Anda di halaman 1dari 13

TOPIK 3 : BERSUCI

BERSUCI
1.MAKSUD BERSUCI 3.HIKMAH BERSUCI
2.HUKUM BERSUCI 4.CARA BERSUCI

JENIS AIR DAN HUKUMNYA


1. AIR MUTLAK 3. AIR MUSTA’MAL
2. AIR MUSYAMMAS 4. AIR MUQAYYAD
5. AIR MUTANAJIS
1.MAKSUD BERSUCI

BAHASA : bersih dan bebas daripada segala kekotoran


samada dalam bentuk nyata seperti najis atau
dalam bentuk tidak nampak seperti perkara-
perkara yang ghaib

ISTILAH : perbuatan yang apabila dilakukan akan


mengharuskan solat didirikan atau apa- apa
perkara yang berkaitan dengan hukum solat
2.HUKUM BERSUCI

Wajib : jika ianya menjadi salah satu syarat sah


sesuatu ibadat
Contohnya solat
3.HIKMAH BERSUCI

1. Bersuci adalah suatu tuntutan fitrah


2. Memelihara kemuliaan dan kehebatan individu
muslim
3. Menjaga kesihatan dan menghidari daripada sebarang
penyakit
4. Berdiri menghadap Allah SWT dalam keadaan suci dan
bersih
4.CARA BERSUCI

1. Hadas kecil
1. Wuduk
2. Tayamum ketika ketiadaan air atau mengalami
cedera yang tidak boleh dikenakan air
2. Hadas besar
1. Mandi wajib atau mandi hadas besar
2. Tayamum ketika ketiadaan air atau mengalami
cedera yang tidak boleh dikenakan air
3.Najis
Bergantung pada jenis- jenis najis samada
1. Membersihkan dengan air 2. Istinjak 3. Samak
JENIS AIR DAN HUKUMNYA

AIR MUTANAJIS AIR MUTLAK AIR MUSYAMMAS

JENIS – JENIS AIR

AIR MUQAYYAD AIR MUSTA’MAL


1. AIR MUTLAK
Air yang suci lagi menyucikan yang lain dan kekal
dengan sifat asal kejadiaannya yang dijadikan oleh
Allah SWT serta tidak berubah sifatnya iaitu warna,
rasa dan bau

HUKUM
Suci dan menyucikan.
Hukum menggunakannya pula adalah harus
PEMBAHAGIAN AIR MUTLAK

AIR LAUT AIR SUNGAI AIR HUJAN

AIR PERIGI AIR MUTLAK AIR MATA AIR

AIR SALJI AIR EMBUN


2. AIR MUSYAMMAS
Air yang diletakkan di dalam suatu bekas yang
diperbuat daripada besi, tembaga dan semua jenis
galian yang boleh ditempa di bawah cahaya
matahari. Ringkasnya, air yang terjemur panas di
dalam bekas yang boleh berkarat.

HUKUM
Suci dan menyucikan tetapi makruh digunakan ketika
panas kerana dikhuatiri mendatangkan penyakit
3. AIR MUSTA’MAL
Air yang telah digunakan untuk berwuduk dan mandi
serta kuantitinya sedikit iaitu kurang dari 2 kolah

HUKUM
Suci tetapi tidak boleh boleh digunakan untuk
berwuduk dan mandi
4. AIR MUQAYYAD
Air mutlak yang bercampur dengan sesuatu yang suci
lalu berubah dengan nama- nama baharu
Contohnya air kopi, air teh dan air tebu

HUKUM
Suci tetapi tidak boleh menyucikan
5. AIR MUTANNAJIS
Air yang jatuh najis ke dalamnya atau air yang
mengandungi najis samada air yang sedikit atau
kurang dari 2 kolah atau air yang banyak iaitu cukup 2
kolah atau lebih.

HUKUM
1. Air mutannajis yang sedikit iaitu kurang dari 2 kolah
2. Air mutannajis yang banyak iaitu cukup atau lebih dari
2 kolah
1. Air mutannajis yang sedikit iaitu kurang dari 2 kolah

Air ini menjadi najis walaupun tidak berubah sifatnya


dari segi warna, bau dan rasa. Hukumnya adalah najis
dan tidak boleh digunakan untuk bersuci. Contohya
tahi cicak yang jatuh ke dalam cawan yang berisi air.

2. Air mutannajis yang banyak iaitu cukup atau lebih dari


2 kolah

Ukuran 2 kolah = 270 liter (ada pendapat- 216 liter)


Air menjadi najis apabila ia berubah samada dari segi
warna, bau dan rasa.
Ijtihad ulama’ = jika tidak berubah warna, bau dan rasa,
air tidak menjadi najis dan harus digunakan bersuci.

Anda mungkin juga menyukai