Anda di halaman 1dari 12

LAPORAN PRAKTIKAL 3: ALKOHOL, ETER DAN AMINA

Tajuk: Penghasilan Etanol Dan Penyiasatan Sifat Kimia Etanol. Tujuan: Untuk menyediakan sampel etanol dan menyiasat sifat-sifat kimia etanol. Bahan-bahan : Glukosa, kentang masak, nanas hancur (mashed pineapple), pulut, ubi kayu, pisang hancur, yis, air kapur, air suling, air pili, larutan kalium manganat (VII) berasid, asid sulfurik pekat. Alat radas : Kertas turas, kelalang kon, bikar, silinder penyukat, kelalang penyuling, salur penghantar dengan penutup, termometer, kondenser Liebig, kolum penyulingan berperingkat, kaki retort dengan penyepit, tungku kaki tiga, kasa dawai, penunu Bunsen, salur getah, corong turas, tabung didih, kertas litmus biru, piring penyejat, pemegang tabung uji, penitis. A. Untuk Menyediakan Sampel Etanol Hipotesis: Etanol dihasilkan melalui penapaian karbohidrat oleh yis. Pembolehubah: Dimanipulasikan Bergerak balas Dimalarkan Prosedur: 1. Kira-kira 20 g glukosa dengan 150 cm3 air suling dilarutkan dalam sebuah kelalang kon bersih. : Jenis karbohidrat : Penghasilan etanol : Kehadiran yis

2. 3.

Lebih kurang 10g yis ditambahkan kepada campuran tersebut dan digoncang dengan baik. Kelalang kon ditutup dengan penutup yang dihubungkan ke salur penghantar. Penghujung salur penghantar dicelupkan ke dalam air kapur dalam tabung didih seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1(a).

Rajah 1(a): Penyediaan etanol 4. 5. 6. 7. Radas itu kemudian diletakkan di tempat hangat (35 C) selama 4-5 hari. Perubahan yang berlaku diperhatikan dari masa ke semasa. Selepas 4-5 hari, kandungan dalam kelalang kon dituraskan. Hasil turasan dituangkan ke dalam kelalang penyulingan. Radas untuk proses penyulingan seperti yang ditunjukkan pada Rajah1(b) disediakan.

Rajah 1(b): Penyulingan etanol 2

8. 9. 10.

Hasil turasan dalam kukusan air dipanaskan dan etanol yang mendidih pada 78-80C dikumpulkan. Warna dan bau hasil penyulingan yang dikumpul diperhatikan. Langkah 1 hingga 9 diulangi dengan menggunakan kentang masak, nanas hancur, pulut, ubi kayu dan pisang hancur untuk menggantikan glukosa.

Pemerhatian: 1. 2. 3. Gelombang gas keluar dan air kapur menjadi keruh. Selepas beberapa hari, campuran penapaian yang jernih berubah menjadi keruh. Buih-buih terbentuk pada campuran penapaian.

Keputusan: Hasil sulingan yang dikumpulkan pada 78-80 C Warna Bau Tidak berwarna Bau tajam Tidak berwarna Bau tajam Tidak berwarna Bau tajam denagn sedikit bau nanas Tidak berwarna Bau tajam Tidak berwarna Bau tajam Tidak berwarna Bau tajam dengan sedikit bau pisang

Jenis Karbohidrat Glukosa Kentang masak Nanas hancur Pulut Ubi kayu Pisang hancur

Kesimpulan: Etanol dapat dihasilkan melalui penapaian glukosa, kentang masak, nanas hancur, pulut, ubi kayu dan pisang hancur dengan kehadiran yis.

B. Untuk Menyiasat Sifat-Sifat Kimia Etanol

Hipotesis: Etanol memberikan hasil tindak balas yang berlainan terhadap jenis tindak balas yang berbeza. Pembolehubah: Dimanipulasikan Bergerak balas Dimalarkan Prosedur: B-1 Untuk menyiasat pembakaran etanol 1. 2. 3. Kira-kira 2 cm3 etanol tersedia dituangkan ke dalam piring penyejat. Etanol dinyalakan dengan kayu uji menyala. (Rajah 2). Kemudahan pembakaran etanol diperhatikan. : Jenis tindak balas : Hasil tindak balas : Etanol

Rajah 2: Pembakaran etanol Keputusan: Ciri pembakaran Kebolehbakaran Warna nyalaan Kejelagaan Pemerhatian Mudah terbakar Biru Tiada

Kesimpulan: Pembakaran etanol memberi nyala biru tanpa jelaga.

