Anda di halaman 1dari 8

TEORI TUGAS PERKEMBANGAN

ROBERT HAVIGHURST

Teori ini menerangkan konsep tugas dalam


teori perkembangannya. Menurut beliau, pada
setiap peringkat perkembangan manusia, ada
tugas yang perlu dicapai. Sebenarnya, apa
maksud tugas perkembangan?
MAKSUD TUGAS PERKEMBANGAN

Menurut Atan Long (1980), tugas perkembangan ialah


jangkaan ibu bapa dan masyarakat tentang tingkah laku yang
sepatutunya dikuasai oleh seseorang individu pada peringkat
umur tertentu.

Menurut Newman dan Newman (1999), tugas perkembangan


ialah satu set kemahiran atau kebolehan yang perlu dikuasai oleh
individu untuk menambah penguasaan terhadap persekitaran.
KONSEP TUGAS PERKEMBANGAN ROBERT HAVIGHURST
1. Teori ini adalah berbeza dengan teori perkembangan Arnold Gesell.
2. Teori tugas perkembangan Robert Harvighurst mementingkan faktor alam
sekitar tetapi teori perkembangan Arnold Gesell mementingkan faktor baka.
3. Alam sekitar merupakan faktor utama pengaruhi perkembangan kanak2.
4. Cthya, sepasang kembar dibesarkan berasingan tidak mempunyai IQ yang sama
seperti kembar yang dibesarkan bersama.
5. Budaya masyarakat, nilai dan norma juga merupakan faktor lain yang
membawa kesan kepada perbezaan perkembangan kanak-kanak.
6. Individu boleh memenuhi atau mencapai tugas perkembangan yang telah
ditetapkan oleh masyarakat dan budaya.
7. Oleh itu, semasa seseorang mempunyai keupayaan menyempurnakan tugas
tersebut maka akan membawa kebahagian kepada individu dan jika gagal
mencapai tugas perkembangan yang ditetapkan, individu akan mengalami
masalah.
Robert Havighurst “Human Development and Education (1953)” tugas-tugas
perkembangan kanak2 dari peringkat bayi
PERINGKAT PERKEMBANGAN
1. Bayi dan awal Mula bercakap, berinteraksi, bertolak ansur, bertimbang rasa, mendengar
kanak-kanak (0-6 pandangan, makan makanan pepejal, membuang najis dan boleh
tahun) membezakan betul dan salah.

2. Peringkat kanak- Sudah menguasai kem. dalam permainan, kem. menulis, membaca dan
kanak (6 – 12 mengira, mula berkawan dan berkomunikasi dan mampu memahami
tahun) konsep hidup serta moral.

3. Awal remaja (12 bentuk badan mula berubah, minat bergaul dengan rakan berlainan
– 18 thn) jantina, ingin kebebasan dan konsep baik dan buruk semakin mantap.

4. Akhir remaja (18 Berusaha mendapat autonomi ibu bapa. Membentuk identity ikut jantina.
– 22 tahun) Pergaulan sosial remaja mematuhi nilai moral. Menghadapi masalah
untuk memilih kerjaya.
PERINGKAT PERKEMBANGAN
5. Awal dewasa (22 Menubuhkan keluarga sendiri, mengasuh dan mendidik anak. Cuba
– 34 tahun) meneroka persahabatan intim dengan rakan yang berlainan jantina.
Berusaha mantapkan diri dalam pekerjaan dan membentuk gaya hidup.

6. Pertengahan Mula menyempurnakan impian individu, beli rumah, harta dan


dewasa (34 – 60 perniagaan sendiri, memupuk kebahagiaan rumah tangga. Mahir dalam
tahun) pekerjayaan sendiri dan melibatkan diri dalam kerja amal dan kebajikan

7. Akhir dewasa Mempunyai pengetahuan mendalam tentang kerjaya akan dihormati.


( 60 – 75 tahun) Mengubah tenaga ke arah lain selepas bersara dari pekerjaan. Mereka
yang berjaya akan berpuas hati.

8. Tua (75 hingga Kebanyakan akan menghadapi masalah kesihatan. Mereka akan berasa
meninggal dunia) tenang menanti saat untuk meninggal dunia sebab mereka telah berjaya
memyempurnakan segala tanggungjawab terhadap keluarga dan
masyarakat.
IMPLIKASI TEORI PERKEMBANGAN KEPADA GURU
1. Memahami perkembangan kanak-kanak
2. Setiap peringkat kanak2 mempunyai fikiran, emosi, jasmani, perkembangan
berbeza.
3. Guru memahami kemahuan dan aktiviti sesuai dilaksanakan ikut usia
4. Guru bijak pilih aktiviti yang sesuai ikut tahap dan umur
5. Guru bijak menyediakan aktiviti yang sesuai.
6. Guru memahami mengapa pelajar bertingkah laku sedemikian.
7. Setiap tingkah laku kanak2 mesti mempunyai tujuan atau sebabnya.
8. Murid nakal bertujuan menarik perhatian guru dan guru mestilah memikir
cara yang sesuai untuk menyelesaikan masalah mereka.
9. Guru boleh membantu pelajar memahami diri mereka sendiri.
10.Membantu guru rancang objektif dan matlamat pdp yang sesuai
11. Guru mestilah mengajar asas baru kepada topik yang lebih mendalam dan
pelbagai cara perlu disediakan kepada pelajar yang berbeza.
12. Meramal tingkah laku, kegemaran dan apa yang tidak disenangi pelajar
pada peringkat umur tertentu,
13. Merancang peneguhan yang sesuai dalam usaha mengawal tingkah laku
dan memotivasikan pelajar,
14. Merancang pdp yang sesuai dengan tahap perkembangan pelajar.
15. Guru jangan menyediakan latihan yang senang kepada kelas unggul atau
soalan yang susah kepada pelajar-pelajar.
16. Jika soalan terlalu senang menyebabkan pelajar berasa bosan manakala
terlalu sukar akan menyebabkan mereka hilang keyakinan.
17. Sebelum pilih latihan atau aktiviti mestilah fikir latar belakang pelajar.
18. Prihatin dan sabar dalam membimbing pelajar amat penting bagi
seorang guru. Guru mestilah mempunyai kesabaran semasa mengajar
pelajar yang kurang pandai kerana mungkin beberapa kali penjelasan
akan diberikan kepada pelajar tersebut.
19. Akhirnya, guru-guru boleh membuat intervensi untuk mengatasi
masalah pembelajaran pelajar dan boleh berbincang dengan ibu bapa
tentang langkah yang perlu dilakukan untuk sama-sama mengatasi
masalah pelajar. Berbincangan boleh dilakukan secara langsung atau
secara tidak langsung.

Anda mungkin juga menyukai