Anda di halaman 1dari 25

Metodologi

Penyelidikan
Pengenalan : Ilmu, Pengetahuan & Islam

• Ilmu bermaksud mengetahui, atau perbuatan yang bertujuan


mengetahui tentang sesuatu perkara dengan sebenarnya (Sheikh
Othman 2005)
• Pengetahuan dan kepandaian dalam perkara-perkara yang
berhubung dengan dunia dan akhirat, atau kebijaksanaan dalam
menekuni hal-hal yang zahir dan yang maknawi (al-Ghazali 1939)
Pengenalan : Ilmu, Pengetahuan & Islam

• Epistimologi pula ialah teori tentang pengetahuan khususnya yang


berkaitan dengan kajian kritis tentang suatu kaedah, konsep dan
kesahihan suatu kajian. Kedua-keduanya saling berhubung rapat dan
lengkap melengkapi antara satu sama lain. (Sheikh Othman 2005)
• Dari perspektif barat, ilmu atau epistimologi merujuk kepada
pengetahuan individu yang dibentuk melalui impression (pengalaman
dalaman) dan idea yang kemudiannya akan melahirkan pengalaman
pancaindera kepada manusia.
Pengenalan : Ilmu, Pengetahuan & Islam

• Dari perspektif Islam, ilmu atau epistimologi adalah satu alat yang unik,
yang boleh mendorong dan membimbing pemiliknya untuk mengenal dan
memperhambakan diri kepada Allah.
• Ia sesuatu yang suci dan bernilai dalam kehidupan seseorang Muslim.
Bukti kemuliaan ilmu dapat dilihat dengan jelas apabila Allah meletakkan
tahap ilmu pada kedudukan yang ketiha selepas diri-Nya dan malaikat
(al-Ghazali 1939) sebagaimana firman Allah Swt dalam surah Ali Imran
ayat 16.
Pengenalan : Ilmu, Pengetahuan & Islam

• Sumber utama ilmu dalam Islam adalah Al-Quran & Hadith. Ilmu-
ilmu yang datang kemudian adalah perincian daripada apa yang
terdapat daripada kedua-duanya.
Islam dan penyelidikan

• Penyelidikan dalam Islam bukan suatu perkara yang baru. Saranan


dan kepentingannya telah disebut berulang kali dalam al-Quran dan
hadith.
• Misalnya dalam surah Sad ayat 29 dan surah al-An’am ayat 11.
• Ayat-ayat yang banyak disebut dalam al-Quran itu menggambarkan
penyelidikan adalah aktiviti yang sangat dituntut dalam Islam.
Definisi metodologi

• Metodologi
- Perkataan Yunani yang terdiri daripada ~ meta bermaksud ‘dengan’, odos yang
bermaksud ‘jalan’, Logos adalah ilmu atau aliran.
- Ia diterjemahkan sebagai “ilmu dengan jalan.”
- Dari segi istilah; memberi erti sains atau kajian mengenai kaedah, terutama sekali
dalam bidang ilmiah.
- Juga ditakrifkan sebagai suatu ilmu mengenai kajian dalam mentadbir sesuatu bagi
mencapai matlamat yang dirancang.
- Justeru, metodologi adalah ilmu tentang cara untuk mengkaji dan menyelidiki
sesuatu kajian, ianya adalah suatu usaha yang sistematik dan objektif dengan
maksud untuk memperolehi atau mengumpul data-data tepat dan berkesan.
Definisi Penyelidikan
• Penyelidikan
- Bermaksud sesuatu yang dijalankan sama ada untuk mengetahui apa
yang sedang berlaku, telah dan akan berlaku bagi menambah
pengetahuan.
- Menurut Tuckman, penyelidikan adalah suatu usaha yang sistematik
untuk mendapat jawapan kepada suatu masalah.
- Justeru, penyelidikan adalah tatacara yang teratur dan sistematik,
digunakan untuk mengetahui sesuatu perkara yang telah, sedang dan
akan berlaku bagi menambah ilmu pengetahuan.
Metodologi penyelidikan

• Kesimpulannya, metodologi penyelidikan adalah tatacara mengkaji


dan menyelidik sesuatu kajian secara sistematik dan objektif bagi
mengumpul data-data yang tepat serta berkesan untuk mengetahui
apa yang telah, sedang dan akan berlaku supaya dapat menambah
pengetahuan.
Penyelidikan Dalam Pengajian Islam