B-2 Untuk menyiasat pengoksidaan etanol 1. 2. 3. 4. Kira-kira 10 cm3 larutan kalium manganat (VII) berasid dituangkan ke dalam sebuah tabung didih. Kira-kira 10 titis asid sulfurik pekat ditambahkan ke dalam tabung didih tersebut. Kira-kira 3 cm3 etanol ditambahkan ke dalam campuran tersebut. Radas seperti dalam Rajah 3 disediakan.

Kukusan air

Rajah 3: Pengoksidaan etanol 5. 6. Campuran dalam kukusan air dipanaskan dengan api sederhana sehingga campuran tersebut mendidih. Bau produk terhasil diperhatikan.

Keputusan: 1. 2. Campuran di dalam tabung didih berubah daripada warna ungu menjadi tidak berwarna. Pemerhatian ke atas hasil campuran adalah seperti berikut: Ciri campuran Pemerhatian 5

Rupa bentuk Warna Bau Kesimpulan:

Cecair Tidak berwarna Masam seperti cuka

Etanol dioksidakan oleh kalium dikromat (IV) kepada asid etanoik.

Perbincangan: i) Teori Etanol atau alkohol etil ialah sebatian kimia yang ditemui di dalam minuman beralkohol atau arak. Selain digunakan di dalam arak, etanol juga digunakan sebagai bahan api bagi menggantikan gasolin. Struktur kimia etanol ialah: H H | | H-C-C-O-H | | H H

Etanol asli ialah cecair jernih yang mudah terbakar dengan titik didih pada 78.5 C dan titik beku pada - 114.5 C. Etanol digunakan sebagai bahan anti-beku dan mempunyai bau vodka. Ketumpatan etanol ialah 789 g/l, iaitu kurang 20% daripada ketumpatan air. Etanol mudah larut dalam air, dan merupakan pelarut yang baik untuk pewangi, cat, dan tinktur. Ini membolehkan perisa ditambah ke dalam etanol semasa proses pembruan (brewing). Etanol boleh digunakan sebagai pembasmi kuman (70% hingga 85% etanol). Larutan tersebut boleh membunuh organisma dengan cara mengubah protein dan melarut lipid, dan menghalang kebanyakan bakteria, kulat, dan sesetengah virus. 6

Namun, etanol tidak berkesan terhadap spora bakteria. Disebabkan sifat ini, etanol boleh disimpan untuk tempoh masa yang sangat lama (sebagai minuman alkohol). Etanol merupakan asid lemah, lebih lemah daripada air dan membentuk ion etanoat (C2H5O). Dalam industry, etanol disediakan daripada tindak balas antara etena dengan stim. Dalam makmal, etanol disediakan melalui proses penapaian kaborhidrat. Penapaian ialah proses penguraian molekul organik yang besar kepada molekul-molekul yang lebih kecil dengan bantuan enzim yang dihasilkan oleh mikroorganisma. Penapaian karbohidrat untuk menghasilkan etanol melibatkan penguraian molekul besar seperti kanji atau gula ringkas seperti sukrosa dan glukosa oleh yis. Sumber kanji atau gula ringkas termasuklah nasi, beras, pulut dan jus buah-buahan seperti jus tebu, anggur dan nanas. Penapaian berlaku semasa yis menjalankan respirasi anaerobik (tanpa oksigen). Yis merembeskan enzim-enzim yang menguraikan molekul karbohidrat yang besar kepada molekul-molekul yang lebih kecil. Hasil penapaian mengandungi kurang daripada 15% etanol. Ini adalah kerana yis terbunuh apabila kepekatan etanol melebihi nilai ini. Hasil penapaian disulingkan untuk memperoleh etanol yang lebih pekat. Apabila campuran penapaian disalurkan ke dalam air kapur, gelombong gas terhasil dan air kapur menjadi keruh menunjukkan bahawa gas karbon dioksida dihasilkan semasa penapaian. Larutan tersebut menjadi keruh apabila dilalukan karbon dioksida kerana terdapatnya mendapan kalsium karbonat. Tetapi, jika gas karbon dioksida disalurkan semakin lama ke dalam air kapur, larutan jernih akan terbentuk dengan mendakan putih terhasil. Etanol mudah terbakar dalam udara untuk memberikan nyala biru tanpa jelaga. Pembakaran lengkap etanol menghasilkan gas karbon dioksida dan air. Oleh kerana pembakaran etanol menghasilkan banyak tenaga haba, etanol merupakan satu bahan api yang baik. 7

