Anda di halaman 1dari 60

TAJUK 1

Budaya dan Kepelbagaian


Kelompok Manusia
Objektif:
1. Menjelaskan konsep budaya dan
kepelbagaian kelompok di Malaysia
2. Mengenal pasti kelompok dan
penempatan kelompok
3. Mengenal pasti jenis demografi
kelompok
PENGENALAN
• Malaysia merupakan negara berbilang

bangsa dan keturunan


• Integrasi nasional bertujuan
menyatukan semua lapisan
masyarakat supaya berkongsi
persefahaman dan pemikiran antara
kaum serta merapatkan hubungan
semua negeri di Malaysia
Pengertian dan Konsep
Budaya
• Budaya berasal daripada perkataan Sanskrit
buddhayah yang terbentuk daripada
perkataan buddhi (Budi atau akal)
• Perkataan Inggerisnya Culture (Bahasa Latin
– Colere) bermaksud mengolah atau
mengerjakan
• Kamus Dewan (2007) Budaya sebagai
tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan
akal budi
Pengertian dan Konsep
Budaya
• Budaya merupakan keseluruhan pemikiran
dan hasil karya manusia berasaskan
pembelajaran dalam semua aspek kehidupan
(koentjaraningrat, 2002)
• Sebagai konsep menyeluruh yang
mengandungi ilmu pengetahuan,
kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-
undang, adat resam dan lain-lain kebolehan
serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia
sebagai anggota masyarakat
(Edward B. Taylor)
Definisi Budaya
Budaya adalah tenaga fikiran, usaha rohani
atau kuasa penggerak jiwa. Manusia
mempunyai kemampuan menggunakan
segala tenaga sama ada fizikal atrau rohani
ke arah menggerakkan jiwa bagi mencapai
hasrat dan nilai yang diingini. Hasrat dan nilai
perlulah diterima oleh masyarakat. Ini
membentuk norma dalam masyarakat. (Nik
Safiah Karim)
Definisi Budaya
Dictionary of Philosophy (1996) Budaya
sebagai ‘way of life of people, including their
attitudes, values, beliefs, arts, sciences,
modes of perceptions, and habits of thoughts
and activities.
Mohd Taib Osman (1988) budaya sebagai
suatu himpunan kelengkapan intelektual dan
kebendaan yang mampu memenuhi
kehendak biologi dan masyarakat serta
menyesuaikannya dengan alam sekeliling
Definisi Budaya
E.B. Taylor – Budaya merupakan keseluruhan
kompleks yang mengandungi ilmu
pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral,
undang-undang, adat dan sebarang bentuk
kebiasaan
L.A.White menjelaskan budaya ialah satu
organisasi fenomena tindakan (pola tingkah
laku), objek, idea, sentimen (nilai) yang
bergantung kepada simbol-simbol. Tingkah
laku dan nilai itu diterima oleh masyaraakat
secara kolektif.
7 Unsur Utama Budaya
(Koentjaraningrat, 2002)
• Agama dan upacara keagamaan
• Sistem dan organisasi kemasyarakatan
• Sistem pengetahuan
• Bahasa
• Kesenian
• Sistem ekonomi
• Sistem teknologi dan peralatan
Pengertian Kebudayaan
Keseluruhan cara hidup manusia yang
merangkumi cara bertindak,
berkelakuan dan berfikir. Kebudayaan
juga merupakan segala hasil kegiatan
dan penciptaan yang berupa kebendaan
atau kerohanian sesuatu masyarakat
Pengertian Kebudayaan
Kebudayaan mempunyai hubungan
yang erat dengan masyarakat.
Kebudayaan sebagai sesuatu yang
diwarisi secara turun temurun dari satu
generasi ke satu generasi yang lain
Ciri-ciri Budaya
• Budaya boleh dipelajari
• Dikongsi
• Bersifat sejagat
• Boleh diwarisi
• Berubah-ubah
• Mempunyai unsur simbolik
• Adanya pandangan semesta (World
view)
Kesimpulan Definisi Budaya
• Budaya merupakan satu cara hidup yang diamalkan
dalam kehidupan bermasyarakat.
• Budaya juga merujuk kepada satu cara hidup yang
diamalkan oleh kebanyakan orang termasuk
pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat
berfikir dalam menghadapi sesuatu perkara atau
situasi
• Perkembangan budaya mengikut perkembangan
masyarakatnya
• Ciri-ciri budaya adalah sama antara satu masyarakat
dengan masyarakat yang lain
• Budaya berubah mengikut masa maupun tempat
Kesimpulan
Kebudayaan berkembang dan terus
dicipta mengikut kesanggupan
masyarakatnya
Kebudayaan tidak diperturunkan melalui
baka
Manusia membentuk budaya.
Perkembngan kebudayaan mengikut
perkembangan masyarakat itu sendiri
Refleksi
1. Tidak ada masyarakat maka tidak ada
budaya. Bincangkan pernyataan ini.

