ‘kurang memuaskan’ dan ‘lemah’

Penghasilan kerja yang tidak mencapai standard yang ditetapkan

Mempunyai kurang pengetahuan/kemahiran untuk melaksanakan tugas

Memiliki kualiti peribadi dan disiplin di bawah tahap yang diharapkan

SPP 2/2009 -Pemantapan Pengurusan Sistem  Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam

13
KRITERIA PEGAWAI
Prestasi Rendah Tahun Terkini;

Markah LNPT <50%

Telah disahkan
Markah Instrumen penilaian lain <60% (Penilaian
dalam
Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)
perkhidmatan

Key Performance Indicator (KPI)


- Below Target
Lantikan
tetap

Belum disahkan Sekiranya berprestasi rendah - boleh ditamatkan


dalam perkhidmatan perkhidmatan dalam tempoh percubaan
mengikut Peraturan 50, P.U.(A) 1/2012

14
GARIS PANDUAN
Ketua Jabatan hendahlah mengambil tindakan memperbaiki pegawai yang berprestasi rendah dan
pegawai bermasalah , tindakan yang perlu diambil ialah :

1. Tindakan Dalam Bentuk Pembetulan dan Pembaikan


2. Amaran Lisan
3. Amaran Bertulis Secara Pentadbiran
4. Tindakan Lain Secara Pentadbiran
i. Merujuk Pegawai Kepada Perkhidmatan Kaunseling (Kaunselor Pendidikan Daerah/Kaunselor
Pendidikan Negeri)
ii. Merujuk pegawai ke Lembaga Perubatan
iii. Merujuk Pegawai Kepada Psikiatrik/Hospital
5. Tindakan Dalam Bentuk Hubungan
TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN SELEPAS PEGAWAI DIKENAKAN HUKUMAN
TATATERTIB

• Pemantauan dari segi perubahan tingkahlaku dan tindakan


• Memberi nasihat dan bimbingan
• Memberi kursus atau latihan yang berkaitan
• Memberi sokongan dan dorongan berterusan (memberi pujian dan kata-kata positif)
• Memberi suasana persekitaran kerja yang baru (jika perlu)
RUJUKAN SURAT PEKELILING

1. PEKELILING BIL 4, 1998


2. PEKELILING BIL 7, 2017
3. PANDUAN PENGURUS PEGAWAI
4. PEKEKLILING MEMBESARAKAN PEGAWAI
5. PERATURAN PEGAWAI AWAM
3. JAWATAN BERKUMPULAN
TUJUAN JENIS-JENIS
Memastikan PDPC di sesebuah 1. Sakit berpanjangan melebihi 6 bulan
sekolah atau sesuatu tugas di (Sakit tibi, kusta, barah atau sakit yang
jabatan terus terlaksana tanpa ada setaraf)
apa-apa gangguan. 2. Sakit mental
3. Pegawai yang bercuti tanpa gaji bagi
mengikut pasangan bertugas
4. Pegawai yang berprestasi rendah
POOL 5. Pegawai yang disyaki melakukan
kesalahan jenayah
6. Kepentingan perkhidmatan
PUNCA KUASA
1. SP Perkhidmatan KPM Bil 2/2009
Urusan Pertukaran & Pengurusan
pegawai perkhidmatan PERSONEL
Pendidikan dan AKP dalam 1. Ketua Jabatan
jawatan kumpulan KPM (Rujuk Carta Alir)
2. SP Perkhidmatan KPM Bil
10/1998
1 2
3 4
5 6
BORANG YANG PERLU DIGUNAKAN
1. Borang JK 1 (Maklumat pertukaran bagi masalah kesihatan)
2. Borang JK 1 (Maklumat pertukaran bagi masalah mental)
3. Borang JK 3 (Maklumat pertukaran pegawai yang telah diluluskan
Cuti Tanpa Gaji)
4. Borang JK 4 (Maklumat pertukaran pegawai berprestasi rendah)
5. Borang JK 5 (Maklumat pertukaran pegawai disyaki melakukan
kesalahan jenayah)
6. Borang JK 6 (Maklumat pertukaran pegawai atas kepentingan
perkhidmatan)
SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai