Anda di halaman 1dari 6

TAJUK 9

ISU-ISU KONTEMPORARI TAMADUN ISLAM DAN BARAT

Tutorial 1: Jelaskan sumber asas dan matlamat sains Islam. Sumber Islam Sumber-sumber ajaran Islam boleh dibahagikan kepada dua kategori: 1. Sumber-sumber asasi, iaitu Al-Quran dan As Sunnah. 2. Sumber-sumber ijtihadi yang terdiri daripada Al-Ijmad dan Al-Qias Al-Quran Al-Quran ialah nama terbitan daripada kata kerja Qa-ra-a, yaq-ra-u yang bererti bacaan. Selain daripada panggilan Al-Quran, ia juga disebut dengan Al-Furqan, AlKitab, Az-Zikr. Makna Al-Quran dari segi istilah ialah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam bahasa Arab yang disampaikan secara mutawatir dan membacanya suatu ibadah. Al-Quran adalah hidayah Allah s.w.t kepada semua umat manusia. lanyajuga merupakan mukjizat yang menyokong kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Selain dari itu Al-Quran juga adalah perlembagaan kepada umat Islam yang menerangkan segalagalanya baik secara umum atau khusus. Penuruman Al-Quran telah dilakukan secara beransur-ansur dalam jangka masa yang agak panjang iaitu selama 23 tahun. la bermula dengan ayat 1-5 Surah Al-Alaq dan berakhir dengan ayat 3 Surah Al-Maidah. As-Sunnah As-Sunnah dari segi bahasa beerti "jalan" atau "cara", baik yang terpuji atau tercela. Menurut peristilahan para Ahli Usul, al-Sunnah beerti segala sesuatu yang bersumber dari Rasulullah s.a.w baik dalam bentuk quail (ucapan), Fili (perbuatan), mahupunya taqrir (pengakuan).

As-Sunnah adalah sumber asai yang kedua selepas alQuraan. la berperanan menerang dan memeperincikan isi kandungan al-Quraan secara praktikal dalam melaksanakan tuntutan al-Quraan. Dari pengertian di atas, As-Sunnah boleh dibahagikan kepada tiga bentuk: i) Sunnah Qauliyyah ialah kata-kata yang diucapakan oleh Rasulullah s.a.w dalam pelbagai keadaan untuk pelbagai tujuan. Umpamanya Sabda Nabi yang bermaksud "sesungguhnya amalan itu bergantung kepada niat" ii) Sunnah Filiyyah ialah perbuatan yang dilakukan oleh Baginda s.a.w. Umpamanya Nabi melakukan ibadah solat danhaji, kemudaian menyuruh orang ramai melakukan sepertimana yang dilakukannya. iii) Sunnah Taqririyyah ialah pengakuan Rasulullah s.a.w terhadap apa yang diucapa dan dilakukan oleh para sahabat r. a. Berlaku pengakuan ini apabila Rasulullah tidak membantah atau mendiamkan ketika melihat para sahabat melakukan sesuatu dihadapannya atau mendengar mereka menyebut sesuatu perkataan atau mengetahui mereka telah melakukan sesuatu dibelakangnya. Keadaan tidak membantah atau mendiamkan diri dikira sebagai pengakuan bahawa apa yang mereka lakukan itu betul dan tidak bercangah dengan syaruk. Contohnya Rasulullah tidak menegah sahabat memakan dhab dengan mendiamkan diri. Al-Ijma Ijma dari sudut bahasa mempunyai dua pengertian. Pertama bennksud keazaman. Dalilnya ". . . . Dan buatlah leazaman kamu. . . . " {Surah Yunus : 71} Kedua ia bermaksud persepakatan. Oleh itu ijma berdasarkan makna pertama boleh terhasil dengan perlakuan seorang sahaja. Manakala ijma dengan makna yang kedua tidak mumngkin tercapai kecuali dengan wujudnya dua atau lebih. Menurut istilah ulama usul, ijma ialah persepakatan para mujtahid dari kalangan umat Muhammad s.a.w selepas kewafatan baginda dalam satu-satu zaman di atas satu-satu hukum syara. Berdasarkan pengertian di atas makajelas bahawa ijma itu tdak akan berlaku kecuali ia memenuhi syarat-syarat berikut:
i)

Hendaklah persepakatan iut berlaku dikalangan para mujtahid, jika bukan dai kalangan mereka, maka tidak dikira ijma.
2

ii)

