Anda di halaman 1dari 35

PERBINCANGAN ILMU USUL FIQH

1. HUKUM ISLAM YANG


DISEPAKATI
al-Quran
as-Sunnah
al-Ijma’
al-Qiyas
AL-QURAN

    Secara umumnya, al-Quran ditakrifkan sebagai kalam


Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW
dalam bahasa Arab, bertujuan untuk melemahkan golongan
yang menentangnya, ditulis dalam bentuk mashaf, yang
diturunkan secara mutawatir, membacanya adalah ibadat
dan dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan
surah al-Nas (Mohd Soleh b Haji Ahmad. 1998:156).
  al-Quran menduduki tempat yang pertama dari tertib
sumber-sumber hukum dalam berhujjah. Al-Quran
dipandang sebagai sumber hukum yang utama dari
sumber-sumber yang ada dan tidak boleh berpindah
kepada sumber yang lain kecuali apabila tidak
ditemukan penjelasan di dalamnya.
 HUKUM-HUKUM DALAM AL-QUR’AN
 Iktiqad

 Iktiqad bermaksud segala sesuatu yang menjadi keyakinan selain


daripada amalannya seperti keyakinan wujudnya Allah dan
keyakinan tentang pengutusan para Rasul.

 Akhlak

 Akhlak juga merupakan salah satu bentuk hukum yang terdapat


di dalam al-Quran. Ia berperanan penting dalam membentuk
keperibadian seseorang. Allah Taala menjelaskan bahawa
kebaikan akhlak yang diperjuangkan oleh al-Quran merupakan
salah satu daripada ciri-ciri kejayaan hidup di dunia dan di
akhirat. 
 Amali (perbuatan Mukallaf)

 Hukum-hukum berbentuk amali banyak dibincangkan 


dalam usul fiqh yang melibatkan ibadah, iaitu berkaitan
hubungan antara hamba dengan Tuhan dan muamalat
iaitu berkaitan hubungan sesama hamba dengan hamba.
KEHUJAHAN AL-QURAN 
1. Kehujahan al-Quran itu terletak pada kebenaran isinya
yang tiada keraguan padanya. Dalam erti kata lain, al-
Quran itu benar-benar datang daripada Allah.

2.  Al-Quran itu diturunkan kepada Nabi Muhammad


SAW, diketahui juga ia diturunkan secara mutawatir,
dan ini memberi keyakinan bahawa al-Quran itu benar-
benar datang daripada Allah S.W.T melalui malaikat
Jibril kepada Rasulullah SAW.
SAMBUNGAN KEHUJAHAN AL-
QURAN 
3.  Syariat yang dibawa oleh al-Quran itu melengkapi dan
menyeluruh untuk semua insan, setiap masa, tempat, dan ia
tidak dikhususkan kepada bangsa Arab sahaja, malah untuk
semua  keturunan di seluruh pelosok alam.

4.  Isi kandungan al-Quran  mempunyai hubung kait antara


satu ayat atau surah dengan yang lain dan tiada
percanggahan yang berlaku sedikit pun sama ada dari aspek
berita, pengajaran, dan setiap yang terkandung di dalamnya.
AS-SUNNAH

 As-Sunnah atau al-hadits adalah segala sesuatu yang


disandarkan kepada Nabi Saw, baik berupa qaul
(ucapan), fi’il (perbuatan) maupun taqrir (sikap diam
tanda setuju) Nabi Saw.
 KEHUJJAHAN AS-SUNNAH
 Para ulama telah sepakat bahwa As-Sunnah dapat dijadikan
hujjah (alasan) dalam menentukan hukum. Namun demikian, ada
yang sifatnya mutaba’ah(diikuti) iaitu tha’ah dan qurbah (dalam
taat dan taqarrub kepada Allah).
 Contoh: dalam urusan aqidah dan ibadah,