2. Bagaimanakah dikatakan
perkembangan kebudayaan mengikut
perkembangan masyarakatnya?
KOMPONEN BUDAYA
Budaya boleh digolongkan kepada dua
komponen utama iaitu material dan
bukan material. Komponen material
merujuk kepada ciptaan ke generasi
berikutnya masyarakat yang nyata dan
konkrit. Contoh: peralatan dan
kelengkapan hidup seperti rumah,
barang-barang, pakaian, dsbnya.
KOMPONEN BUDAYA
Komponen bukan material ialah
ciptaan-ciptaan abstrak seperti ilmu
pengetahuan, kepercayaan, adat
istiadat, nilai-nilai serta peraturan-
peraturan (hukum) yang berkaitan
dengan tingkah laku, cerita-cerita
rakyat, lagu atau tarian tradisional
Lima Unsur Utama Budaya
Simbol atau lambang
Bahasa
Nilai dan Kepercayaan
Norma
Teknologi
Simbol atau Lambang
Simbol merupakan perwakilan
kepercayaan budaya yang membawa
makna dan identiti masyarakat tersebut
Keris bagi masyarakat melayu
melambangkan lambang kepahlawanan
Bahasa
Bahasa membolehkan ahli masyarakat
berhubung sama ada secara lisan atau
bukan lisan
Bahasa merupakan alat komunikasi
Dialek atau loghat hanya difahami oleh
kelompok itu sendiri
Transmisi budaya dapat dilakukan melalui
bahasa
Nilai dan Kepercayaan
• Nilai dan kepercayaan merupakan standard yang
digunakan untuk menilai keadaan masyarakat seperti
kebaikan atau kecantikan
• Kepercayaan merupakan rumusan atau tafsiran tentang
masa lalu, penjelasan tentang masa kini atau ramalan
untuk masa hadapan
• Nilai ialah prinsip-prinsip umum yang berasaskan
kepercayaan iaitu yang dianggap benar, betul atau
sebaliknya
• Nilai menjelaskan apa yang sepatutnya dilakukan
manakala kepercayaan menerangkan apa yang sebenar
Norma
• Norma merupakan peraturan atau ketentuan yang
telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi
oleh setiap anggota masyarakat
• Norma dikaitkan dengan peraturan dan jangkaan
yang membimbing perlakuan ahli masyarakat
• Norma merupakan standard yang dipersetujui
bersama dalam masyarakat
• Norma proskriptif ialah panduan apa yang tidak
boleh dilakukan
• Norma preskriptif ialah apa yang boleh dilakukan
Teknologi
Teknologi merupakan alat atau kaedah
yang digunakan dalam kehidupan
seharian sesuatu masyarakat
Pengetahuan praktis dan peralatan
untuk meningkatkan penggunaan
tenaga serta mengubah persekitaran
untuk kegunaan manusia
Aspek-aspek lain dalam
budaya
Resam: merupakan adat atau peraturan
yang berkaitan dengan hukum adat
seperti upacara peminangan dilakukan
oleh lelaki.
Mores ialah norma yang lebih kuat dan
tidak ada tolerensi jika tidak dipatuhi
seperti kewajipan anak menghormati
orang tua
Budaya dalam konteks
pendidikan
Sekolah merupakan sebahagian daripada budaya
masyarakat
Murid-murid dididik untuk berbudaya sebagaimana
yang dikehendaki oleh masyarakat
Budaya dalam masyarakat mempengaruhi budaya di
sekolah
Tanggungjawab guru untuk menerapkan nilai
kebendaan dan bukan kebendaan mengikut acuan
masyarakat Malaysia
Murid yang keluar dari sistem persekolahan
mempunyai budaya Malaysia yang diterima oleh
pelbagai lapisan masyarakat dan pelbagai kaum
