Anda di halaman 1dari 42

BMF 3013

KEBERKESANAN
KOMUNIKASI
PENGENALAN

• Manusia habiskan 70% masa jaga dengan


berkomunikasi dengan orang lain – membaca,
menulis, bercakap dan mendengar.

• 93% maksud mesej komunikasi bersemuka


disampaikan melalui tingkahlaku non verbal
(55% ekspresi muka dan posture badan
manakala 38 % separa bahasa / intonasi suara)
dan hanya 7 % oleh perkataan itu sendiri.
APA ITU KOMUNIKASI BERKESAN?

• Keberkesanan komunikasi merujuk kepada sumber


atau penyampai maklumat yang dapat
menyampaikan maklumatnya dengan baik, tepat
dan maksudnya sama dengan penerima tanpa
menimbulkan kekeliruan atau salah faham.

• Mengikut Abdullah Hassan dan Ainon Mohamad


(2005) perbualan dan percakapan yang berkesan
mempunyai lima ciri iaitu kefahaman, keseronokan,
pengaruh ke atas sikap, perhubungan yang lebih
baik dan adanya tindakan susulan
KOMUNIKASI BERKESAN

Apabila mesej yang difahami dengan


dihantar oleh sempurna dengan
pengirim penerima.
KOMUNIKASI BERKESAN

Jika anda boleh


memahami perkataan
yang diucapkan dan
anda ingat mesej yang
dimaksudkan..
Komunikasi akan
berkesan.
HALANGAN KOMUNIKASI

• Komunikasi akan berkesan jika semua


halangan dapat diatasi

• Pada pendapat anda, apakah halangan yang


anda hadapi semasa berkomunikasi?
i. ________________________
ii. ________________________
iii. ________________________
HALANGAN KOMUNKASI
Ahmad Kamil (1992) mengatakan antara halangan
komunikasi ialah:
BAHASA
EGO (SEMANTIK) TAFSIRAN

SALURAN
PENYAMPAI TIDAK TEPAT PENERIMA

PREJUDIS FIZIKAL
& EMOSI KURANG
KEMAHIRAN
TIDAK TAK SOPAN
SOMBONG MELAYAN
MARAH

SUDAH
LEBIH

GERAM
TIDAK
MENDENGAR
AGRESIF
SUMBER / PENYAMPAI

• Sikap dan emosi sumber sama ada sedih,


kecewa, marah dan sebagainya memberi kesan
kepada mesej yang hendak disampaikan.
• Penghantar jelas tentang mesej yang hendak
disampaikan
• Meneliti dengan baik mesej yang hendak
disampaikan
PENERIMA

• Sikap penerima seperti prasangka / prejudis,


menganggu keberkesanan komunikasi.
• Konflik antara pengirim dan penerima (jika
ada) menyebabkan mesej akan disalah tafsir.
• Persekitaranjuga merupakan faktor halangan
komunikasi.
• Penerima yang baik akan mendengar apa yang
cuba disampaikan bukan mendengar apa yang
hendak didengar,.
Gangguan

Mesej
SUMBER PENERIMA
PENGETAHUAN PENGETAHUAN
KEMAHIRAN KEMAHIRAN

persepsi
persepsi

SIKAP Saluran SIKAP


NILAI NILAI
PENGALAMAN PENGALAMAN
KEUPAYAAN MENTAL KEUPAYAAN MENTAL
Maklum balas

Gangguan
SIKAP NEGATIF
• Manusia mempunyai sifat semula jadi yang menghalang proses
komunikasi. Sekiranya seseorang itu bersikap taksub dengan
apa yang dimilikinya serta merasakan dirinya sempurna, maka
sistem maklumat yang ada pada dirinya akan menjadi halangan
dan menutup fikirannya daripada memahami mesej orang lain.

• Sesetengah pekerja kunter bersikap ‘ berat mulut ’ dan


mempunyai sikap bahawa pelanggan sepatutnya tahu cara
membuat urusan.
SIKAP NEGATIF

• Kadang-kala kita juga terlalu cerewet atau


bersifat kritikal kepada orang yang bercakap.
• Semua aspek negatif orang yang bercakap
(bau badan yang busuk, pakaian kotor dll)
menimbulkan persepsi negatif kepada kita.
• Kita lebih tertumpu kepada rupa diri orang
bercakap bukan mesejnya.
GANGGUAM FIZIKAL

• Kebisingan merupakan faktor yang menghalang


kepada keberkesanan komunikasi.