 Tetapi ada juga sunnah yang ghair mutaba’ah (tidak diikuti)


iaitu jibiliyyah (budaya) dan khushushiyyah (yang dikhususkan
bagi Nabi). Contoh jibiliyyah seperti mode pakaian, cara
berjalan, makanan yang disukai. Contoh khushushiyyah adalah
beristri lebih dari empat.
SAMBUNGAN KEHUJAHAN AS-
SUNNAH..
 Hukum-hukum yang dipetik dari As-Sunnah wajib
ditaati sebagaimana hukum-hukum yang diistinbathkan
dari al-Qur’an sebagaimana diungkapkan dalam al-
Quran dari surah Ali- Imran: 32, An- Nisa: 80, 59 dan
65, dan Al- ahzab: 36.
FUNGSI AS-SUNNAH TERHADAP AL-
QUR’AN
 1)  Ta’kid (penguat) hukum-hukum yang telah ada dalam
Al-Qur’an.
 2)  As-Sunnah sebagai bayan (penjelas)

 3) Takhshish (pengkhusus) dan taqyid (pengikat)
terhadap ayat-ayat yang masih mujmal (global),
‘am (umum) atau muthlaq (tidak terbatas), iaitu ayat-ayat
Al-Qur’an yang belum jelas petunjuk pelaksanaannya,
bila dan bagaimana. Contoh: perintah solatyang bersifat
mujmal dijelaskan dengan As-Sunnah. Nabi Saw
bersabda: “Solatlah kalian seperti kalian melihat aku
solat.” (HR. Bukhari)
IJMA’

ijma’ adalah kesepakatan para imam mujtahid di antara


umat Islam pada suatu masa setelah Rasulullah saw wafat,
terhadap hukum syara’ tentang suatu masalah.
   KEHUJJAHAN IJMA’
  Surat An-Nisa ayat 59, : Allah memerintahkan orang yang
beriman untuk menaati Perintah-Nya, Rasul, dan juga Ulil
Amri. 
 Ibnu Abbas menafsirkan Ulil Amri sebagai Ulama’, jika
ulama’ telah sepakat mengenai sesuatu hukum hendaknya
hukum itu diikuti dan ditaati.
RUKUN IJMA’
 1. Harus ada beberapa orang mujtahid ketika terjadinya peristiwa dan para mujtahid
itulah yang melakukan kesepakatan (menetapkan hukum peristiwa itu) Seandainya
tidak ada beberapa orang mujtahid di waktu terjadinya suatu peristiwa tentulah tidak
akan terjadi ijma’ kerana ijma’ itu harus dilakukan oleh beberapa orang.

2.Yang melakukan kesepakatan itu hendaklah seluruh mujtahid yang ada dalam duni
a Islam. Jika kesepakatan itu hanya dilakukan oleh para mujtahid yang ada pada
suatu tempat sahaja, maka kesepakatan yang demikian belum dapat
dikatakan suatu ijma’.

3. Kesepakatan itu harus dinyatakan secara tegas oleh setiap mujtahid bahawa ia
sependapat dengan mujtahid-mujtahid yang lain tentang hukum (syarak) dari
suatu peristiwa yang terjadi pada masa itu. Jangan sekali-kali tersirat dalam
kesepakatan itu unsur-unsur paksaan, atau para mujtahid yang diharapkan kepada
suatu keadaan, sehingga ia harus menerima suatu keputusan.
SAMBUNGAN RUKUN IJMA’..
 4. Kesepakatan itu dapat dilakukan dengan berbagai cara,
seperti dengan pernyataan lisan, dengan perbuatan atau dengan
suatu sikap yang menyatakan bahawa ia setuju atas suatu
keputusan hukum yang telah disetujui oleh para mujtahid yang
lain. Tentu sahaja keputusan yang terbaik ialah keputusan
sebagai hasil suatu musyawarah yang dilakukan para mujtahid.

