Anda di halaman 1dari 23

GPMK1012

PENGANTAR BAHASA MELAYU


KOMUNIKASI
(MINGGU 4)
GPMK1012 PENGANTAR BAHASA MELAYU KOMUNIKASI
INTERAKSI 4 – TAJUK 4 – KOMUNIKASI LISAN

• CIRI-CIRI KOMUNIKASI YANG BERKESAN DAN BERHEMAH


-Menggunakan bahasa secara positif

-Bersifat empati

-Menjadi pendengar yang baik

-Menguasai teknik menyoal untuk mendapatkan maklumat

-Menjaga air muka orang lain

-Bersikap terbuka
GPMK1012 PENGANTAR BAHASA MELAYU KOMUNIKASI
• CIRI-CIRI KOMUNIKASI YANG BERKESAN DAN BERHEMAH

1.
Menggunakan bahasa secara positif

• Bagi memastikan suatu persembahan yang baik dan berkesan, penyampai perlu pandai
memilih gaya bahasa yang tepat dan menarik supaya sesuai dengan audiens.

• Penyampai perlu bijak menilai penggunaan tatabahasa seperti menggunakan ejaan


yang betul, pemilihan kata yang tepat, ayat yang gramatis dan olahan yang menarik.

• Pemilihan bahasa yang positif juga bermaksud semua aspek bahasa seperti ejaan,
perkataan dan ayat digunakan menurut peraturan kosa kata Melayu yang telah
ditetapkan.
GPMK1012 PENGANTAR BAHASA MELAYU KOMUNIKASI
• Terdapat empat aspek yang ditekankan iaitu:
(i) PERKATAAN
• Penggunaan perkataan perlu diutamakan untuk mengelakkan
ketidakfahaman seperti penggunaan perkataan yang sukar atau
berulang-ulang.

• Gunakan perkataan yang biasa atau lazim digunakan dan bukannya


perkataan yang sukar. Contohnya perkataan ‘sudu’ bukan ‘camca’.

• Gunakan perkataan tunggal dan bukannya kata majmuk. Contohnya


perkataan ‘senja’ bukan ‘senjakala’.
GPMK1012 PENGANTAR BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

(ii) AYAT

• Gunakan ayat aktif dan bukan ayat pasif. Ayat aktif mudah difahami
kerana lebih pendek dan mengandungi penegasan makna.

(iii) KESALAHAN UMUM TATABAHASA

• Kesalahan umum bahasa boleh dilihat dari segi ejaan, penggunaan


perkataan, imbuhan dan kata majmuk.
GPMK1012 PENGANTAR BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

(iv) PENGARUH BAHASA INGGERIS

Penggunaan kata, istilah dan struktur bahasa Melayu adalah dipengaruhi


oleh pelbagai bahasa terutamanya bahasa Inggeris. Hal ini disebabkan
sifat keterbukaan bahasa Melayu itu sendiri yang meminjam dan
menyerap beberapa aspek kebahasaan bahasa Inggeris.
Penutur perlu berhati-hati supaya tidak menggunakan bahasa rojak
semasa berucap.
GPMK1092 PENGANTAR BAHASA MELAYU KOMUNIKASI
2. BERSIFAT EMPATI

• Empati bermaksud daya menyelami dan memahami perasaan atau


emosi orang lain.

• Empati juga bermaksud kemampuan seseorang untuk mengetahui


perkara yang dialami oleh orang lain pada saat tertentu, dari sudut
pandang dan perspektif orang tersebut.

• Empati juga ialah kebolehan untuk individu memahami dan menyelami


pandangan, kelakuan, sikap atau perasaan orang lain (anda perlu keluar
dari dunia anda dan memasuki dunia individu berkenaan).
GPMK1012 PENGANTAR BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

• Sifat empati dapat menjadi sarana untuk dua pihak saling


memahami.

• Seseorang penyampai perlu menerima sudut pandang orang


lain, memiliki kepekaan terhadap orang lain dan mampu
mendengar dan memahami orang lain.
GPMK1012 PENGANTAR BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

• Bagi mencapai sifat empati penyampai perlu:

• Tunjukkan perhatian/minat terhadap perkara yang disampaikan.


• Jangan menganggu percakapan/mencelah.
• Tetap tenang, walaupun menerima ungkapan emosi yang kuat.
• Bebas prasangka, kecuali jika sangat diperlukan.
• Berhati-hati terhadap isyarat permintaan pilihan atau cadangan.
• Bersikap penuh pengertian.
GPMK1012 PENGANTAR BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

• Langkah untuk mempraktikkan sikap empati:


• Mendengar secara aktif.

• Mendapatkan maklumat fakta dan perasaan di sebaliknya.

• Mengesahkan kefahaman anda melalui kaedah ‘paraphrasing’ atau


‘rephrasing’

• Melihat isu dan pandangan melalui kaca mata audiens.

• Bersama-sama memahami dan menyelami perasaan mereka


dengan bersungguh-sungguh.
GPMK1012 PENGANTAR BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

• Sifat empati dapat menjadi sarana untuk dua pihak saling memahami.

• Seseorang penyampai perlu menerima sudut pandang orang lain,


memiliki kepekaan terhadap orang lain dan mampu mendengar dan
memahami orang lain.
GPMK1012 PENGANTAR BAHASA MELAYU KOMUNIKASI
• Bagi mencapai sifat empati penyampai perlu:

• Tunjukkan perhatian/minat terhadap perkara yang disampaikan.

• Jangan menganggu percakapan/mencelah.

• Tetap tenang, walaupun menerima ungkapan emosi yang kuat.

• Bebas prasangka, kecuali jika sangat diperlukan.