Persepakatan tersebut mestilah berlaku dikalangan semua mujtahid. Jika sebahagiannya sahaja, maka tidak boleh dikira ijma, kerana masih ada yang tida sepakat.

iii)

Persepakatan mujtahid itu mestilah berlaku selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Ijma tidak perlu semasa hayat Baginda kerana memadai dengan Wahyu al-Quraan yang diutuskan dan Sunnahnya. iv- Persepakatan ini hanyalah mengenai hukum syara sahaja seperti wajib, haram, harus dan sebagainya.

iv)

Persepakatan ini mestilah dari kalangan umat Nabi Muhamad sahaja. Terkeluar daripadanya ketua-ketua agama lain kerana mereka mungkin dipengaruhi oleh akidah agama mereka.

v)

Persepakatan ini mestilah dari kalangan semua mujtahid yang ada pada zaman tersebut.

AL-QIAS Qias dari segi bahasa brerti menyamakan, iaitu menyamakan esuatu dengan sesuatu yang lain. Menurut istilah ulama usul Qias ialah menyamakan sesuatu masalah yang tidak ada nasnya dengan sesuatu masalah yang sudah ada nas hukumnya kerana adanya persamaan illah antara kedua-duanya. Bagi membentuk sesuatu Qias ia hendaklah terlebih dahulu menyempumakan emapt rukun berikut;
i)

Asal (al-asi) iaitu perkara yang sudah ada hukumnya yang telah ditetapkan oleh nas syara. Furu (Al-faru) iaitu perkara baru yang tidak terdapat nas mengenai hukumnya samada dari al-Quran atau as-Suimah ataupun ijma. Hukum asal (Hukum al-asi) hukum perkara asal yang terdapat nasnya dalam al-Quraan atau as-sunnah. Sebab hukum (illah) iaitu bentuk persamaan yang mengikat diantara perkara asal (al Asl) dengan yang baru (al-Faru).

ii)

iii)

iv)

Matlamat Sains Islam Sains dapat dirumuskan sebagai satu proses untuk mencari dan menemui suatu kebenaran melalui pengetahuan, memahami tabii untuk menerangkan Hukum Alam, Hukum Sains bagi menerangkan undang-undang tabii. Bidang-bidang sains dan teknologi Islam boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti fizik, botani, zoologi, perubatan, kejuruteraan dan sebagainya. Setiap bidang telah banyak menyumbang kepada peradaban manusia sama ada dari segi falsafah atau ciptaannya. Sains menekan pencapaian pemikiran manusia dalam menguasai ilmu pengetahuan dan merupakan bidang ilmu yang membolehkan manusia mengetahui, memahami dan menerangkan sesuatu fenomena alam semesta. Ia juga suatu proses mencari dan sampai kepada satu kebenaran dengan menggunakan kaedah mengajukan pertanyaan bagi mencari dan mendapat jawapan tentang asal-usul alam semesta serta mencari kebenaran mutlak. Sains merupakan asas landasan kepada perkembangan teknologi apabila pengetahuan sains digunakan secara bersistem untuk tujuan amali. Tujuan dan Matlamat Sains Islam ialah mengarah dan membawa seseorang untuk mengenali dan mengetahui Allah S.W.T iaitu pemilik mutlak ilmu dan sumber kepada segala pengetahuan manusia. Peranan secara langsung dimainkan oleh sains keagamaan seperti ilmu kalam, Hadis dan sebagainya; manakala peranan secara tak langsung dimainkan oleh sains intelek seperti astronomi, botani, fizik, kimia dan sebagainya. Sains memungkinkan manusia mengeksploitasikan khazanah alam dan sumber tabii yang dianugerahkan Allah S.W.T. secara cekap dan berkesan. Di samping itu, sains juga mengupayakan manusia menghasilkan sumber kuasa dan tenaga daripada sumber-sumber tabii yang dikurniakan Allah S.W.T. seperti kuasa dan tenaga matahari, hidro, stim, dan sebagainya.