Larutan

kalium

manganat

(VII)

berasid

merupakan

satu

agen

pengoksidaan yang baik. Larutan kalium manganat (VII) berasid mengoksidakan etanol menjadi asid etanoik. Asid etanoik merupakan cecair tidak berwarna yang berbau masam. Asid etanoik menunjukkan sifat asid. Apabila etanol dioksidakan oleh larutan kalium manganat (VII) berasid, warna ungu larutan kalium manganat (VII) berasid akan dilunturkan. Ini adalah kerana etanol menurunkan ion manganat (VII) kepada ion manganat (II).

ii) Langkah Berjaga-jaga Semasa menjalankan eksperimen, kita haruslah berhati-hati supaya tidak berlakunya kemalangan. Berikut merupakan langkah berjaga-jaga semasa menjalankan eksperimen ini: 1. Kita hendaklah berhati-hati semasa mengendalikan air kapur kerana air kapur bersifat alkali. 2. Kita hendaklah berhati-hati semasa menuangkan campuran penapaian ke dalam corong turas untuk mengelakkan tumpahan. 3. Kita hendaklah berhati-hati semasa memanaskan air dengan penunu Bunsen kerana kecuaian yang kecil boleh menyebabkan kemalangan besar yang tidak diduga. 4. Kita memanaskan hasil penapaian dalam kukusan air untuk mengelakkan pendidihan hasil penapaian kerana etanol memerlukan masa untuk tersejat. 5. Apabila suhu hasil penapaian melebihi 80C, padamkan api penunu Bunsen kerana kadar penyejatan etanol adalah 78C. 6. Pastikan air masuk dari bahagian bawah kondenser Liebig dan keluar dari bahagian atas untuk menyejukkan wap etanol kepada bentuk cecair. 7. Hasil penyulingan etanol disejukkan dengan air sejuk kerana etanol mudah tersejat pada suhu yang tinggi. 8. Jauhkan etanol yang terhasil daripada api kerana etanol mudah terbakar. 8

9. Berhati-hati semasa membakar etanol kerana etanol mudah terbakar dan bakar etanol di kawasan lapang (luar makmal) untuk mengelakkan kebakaran. 10. Berhati-hati semasa mengendalikan asid sulfurik pekat kerana semua asid mempunyai sifat-sifat menghakis. 11. Semasa memanaskan tabung uji, kita hendaklah menghalakan hujung mulut tabung uji ke arah yang selamat kerana wap air yang terhasil mungkin beracun. 12. Kita memanaskan tabung uji di dalam air untuk mengelakkan suhu yang terlampau panas dari api terus ke tabung uji supaya tabung uji itu tidak pecah. 13. Pastikan setiap pemasangan radas adalah ketat dan tidak akan tertanggal semasa eksperimen dijalankan. 14. Pastikan kipas ditutup semasa menjalankan eksperimen.

iii) Cara-Cara Memperbaiki Hasil Eksperimen Eksperimen penghasilan etanol mengambil masa yang panjang semasa penurasan campuran penapaian terutamanya menuras nanas hancur dan pisang hancur. Untuk memperbaiki keadaan ini, kita boleh menggunakan kertas turas yang lebih berkualiti untuk memendekkan masa turasan. Kita juga boleh menggantikan jus nanas dan pisang dengan nanas dan pisang hancur semasa penapaian untuk mempercepatkan proses penurasan. Selain itu, kita harus memastikan termometer yang digunakan adalah berkeadaan baik kerana jika termometer didapati rosak semasa eksperimen dijalankan, keputusan eksperiman akan menjadi tidak tepat. Untuk menyiasat pengoksidaan etanol pula, kita boleh menambahkan sedikit lagi kuantiti asid sulfurik pekat untuk mendapat keputusan yang lebih baik, iaitu warna ungu akan dilunturkan dengan lebih cepat.

