Anda di halaman 1dari 17

BIODIESEL

Definisi biodiesel

Biodiesel merujuk kepada bahan api diesel berasaskan minyak sayuran atau lemak haiwan yang terdiri daripada rantaian panjang alkil (metil, propil atau etil) ester. Biodiesel biasanya dihasilkan melalui tindak balas kimia Biodiesel bertujuan untuk digunakan dalam enjin diesel piawaian dan dengan itu berbeza dari minyak sayuran langsung yang digunakan sebagai bahan api enjin diesel diubah suai. Biodiesel boleh digunakan sendirian, atau dicampur dengan petrodiesel. Istilah "biodiesel" adalah piawai sebagai mono-alkil ester di Amerika Syarikat.

Model pengisi ruang bagi etil stearat, atau etil ester asid stearik, etil ester yang dihasilkan dari kacang soya atau minyak canola dan etanol.

Model pengisi ruang bagi metil linoleat, atau metil ester asid linoleik, metil ester biasa yang dihasilkan dari kacang soya atau minyak canola dan metanol.

Kegunaan Biodiesel

Biodiesel boleh digunakan dalam bentuk tulen (B100) atau boleh dicampur dengan diesel petroleum pada sebarang kepekatan dalam kebanyakan enjin diesel suntikan. Biodiesel telah diketahui menghapuskan mendakan sisi pada salur bahan api yang menggunakan petrodiesel sebelumnya. Hasilnya, penapis minyak mungkin tersumbat dengan partikel sekiranya pertukaran kepada bahan api tulen dibuat mengejut. Dengan itu, ia dicadangkan untuk menukar penapis bahan api pada enjin dan pemanas sejurus selepas bertukar kepada campuran biodiesel.

Kekurangan Biodiesel

Biodiesel mungkin mengandungi sejumlah kecil air yang mampu menimbulkan masalah. Sungguhpun ia tidak bercampur dengan air, ia sebagaimana ethanol, hygroskopik (menyerap air dari kelembapan atmosfera). Kehadiran air merupakan satu masalah kerana:

Air mengurangkan haba pembakaran bahan api pukal. Ini bererti lebih banyak asap, sukar bermula, kurang kuasa fizikal. Air menyebabkan hakisan komponen sistem bahan api penting: pam bahan api, pam penyuntik, salur bahan api, dll. Air dan mikrob menyebabkan unsur penapis kertas dalam sistem gagal (reput), yang menyebabkan kegagalan awal pam bahan api kerana kemasukan zarah besar. Air membeku untuk membentuk kristal air batu pada 0 C (32 F). Kristal ini menawarkan tapak bagi pembenihan dan mempercepatkan pembentukan gel sisa bahan api. Air mempercepatkan pertumbuhan koloni mikrob, yang menyumbat sistem bahan api. Tambahan lagi, air mampu menyebabkan lekuk kecil pada omboh enjin diesel.

Proses Pembentukan Biodiesel

Biodiesel merupakan hasil biasa tindak balas kimia bagi stok suapan minyak sayuran atau lemah haiwan.

Terdapat beberapa kaedah bagi melaksanakan tindak balas kimia ini termasuk proses kelompok biasa, proses superkritikal, kaedah ultrasonik, malah kaedah gelombang mikro. Hasil sampingan proses tindak balas kimia merupakan penghasilan glycerol. ( 1 tan biodiesel = 100 kg glycerol ) Harga glycerol kasar (mengandungi 20% air dan sisa pemangkin) merudum sejajar dengan peningkatan penghasilan biodiesel.

Makanan , Tanah dan Air vs Bahan Api


Di sesetengah negara miskin peningkatan harga minyak sayuran menimbulkan masalah. Sesetengah mencadangkan bahawa bahan api hanya dihasilkan dari minyak sayuran tidak boleh dimakan bagi mendapat lebih banyak wang . Peladang mampu mengambil masa bagi menukar apa yang mereka tanam, tetapi peningkatan permintaan bagi bahan api generasi pertama kemungkinan menyebabkan peningkatan harga kebanyakan makanan. Sesetengah yang lain menegaskan bahawa petani dan negara miskin yang mendapat lebih banyak wang kerana harga minyak sayuran yang lebih tinggi. Biodiesel dari alga laut tidak memerlukan tanah yang kini digunakan bagi pengeluaran makanan dan pekerjaan perladangan alga boleh dicipta.

Berikut adalah tanaman yang dijadikan punca biodiesel

antara boleh bahan

Diesel Bio Alga


Sejak 1978 hingga 1996, U.S. NREL menguji algae sebagai sumber biodiesel dalam "Program Spesies Akuatik". Alga kaya minyak ini kemudian boleh dikeluarkan dari sistem dan diproses menjadi biodiesel, dengan sisa kering kemudiannya diproses dengan lebih lanjut bagi penghasilan ethanol. Penghasilan alga bagi menuai minyak bagi biodiesel yang belum dilakukan pada skala perdagangan, tetapi kajian feasibiliti telah dilaksanakan melebihi kadar anggaran Banyak syarikat mengkaji bio-reaktor alga bagi pelbagai tujuan, termasuk meningkatkan penghasilan biodiesel kepada tahap perdagangan.

Berikut adalah contoh sektor penghasilan alga.

Fungi ( Kulat )

Satu kumpulan Russia di akademi Sains di Moscow menerbitkan kertas kerja pada September 2008, menyatakan bahawa mereka telah mengasingkan sejumlah besar lipid dari fungi sel tunggal dan mengubahnya kepada diesel bio dalam kaedah berkesan secara ekonomi. Jumpaan kini bagi variati fungi Gliocladium roseum menunjukkan kearah pengeluaran "myco-diesel" dari selulus. Organisma ini baru dijumpai dalam hutan hujan tropika di utara Patagonia dan memiliki keupayaan unik bagi mengubah selulus kepada hidrokarbon panjang serdahana yang biasanya terdapat dalam bahanapi diesel.

Contoh kulat yang dijadikan bahan penghasilan biodiesel (Gliocladium

roseum )

Biodiesel Daripada Serbuk Kopi Terpakai


Penyelidik di Universiti Nevada, Reno, berjaya menghasilkan biodiesel dari minyak yang dihasilkan dari serbuk kopi terpakai Analisa mereka bagi serbuk kopi menunjukkan kandungan minyak 10% hingga 15% (mengikut berat) . Selepas minyak dikeluarkan, ia melalui proses biasa kepada biodiesel. Ia dianggarkan bahawa biodiesel siap boleh dihasilkan sekitar satu dollar US bagi setiap gelen. Tambahan lagi, ia dilaporkan bahawa "tekniknya mudah" dan "terdapat begitu banyak serbuk kopi sehinggakan beberapa ratus juta gelen biodiesel berpotensi dihasilkan setiap tahun

Pokok kopi atau nama saintifiknya Coffea canephora (robusta).

Anda mungkin juga menyukai