Anda di halaman 1dari 9

TAJUK 12: Pengurusan

Pelbagai Upaya
Berkeperluan Khas
PENGENALAN
 Pengurusan merupakan satu proses mengagihkan input-input organisasi dengan
cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan bagi tujuan
untuk mengeluarkan output (perkhidmatan) yang diperlukan oleh pelanggan
supaya objektif organisasi tercapai.
 Kepelbagaian dari segi bahasa ditakrifkan sebagai pelbagai jenis manakala upaya
ditakrifkan sebagai kebolehan seseorang dalam melakukan sesuatu perkara.
 Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yang
memerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-
kanak normal. Kanak-kanak ini berbeza dari segi ciri-ciri mental, keupayaan
deria, keupayaan berkomunikasi, tingkah laku dan ciri-ciri fizikal.
ISI PENTING: PEMULIHAN
 Pemulihan bermaksud perbuatan memulihkan dan pengembalian
kepada keadaan semula.
 Namun, dalam pembelajaran pemulihan merupakan usaha pihak
sekolah untuk mengatasi pembelajaran murid-murid yang lemah.
 Dalam pembelajaran dan pengajaran terdapat murid yang tidak
mencapai objektif yang telah ditentukan maka Program Pemulihan
Khas diadakan.
 Persatuan Pendidikan Pemulihan Kebangsaan juga merupakan satu
program pengajaran khas yang dirangka bagi memenuhi keperluan
pendidikan bagi murid-murid yang menghadapi masalah
pembelajaran dalam kalangan murid-murid di sekolah-sekolah biasa.
 Tujuan pemulihan ini dilakukan adalah supaya jurang antara
pencapaian murid dapat dikecilkan.
PENGAYAAN
 Murid-murid yang dapat menguasai 3M dan mencapai objekif yang
ditetapkan semasa sesi pembelajaran dan pengajaran akan menjalani
aktiviti pengayaan.
 Pengayaan melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi
sederhana atau murid-murid pintar dan cerdas iaitu murid-murid yang
cepat dan pantas menyiapkan kerja atau latihan yang diberikan.
 Aktivitipengayaan mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan
pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang
sedang dipelajari oleh murid.
 Aktiviti pengayaan juga dapat membuka peluang kepada murid untuk
mengembangkan minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, bakat
kepimpinan serta dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan
untuk diri, kumpulan dan juga masyarakat.
KONSEP PELBAGAI KECERDASAN
 Kecerdasan Verbal Linguistik

Kebolehan menggunakan kata-kata (bahasa) dengan berkesan, mengingati maklumat,


meyakini orang lain, serta bercakap dengan bahasa sendiri.
 Kecerdasan Logik Matematik

Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan menjangka.


 Kecerdasan Visual Ruang

Kebolehan mengesan dan mengambarkan bentuk mempersembahkan idea visual dan


ruang secara grafik.
 Kecerdasan Kinestetik

Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan penyelesaian


masalah serta menggunakan kemahiran fizikal seperti koordinasi, keanjalan,
kepantasan dan keseimbangan.
 Kecerdasan Muzik

 Kebolehan mengesan irama dan lagu atau mengenal lagu dengan mudah dan dapat
membezakan rentak dan tempo dalam melodi.

 Kecerdasan Interpersonal

 Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain dan bertindak secara
berkesan kepada orang lain.

 Kecerdasan Intrapersonal

 Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat dan kehendak.
Kebolehan menangani perasaan, mengawal kemarahan dan kesedihan diri yang dapat
membantu diri lebih berdisplin , beradab dan bersopan.

 Kecerdasan Naturalis

 Kebolehan mengenali dan mengklasifikasikan tumbuh-tumbuhan, galian, binatang.


Kebolehan mengenali artifak budaya dari segi pakaian dan makanan.
MURID BEKEPERLUAN KHAS
 Murid berkeperluan khas dikenali sebagai kanak-kanak istimewa kerana keadaan mereka adalah berbeza
disebabkan oleh faktor-faktor fizikal, otak dan emosi mereka yang tidak sama dengan kanak-kanak biasa.
1) Kurang upaya mental (kerencatan akal)
Merujuk kepada kanak-kanak yang mempunyai darjah kecerdasan (Intelligent Quetion, IQ) di antara 35
hingga 85. Mereka juga lambat belajar dan perlukan banyak aktiviti pengukuhan untuk meningkatkan
kemahiran mereka serta cepat lupa.
2) Kanak-kanak cacat fizikal
Kanak-kanak cacat fizikal ialah kanak-kanak yang mempunyai kecacatan anggota badan ataupun ortopedik.
Kecacatan ortopedik memepengaruhi funsi sendi atau otot, pinggang, tangan atau kakinya hingga lemah dan
tidak berdaya dan sebagainya.
3) Kanak-kanak bermasalah pembelajaran (learning disabilties)
- Ciri-ciri yang dirumuskan bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran ialah pencapaian akademik
keseluruhannya tidak sampai tahap memuaskan, lemah dalam subjek Matematik dan Bahasa serta tidak
menunjukkan minat dalam kelas.
RUMUSAN
 Pendidikan pemulihan ialah suatu program aktiviti pengajaran dan pembelajaran
alternatif untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah di dalam
kelas.
 Pengayaan adalah program yang diharapkan oleh setiap orang murid tidak kira
sama ada kumpulan cerdas, sederhana atau lemah.
 Pendidikan yang diberikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas bukanlah
untuk menjadikan mereka bijak cemerlang dan dipandang tinggi oleh masyarakat
tetapi pendidikan yang diberikan adalah untuk memastikan kanak-kanak ini
boleh menguruskan diri sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada orang lain.
 Pendidikan ini bukan hanya terletak di bahu guru-guru pendidikan khas sahaja
malah sepatutnya semua pihak perlu memberi sumbangan dan galakan kepada
kanak-kanak istimewa ini.
RUJUKAN
 Haslinda Linda. (2017). Pemulihan dan Pengayaan. Dimuat Turun
daripada
https://www.academia.edu/14539381/Pemulihan_dan_Pengayaan
 Fatin Liyana. (2018). Pengurusan Murid Pelbagai Upaya. Dimuat
turun daripada
https://fatinlilyana.wordpress.com/2018/12/06/tajuk-tugasan-pen
gurusan-murid-pelbagai-upaya
/

Anda mungkin juga menyukai