• Bercakap melalui telefon dalam pejabat yang


sibuk, penerima tidak dapat mendengar dengan
jelas dan jika di rumah, ada kanak-kanak
menangis atau menjerit boleh menggangu
komunikasi.
GANGGUAN FIZIKAL

Tidak Kebisingan
kondusif

Jantina
CONTOH GANGGUAN FIZIKAL
Pengetua: Oh ya, Encik Amran, apakah masalah awak?
Amran : Ee …..
(perbualan En Amran terganggu oleh deringan telefon,
dan pengetua mengangkat gagang telefon…selepas beberapa
minit, perbualan telefon tamat dan pengetua pandang ke
arah Amran dan tanya)
Pengetua: Oh ya….
(Pelayan pejabat masuk dan minta tandatangan pengetua.
Pengetua pun tengok dan cari tempat
ditandatangan.Sambil menanda tangan surat, pengetua bercakap
kepada Amran…). Encik Amran kata ada masalah dengan
attendan makmal sains kimia Puan Ani itu ye..
Amran : Ya…(telefon berbunyi sekali
lagi..peringatan untuk menghadiri mesyuarat di
PPD….)
Pengetua: Beginilah, apa kata kalau Encik Amran
selesaikan masalah itu sendiri… Saya terpaksa
keluar sekarang.
Semantik

MASALAH Sebutan kurang jelas


(gagap, sengau dll)
BAHASA

Penggunaan dialek

Perbezaan bahasa /
istilah tidak difahami.
SEMANTIK

• Pengirim perlu menyedari bahawa


terdapatnya perkataan yang sama tetapi
mempunyai pengertian yg berlainan kepada
penerima maklumat daripada latar belakang
dan budaya yang berbeza.
• Contohnya perkataan ”sungai”. bagi
masyarakat semenanjung ia bermaksud
cantik. Tetapi bagi masyarakat Dusun
”sungai” dimaksudkan dengan bawang.
CONTOH
Pada jam 9.00 pagi peperiksaan Matematik dijalankan
di Dewan Sekolah. Ketua Pengawas Peperiksaan
En.Ali menerima sepucuk surat yang muka depannya
bercetak:
SULIT DAN TERHAD

Tidak dibenarkan buka


tanpa kebenaran

• Selepas membaca arahan itu, En Ali pun meletakkan


surat tersebut di tepi meja.
• Selepas peperiksaan, pelajar-pelajar merungut kerana
didapati beberapa kesilapan terdapat alam kertas
soalan matematik dan mengadu kepada Pn Hani
(penyelia peperiksaan)
SAMBUNGAN…

– Pn. Hani meminta penjelasan daripada En. Ali,


kenapa beliau tidak membaiki kesilapan tersebut?

– ‘Kata En. Ali, mengikut tafsirannya beliau tidak


dibenarkan membuka sampul tersebut kerana
kandungan pada sampul tersebut terhad dan sulit.
Lagipun dia tidak diberi kebenaran untuk
membukanya.
PERBEZAAN BAHASA
• Perbezaan bahasa sering kali menyebabkan perbezaan
tanggapan individu. Perkataan-perkataan yang
digunakan haruslah sama ertinya bagi pengirim dan
penerima.
• Contohnya: Ungkapan ‘tak lama lagi’ bagi sesetengah
orang bermakna 1 atau 2 minggu tetapi bagi
setengahnya pula bermakna 2 atau 3 bulan.
• Kadang-kadang ada juga individu yang sengaja
menggunakan bahasa yang sukar difahami bagi
mewujudkan tanggapan bahawa mereka lebih bijak.
Hakikatnya ia menyulitkan komunikasi.
EMOSI

• Pemarah • Tindak balas emosi seperti


• Ego marah, sedih, sayang, benci,
cemburu, takut, malu dll boleh
• Sombong mempengaruhi keberkesanan
• Gugup mesej yang diterima.
• Sedih dll.
• Contohnya, jika seseorang itu
berada dalam keadaan marah
dan tertekan, mereka mungkin
bertindak memutarbelitkan
mesej.
PERSEPSI
Hanya memilih @ mendengar sesuatu
perkara yg hendak dengar sahaja.
Selain itu, individu juga hanya melihat apa
yang dia suka tengok sahaja.
Contohnya, pekerja lelaki mempunyai
sikap prejudis terhadap ketua perempuan dan
sukar untuk berkompromi dengan ketua
perempuan.( dianggap cerewet dan susah untuk
berunding)
 
PERSEPSI
Aku menyampah betul
tengok dia, tunjuk
Nak tunjuk pandai konon….…
lagaklah tu!
PERSEPSI
MESEJ

• Sesuatu mesej itu hendaklah mempunyai


makna yang jelas.
• Mesej hendaklah disampaikan dengan jelas,
tepat , ringkas dan tidak mengelirukan.
• Mesej perlu disusun secara kronologi atau
penyelesaian masalah (sesuai dengan budaya
kita), dengan ini idea utama dikenal pasti.
• Pemilihan kata-kata atau simbol mestilah jelas
dan terang.
SALURAN

•Kesalahan memilih saluran boleh


mempengaruhi keberkesanan komunikasi.
•Mesej yang dibentuk akan dihantar melalui
saluran tertentu sama ada secara lisan, tulisan,
isyarat atau kaedah-kaedah lain.
•Pemilihan cara penyampaian haruslah tepat dan
sesuai.
•Menggunakan saluran melalui orang ketiga
haruslah dibuat dengan teliti.
CONTOH KES

• Pada jam 9.00 pagi, pengetua Sek.Men. Melor


menulis notis pada papan putih di bilik guru.

