Anda di halaman 1dari 22

KAUNSELING

INDIVIDU
Takrif Kaunseling Individu
• Perhubungan antara satu dengan satu yang lain iaitu antara
kaunselor yang terlatih dan berfokus kepada beberapa aspek
penyesuaian klien, perkembangan dan keperluan membuat
keputusan
• Melibatkan komunikasi yang membantu klien membentuk
pemahaman meneroka kemungkinan dan memulakan
perubahan
Ciri-Ciri Kaunseling Individu
• Menghormati kejujuran klien yang datang minta tolong
• Memberi kefahaman kepada klien tentang matlamat serta
limitasi kaunseling
• Menyedari keupayaan dan tanggungjawab dengan mengundur
diri jika tidak berupaya mengendalikan kes
• Menyedari limitasi dan menghormati etika berkaitan kerahsiaan
Ciri-Ciri Kaunseling Individu (2)
• Sekiranya keadaan klien mengancam keselematan diri dan
orang lain, kaunselor bertanggungjawab laporkan kepada
pihak bertanggungjawab
• Yakinkan klien segala maklumat yang diberikan adalah rahsia
• Sebagai seorang yang profesional, kaunselor berhak meminta
pandangan dan nasihat daripada profesional lain
Elemen2 Kaunseling Individu
Wujud status yang
Kaunseling yang
sama antara
Kerahsiaan dilakukan tidak
kaunselor dan
terburu-buru
klien

Suasana
Bilik kaunseling perbincangan
yang bersesuaian adalah
menenangkan
Proses Kaunseling Individu

Fasa Fasa Fasa


1 Sebelum 2 Semasa 3 Selepas
proses proses proses
kaunseling kaunseling kaunseling

Pra Penyediaan, Peringkat


persediaan dan lain-lain penamatan
Kemahiran2 Asas Kaunseling Individu

Dorongan Parafras
Mendengar Refleksi
Minima a
Membua
t Konfronta Pendedaha
Menyoal
Rumusa si n Kendiri
n
KAUNSELING
KELOMPOK
Kerja Kelompok (Groupwork)
• Menurut ASGW (The Association of Specialists in
Group Work, USA):
Kerja kelompok adalah usaha membantu ataupun
menyelesaikan sesuatu masalah/tugas dalam
suasana kelompok.
• Kerja kelompok meliputi semua aktiviti yang dilakukan
oleh sesebuah kelompok yang terancang (Gladding,
Group Work, 1999)
Jenis-Jenis Kelompok
• Kelompok bimbingan
• Kelompok tugasan
• Kelompok kaunseling
• Kelompok perkembangan
• Kelompok psikoterapi
• Kelompok bantu diri
• Kelompok latihan
Peringkat kelompok
• Permulaan

• Transisi

• Perlaksanaan

• Penamatan
Ciri-Ciri Pemimpin Kelompok
• Berani • Terbuka
• Role model • Tahan dikritik
• Hadir secara emosi, kognitif • Lucu
dan fizikal • Stamina / bertenaga
• Mengambil berat • Kreatif
• Percaya kepada proses • Punyai kesedaran diri yang
kelompok tinggi
Bimbingan Kelompok
• Menurut ASGW (1989) bimbingan kelompok ‘suatu amalan
profesional yang luas melibatkan pemberian bantuan
(psikologi) atau penyempurnaan tugas dalam kelompok’
• Amalan ini melibatkan aplikasi teori dan proses kelompok
oleh pengamal profesional untuk membantu individu
mencapai matlamat bersama
• Bertujuan mencegah sesuatu masalah atau perlakuan
negatif
• Ahli terdiri daripada mereka yang tiada masalah peribadi
yang serius
Ciri-Ciri BimbinganKelompok
• Ahli anggaran sebaya (samada persamaan umur / peranan)
• Anggaran bilangan ahli 15 – 35 orang
• Mempunyai tema tertentu
• Bertujuan mencegah timbulnya masalah kendiri dan
interpersonal
• Menggalakkan kesedaran dan pembangunan kendiri
• Diketuai oleh seseorang yamg mahir dalam aspek yang ingin
diberi bimbingan
• Jumlah sesi adalah terhad dan ditentukan oleh ketua atau
fasilitator kelompok
Peranan Ketua dalam Bimbingan Kelompok
• Pemimpin
• Menyampaikan maklumat
• Pemudahcara / fasilitator
• Motivator
• Pemerhati proses dan pemberi maklum balas
kemajuan kelompok dan ahli perseorangan
Peranan Ahli dalam Bimbingan Kelompok
• Aktif ambil bahagian
• Praktis nilai murni dalam perhubungan antara ahli
kelompok
• Mematuhi norma / peraturan kelompok
• Tiada perkongsian yang mendalam tentang masalah
peribadi
Kaunseling Kelompok
• Kaunseling kelompok merujuk kepada usaha
menjalankan kaunseling kepada sekumpulan kecil
individu
• Biasanya ahli kelompok terdiri daripada mereka yang
mempunyai masalah yang sama
• Bertujuan memulihkan perlakuan atau atasi masalah
normal sekumpulan kecil individu
Ciri-Ciri Kaunseling Kelompok
• Bilangan ahli antara 5 – 8 orang sahaja
• Keahlian secara sukarela (seeloknya) tetapi proses
screening mungkin dilakukan
• Ahli bermasalah serupa tetapi mungkin berbeza peringkat
• Setiap ahli berhak meluahkan masalah / perasaan
• Tanggungjawab perubahan tingkahlaku kepada setiap ahli
• Patuh kepada etika kaunseling – kerahsiaan, dan adab
kelompok (tidak monopoli sesi, tidak diam, tidak bermusuh,
tidak ponteng, tidak mengkritik)
• Matlamat dibina dan dipersetujui bersama
Faedah Kaunseling Kelompok vs Kaunseling
Individu
• Meningkatkan keyakinan diri
• Bantu ahli kenal dan lebih faham diri
• Sedar diri tidak keseorangan
• Dapat sokongan dari ahli lain untuk berubah
• Sedar diri masih diterima orang lain, masih berguna
• Belajar mempercayai orang lain
• Faham pelbagai ragam manusia
• Bina kemahiran perhubungan interpersonal
• Peluang menerima dan memberi pertolongan
• Peka kepada keperluan orang lain; bekerja dalam kumpulan
Peranan Kaunselor dalam Kaunseling
Kelompok
• Ketua
• Pemudah cara / fasilitator
• Role Model
• Motivator
• Pemerhati proses
• Pendamai
• Pelindung
• Penasihat / Pembimbing
Peranan Ahli dalam Kaunseling Kelompok
• Aktif ambil bahagian
• Praktis nilai murni dalam perhubungan antara ahli
kelompok
• Mematuhi norma / peraturan kelompok
• Bersedia kongsi masalah dalam kelompok
Kemahiran Asas Pemimpin Kelompok
• Kemahiran am kaunseling
• Kemahiran khusus kaunseling kelompok
– Menggabungkan pendapat dan isu
– Mengimbas
– Menghalang
– Menyokong
– Membekalkan tenaga
– Memberikan maklum balas

Anda mungkin juga menyukai