Pengertian dan Konsep
Kepelbagaian Kelompok
Etnik:
• Perkataan Greek yang bermaksud manusia atau
negara
• Etnik merujuk kepada sekumpulan manusia yang
berlandaskan keturunan dan warisan budaya yang
sama
• Mempunyai rasa kepunyaan terhadap negara asal,
makanan, bahasa, muzik, agama, pakaian, nama
keluarga atau adat
Sambungan konsep Etnik
Etnik mempunyai organisasi yang
formal
Etnik mempunyai sikap yang
menunjukkan perbezaan, tentangan
dan prasangka. Penggunaan perkataan
‘kita’ dan mereka’ iaitu golongan di
dalam dan di luar kelompok
Konsep lain berkaitan Etnik
Etniksiti: merujuk kepada rasa kekitaan
sesuatu kumpulan etnik
Etnosentrisme: kepercayaan atau sikap
bahawa budaya etnik mereka adalah
lebih baik dan tinggi daripada budaya
kelompok etnik yang lain
Diskriminasi merupakan pandangan,
pemikiran dan kepercayaan negatif
sekelompok etnik terhadap kelompok
etnik yang lain
Ras
• Ras ialah kelompok manusia yang mempunyai
persamaan dari segi fizikal
• Ras dikatakan sebagai kelompok sosial yang
mempunyai pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri
fizikal-biologikal
• Ciri-ciri fizikal ditentukan oleh baka yang diwarisi
• Contoh ras ialah Mongoloid, Negroid dan Austroloid
• Konsep Rasisme dikaitkan dengan ras. Rasisme
merupakan kepercayaan ada ras yang lebih unggul
dan ada ras yang berstatus lebih rendah
Minoriti
Merujuk kepada bilangan penduduk.
Kriteria yang digunakan untuk
mengkategorikannya ialah etnik dan ras
Masyarakat
• Masyarakat merupakan satu kumpulan manusia yang
berhubung secara tetap dan tersusun serta
menjalankan aktiviti secara kolektif
• Masyarakat sebagai kelompok manusia yang hidup
saling berorganisasi, berbincang, bekerjasama dalam
mengatur kerja secara kolektif, mampu menyetukan
buah fikiran dan tindakan sehingga menjalin
hubungan serta membentuk kebudayaan
• Ciri-ciri utama masyarakat ialah berkelompok,
berbudaya, mengalami perubahan dan saling
berinteraksi
Kelompok
Didefinisikan sebagai dua atau lebih individu
yang berinteraksi, saling bergantung dan
saling bergabung untuk mencapai sasaraan
tertentu
Kelompok boleh bersifat formal dan bukan
formal
Kelompok formal merujuk kepada kelompok
yang ditetapkan oleh struktur organisasi
untruk menjalankan tugas-tugas dan
diarahkan untuk tujuan organisasi
Dua jenis kelompok
Kelompok Asas
Ciri-ciri kelompok asas ialah:
• Interaksi bersemuka yang berterusan
• Identifikasi peribadi yang kuat dengan kelompok
• Hubungan kemesraan yang erat dalam kalangan ahli
• Hubungan yang pelbagai bentuk
• Hubungan yang lebih berkekalan
• Hubungan melibatkan emosi contoh: rindu jika
berjauhan
Kelompok Sekunder
Ciri-ciri kelompok asas ialah:
• Interaksi bersemuka yang terhad
• Identifikasi peribadi dengan kelompok lemah
• Pertalian antara ahli kelompok lemah
• Hubungan antara ahli renggang dan terhad
• Hubungan biasanya tidak berkekalan
• Hubungan formal dan tidak melibatkan perasaan
Contoh: kehidupan dibandar besar
Refleksi
• Bezakan pengertian etnik dan ras dalam
konteks negara kita

