Anda di halaman 1dari 20

Teknik Menulis Karangan Cemerlang

STPM

Disediakan oleh : Nur Syazrina Binti Malike


6B UITM
Langkah 1 : Membaca Soalan

Ada pendapat yang mengatakan bahawa tahap kesihatan seseorang tidak bergantung pada gaya
hidup individu yang berkenaan . Sejauh manakah anda bersetujuh dengan pendapat ini ?

Langkah 2 : Menganalisis Soalan

Tema Gaya hidup sihat

Isu Utama Gaya hidup yang diamalkan oleh setiap individu tidak menjamin
kesihatan seseorang

Tugasan Faktor – faktor gaya hidup sihat yang perlu diamalkan


Langkah 3 : Membina Rangka pendahuluan
UNSUR Pelengkap Unsur Persoalan Jawapan Persoalan
Kesihatan seseorang tidak DEFINISI : - corak gaya hidup yang dikaitkan
bergantung kepada gaya Apakah yang dimaksudkan dengan individu yang mengamalkan
hidup individu dengan gaya hidup sihat? tatacara kehidupan yang aktif dan
Tema cergas .
- Boleh dicapai dengan mengamalkan
perlakuan aktiviti fizikal sekerap yang
mungkin

Gaya hidup yang Situasi sebenar yang - Semakin hari , masalah wabak
diamalkan berlaku /isu semasa yang pelbagai penyakit semakin menjalar
Isi Utama sering dilakukan dalam kalangan masyarakat tanpa
mengira usia
-melahirkan rakyat yang sihat dan
produktif selaras dengan matlamat
produktiviti negara

Tugasan Faktor – faktor gaya hidup sihat yang perlu di amalkan


Langkah 4 : Membina Rangka Pendahuluan

 Gaya hidup sihat merupakan corak gaya hidup yang dikaitkan dengan individu yang
mengamalkan tatacara kehidupan yang aktif dan cergas. Gaya hidup sihat juga boleh dicapai
dengan mengamalkan pelakuan aktiviti fizikal sekerap yang mungkin . Semakin hari, masalah
wabak pelbagai penyakit semakin berleluasa dalam kalagan masyarakat tanpa mengira usia.
Sering dikatakan bahawa dengan amalan ini akan melahirkan rakyat yang sihat dan produktif
selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara. Faktor kesihatan
masyarakat pada hari ini berada pada tahap membimbangkan pihak terutamanya Kemeterian
Kesihatan Malaysia. Oleh itu, saya bersetujuh dengan pendapat ini dan terdapat beberapa faktor
gaya hidup sihat akan ditekankan demi kesihatan bersama.

(102patah
perkataan)
Langkah 5 : Memikirkan Isi Karangan (Berdasarkan Tugasan)

1 . Pengambilan makanan seimbang yang terkandung dalam


pyramid makanan
2 . Tidak merokok

Faktor – faktor 3 . Melakukan senaman dan riadah


gaya hidup sihat
yang perlu 4 . Mempunyai rehat dan tidur yang mencukupi
diamalkan
5 . Kerap melakukan pemeriksaan kesihatan bagi mengesan
sebarang penyakit
6 . Aspek pengurusan stress yang sangat baik
PENGIMPLEMENTASIKAN TEKNIK BORPIKA

Langkah 6 : Merangka isi 1


Isi HURAIAN
APA BAGAIMANA MENGAPA IMPAKNYA

Pengambilan Kandungan gula dalam Tidak mengalami


makanan badan dapat di kawal sebarang penyakit seperti
seimbang yang kencing manis dan
terkandung dalam penyakit kronik yang lain
pyramid makanan .

Membekalkan tenaga Membolehkan menjalani


dengan memakan pelbagai urusan
makanan yang kehidupan seharian .
berkaborhidrat dalam
kuantiti yang banyak .
Langkah 7 :Menulis isi 1

 Antara faktor bagi gaya hidup sihat ialah pengambilan makanan seimbang yang
terdapat dalam pyramid makanan . Pemakanan seimbang dapat mengawal kandungan gula
dalam badan. Dengan ini , tiada penyakit yang akan menyerang seperti kencing manis ,
obesiti , dan kanser . Pengambilan makanan berkaborhidrat dalam kuantiti yang banyak akan
membekalkan tenaga untuk membolehkan kita menjalani pelbagai urusan kehidupan
seharian . Pengambilan sayur dan buah-buahan juga penting untuk membekalkan vitamin dan
serat yang cukup kepada tubuh badan . Oleh itu , makanan yang seimbang harus diutamakan
dalam usaha melahirkan modal insan yang berkualiti dan sihat.