Soalan: 1. Namakan enzim yang hadir dalam yis yang menguraikan glukosa kepada etanol. Enzim yang hadir adalah zimase.

2.

Tulis satu persamaan kimia seimbang untuk menunjukkan penguraian glukosa kepada etanol. Zimase dari yis C6H12O6 (ak) 30 C 2C2H5OH (ak) + 2CO2 (g)

3.

Terangkan penggunaan penyulingan berperingkat dalam eksperimen ini. Penyulingan ialah kaedah pengasingan bahan berdasarkan kemeruapannya. Hasil penapaian disulingkan untuk memperoleh etanol yang lebih pekat. Hasil sulingan tersebut mengandungi 95% etanol dan 5% air. Etanol 100% dapat diperoleh daripada hasil sulingan dengan menambahkan agen pengontangan seperti serbuk kalsium oksida.

4.

Tulis satu persamaan seimbang untuk mewakili pembakaran etanol. C2H5OH (ce) + 3O2 (g) 2CO2 (g) + 3H2O (ce)

5.

Apakah fungsi larutan kalium manganat(VII) berasid dalam eksperimen ini? Kalium manganat (VII) adalah agen pengoksidaan semasa mengkaji tindak balas pengoksidaan etanol.

10

6.

Tulis satu persamaan seimbang untuk mewakili pengoksidaan etanol. CH3C 2OH (ce) + 2(O) CH3COOH (ce) + H2O(ce)

7.

Ramalkan pemerhatian yang mungkin diperhatikan sekiranya radas dalam Gambarajah 1 dibiarkan lebih daripada seminggu. Terangkan jawapan anda. Jika radas dalam Rajah 1(b) dibiarkan lebih daripada seminggu, air kapur keruh akan bertukar kepada larutan jernih dengan mendakan putih terhasil. Penghasilan dapat diwakili dengan persamaan berikut: CaCO3 (p) + H2O (ce) + CO2 (g) Ca(HCO3)2 (ak)

8.

Bolehkah etanol digunakan sebagai bahan bakar kenderaan? Terangkan jawapan anda. Boleh. Ini adalah kerana etanol merupakan salah satu bahan bakar alternatif (yang dapat diperbaharui) yang ramah persekitaran dengan menghasilkan gas pembebasan karbon yang lebih rendah berbanding dengan petrol atau sejenisnya (sampai 85% lebih rendah). Pada dasarnya etanol dibuat daripada jagung atau hasil pertanian lain tetapi belum ada kenderaan yang direka khusus untuk menggunakan etanol 100%. Penggunaan etanol pada kenderaan biasanya menggunakan 2 jenis etanol iaitu etanol 10 (E10) dan etanol 85 (E85). Etanol 10 merupakan campuran antara 10% etanol dan 90% petrol dan boleh digunakan oleh hampir seluruh kenderaan keluaran terbaru. Etanol 85 merupakan campuran 85% etanol dan 15% petrol. Kenderaan menggunakan jenis E85 ini adalah kenderaan yang sudah mempunyai sertifikasi Flex-fuel Vehicles (FFV) yang dikeluarkan oleh pengeluar kereta. Etanol sudah mula digunakan secara meluas sebagai bahan api kereta. Kebanyakan alkohol menghasilkan kurang tenaga seliter berbanding petrol dan biasanya diadunkan bersama petrol. Alkohol digunakan kerana pelbagai 11

sebab. Antaranya adalah untuk meningkatkan penarafan oktana, untuk memperbaiki pelepasan asap, serta sebagai alternatif kepada bahan api berasaskan petroleum, memandangkan ia boleh dihasilkan daripada hasil pertanian. Program etanol Brazil menghasilkan lebih kurang 20% daripada keperluan bahan api automotif negara, termasuklah beberapa juta kereta yang menggunakan etanol tulen. Bahan bakar etanol luas digunakan di negara Brazil dan Amerika.

12

Anda mungkin juga menyukai