Anda di halaman 1dari 10

Strategi dan Teknik Pengajaran Murid

Kurang Upaya Pendengaran

• Isi kandungan

i. Menyediakan bahan pembelajaran lebih awal supaya guru pendidikan


khas mempunyai masa untuk mengadaptasi bahan tersebut sebelum
kelas bermula.
ii. Menyediakan bahan visual dan bahan maujud untuk menyokong
penerangan guru lisan,
iii. Menyediakan nota ringkas dengan visual untuk membimbing murid
supaya murid tidak membuang masa menyalin maklumat.
Strategi dan Teknik Pengajaran Murid
Kurang Upaya Pendengaran

• Isi kandungan

iv. Memberikan sari kata untuk video dan memastikan sari kata tersebut
selari dengan suara di dalam video.
v. Menyediakan murid kurang upaya pendengaran dengan
perbendaharaan kata penting dan pengetahuan prasyarat terlebih
dahulu sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula.
• Proses

i. Bekerjasama dengan guru pendidikan khas untuk memastikan bahan


pembelajaran disediakan kepada murid kurang upaya pendengaran
sebelum kelas bermula.
ii. Bekerjasama dengan guru pendidikan khas untuk memastikan murid
kurang upaya pendengaran menerima maklum balas tentan penilaian
tugasan mereka.
iii. Menyediakan aktiviti hands-on di dalam kelas supaya murid kurang
upaya pendengaran dapat mengalami tugasan tersebut bersama dengan
murid lain di dalam kelas inklusif.
• Proses

iv. Menggunakan pendekatan multisensori supaya murid kurang upaya


pendengaran mendapat maklumat melalui pelbagai deria iaitu deia
penglihatan, sentuhan, bau, saki-baki pendengaran dan pergerakan.
v. Menggalakkan murid kurang upaya pendengaran menggunakan saki-baki
pendengaran yang masih ada.
vi. Menggunakan strategi berasaskan visual seperti pengurusan grafik untuk
mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baharu.
Proses ….

vii. Menghala ke arah murid kurang upaya pendengaran semasa mengajar


supaya mereka dapat melihat mata dan bibir guru ketika bercakap.
viii. Menggunakan gambar, simbol, rajah, carta alir dan video untuk
membimbing murid kurang upaya pendengaran semasa pembelajaran.
ix. Menggunakan strategi bimbingan rakan sebaya untuk menyokong
pembelajaran murid kurang upaya pendengaran. Walau bagaimanapun ,
rakan sebaya tidak seharusnya diberi tanggungjawab sebagai penterjemah
bahasa isyarat.
Proses ….

x. Menyediakan komputer dan perisian yang membolehkan murid kurang


upaya pendengaran mengakses kepada bahan digital di komputer atau
laman sesawang.
xi. Mengajar secara eksplisit mengikut urutan-urutan yang kecil supaya
murid kurang upaya pendengaran dapat mengikuti langkah pengajaran
guru.
xii. Adalah sukar bagi murid kurang upaya pendengaran untuk menulis nota
sambil melihat bibir guru atau sambil melihat bahasa isyarat yang
ditunjukkan oleh guru. Oleh itu, guru memberikan salinan nota dengan
visual sebagai bimbingan kepada murid supaya dapat mengikuti
pengajaran guru.
Proses ….

xiii. Menyediakan nota ringkas (dot points) dengan sokongan visual.


xiv. Memberikan masa kepada murid untuk berfikir dan menjawab.
xv. Menggalakkan penggunaan sistem FM di dalam kelas.
xvi. Menyediakan lembaran kerja berpandu untuk membimbing murid
menulis.
xvii. Melaksanakan pengajaran bersama di dalam kelas inklusif.
• Produk

i. Menerima persembahan visual murid kurang upaya pendengaran sebagai


kaedah mendemonstarasikan pengetahuan dan kemahiran mereka.
ii. Menggalakkan penggunaan teknologi di dalam persembahan visual
sebagai alternatif kepada persembahan berbentuk lisan.
iii. Menggalakkan penghasilan produk dalam bentuk model, carta, poster,
graf, gambar atau video.
iv. Menilai hasil produ bukan daripada sudut ketepatan tatabahasa kecuali
untuk mata pelajaran bahasa.
• Persekitaran pembelajaran

i. Menyusun meja murid dalam bentuk ladam kuda dan meletakkan murid
kurang upaya pendengaran upaya di hadapan dengan telinganya telingan
yang lebih berfungsi menghala ke arah guru.
ii. Menyusun tempat duduk murid kurang upaya pendengaransuapay tiada
gangguan seperi bunyi kuat dan bnda-benda bergerak yang dapat
menggangu tumpuan murid.
iii. Memastikan soalan ujian dikemukakan dalam ayat yang ringkas.
iv. Memberikan masa tambahan kepada murid kurang upaya pendengaran
untuk menyiapkan ujian.

Anda mungkin juga menyukai