Anda di halaman 1dari 9

UNSUR-UNSUR ASING DALAM BAHASA MELAYU

BAHASA JAWA

Pengaruh bahasa Jawa terhadap bahasa Melayu menjadi dominan pada zaman kerajaan Majapahit (paling berkuasa di Kepulauan Melayu pada abad ke-13 hingga ke-15) sehingga menjadikannya sebagai teras pemerintahan kerajaannya. Kerajaan Majapahit berusaha meluaskan jajahannya tetapi juga menyebarkan bahasa dan kebudayaan.

Faktor yang menyebabkan bahasa Jawa meresap ke dalam bahasa Melayu ialah tamadun orang Jawa yang amat tinggi hingga membentuk keperibadian tersendiri.

Pada zaman bahasa Melayu kuno, bahasa Jawa mempengaruhi kosa kata bahasa Melayu dan aspek tulisan.

Buktinya: Batu bersurat Joreng Padang Lawas Tempat Tapanuli, Sumatera Utara Tahun Tulisan (Masihi) 1179 Skrip Kawi 1213

Kawi berasal daripada perkataan Sanskrit Kavi yang bermaksud penyair. Kawi berbentuk kursif pada peringkat awalnya ditulis pada daun lontar. Namun, telah diubahsuaikan dan diukir pada batu.

Terdapat beberapa saluran yang terjadi dari penyebaran bhs Jawa ke dalam bhs Melayu iaitu: Saluran Kesusasteraan Jawa. Penghijrahan masyarakat Jawa ke Malaysia. Keterangan Cerita panji. (wira dan wirawati) Berlaku sejak zaman kesultanan Melayu Melaka. (Petempatan mereka dikesan di Kampung Jawa, Parit Jawa) Tumpuan berdagang di Negeri-negeri Selat, Selangor dan Johor.

Saluran Kerjasama kebahasan antara Malaysia dengan Indonesia. Pengaruh kesusasteraan moden Indonesia di Malaysia. Komunikasi massa.

Keterangan Aspek peristilahan (usaha membina bahasa Melayu menjadi bahasa moden.

Berkembang pesat melalui radio, televisyen dan akhbar.

Mengikut kajian Mashudi Kader dan Siti Noraini Jupri, terdapat lebih kurang 1977 perkataan Melayu berasal daripada bahasa Jawa. Antaranya ialah: ~ awet, beres, cerdas, duda, enteng, gembleng, jerok, keringat, lelucon, matang, ningsun, oleholeh, pundak, rawat, semberono, tulen, wenang.

Kebanyakan perkataan dalam bahasa Jawa tidak terikat dengan Pola Keselarasan Vokal Bahasa Melayu (keselarasan antara 2 huruf vokal pada kata dasar dan kata tersebut diakhiri dengan suku kata tertutup). Contoh: dewan. Bagi kata yang mengandungi suku kata lebih daripada dua, yang terlibat dengan pola keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata terakhir sahaja. Contoh: halaman.

Anda mungkin juga menyukai