• Seperti ilmu pemikiran Islam, ilmu Tauhid dan Ilmu fiqah serta
ilmu-ilmu lainnya, metodologi penyelidikan Islam adalah suatu
konsep yang baru dibentuk sebagai suatu disiplin ilmu.
• Beza penyelidikan dalam pengajian Islam dengan penyelidikan
dalam bidang sains sosial adalah daripada aspek dalam peletakan
titik asas daripada sumber-sumber wahyu yang tidak berubah dalam
usaha menyelesaikan suatu masalah. Asas penyelidikan pengajian
Islam adalah al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.
Penyelidikan Dalam Pengajian Islam

• Sebarang bentuk perbahasan, penyelidikan atau perselisihan


mestilah bertujuan memperoleh kebenaran termasuklah penyelidikan
dalam pengajian Islam.
• Dari sudut tasawwur Islam, penyelidikan Islam wajib merujuk,
membaca, meneliti, memahami dan menekuni ayat-ayat Allah swt
dalam al-Quran al-Karim dan hadith-hadith Nabi dengan tujuan
mengambil iktibar dan menimbulkan rasa takjub terhadap segala
ciptaan Allah dan kejadian-kejadian yang telah berlaku ke atas
manusia dan segala makhluk yang ada di alam tabii.
Etika dan akhlak
dalam penyelidikan
Islam
1 Memahami tujuan
4 Telus
dan matlamat
penyelidikan