5. Kesepakatan itu hendaklah merupakan kesepakatan yang


bulat dari seluruh mujtahid. Seandainya terjadi suatu
kesepakatan oleh sebahagian besar mujtahid yang ada maka
keputusan yang demikian belum pasti ke taraf ijma’. Ijma’
yang demikian belum dapat dijadikan sebagai hujah syariah.

 http://perbahasan.blogspot.com/2013/03/ijma.html
QIYAS
 Al-Qiyas menurut bahasa adalah mengukur sesuatu
dengan sesuatu yang lain yang boleh menyamainya.

 Menurut istilah usul fiqh sebagaimana yang


dikemukakan Wahbah al-Zuhaili, Qias adalah
menghubungkan atau menyamakan hukum sesuatu yang
tidak ada ketentuan hukumnya dengan sesuatu yang ada
ketentuan hukumnya kerana ada illah antara keduanya.
CONTOH MASALAH BERKAITAN QIYAS
  Pengharaman dadah dan tuak. Asal kepada
pengharaman ini ialah daripada pengharaman arak yang
jelas dinyatakan oleh nas dalam ayat al-Quran yang
mempunyai persamaan illah pada kedua-duanya iaitu
memabukkan.
RUKUN DAN SYARAT QIAS

 a)      Al-Aslu : Masalah yang telah sabit nas hukumnya


yang akan diqiaskan ke atasnya.

 b)      Al-Far    : Masalah yang tidak terdapat nas


hukumnya maka ia adalah masalah yang hendak
diqiaskan.

 c)      Hukum asal : Hukum yang terdapat nasnya pada


al-Aslu yang hendak disabitkannya kepada al-far’.

 d)     Illah   : Sifat atau sebab yang kerananya


disyara’kan hukum pada al-Aslu.
2. HUKUM ISLAM YANG
TIDAK DISEPAKATI

Al-Istihsan
Al-Ihtishhab
 Al-Urf
AL-ISTIHSAN

 Menurut bahasa, istihsan bererti menganggap baik atau


mencari yang baik.

 Menurut ulama ushul fiqh, ialah meninggalkan hukum


yang telah ditetapkan kepada hukum yang lainnya, pada
suatu peristiwa atau kejadian yang ditetapkan berdasar
dalil syara.
KHILAF TENTANG DASAR HUKUM
ISTIHSAN

 Yang menentang istihsan dan tidak menjadikannya sebagai dasar


hujjah ialah Al-Imam As-Syafi”i dan mazhabnya. Menurut mereka
adalah menetapkan hukum hanya berdasarkan keinginan hawa
nafsu.

 Imam Syafi”i berkata, “Siapa yang berhujjah dengan istihsan


berarti ia telah menetapkan sendiri hukum syara” berdasarkan
keinginan hawa nafsunya, sedang yang berhak menetapkan hukum
syara” hanyalah Allah SWT.” Dalam buku Risalah
Ushuliyah karangan beliau, dinyatakan, “Perumpamaan orang yang
melakukan istihsan adalah seperti orang yang melakukan shalat
yang menghadap ke suatu arah yang menurut istihsan bahwa arah
itu adalah arah Ka”bah, tanpa ada dalil yang diciptakan pembuat
syara” untuk menentukan arah Ka”bah itu.”
AL-IHTISHHAB

 (Istishhab) adalah penetapan (keberlakukan) hukum


terhadap suatu perkara di masa selanjutnya atas dasar
bahwa hukum itu telah berlaku sebelumnya, kerana tidak
adanya suatu hal yang mengharuskan terjadinya
perubahan (hukum tersebut)
JENIS-JENIS ISTISHHAB

 1)      Istishhab hukum asal atas sesuatu sekiranya tidak ada dalil lain


yang menjelaskannya; yaitu mubah jika ia bermanfaat dan haram jika ia
membawa mudharat -dengan perbezaan pendapat yang masyhur di
kalangan para ulama tentangnya; yaitu apakah hukum asal sesuatu itu
adalah mubah atau haram-. Salah satu contohnya adalah jenis makanan
dan minuman yang tidak ditemukan dalil yang menjelaskan hukumnya
dalam al-Qur’an dan al-Sunnah, atau dalil lainnya seperti ijma’ dan qiyas

 2)       Istishhab al-Bara’ah al-Ashliyah, atau bahawa hukum asalnya


seseorang itu terlepas dan bebas dari beban dan tanggungan apapun,
sehingga datangnya dalil atau bukti yang membebankan ia untuk
melakukan atau mempertanggungjawabkan sesuatu

 3)      Istishhab hukum yang ditetapkan oleh ijma’ pada ketika


berhadapan dengan masalah yang masih diperselisihkan. 
‘URF

 Urf menurut bahasa bererti mengetahui, diketahui,


dikenal, diangap baik dan diterima oleh fikiran yang
sihat.

