• Satu gaya kepimpinan di mana ganjaran dan hukuman digunakan untuk memotivasikan warga sekolah bagi meningkatkan prestasi akademik. • Dalam gaya kepimpinan ini, pemimpin sekolah seperti Guru Besar, Penolong Kanan dan Ketua Panitia akan menggunakan kuasa dan tanggungjawabnya untuk menetapkan sasaran yang perlu dicapai oleh setiap guru. • Ganjaran dan hukuman merupakan dua alat utama untuk memberi inspirasi kepada guru untuk meningkatkan prestasi akademik sekolah. • Contoh ganjaran yang boleh diberi oleh pemimpin sekolah termasuklah pemberian penghargaan dan pujian, menaikkan pangkat serta pencalonan guru cemerlang. • Bagi mereka yang berprestasi rendah, pemimpin boleh penangguhan ganjaran sebagai hukuman. • Rumusannya, kepimpinan Transaksi ini berfungsi untuk memperbaiki keadaan semasa organisasi dan ia berfokus ke arah perancangan dan pelaksanaan dalam meningkatkan prestasi akademik sekolah.