Memastikan
2 Sistematik
kesahihan sumber
fakta dan maklumat
Akhlak dalam 5

penyelidikan

Memelihara maruah
3 Menjauhi plagiarisme 6 penyelidik dan
keterlibatan
penyelidik
1. Memahami tujuan dan matlamat penyelidikan
 Dalam penyelidikan Islam, niat dan tujuan memainkan peranan
yang sangat penting.
 Ianya mestilah bermula dengan masalah dan berusaha untuk
menyelesaikan masalah tersebut
 Bukan untuk kepentingan diri sendiri atau mengejar sesuatu
yang mampu memberi manfaat kepada diri sendiri.
 Bertujuan untuk menyebar ilmu pengetahuan daripada hasil
dapatan penyelidikan untuk manfaat manusia secara menyeluruh
2. Memastikan kesahihan sumber fakta dan
maklumat
 Maklumat yang diperoleh untuk tujuan penyelidikan wajib diperoleh daripada
sumber-sumber yang sahih, mempunyai kredibiliti dan boleh dipercayai;
 Dengan meneliti sumber-sumber asal, manuskrip yang asli dan jika mampu,
penyelidik terus merujuk kepada pemilik sesuatu karya atau sebarang
keterangan dan maklumat yang hendak dipetik.
 Rujukan kepada al-Quran wajib diikuti dengan tafsiran-tafsiran ayat daripada
ulama-ulama tafsir yang muktabar dan masyhur.
 Begitu juga dengan rujukan terhadap hadith Nabi saw, mestilah ditakhrij
untuk dikenalpasti martabat hadith dan meneliti huraian-huraian hadith
daripada ulama-ulama yang masyhur dan muktabar.
3. Menjauhi plagiarisme
+ amanah dan jujur adalah etika penting yang perlu dipatuhi bagi menjamin
dapatan penyelidikan itu tulen dan berkualiti.
+ aktiviti plagiarisme termasuklah perbuatan mengambil idea, tulisan atau
data-data orang lain dan mendakwa ianya sebagai hasil ciptaan atau
dapatannya sendiri; atau cuba menonjolkan idea, tulisan, data dan rekaan
yang diambil daripada sumber milik orang lain.
+ Ianya juga berlaku apabila idea, perkataan, tulisan, data atau rekaan
daripada karya orang lain yang asal telah diterbitkan, diguna tanpa
mencatatkan rujukan kepada karya asal atau penghargaan kepada siapa
sahaja yang ideanya dipinjam
4. Telus
+ Penyelidikan seharusnya tidak bersikap prejudis, tidak bertindak mengikut
perasaan,tidak menyebelahi mana-mana pihak atau tidak sekadar memenuhi
kehendak pihak-pihak tertentu.
+ Penyelidikan wajar mengelak polemic-polemic yang tidak sihat dengan
menampilkan isu-isu sensitif secara keterlaluan.
+ Penyelidikan dalam Islam wajib bersifat objektif, telus, neutral dan
berdasarkan prosedur-prosedur yang jelas, tepat dan terang
+ Setiap individu yang terlibat dalam penyelidikan mestilah diberitahu latar
belakang kepentingan dan segala maklumat dalam penyelidikan yang
dilaksanakan.
5. Sistematik
+ Penyelidikan dalam Islam mestilah dilaksanakan secara sistematik
dan menganalisisnya dengan cara yang sistematik.
+ Setiap perkara yang hendak dikemukakan mestilah disusun secara
berencana dan disokong oleh bukti-bukti yang jelas dan releven.
+ Autoriti dan kredibiliti rujukan adalah penting bagi memastikan
fakta-fakta yang dipersembahkan khususnya dalam dapatan kajian
itu bersih daripada sebarang keraguan, memiliki kualiti dan boleh
dimanfaatkan bersama.
6. Memelihara maruah penyelidik dan
keterlibatan penyelidikan
+ Menjaga kredibiliti penyelidik dan menjaga kerahsiaan
keterlibatan penyelidikan.
+ Lazimnya terbahagi kepada dua;
Pertama: anonymity – iaitu ketanpanamaan atau penyelidik tidak
mampu mengenal pasti pemberi maklumat seperti yang berlaku
dalam kajian tinjauan
Kedua: confidentiality (kerahsiaan) – penyelidik berupaya
mengenalpasti pemberi maklumat dengan jelas dan terang.
Penyelidikan Tindakan dalam Pengajian Islam
+ Satu kajian yang dilaksanakan secara sistematik untuk meningkatkan mutu dan
profesionalisme sesuatu organisasi.
+ Kaedah penyelidikan penting dalam penyelidikan pengajian Islam khususnya
dalam merealisasikan maksud firman Allah dalam surah al-Hasy-r ayat 18.
+ Tafsir Inu Kathir menjelaskan ayat ini dengan menyeru supaya semua manusia
yang beriman mestilah secara konsisten melakukan penyelidikan dan refleksi
terhadap diri, keluarga, organisasi dan komuniti masing-masing.
+ Bertujuan untuk memastikan semua Tindakan manusia mestilah berlandaskan
dengan perintah Allah.
+ Aktiviti merancang, bertindak, memerhati dan membuat
refeleksi terhadap tingkah laku diri, organiasasi atau komuniti
(muhasabah)
+ Bermatlamat mengkaji kelemahan lampau, menghasilkan
pengetahuan baru termasuk penemuan tentang hubungan dan
kemampuan meramal dapatan kajian yang diperoleh
Ciri Penyelidikan Tindakan

Refleksi 1 Refleksi 2 Refleksi 3

• Mengenal pasti • Memilih reka • Perbincangan


masalah bentuk kajian • Rumusan
• Menetapkan • Mematuhi semua • Cadangan
objektif kajian prosedur metode Penambahbaikan
kajian
Kaedah Merujuk Al-Quran dan Hadis

Memetik ayat Al-Quran secara keseluruhan


Menulis dan meletak nama surah, nombor surahdan nombor
ayat yang telah dirujuk pada akhir ayat atau selepas ayat.

Memetik hadis yang telah dipilih dengan mengambil


keseluruhan hadis
Menulis dan meletakkan rujukan nama perawi, nama buku,
tajuk kitab, tajuk bab, nombor hadis dan kedudukan hadis
yang telah dirujuk pada akhir atau selepas hadis
Empirikal

Dipandu
Objektif Al-Quran,
Hadis & Teori

Ciri Inkuiri
Saintifik

Analitikal Logikal

Rigorous
Rumusan Penyelidikan

Penyelidikan Kajian Tindakan


Menyelesaikan
Bukan Satu Kaedah
Masalah
Disiplin Baru Muhasabah

Kaedah
Bukan Aktiviti
Merujuk Al-
Bermusim
Quran & Hadis

Anda mungkin juga menyukai