 Sedangkan menurut para ahli ushul fiqh adalah sesuatu


yang yang telah saling dikenal oleh manusia dan mereka
menjadikan tradisi iaitu adat
PEMBAHAGIAN URF

 Al Urf al Qualiyah ialah kebiasaan yang berupa


perkataan, seperti kata lahm ( daging) dalam hal ini tidak
termasuk daging ikan

 Al Urf al Fi’ly, ialah kebiaasaan yang berbentuk


perbuatan, seperti jual beli dalam masyarakat tanpa
mengucapkan akad jual-beli.
RUJUKAN
 http://
jomfaham.blogspot.com/2009/01/erti-ijmak-dan-qias.ht
ml
 http://soutulimtiaz.blogspot.com/2013/03/qias_13.html

 http://
muhammadkhairi02.blogspot.com/2012/12/hukum-islam
-yang-disepakati-dan-tidak.html
 http://
usulfiqh20102011.blogspot.com/2010/11/al-quran.html
SOALAN-SOALAN
SOALAN OBJEKTIF
 1. Apakah takrif usul fiqh di sisi ulama’ usul fiqah?

A. pengetahuan tentang hukum-hukum syarak yang


berkaitan dengan perbuatan mukallaf yang difahami
melalui dalil-dalil
B. mengetahui dan memahamkan
C. mengetahui hal-hal yang berkaitan dalil-dalil fiqah
yang umum dan cara untuk ambil faedah
(mengeluarkan hukum syarie)
D. asas, sumber, kaedah atau dalil
 2. Berikut merupakan pembahagian as-Sunnah menurut
ulama’ usul fiqh:

I. As-Sunnah al-Qawliyah
II. As-Sunnah al-Fi’liyyah
III. As-Sunnah at-Taqririyah
IV. As-Sunnah al-Haqiqiyah

A. I, II dan IV
B. I, III dan IV
C. I, II dan III
D. II, III dan IV
 3. Ijmak dari segi bahasa ialah ‘Ijma’ al-Qaumu ‘alal
amr’ iaitu bersepakat sesuatu kaum dalam sesuatu
perkara.

Antara pembahagian Ijmak ialah :

A. Ijmak Sorih, Ijmak Qat’iyah


B. Ijmak Qat’iyah, Ijmak Sukuti
C. Ijmak Sorih, Ijmak Sukuti
D. Ijmak Sukuti, Ijmak Qat’iyah
 4. Apakah sumber-sumber hukum yang tidak disepakati
oleh para ulama?

A. Al-Quran
B. Ijmak
C. Qiyas
D. Istihsan
 5. Qiyas merupakan salah satu sumber-sumber hukum yang
disepakati oleh ulama. Berikut merupakan rukun-rukun Qiyas :

I. Asal
II. Furu’
III. ‘Uruf
IV. ‘Illah

A. I, II dan IV
B. I, II dan III
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
SOALAN SUBJEKTIF

 (a) Senaraikan sumber-sumber hukum yang disepakati


oleh ulama’ :
a. _______________
b. _______________
c. _______________
d. _______________
 (b) Berikan 4 sumber-sumber hukum yang tidak
disepakati oleh Ulama:

a. ______________
b. ______________
c. ______________
d. ______________
SOALAN ESEI
 1. Huraikan secara umum mengenai sumber-sumber
hukum yang disepakati oleh Ulama’. (20 m)

Anda mungkin juga menyukai