• Dalam kumpulan kecil bincangkan


adakah wujud etniksiti dan
etnosentrisme dalam masyarakat
majmuk di Malaysia
Jenis dan Demografi
Kelompok di Malaysia
• Malaysia sebuah negara berbilang bangsa dan
agama, majoriti penduduknya orang Melayu
• Perlembagaan Malaysia Perkara 160(2) mentakrifkan
orang Melayu ialah mereka yang bertutur dalam
bahasa Melayu, mengamalkan adat resam Melayu
dan beragama Islam
• Istilah bumiputera sering digunakan. Bumiputera
dianggap kaum asal Malaysia termasuk orang Asli,
Iban, Kadazan, Dusun dan lain-lain
Demografi Kelompok di
Malaysia
Perangkaan penduduk 2009 menunjukkan penduduk
Malaysia 28.46 juta iaitu 26.39 juta warganegara dan
2.07 juta bukan warganegara
Warganegara terdiri daripada:
• Orang Melayu 14.49 juta (54%) (68.6% - 2016)
• Orang Cina 6.46 juta (25%) (23.4% - 2016)
• Orang India 1.95 juta (7.5%) (7.0% - 2016)
• Bumiputera lain 3.14 juta (11.8%)
• Kaum-kaum lain 342.3 ribu (1.7%)
Demografi Kelompok di
Malaysia
• 50% penduduk di Sarawak dan 66% penduduk di
Sabah terdiri daripada bumiputera bukan Melayu
• Terdapat kira-kira 30 etnik di Sarawak. Etnik paling
besar ialah Iban
• Di Sabah, terdapat lebih 30 etnik lebih 80 dialek.
Etnik terbesar ialah Kadazan-Dusun, Bajau dan Murut
• Di Semenanjung Malaysia orang Asli terdiri daripada
tiga kumpulan besar iaitu Negrito, Melayu Proto, dan
Senoi
Tujuan mengkaji Demografi
kelompok
Pembangunan ekonomi kelompok
sesebuah lokasi untuk kesejahteraan
rakyat
Aspek pendidikan yang boleh
membangunkan ekonomi penduduk
Keterbatasan sumber, pilihan dan
mengambil keputusan ekonomi
Ciri –ciri Pengelompokan
Masyarakat Melayu
SUB-ETNIK