(86 patah perkataan)


Langkah 8 : Merangka isi 2

Isi HURAIAN
APA BAGAIMANA MENGAPA IMPAKNYA

Terhindar daripada Menjamin kesejahteraan


sebarang penyakit hidup dan bebas daripada
penyakit.

Tidak merokok Tidak memudaratkan orang Dihormati dan dikasihi oleh


lain dengan asap rokok orang sekeliling
yang dibebaskan

Tidak mencemarkan udara Kesihatan dapat terjamin


dengan menghirup udara
segar
Langkah 9 : Menulis isi 2

 Selain itu , corak kehidupan yang sihat juga dapat membantu seseorng
individu untuk hidup dengan aman tanpa penyakit . Amalan tidak merokok
amatlah digalakkan bagi terhindar daripada sebarang penyakit kanser . Dengan
ini , kesejahteraan hidup akan terjamin dan terhindar daripada anasir luar . Jika
tiadanya perokok maka asap yang akan dilepaskan turut berkurangan kerana
asap rokok boleh memudaratkan orang lain . Udara juga terpelihara kerana tidak
berlakunya pencemaran udara yang teruk . Oleh itu , kesihatan masyarakat
sekeliling akan terjamin kerana sentiasa menghirup udara yang segar dan hidup
dengan harmoni tanpa sebarang penyakit .
(85 patah perkataan)
Langkah 10 : Merangka isi 3

ISI HURAIAN
APA BAGAIMANA MENGAPA IMPAKNYA
Mengurangkan masalah Terhindar daripada masalah
peningkatan berat badan pnyakit seperti obesiti
Melakukan senaman
dan riadah

Dapat melancarkan aliran Mendapat kualiti kesihatan


darah serta menguatkan urat yang baik dan tidak
saraf dan otot mengalami kelesuan otot

Menggalakkan masyarakat Dapat menambahkan


untuk pergi ke pusat rekreasi pengalaman yang sedia ada
Langkah 11 : Menulis isi 3

 Seterusnya , melakukan aktiviti senaman dan beriadah merupakan salah satu gaya
hidup sihat yang baik . Amalan bersenam yang dilakukan secara konsisten dapat membakar
kalori dalam badan dan mengurangkan masalah berat badan . Dengan ini, diri akan
terhindar daripada penyakit obesiti yang disebabkan oleh pengambilan makanan tidak
betul . Membuat lawatan ke pusat rekreasi bagi menambahkan pengalaman yang sedia ada.
Walau bagaimanapun, bersenam turut melancarkan aliran darah , menguatkan urat saraf
dan otot-otot badan serta peluh . Hal ini dapat menjamin kualiti kesihatan seseorang dan
mengelak daripada mendapat kelesuan otot dan sendi
(86 patah perkataan)
Langkah 12 : Merangka isi 4

ISI HURAIAN
APA BAGAIMANA MENGAPA IMPAKNYA
Dapat melakukan kerja Dapat mengeluarkan peluh
seharian dengan penuh dengan banyak yang
semangat dan menunjukkan tahap kesihatan
berketerampilan yang baik yang semakin baik
Mempunyai tidur dan
rehat yang mencukupi

Tiada kerja yang akan Disenangi dan di sanjung


ditangguhkan disebabkan tinggi oleh orang sekeliling
oleh kecergasan diri
Langkah 13 : Menulis isi 4