Sains

Islam

menekan

aspek

kreativiti

seni

dalam

penghasilan

dan

penyumbangan sains. Aspek ini diberikan perhatian serius oleh komuniti saintis dan teknokrat muslim pada zaman kegemilangan pencapaian sains dan ilmu pengetahuan dalam sejarah keagungan tamadun Islam silam. Unsur ini dapat dikesani jelas daripada bahan-bahan warisan peninggalan sejarah Islam dalam seni bina masjid dan istana seperti ukiran khat, air pancut dan taman bunga. Warisan sejarah ini menggambarkan pencapaian dalam bidang seni bina dan kejuruteraan dan menunjukkan daya kreativiti yang tinggi. Sains Islam menitikberatkan aspek penunaian tanggungjawab manusia sebagai khalifah Allah S.W.T. di bumi. Prinsip etika sains Islam adalah memenuhi tanggungjawab akhlak yang ditentukan oleh shaff'ah. Prinsip lain ialah berlaku adil dalam memenuhi tanggungjawab, memelihara keindahan dan menjagai keaslian alam semula jadi, tidak merosak dan memusnahkan alam, mengutamakan kepentingan awam dan tidak melakukan pembaziran. Kecemerlangan pencapaian komuniti saintis Muslim silam dalam bidang sains dan teknologi ialah keupayaan mengaplikasikan sains untuk tujuan teknologi seperti pembinaan institusi-institusi seperti balai cecerap, hospital, makmal herba dan Turkish bath. Misalnya pengetahuan dan kepakaran pembinaan balai cecerap yang dilengkapi dengan pelbagai jenis peralatan penting makmal yang diperlukan dalam kajian astronomi. Selain balai cecerap, hospital juga menjadi institusi penting ahli-ahli sains Islam dalam bidang perubatan. Dalam sejarah perkembangan bidang sains perubatan Islam, hospital tidaklah berfungsi sebagai pusat kesihatan untuk memberi rawatan kepada pesakit sahaja, tetapi juga sebagai pusat pendidikan dan latihan. Dilihat dari segi sejarah perkembangannya, sains Islam berpaksikan

paradigmanya yang tersendiri. Keistimewaan dan keunikan paradigma tersebut menentukan pembentukan pandangan semesta komuniti saintis Muslim terhadap sains alam semesta. Inilah rahsia yang menentukan kecemerlangan dan kegemilangan pencapaian sains dan ilmu pengetahuan pada zaman keagungan tamadun Islam.

Terdapat banyak bidang sains dan teknologi Islam. Antaranya ialah fizik, botani, zoologi, perubatan dan sebagainya. Fizik dalam konteks pengertian moden ialah satu cabang ilmu berkenaan kejasmanian sifat bahan yang terdapat dalam alam dan saling tindak antara benda itu. Ia berkenaan dengan jirim dalam ruang dan merangkumi segala benda yang berubah. Sains Biologi ialah suatu bidang ilmu yang berkaitan dengan fenomena benda-benda hidup terdiri daripada makhluk hidup yang paling seni seperti virus, hama, bakteria sehinggalah makhluk yang paling kompleks iaitu manusia yang telah dicipta oleh Allah S.W.T. dengan pelbagai bentuk dan struktur yang cukup rumit. Tumpuannya merangkumi manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan Sebenarnya, Al-Quran telah banyak menyumbang dalam perkembangan sains di tamadun Islam dan Peradaban dunia. Misalnya, pengetahuan tentang embriologi, dalam Surah Az-Zumar ayat 6 Allah s.w.t, berfirman yang bermaksud: Dia menjadikan kamu dalam rahim ibu kamu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan. Ahli sains sebenarnya tidak mengetahui bila manusia mengetahui tentang proses perkembangan manusia di dalam uterus (rahim) ibu, gambar rajah pertama yang menunjukkan fetus berada dalam uterus telah dilukis oleh Leonardo da Vinci pada kurun ke 15. DalamAz-Zumar ayat 6, Allah s.w.t, menyatakan bahawa manusia dijadikan secara berperingkat (kejadian demi kejadian). Secara kesimpulannya, kecemerlangan kejayaan pencapaian dan sumbangan ahli-ahli sains Islam dalam bidang fizik, biologi, botani, zoologi, kejuruteraan dan perubatan adalah dipengaruhi oleh faktor keagamaan. Falsafah dan sumbangan sains dan teknologi Islam juga penting kepada peradaban manusia. Segala kajian dan penyelidikan, juga eksperimen yang dijalankan adalah untuk memenuhi satu matlamat. Oleh itu, kita haruslah menghargai segala falsafah dan sumbangan sains dan teknologi islam pada masa dahulu. Kita haruslah menggunakannya dengan cara yang betul tanpa menyalahgunakannya.

Anda mungkin juga menyukai