JAWA BUGIS

LAIN-LAIN

MINANG BANJAR
KELOMPOK RAS DALAM
MASYARAKAT
HOMO-SAPIENS

JENIS-JENIS RAS

CAUCASOID AUSTROLOID
NEGROID

MONGOLOID AMERICAN INDIAN


CAUCOSOID- Orang Eropah Putih
Bibir nipis
Kulit putih
Mata besar
Rambut lurus
Tinggi
Hidung mancung
NEGROID- Orang Negro Hitam
Bibir tebal
Kulit hitam
Mata besar
Rambut kerinting
Tinggi
Kaki kurus
MONGOLOID- Orang Asia Kuning
Hidung kurang mancung
Kulit berwarna
Rambut lurus atau kerinting
Mata agak kecil
Badan kecil
AMERICAN INDIAN- Orang Asli
Amerika ‘Red Indian’
Kulit merah
Rambut lurus
Hidung sederhana
Bentuk muka bersegi
Mata besar
AUSTROLOID- Orang Asli
Australia ‘kelabu’
Kulit kelabu
Rambut kerinting
Hidung besar
Mata besar
Definisi Demografi
Dari bahasa Yunani ‘ Demos’ yang
bermaksud rakyat atau penduduk
sesuatu kawasan
‘Grafein’ bermaksud menggambar atau
menulis tentang sesuatu perkara
Demografi sebagai tulisan atau
karangan tentang rakyat atau penduduk
sesuatu lokasi
Demografi Kelompok di Malaysia
Penduduk Malaysia tahun 2006 berjumlah 26.64 juta.
Melayu (54%), Cina (25%), India (7%), Lain-lain iaitu Orang
Asli, Sikh dan etnik di Sabah dan Sarawak (14%)
Umumnya Melayu dirujuk sebagai penduduk asal rantau alam
Melayu ini
Kelompok-kelompok kecil Melayu seperti Jawa, Minang, Krinci,
Bugis dll berusaha membina kelompok masing-masing dan
menjadi sub-budaya bagi budaya Melayu
Menurut Perlembagaan Malasia, Melayu iailah berbahasa
Melayu, berbudaya Melayu dan beragama Islam
Orang Melayu
Orang Melayu berasal daripada keturunan
mereka yang mendiami kepulauan Nusantara
Orang Melayu telah membina asas peradaban
yang mantap sebelum bertembung dengan
dengan peradaban India dan Islam. Tamadun
Islam memperkukuhkan peradaban Melayu.
Namun peradaban yang datang tidak
menghilangkan identiti budaya Melayu.
Kemunduran orang Melayu dalam ekonomi
berpunca dari dasar penjajah British
Orang Melayu kuat dari segi pegangan politik
Orang Cina
Kehadiran orang Cina sejak Kesultanan
Melaka
Kedatangan secara besar-besaran berikutan
penemuan bijih timah sekitar 1884
Penghijrahan orang Cina akibat kesukaran
hidup di negara China, keadaan politik tidak
stabil, kemudahan berhijrah dll.
Orang Cina mrenguasai ekonomi melalui
perniagaan
Mula bergiat dalam politik selepas perang
dunia ke-2
Orang India
Mula datang melalui perdagangan
Penghijrahan sebagai buruh di ladang tebu dan
sebagai pembantu demostik
Penghijrahan besar-besaran untuk bekerja di
estet-estet.
Ramai terlibat dalam bidang guaman,
perubatan dan perniagaan
Majoriti datang dari India selatan dan beragama
Hindu. Ada juga yang beragama Islam
Peribumi Sabah dan Sarawak
Di Sabah terdapat 23 suku kaum seperti
Kadazan, Bajau, Murut, Suluk dan Orang
Brunei.
Di Sarawak suku kaum terbesar ialah Melayu,
Melanau, Iban, Bidayuh, Penan dan Kelabit
Suku kaum di Sabah dan Sarawak dibezakan
oleh kawasan tempat tinggal, ekonomi, sosial
dan budaya
Orang Asli
Boleh dibahagikan kepada tiga rumpun iaitu
Senoi, Negrito dan Melayu Asli. Terdapat 18
suku kaum dari 3 rumpun tersebut
Ekonomi majoriti Orang Asli berasaskan
pertanian sara diri
Sebahagian besar Orang Asli beragama
animisme
Tahap pendidikan Orang Asli amat rendah
berbanding kelompok etnik yang lain
Faktor-faktor halangan integrasi
antara budaya
Kejahilan tentang kumpulan etnik yang
lain
Proses pemasyarakatan yang terbatas
Politik perkauman
Perbezaan sosio-ekonomi
Perbezaan kebudayaan
Segregasi atau pemisahan fizikal
Usaha pengintegrasian
masyarakat majmuk
1. Usaha politik
Perlembagaan yang menggariskan
kesamarataan kaum. Seperti peruntukan
memberi perlindung kepada kumpulan kaum
tertentu – Contoh hak keistimewaan orang
melayu
Akta-akta yang menjaga persefahaman anta
kaum
Akta mencegah isu-isu sensitif seperti Akta
Hasutan
Usaha pengintegrasian
masyarakat majmuk
2. Usaha ekonomi
Memperbaiki ekonomi tanpa mengira kaum
Mewujudkan keseimbangan ekonomi antara
kaum
Mengurangkan pengenalan kaum
berdasarkan aktiviti ekonomi
Penubuhan agensi kerajaan untuk membantu
orang melayu
Usaha pengintegrasian
masyarakat majmuk
3. Usaha Sosial dan Kebudayaan
Memperkenalkan konsep kebudayaan
nasional
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa
Rasmi dalam sistem pendidikan
Mengurangkan pengenalan kaum
berdasarkan aktiviti ekonomi
Penubuhan agensi kerajaan untuk membantu
orang melayu
Usaha pengintegrasian
masyarakat majmuk
4. Pendidikan
Murid perlu diberi kesedaran tentang
memahami hubungan etnik
Murid diberi peluang untuk memupuk
hubungan antara etnik
Guru memain peranan penting untuk
memupuk semangat muhibah antara kaum
Mengadakan aktiviti dalam program RIMUP
Usaha pengintegrasian
masyarakat majmuk
5. Perana Agensi Kerajaan
Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional
Rukun Negara sebagai Ideologi Kebangsaan
Dasar Ekonomi Baru
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Integrasi antara wilayah
Usahasama badan-badan swasta, sektor
komuniti dan ahli politik
Kesimpulan
• Terdapat perbezaan budaya antara satu masyarakat
dengan masyarakat yang lain
• Oleh sebab terdapat kepelbagaian kelompok di
Malaysia, guru perlu memberi pendidikan kepada
semua murid tanpa pilih kasih
• Setiap murid diterapkan dengan nilai murni kaum yang
lain supaya dapat menerima aspek perbezaan ang
terdapat dalam masyarakat
• Murid perlu diberi kesedaran terhadap perbezaan etnik
• Perasaan kekitaan dapat diserap melalui perbagai
aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran
Refleksi
1. Senaraikan empat ciri-ciri budaya?
2. Senaraikan faktor-faktor penghijrahan orang
Cina ke Malaysia?
3. Apakah usaha kerajaan untuk mewujudkan
integrasi etnik?

Anda mungkin juga menyukai