PERHATIAN

Satu taklimat berkaitan perkhidmatan perguruan


akan diadakan di Bilik Persidangan 3, jam 2.00
petang ini.
Semua guru diwajib hadir.
Terima kasih

Tt
(En Musa)
12/ 12/ 2011.
CONTOH KES

• Jam 2.00 petang, En Musa sampai di dewan


sekolah.Bilangan guru yang hadir Cuma 15 orang
sahaja.Selepas 30 minit menunggu,beliau meradang
dan mengarahkan mencari guru-guru yang tidak hadir.
• Apa yang berlaku ialah kebanyakan guru tidak tahu
kewujudan notis tersebut sebab ada guru yang
bersetesen di makmal sains, di bilik kemahiran hidup
dan di pusat sumber,
• Cuba anda fikirkan apakah saluran yang patut
digunakan oleh pengetua?
KETIADAAN MAKLUM BALAS

• Kadang-kala terdapat komunikasi bersifat


satu hala yang menyebabkan penerima tidak
dapat memberi maklum balas.
• Ketiadaan maklum balas ini menjadi penghalang
kepada komunikasi.
• Contohnya, peperiksaan satu ilustrasi
komunikasi satu hala kerana calon-calon tidak
dibenarkan bertanya walaupun tidak faham
soalan.
TANGGAPAN BERBEZA

• Orang yang mempunyai latar belakang,


pengentahuan dan pengalaman yang berbeza
seringkali menganggap fenomena yang sama
daripada perspektif yang berbeza.

• Contohnya, seorang pengurus memuji pekerja


A dengan iklas tetapi pekerja-pekerja lain
menganggap pekerja A kaki bodek dan cuba
mendapatkan perhatian daripada ketuanya.
LIMPAHAN MAKLUMAT

• Jika kita menerima maklumat yang terlalu


banyak dalam suatu jangka masa yang singkat,
maka kita susah untuk memberi tumpuan,
memahami dan mengingat mesej-mesej yang
diterima. 
• Seringkali juga kita sudah tahu maklumat
tersebut menyebabkan kita
berasa bosan.
LIMPAHAN MAKLUMAT
Esei Dr. Ali
tak siap
2x2= 4 lagi ni....
3x2=6
4x2=8..........
Aku tutup
ke tidak
sterika
tadi,,,
TIPS UNTUK KOMUNIKASI BERKESAN

• Anda sendiri jelas dengan idea yang mahu


disampaikan. Jika anda sendiri tidak faham,
bagaimana orang lain akan faham?

• Ambil kira setting (sosial, iklim, budaya,


setting fizikal)

• Gunakan bahasa badan yang sesuai. Pastikan


ia tidak bertentangan dengan komunikasi
KEMAHIRAN MENDENGAR

• Bersedia untuk mendengar


• Kawal emosi dan tingkah laku semasa
mendengar.
• Berfikiran positif terhadap maklumat yang
disampaikan
• Dengar dengan mata hati
• Jangam cepat membuat penilaian
• Dengar dengan sabar dan penuh
TIPS UNTUK KOMUNIKASI BERKESAN

• Berfikiran terbuka mengenai apa yang


diperkatakan.
• Elakkan membuat raptai komen semasa orang
lain sedang menyampaikan mesej.
• Sahkan kefahaman anda.
• Elakkan memonopoli perbualan, izinkan orang
lain memberi maklum balas.
• Padankan tahap komunikasi dengan individu
yang dihubungi.
• Empati. Masuk dalam kasut orang yang
menyampaikan mesej.
• Pilih tempat dan masa yang sesuai.
• Kurangkan elemen kebisingan atau gangguan
yang lain.
• Berkemampuan membaca bahasa badan
seperti mimik muka, gerakan mata dan
sebagainya.
PENUTUP
Aisyah Ummul Mukminin RA menceritakan:
 “Rasulullah saw tidak berbicara cepat sebagaimana
anda. Tetapi Baginda berbicara dengan kata-kata yang
jelas dan tegas. Orang duduk bersamanya akan dapat
menghafal (kata-katanya)” (At Termizi)

Baginda berkomunikasi:-
 jika perlu
 lebih banyak diam
 bicaranya padat dengan makna dan jelas
 tidak kasar dan tidak ada nada menghina
 nikmat Allah dibesarkan walaupun sedikit.
4

SEKIAN
TERIMA KASIH
KEPETAHAN LIDAH UMPAMA
HALILINTAR MEMBELAH BUMI,
MENGGEGARKAN DUNIA”

Anda mungkin juga menyukai