 Faktor yang seterusnya ialah mempunyai rehat dan tidur yang mencukupi . Rehat
dan tidur yang cukup akan merangsang pergerakan individu setiap hari. Dengan itu,
masyarakat dapat melakukan kerja dengan sempurna. Perkara sedemikian, akan dapat
mengeluarkan peluh dengan banyak yang menunjukkan bahawa tahap kesihatannya adalah
semakin baik dari yang sebelumnya. Amalan ini menyebabkan tiada kerja yang akan
ditangguh kerana mempunyai diri yang sangat cergas . Impaknya, diri akan disayangi dan
disanjung tinggi oleh orang sekeliling. Oleh itu , kesihatan juga akan terpelihara jika
mempunyai rehat yang mencukupi .
(81 patah perkataan )
Langkah 14 : Merangka isi 5
ISI HURAIAN
APA BAGAIMANA MENGAPA IMPAKNYA
Kerap melakukan Memastikan anggota dalaman Penyakit berbahaya akan
pemeriksaan kesihatan tubuh seseorang berfungsi dapat dikesan dengan lebih
bagi mengesan dengan baik awal melalui peralatan moden
sebarang penyakit yang dalam bidang perubatan
dihadapi

Langkah pemulihan dapat Diri bebas daripada penyakit


dilakukan dengan segera kronik yang boleh
kerana alat-alat perubatan menyebabkan kematian
moden dapat mengesan
penyakit lebih awal
Langkah 15 : Menulis isi 5

 Setiap orang digalakkan supaya melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala


bagi mengesan sebarang penyakit yang dihadapi . Hal ini akan memastikan anggota
dalaman tubuh seseorang itu seperti jantung dan buah pinggang berfungsi dengan baik.
Melalui cara itu, penyakit berbahaya seperti diabetis dan tekanan darah tinggi dapat
dikesan lebih awal melalui peralatan moden dalam bidang perubatan. Langkah pemulihan
juga akan dapat dilakukan dengan segera kerana alat-alat perubatan moden dapat
mengesan seseuatu penyakit lebih awal. Maka , diri akan bebas daripada penyakit kronik
yang boleh menyebabkan kematian.
(84 patah perkataan )
Langkah 16 : Merangka isi 6

ISI HURAIAN
APA BAGAIMANA MENGAPA IMPAKNYA
Perlu bijak dalam mencari Fikiran tidak menjadi kusut
formula untuk menguruskan dan terganggu
stres tersebut

Aspek pengurusan stres


yang sangat baik

Meringankan beban yang


dihadapi dan diri sentiasa
dalam keadaan yang positif .
Langkah 17 : Menulis isi 6

 Di samping itu, pengalaman gaya hidup sihat juga melibatkan pengurusan stres yang
sangat baik. Stres atau tekanan perasaan merupakan gejala negatif yang semakin menular
dalam kalangan masyarakat . Seseorang individu yang mengalami stres perlulah bijak
mencari formula untuk menguruskannya supaya fikiran tidak kusut dan terganggu
sehinggakan menjejaskan kesihatan dan kehidupan seharian. Mendapat bimbingan
daripada kawan dan kaunselor serta mendekatkan diri kepada Allah adalah pengurusan
stres yang bijak . Dengan itu, dapat meningkatkan beban yang dihadapi dan diri sentiasa
dalam keadaan positif selalu .
(78 patah perkataan)
Langkah 18 : Merangka kesimpulan

Pendirian calon Amalan gaya hidup yang sihat dapat menjamin kesejahteraan yang diimpikan

Cadangan Kementerian Kesihatan perlulah mengambil langkah yang proaktif untuk


merealisasikan impian negara kita.

Harapan Semoga kempen kerajaan iaitu kempen ‘Rakyat Sihat Negara Maju’ dapat
direalisasikan kerana rakyat yang sihat dapat menyumbang kepada
pembangunan negara dan menjadi pekerja yang produktif

Peringatan Mengamalkan gaya hidup sihat akan menggambarkan diri seseorang yang
berketerampilan baik dan sempurna .
Langkah 19 : Menulis kesimpulan

 Kesimpulannya , amalan gaya hidup sihat dapat menjamin kesejahteraan


yang diimpikan . Oleh itu, Kementrian kesihatan perlulah mengambil langkah
yang proaktif untuk merealisasikan impian negara. Semoga kempen kerajaan iaitu
kempen ‘Rakyat Sihat Negara Maju’ dapat direalisasikan kerana rakyat yang
sihat dapat menyumbang kepada pembangunan negara dan menjadi pekerja yang
produktif. Marilah mengamalkan gaya hidup sihat demi kesihatan dan
kebahagiaan dunia dan akhirat.

Anda mungkin juga menyukai