• Berhati-hati terhadap isyarat permintaan pilihan atau cadangan.

• Bersikap penuh pengertian.


GPMK1012 PENGANTAR BAHASA MELAYU KOMUNIKASI
3. MENJADI PENDENGAR YANG BAIK
• Mendengar ialah satu proses yang kompleks melibatkan lebih
daripada hanya deria pendengaran.

• Untuk mendengar dengan baik, kita bergantung pada telinga,


minda dan hati.

• Wolvin dan Coakley dalam Zawiyah Mohammad Yusof (2009),


menegaskan bahawa mendengar merupakan suatu proses :
• menerima,
• menghadirkan minda
• menentukan makna.
GPMK1012 PENGANTAR BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

• Justeru, mendengar ialah suatu proses kompleks dan aktif yang


mengandungi :

• perlakuan mendengar,
• sedar,
• memilih,
• mengorganisasikan,
• bertindak balas,
• mengingat.

• Oleh itu, mendengar juga melibatkan menginterpretasi dan bertindak


balas kepada perkara yang pihak lain sampaikan.
GPMK1012 PENGANTAR BAHASA MELAYU KOMUNIKASI
• Mendengar ialah suatu proses yang aktif.

• Keterampilan mendengar dengan baik dapat membantu:


 meningkatkan hubungan,
 memahami orang lain dengan lebih baik,
 meraih keselesaan dalam pekerjaan dan kehidupan.

• Penyampai perlulah menjadi:


 seorang pendengar yang baik.
 pendengar yang aktif supaya perkara yang telah diterima akan dapat
diaplikasikan dalam diri.
GPMK1012 PENGANTAR BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

• Jika seseorang individu berkomunikasi dengan orang lain tetapi tidak


mendengar dengan aktif, maka komunikasi itu akan terhalang kerana
pihak yang menerima maklumat itu tidak mengambil perhatian dan
mendengar dengan baik.

• Hal ini akan menyebabkan penerima maklumat akan mendapat maklumat


yang kurang jelas kerana tidak mendengar dengan aktif dan juga boleh
menyalahtafsirkan sesuatu
GPMK1012 PENGANTAR BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

• Tindakan pendengar yang baik:

 Dengar dengan teliti perkara yang sedang diperkatakan.


 Berikan perhatian sepenuhnya.
 Berikan 'eye-contact'. Lihat tepat ke dalam anak matanya.
 Anggukkan kepala sebagai tanda gerak balas anda.
 Ikuti perbualannya dengan berkata, "ya.... ya.. aha".
 Cuba selami perasaan orang yang sedang bercakap dan hayati ceritanya.
GPMK1012 PENGANTAR BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

 Ubah mimik muka anda seiring dengan perkara yang dipertuturkan.


(Misalnya, jangan pula sesuatu perkara yang sepatutnya anda terkejut
tetapi anda buat tidak tahu pula).
 Elakkan daripada mengkritik.
 Jangan menyampuk dan memotong cerita yang belum selesai.
 Susuli dengan soalan-soalan sebagai tanda yang anda memang
mendengarnya dengan penuh minat.
 Ulangi perkara yang dibicarakan sebagai tanda anda faham atau untuk
memastikannya.
GPMK1012 PENGANTAR BAHASA MELAYU KOMUNIKASI
4. MENGUASAI TEKNIK MENYOAL UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT

• Matlamat menyoal adalah untuk mendapatkan maklumat dengan cepat,


mendapatkan maklumat lanjut dan akhir sekali untuk mendapatkan
kepastian.

• Panduan menyoal:

• Penyoalan asas – menggunakan perkataan yang sesuai, tepat dan mudah


difahami.

• Fokus- tumpukan pada satu idea, kurangkan soalan bercapah .


GPMK1012 PENGANTAR BAHASA MELAYU KOMUNIKASI
• Ubah haluan – tanya soalan pada seseorang, setelah mendapat
jawapan teruskan mengalih soalan kepada penerima yang lain pula.

• Sebaran – sebar soalan secara rawak.

• Hentian - setelah soalan diajukan beri masa untuk menjawab.

• Dorongan/motivasi – jika jawapan salah nyatakan jawapan yang


hampir tepat, beri klu.
GPMK1012 PENGANTAR BAHASA MELAYU KOMUNIKASI
5. MENJAGA AIR MUKA ORANG LAIN

• Air muka ialah lambang kepada perasaan dalaman seseorang yang


diluahkan dalam bentuk mimik muka.

• Kebanyakan air muka yang ditonjolkan memaparkan perasaan dalaman


seseorang yang tidak terluah.

• Beberapa faktor seperti keadaan dan situasi yang berlaku dalam kalangan
persekitarannya menyebabkan individu terbabit sukar untuk
menterjemahkan melalui lisan.
GPMK1012 PENGANTAR BAHASA MELAYU KOMUNIKASI
6. BERSIFAT TERBUKA
 Menerima pandangan dan pendapat orang lain dengan hati terbuka kerana mungkin
pendapat orang lain itu lebih baik daripada pendapat kita.

 Sikap individu yang bersifat terbuka:


Menilai sesuatu secara objektif dengan menggunakan data yang logik.

Berorientasi kepada isi dan pertimbangan yang wajar.

Mencari daripada pelbagai sumber dan tidak bergantung kepada satu sumber
sahaja.

Lebih profesional tanpa malu-malu dan bersedia untuk mengubah keyakinan,


pendapat, kepercayaannya jika memang terbukti salah atau tidak tepat.
RUJUKAN

Zawiyah Mohammad Yusof.(2009). Kemahiran Komunikasi. Dewan Bahasa dan


Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai