Anda di halaman 1dari 29

Kertas Kerja

24
Persepsi Keturunan Jawa di Malaysia Terhadap Bangsa Jawa
di Tanah Induknya Dalam Konteks Keserumpunan Tamadun

Awang Sariyan

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi


Universiti Putra Malaysia

Orang berketurunan Jawa di Malaysia merupakan salah satu kelompok etnik yang

dimasukkan dalam kategori bangsa Melayu di Malaysia, secara jelas sesudah

kemerdekaan, kerana generasi yang lahir sebelum kemerdekaan atau yang datang ke

Malaysia dalam tempoh pramerdeka masih dianggap orang J awa, bahkan sebahagian
didaftarkan dalam sijil kelahirannya sebagai bangsa Jawa. Daripada sudut jumlah, orang

Melayu berketuruanan J awa di Malaysia adalah antara yang terbesar dalam kalangan
orang Melayu berketurunan lain yang merantau dari tanah asalnya seperti orang Bugis,
orang Banjar, orang Boyan, orang Aceh, orang Rawa, orang Mandailing, orang Kampar
dan sebagainya. Secara kasar terdapat dua kelompok utama orang berketurunan Jawa di

Malaysia. Yang pertama ialah golongan yang masih agak kental kejawaannyajika dilihat
daripada sudut perbahasaannya, sikapnya dan amalan kehidupannya. Golongan yang

kedua ialah yang sudah 'cair', dengan pengertian tidak memperlihatkan ciri-ciri kejawaan
yang j elas, atau malah tiada sarna sekali, dalam perbahasaan, sikap dan amalan

kehidupannya. Kertas kerja ini merupakan kajian awal yang umum sifatnya untuk melihat
perihal 'kekentalan' dan 'kecairan' ciri kejawaan orang Melayu berketurunan Jawa di

Malaysia, dengan menganalisis beberapa aspek persepsi mereka. Kekentalan dan

kecairan ciri kejawaan orang Melayu berketurunan Jawa di Malaysia itu dihubungkan
dengan persepsi mereka terhadap bangsa Jawa di tanah leluhumya atau dalam kertas

kerja ini disebut tanah induknya. Persepsi ini penting dalam kaitannya dengan isu rump un
Melayu yang menjadi tema seminar ini.
PERSEPSI KETURUNAN JAWA DI MALAYSIA
TERHADAPBANGSAJAWADITANAHINDUKNYA
DALAM KONTEKS KESERUMPUNAN TAMADUN

Awang Sariyan
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra
Malaysia
(awsr@yahoo.com)

PENDAHULUAN

Alam Melayu atau Kepulauan Melayu, tidak seperti yang digambarkan pada istilahnya,
pada hakikatnya bukan diwakili oleh satu bangsa yang homo genus, iaitu bangsa Melayu,
tetapi terdiri daripada sekian banyak bangsa atau keturunan yang dengan sendirinya
menggambarkan hetrgoenusnya dan demikian kompleks ciri-ciri demografi penghuni
Kepulauan Melayu. Jika ukuran linguisitik dijadikan asas, wujudnya beratus-ratus

bahasa dalam keluarga bahasa Indonesia sebagai cabang rumpun bahasa Austronesia

(Asmah Haji Omar, 1985: 34 -

37) dengan bahasa Melayu hanya salah satu anggotanya,

dengan sendirinya menunjukkan kerencaman demografi penghuni rantau yang dikenal

sebagai Kepulauan Melayu ini.

Identifikasi rantau ini dengan nama Melayu sebenamya bukan disebabkan Melayu
itu satu-satunya bangsa yang wujud di rant au ini, tetapi disebabkan dominannya Melayu
dalam konteks pembentukan kuasa politik dan tamadun, yang meliputi pelbagai ranah
dalam kehidupan seperti perdagangan, diplomasi, komunikasi, pendidikan, persuratan
dan sebagainya. Kuasa politik terawal yang diidentifikasikan dengan Melayu ialah

kerajaan Sriwijaya yang mencapai puncak jaya dengan keluasan jajahan takluknya
meliputi hampir seluruh rantau yang kita kenal sebagai Kepulauan Melayu hingga ke

Thailand selatan dan ke Sri Lanka pada sekitar abad ke-? hingga abad ke-13 Masihi.

Identifikasi kuasa politik itu dengan Melayu disebabkan kerajaan itu menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa kerajaan atau pentadbirannya. Serentak dengan itu,
Sriwijaya sebagai kuasa maritim yang masyhur pada zaman itu turut mengembangkan
bahasa Melayu sebagai lingua franca, khususnya melalui kegiatan perdagangan di kota­

kota pelabuhan dalamjajahan takluknya.

Kemelayuan rant au ini kemudian diperteguh oleh kemunculan kuasa-kuasa politik


yang terbentuk di negeri-negeri di rantau ini di bawah konsep kesultanan, yang umumnya

disebut kesultanan Melayu. Faktor utama yang membentuk konsep dan fahaman

kebangsaan Melayu serantau ini, menurut al-Attas (1969 dan 1972), ialah kedatangan
Islam, bermula pada sekitar abad ke-13, yang telah mengikat sistem kepercayaan

penduduk rant au ini dengan fahaman tauhid dan membentuk sistem kehidupan
berdasarkan syariat Islam serta mengembangkan peranan bahasa Melayu sebagai unsur

penyatuan umat berbilang keturunan serantau. Namun, amatlah menarik bahawa sistem
.

tulisan bahasa Melayu yang menjadi salah satu wahana penting sebagai pemersatu umat

di rant au ini dikenal sebagai tulisan Jawi, yang sebenamya mempunyai pertalian yang

rapat dengan kata Jawa. Orang Arab menamai orang yang berasal dari rantau ini sebagai
al-Jawah, iaitu panggilan yang berasaskan kata Jawa, barangkali disebabkan sebelum
muncul tamadun Melayu yang kukuh, tamadun J awalah yang dominan di rant au ini.

Akhimya kata Jawi menjadi sinonim bagi bangsa Melayu hingga timbul istilah Jawi

peranakan, iaitu orang Melayu yang mempunyai darah campuran, sarna biasanya Arab

dan India, tetapi tidak bagi keturunan daripada darah Eropah, Cina dan yang lain.

Kertas kerj a ini menyorot bangsa J awa sebagai salah satu bangsa besar di rant au ini

dengan mengkhususkan perhatian pada keturunan J awa di Malaysia, dengan berdasarkan

kenyataan bahawa keturunan J awa merupakan salah satu kumpulan etnik yang besar

dalam bangsa yang dikenal sebagai bangsa Melayu di negara ini. Aspek yang diberi

penekanan ialah persepsi orang berketurunan J awa di Malaysia terhadap bangsa asalnya
dan aspek-aspek kehidupan bangsa tersebut. Kertas kerja ini berlandaskan premis bahawa
fenomena penyebaran sesuatu bangsa ke daerah-daerah lain dapat menyumbangkan
sesuatu kepada cita keserumpunan, persaudaraan dan persefahaman di rant au alam

Melayu ini, sementara pada sisi yang lain turut mencorakkan landskap sejarah sosial

daerah yang didatangi. Dalam kes penghijrahan orang J awa ke Malaysia, kajian Khazin

2
Mohd. Tamrin (1984) menunjukkan bahawa kedatangan orang Jawa ke Tanah Melayu
mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan ekonomi dan sosial di negara ini

sejak abad ke-19, suatu rumusan yang membetulkan kesilapan sejarah yang sering
menyebut kedatangan buruh Cina dan India sebagai mangkin perkembangan ekonomi

negara ini pada abad tersebut.

LATAR BELAKANG ORANG JAWA DI TANAH INDUK


DAN ORANG JAW A DI MALAYSIA

Orang J awa merupakan penduduk terbesar Pulau J awa, iaitu salah sebuah pulau utama di

negara Indonesia yang termasuk dalam lingkungan rantau Kepulauan Melayu. Tempat
tumpuan orang Jawa ialah di Jawa Tengah dan di Jawa Timur sementara Jawa Barat

menjadi tumpuan orang Sunda. Hipotesis ahli arkeologi mencatat bahawa Pulau Jawa

te1ah dihuni manusia sejak zaman air batu, iaitu kira-kira dua juta tahun 1alu dengan
penemuan 41 fosil manusia purba yang dikenal sebagai Pithecanthropus erectus dan

kemudian Homo erectus (Noriah Mohamed, 2001: 13).

Setelah melalui zaman prasejarah yang meliputi zaman batu, zaman perenggu

(Dong-son) dan zaman besi, orang Jawa melalui zaman Hindu yang dianggarkan
bermula pada abad ke-3 Masihi. Kerajaan-kerajaan Jawa yang dipimpin oleh raja
setempat diwarnai oleh kebudayaan Hindu. Islam pula mula berpengaruh kepada orang
Jawa apabila kerajaan Majapahit jatuh pada sekitar abad ke-13. Kedatangan penjajah
Belanda pada abad ke-16 melemahkan kerajaan Jawa pada waktu itu, iaitu kerajaan
Mataram, sehingga pada tahun 1799 Pulau Jawa dikuasai sepenuh-penuhnya oleh
Belanda (Noriah Mohamed, 2001).

Antara tahun 1800 hingga 1830-an, Pulau Jawa mengalami peralihan pemerintahan
daripada Belanda kepada Inggeris dan kemudian kepada Belanda semula. Apabila
tercetus Perang Dunia Kedua pada tahun 1941, Pulau Jawa dikuasai oleh Jepun sehingga
tahun 1945 dan dengan kekelahan J epun kepada tentera bersekutu, Pulau J awa sebagai
sebahagian Kepulauan Indonesia menjadi bahagian entiti politik yang merdeka di bawah

Republik Indonesia pada 17 Ogos 1945. Sepanjang tempoh dari kemerdekaan hingga

3
kini, biar di bawah regrm mana pun, orang J awa tampak sekali dominannya dalam

pentadbiran negara, dari Presiden hingga kakitangan atau stafbawahan.

Daripada sudut bahasa, bahasa Jawa telah berkembang sejak abad ke-8 Masihi,
iaitu sebagaimana yang tergambar dalam kesusasteraannya yang menggunakan tiga
bentuk bahasa Jawa, iaitu bahasa Jawa kuno, bahasa Jawa tengahan dan bahasa Jawa

baharu (Noriah Momahed, 2001: 15 -

16). Bahasa J awa kuno digunakan untuk menulis

inskripsi kekawain dan parwa-parwa, sementara bahasa J awa tengahan digunakan untuk

menulis sastera berbentuk kidung dan beberapa karya prosa dan bahasa J awa baharu pula
berkembang pada zaman Mataram di J awa Tengah.

Kemuncak perkembangan bahasa Jawa ialah apabila wujud diglosia yang

membahagi ragam bahasa J awa kepada bahasa J awa Krama, bahasa J awa Madya dan

bahasa Jawa Ngoko, dengan yang pertama merujuk kepada ragam bahasa Jawa tinggi,

yang kedua bahasa J awa pertengahan atau sederhana, sementara yang ketiga ragam

bahasa Jawa basahan. Ragam yang pertama dikenal juga sebagai bahasa Jawa halus

sementara rag am yang ketiga biasa disebut bahasa J awa kasar. Daripada sejumlah
dialeknya seperti Bagelen, Banyumas, Pacitan, Ponorogo dan lain-lain, yang dianggap
baku ialah bahasa Jawa yang digunakan di Yogyakarta dan Surakarta, Jawa Tengah.
Dalam bentuk tulisan, bahasa J awa memiliki aksara sendiri yang terdiri daripada 20

huruf, iaitu ha, na, ca, ra, ka, da, ta, sa, wa, la, pa, dha, ja, ya, nya, rna, ga, ba, tha, nga.
Ada juga karya dalam bahasa Jawa yang menggunakan aksara Arab, khususnya untuk
bidang agama, dan tulisan itu dikenal sebagai Pegon atau Arab Gundul.

Sistem sosial orang J awa ditandai oleh sistem feudalistik. Tiga kelas sosial yang

terdapat dalam masyarakat J awa ialah Priyayi, Santri dan Abangan. Kelas Priyayi ialah

gologan elit bangsawan dan golongan pegawai pemerintah. Kelas Santri ialah golongan
yang kuat berpegang pada ajaran agama sementara kelas Abangan ialah golongan yang
amalan kehidupannya merupakan ikut-ikutan atau adat kebiasaan
menurut sahaja
sehingga banyak hal keagamaan yang dilaksanakan bercampur-aduk dengan adat

kebiasaan yang sesetengahnya bertentangan dengan hukum agama. Dalam hal beragama,

4
sebahagian besar orang J awa di tanah induknya beragama Islam, tetapi ada juga yang

menganut agama Kristian, Hindu dan Buddha.

Tentang sejarah kedatangan orang Jawa ke negara ini, abad ke-19 dan ke-20 dilihat

sebagai tempoh pesatnya orang J awa berhijrah dari Pulau J awa ke sini, sebagaimana juga

halnya dengan bangsa-bangsa lain dari Indonesia, iaitu orang Minang, orang Rawa, orang

Kampar, orang Mandailing, orang Telu, orang Aceh, orang Bugis, orang Boyan, orang

Sunda dan beberapa yang lain. Kedatangan TKI atau tenaga kerj a Indonesia ke negara ini
secara besar-besaran sebagai fenomena pada penghujung abad ke-20 dan awal abad ke-21

hanya lanjutan fenomena yang telah berlaku sejak ratusan tahun lalu, bahkan dipercayai
bahawa hubungan antara orang Jawa dengan Semenanjung Tanah Melayu telah

berlangsung sejak berabad-abad yang silam kerana Sejarah Melayu, misalnya, ada

merakamkan hubungan Melaka dengan Majapahit dan Hang Tuah pula diriwayatkan
pemah berguru dengan gum J awa di Melaka.

Dalam catatan sejarah orang Barat, seperti oleh Tome Pires yang berbangsa

Portugis, orang Jawa telah mempunyai perkampungan di Melaka dalam zaman

kesultanan Melaka, iaitu Kampung Jawa dan Parit Jawa, sementara Godinho de Eredia,

juga berbangsa Portugis, menyatakan bahawa petempatan orang J awa di Melaka sehingga
abad ke-17 dapat dikesan di kawasan yang bemama Upeh di barat Iaut Sungai Melaka

dan juga di Hilir (Khazin Mohd. Tamrin, 1984: 19 -

20). Mereka terdiri daripada


golongan pedagang yang berjaya dan berpengaruh di Melaka. R. o. Winstedt (1968)
mencatat bahawa bukti wujudnya masyarakat Jawa di Melaka ialah berkembangnya
kesenian orang J awa seperti wayang kulit dan kesusasteraan Ramayana di Melaka.

Sebagaimana yang dirumuskan oleh Khazin Mohd. Tamrin (1984), kedatangan


orang Jawa ke negara ini dalam abad ke-19 merupakan proses yang berterusan dari abad­

abad yang silam disebabkan persamaan sistem kehidupan daripada segi politik, sosial,
ekonomi, keturunan, agama dan kepercayaan dan cara hidup. Kenyataan ini berkaitan

rapat dengan hakikat yang telah disebut dalam bahagian pendahuluan, iaitu bahawa
dalam kalangan umat di Kepulauan Melayu, telah terikat rasa dan cita persaudaraan dan

5
keserumpunan yang utuh sebagai kesan terbentuknya fahaman kebangsaan serantau

sesudah datangnya Islam.

Salah satu ciri dan fenomena masyarakat alam Melayu yang tampak bersifat

sepunya ialah fenomena "merantau". Kajian Mokhtar Nairn (1971) terhadap orang

Minangkabau dan J. Vrendenbredgt (1964) tentang orang Boyan serta Khazin Mohd.

Tamrin (1984) denganjelas memerikan kenyataan tersebut. Bagi orang Jawa, "rnerantau"
dilakukan oleh mereka yang rnempunyai latar belakang kehidupan yang agak mewah atau

yang datang daripada keluarga yang berkedudukan, rnisalnya keluarga pentadbir

peringkat kampung (Khazin Mohd. Tamrin, 1984: 2).

Fenomena lain yang menandai penghijrahan orang Jawa ialah "minggat" yang

bererti lari meninggalkan sesuatu temp at (dalarn kes ini temp at asalnya) disebabkan
sesuatu peristiwa yang tidak rnenyenangkan, misalnya kahwin paksa atau berasa aib

sesudah mengalami sesuatu yang memalukan dalarn rnasyarakat (Khazin Mohd. Tamrin,

1984 dan Norah Mohamed, 2005).

Sehingga tahun 1860-an dan 1870-an, dilaporkan oleh Isabella Bird dan G. W. Earl

bahawa orang Jawa telah rnelibatkan diri sebagai buruh ladang Eropah dan dalarn kerja
pembersihan hut an, sementara Muhammad Ibrahim Munshi dalam Kisah Pelayaran
Muhammad Ibrahim Munshi mencatat bahawa di Muar, seperti di Parit Jawa dan di

Padang, telah wujud petempatan orang Jawa yang lengkap dengan perkebunan tebu,
pisang dan ubi keladi (Khazin Mohd. Tarnrin, 1984: 22 -25). Jelas bahawa pada abad ke-

19 lagi orang Jawa telah mula bertumpu di beberapa buah negeri di Tanah Melayu dan

menj adi penyumbang tenaga kerj a yang secara langsung rnelibatkan perkembangan
ekonomi di Tanah Melayu. Singapura menjadi tempat persinggahan atau temp at mampir
orang Jawa (dan keturunan lain dari Indonesia) untuk selanjutnya ke negeri-negeri lain di

Tanah Melayu kerana, di sarnping banyak lowongan pekerjaan di pelabuhan, di negeri itu

berlangsung kegiatan pembekalan buruh, terrnasuk daripada kalangan orang Jawa.

Mereka ke Singapura sarna ada atas perbelanjaan sendiri atau pun rnelalui khidrnat

6
Syeikh yang kira-kira sarna peranan dan modus operandinya dengan dengan ejen pekerja
asing dalam konteks kini.

Di temp at bam, orang Jawa bergiat sebagai peneroka tanah dan seterusnya

mengusahakan pertanian, sesuai dengan keahlian bangsa J awa di tanah leluhumya,


sebagaimana yang diakui oleh Naval Intelligence Division dalam buku Netherlands East

Indies (1944) sebagaimana yang dipetik oleh Khazin Mohd. Tamrin (1984). Sifat rajin
dan keahlian orang J awa sebagai peneroka petempatan bam serta sebagai petani yang

produktif mendorong Kerajaan Inggeris menggalakkan kedatangan mereka ke Tanah

Melayu, sebagaimana yang terdapat dalam Laporan Suruhanjaya Parr, Report of the

Commission Appointed to Enquire into the Condition of Indentured Labour in the

Federated Malay States, 1910.

Negeri di Tanah Melayu yang menjadi tumpuan utama orang Jawa sejak abad ke-

19 ialah J ohor, Selangor, Perak dan Singapura. Kedudukan ini masih dapat diperhatikan
hingga kini, walaupun terdapat juga orang J awa di negeri-negeri lain di Semananjung
Malaysia dan juga di Sabah dan di Sarawak. Jumal JMBRAS jilid 28 (1953) mencatat

jumlah orang Jawa yang terdapat di keempat-empat negeri itu pada tahun 1911 dan tahun

1941 sebagai yang berikut:

Tahun 1911 Tahun 1941

Johor 31,000 orang 90,000 orang

Selangor 13,000 orang 33,400 orang

Perak 12,900 orang 17,100 orang

Singapura 11,200 orang 15,900 orang

(Noriah Mohamed, 2005)

Di negeri Johor, sehinngga tahun 1890 telah terdapat kira-kira 15,000 orang Jawa

dan pada tahun 1894 berlaku pertambahan kira-kira 10 peratus apabila jumlahnya
mencecah 25,000 orang. Pertambahan itu disebabkan adanya keperluan terhadap tenaga
kerja bagi memenuhi perencanaan kerajaan Johor di bawah pemerintahan Sultan Abu

7
Bakar untuk memajukan negeri Johor dalam bidang pertanian. Daerah yang banyak
menampung kedatangan orang Jawa di negeri Johor ialah daerah yang terletak di pantai
Barat, iaitu Muar, Batu Pahat dan Pontian dan sedikit-sedikit di daerah lain, besar

kemungkinannya disebabkan kemudahan perhubungan yang ada antara daerah-daerah itu

dengan Singapura dan juga subumya tanah di daerah-daerah itu untuk pertanian. Pada

peringkat awal, penerokaan tanah oleh orang J awa tertumpu di Kukup, Pontian sebelum

kemudian berkembang ke tempat-tempat lain apabila semakin banyak orang Jawa yang

berhijrah ke Johor (Noriah Mohamed, 2005). Faktor lain Kukup menjadi tapak
perkembangan awal orang Jawa ialah kerana adanya us aha besar-besaran oleh Syed
Mohamed bin Ahmad bin Abdul Rahman al-Sagoff memajukan kawasan pertanian
sesudah mendapat kumia daripada Sultan Abu Bakar sendiri (Khazin Mohd. Tamrin dan

Sukiman Bohari, 1980/81).

Di kebanyakan tempat yang diteroka dan dihuni oleh orang Jawa di Johor,

kampungnya diberi nama bermula dengan kata Parit, sesuai dengan sistem penerokaan
tanah oleh orang J awa yang ditandai oleh pembinaan parit sebagai tali air untuk mengairi
kawasan pertanian dan kemudian membentuk pola petempatan orang Jawa untuk

membahagi kawasan kepada kampung-kampung yang berlainan. Nama seperti Parit

Sulung, Parit Jawa, Parit Bunga, Parit Haji Yusof, Parit Semerah, Parit Sikom, Parit
Yaani, Parit Betak, Parit Botak, Parit Ismail, Parit Sulaiman, Parit Rambai, Parit Bilal dan

banyak lagi menjadi ciri pengenalan kampung-kampung di Johor yang kebanyakannya


didiami oleh orang berketurunan J awa.

Daripada segi daerah asal di Pulau Jawa, orang Jawa di Johor (dengan berasaskan

kajian Azman Samsuri (1983) di Pontian), kebanyakannya berasal dari Jawa Tengah dan

Jawa Timur, iaitu dari daerah Pekalongan, Banyumas, Yogyakarta, Semarang, Kedu,
Madiun, Rembang, Surabaya, Kediri dan Pasuruan (dan juga Kendal, sebagai tambahan

daripada susur galur penulis kertas kerja ini sendiri).

Kedatangan orang J awa ke Selangor pula, menurut Khazin Mohd. Tamrin melalui

dua aliran utama. Yang pertama berlaku di sebelum abad ke-20, iaitu melalui Singapura

8
sebelum ke Selangor atau menetap di tempat lain lebih dahulu, misalnya di J ohor. Yang
kedua berlaku pada awal abad ke-20 hingga menjelang tahun 1940, iaitu mereka yang
telah datang ke Perak lebih dahulu tetapi kemudian pindah ke Selangor. Kawasan

petempatan orang Jawa di Selangor telah dapat dikesan seawal tahun 1880-an. Daerah

yang menjadi tumpuan orang Jawa di Selangor ialah Kuala Langat, Kelang, Kuala

Selangor dan Sabak Bemam, selain Ulu Langat dan beberapa tempat lain.

Kerajaan Inggeris memberikan insentif kepada golongan penghijrah yang dapat


membantu mengembangkan ekonomi, khususnya dalam sektor pertanian, termasuk dalam

bentuk memasukkan petempatan orang J awa ke dalam tanah simpanan Melayu,


kelonggaran daripada membayar cukai selama tiga tahun sesudah kawasan petempatan
dibuka dan juga pinjaman wang sebagai modal memulakan pertanian (Khazin Mohd.

Tamrin, 1984: 61 -

64). Sumbangan besar orang Jawa kepada perkembangan ekonomi

negeri Selangor, khususnya da1am bidang pertanian inilah yang seringkali dikaburi oleh

penonjolan peranan kaum pendatang dari tanah besar Cina dan juga India. Selain itu,

peranan orang J awa di Selangor terlihat juga pada perkembangan penduduk negeri
tersebut.

Sementara itu, sej arah kedatangan dan perkembangan orang J awa di negeri Perak

dan di negeri-negeri lain di Malaysia belum banyak dikaji sehingga tidak dapat
dirumuskan peranan mereka di negeri-negeri selain Johor dan Selangor. Yang jelas ialah

bahawa orang Jawa, sebagaimanajuga orang Minangkabau, Bugis, Banjar, Boyan, Rawa,
Kampar, Aceh dan lain-lain yang datang dari Kepulauan Indonesia sudah merupakan
sebahagian penduduk negara ini yang diiktiraf sebagai orang Melayu.

WARISAN DAN ASIMILASI KEHIDUPAN ORANG JAWA DI MALAYSIA

Alfred Sauvy (1969) dalam kajiannya tentang masyarakat penghijrah menghuraikan tiga
peringkat yang dilalui oleh sesuatu masyarakat tersebut, iaitu peringkat penempatan,
peringkat penyesuaian dan peringkat asimilasi penuh. Peringkat asimilasi penuh lazimnya
mengambil waktu yang panjang, iaitu beberapa generasi. Kajian Tunku Shamsul Bahrain

(1964) tentang orang Indonesia di Tanah Melayu menunjukkan bahawa orang Jawa dapat

9
melakukan asimilasi dalam kehidupannya dengan kebudayaan setempat walaupun orang

Jawa amat menekankan soal "wis Jowo" (sudah menjadi Jawa) bagi anggota

masyarakatnya yang menghayati dan mempertahankan ciri-ciri kejawaan dan "durung


Jowo" (belum menjadi Jawa) bagi anggota masyarakatnya yang tidak memahami dan

menghayati cara kehidupan asal orang Jawa turun-temurun. Walau bagaimanapun kadar

asimilasi orang J awa di negara ini, barangkali sarna halnya dengan kes keturunan­

keturunan lain yang berhijrah ke sini, berlainan dari satu tempat ke satu tempat lain,
terutama disebabkan faktor pola petempatan, iaitu sarna ada sesuatu tempat atau kampung
itu didiami seluruhnya oleh orang Jawa (atau paling tidak sebilangan besamya orang

Jawa) atau bercampur antara orang Jawa dengan orang berketurunan lain, terutama

Melayu. Dalam kajian di sejumlah kampung di Selangor, Khazin Mohd. Tamrin (1964)
mendapati bahawa kampung yang didominasi oleh orang Jawa seperti di Kuala Lumpur,
Kelang, Kuala Selangor dan Sabak Bemam mengalami asimilasi yang agak rendah

berbanding dengan kampung orang J awa di temp at lain yang bercampur dengan
keturunan lain. Sebagai contoh, perkahwinan dalam masyarakat yang kampungnya
didiami seluruhnya oleh orang Jawa cenderung berlaku sesama keturunan mereka sahaja
dan amat berat ibu bapa menerima lamaran orang daripada keturunan lain.

Pengalaman penulis kertas kerj a dalam kehidupan di kampung sewaktu kecil dalam

tahun 1960-an menunjukkan bahawa kampung yang didiami seluruhnya oleh sesuatu

keturunan, dalam konteks di Johor ialah Jawa, Bugis dan Banjar, memang ketat dalam
soal penentuan jodoh anak. Dalam kes sebuah kampung orang Jawa (Kampung Parit

Sulaiman) dan kampung orang Bugis (Belokok) di Teluk Kerang, Pontian, Johor, iaitu
dua buah kampung yang b erj iran, hubungan antara penduduk kedua-dua kampung itu

'tidak mesra', dengan pengertian tidak berlaku perkahwinan campur antara penduduknya
dan bahkan seringkali terjadi insiden yang memperlihatkan kuatnya sentimen

kesukuannya (seperti pergaduhan dalam kalangan pemuda antara dua buah kampung itu).
Walau bagaimanapun keadaan itu telah berubah, terutama disebabkan oleh sistem

pendidikan yang membuka peluang generasi muda daripada pelbagai keturunan

berinteraksi dan juga berlakunya perpindahan antara keturunan di kampung-kampung


yang asalnya milik keturunan tertentu.

10
Dalam hal penggunaan bahasa, umumnya penduduk kampung yang seluruhnya orang

J awa mempertahankan penggunaan bahasa J awa dalam kalangan keluarga dan antara

sesama anggota masyarakat. Bahasa Melayu menjadi bahasa kedua bagi anak-anak Jawa
dalam kategori ini dan dipelajari hanya apabila mereka masuk sekolah. Kalangan orang

dewasa pula menggunakan bahasa Melayu (yang kejawaan, terutama yang jelas dikesan

pada sebutan dan intonasinya) hanya untuk berhubung dengan orang daripada ketunman

lain, tetapi tidak jarang pula orang daripada keturunan lain yang terpaksa menguasai
bahasa Jawa untuk berinteraksi dengan orang Jawa disebabkan kampung itu didominasi

oleh orang J awa. Cerita tentang orang Cina yang tinggal di kampung orang J awa yang

selamat daripada dizalimi tentera J epun dalam tempoh pendudukan J epun di Tanah

Melayu pada tahun 1941 hingga tahun 1945, hanya kerana pandai berbahasa Jawa dan

berpura-pura tidak pandai berbahasa Cina menjadi kisah yang menarik di kampung­
kampung pada satu waktu dahulu.

Dalam hal berbahasa ini, walau bagaimanapun bahasa J awa yang dikuasai oleh

kebanyakan generasi muda hanya bahasa Jawa Ngoko atau Jawa kasar sementara bahasa

Jawa Krama atau Jawa halus dikuasai lebih banyak oleh golongan tua. Dalam evolusi

asimilasi dengan masyarakat setempat, terutama disebabkan oleh sistem pendidikan yang

berteraskan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar dan juga disebabkan kejayaan
Dasar Bahasa Kebangsaan yang menekankan penggunaan bahasa Melayu sebagai
wahana perhubungan antara rakyat pelbagai keturunan, sedikit demi sedikit generasi
muda orang J awa telah kurang menguasai bahasa J awa, bahkan sudah banyak yang sarna

sekali tidak menguasainya.

Fenomena yang agak menarik dalam soal asimilasi orang Jawa di Malaysia pada
satu ketika dahulu ialah wujudnya perubahan nama asal orang Jawa kepada nama

Melayu, terutama dalam kalangan mereka yang telah menunaikan fardu haji. Dalam

kalangan masyarakat Jawa, sekurang-kurangnya berdasarkan maklumat tentang amalan

orang J awa di kampung penulis di J ohor, menj adi kebiasaan orang J awa pada zaman

dahulu 'membeli' nama Melayu yang berasal daripada nama Arab di Makkah. Hal ini

11
melakukan asimilasi dalam kehidupannya dengan kebudayaan setempat walaupun orang

Jawa amat menekankan soal "wis Jowo" (sudah menjadi Jawa) bagi anggota
masyarakatnya yang menghayati dan mempertahankan ciri-ciri kejawaan dan "durung
Jowo" (belum menjadi Jawa) bagi anggota masyarakatnya yang tidak memahami dan

menghayati cara kehidupan asal orang Jawa turun-temurun. Walau bagaimanapun kadar

asimilasi orang Jawa di negara ini, barangkali sarna halnya dengan kes keturunan­

keturunan lain yang berhijrah ke sini, berlainan dari satu tempat ke satu tempat lain,
terutama disebabkan faktor pola petempatan, iaitu sarna ada sesuatu tempat atau kampung
itu didiami seluruhnya oleh orang Jawa (atau paling tidak sebilangan besamya orang

Jawa) atau bercampur antara orang Jawa dengan orang berketurunan lain, terutama

Melayu. Dalam kajian di sejumlah kampung di Selangor, Khazin Mohd. Tamrin (1964)
mendapati bahawa kampung yang didominasi oleh orang J awa seperti di Kuala Lumpur,
Kelang, Kuala Selangor dan Sabak Bemam mengalami asimilasi yang agak rendah

berbanding dengan kampung orang J awa di temp at lain yang bercampur dengan
keturunan lain. Sebagai contoh, perkahwinan dalam masyarakat yang kampungnya
didiami seluruhnya oleh orang J awa cenderung berlaku sesama keturunan mereka sahaj a
dan amat berat ibu bapa menerima lamaran orang daripada keturunan lain.

Pengalaman penulis kertas kerja dalam kehidupan di kampung sewaktu kecil dalam

tahun 1960-an menunjukkan bahawa kampung yang didiami seluruhnya oleh sesuatu

keturunan, dalam konteks di Johor ialah Jawa, Bugis dan Banjar, memang ketat dalam

soal penentuan jodoh anak. Dalam kes sebuah kampung orang Jawa (Kampung Parit
Sulaiman) dan kampung orang Bugis (Belokok) di Teluk Kerang, Pontian, Johor, iaitu
dua buah kampung yang berjiran, hubungan antara penduduk kedua-dua kampung itu

'tidak mesra', dengan pengertian tidak berlaku perkahwinan campur antara penduduknya
dan bahkan seringkali terjadi insiden yang memperlihatkan kuatnya sentimen

kesukuannya (seperti pergaduhan dalam kalangan pemuda antara dua buah kampung itu).
Walau bagaimanapun keadaan itu telah berubah, terutama disebabkan oleh sistem

pendidikan yang membuka peluang generasi muda daripada pelbagai keturunan

berinteraksi dan juga berlakunya perpindahan antara keturunan di kampung-kampung


yang asalnya milik keturunan tertentu.

10
19 Dalam hal penggunaan bahasa, umumnya penduduk kampung yang .seluruhnya orang
ta
J awa mempertahankan penggunaan bahasa J awa dalam kalangan keluarga dan antara

19 sesama anggota masyarakat. Bahasa Melayu menjadi bahasa kedua bagi anak-anak Jawa
ill
clalam kategori ini dan dipelajari hanya apabila mereka masuk sekolah. Kalangan orang
ar
clewasa pula menggunakan bahasa Melayu (yang kejawaan, terutama yang jelas dikesan
]-
pada sebutan dan intonasinya) hanya untuk berhubung dengan orang daripada ketunman

n,
lain, tetapi tidak jarang pula orang daripacla keturunan lain yang terpaksa menguasai
19 bahasa J awa untuk berinteraksi dengan orang J awa disebabkan kampung itu didominasi
19 oleh orang Jawa. Cerita tentang orang Cina yang di
tinggal kampung orang Jawa yang
la
selamat daripada dizalimi tentera Jepun dalam tempoh pendudukan Jepun di Tanah

t) Melayu pada tahun 1941 hingga tahun 1945, hanya kerana pandai berbahasa Jawa dan
T,
berpura-pura tidak pandai berbahasa Cina menjadi kisah yang menarik di kampung­
kampung pada satu waktu dahulu.

fa
Dalam hal berbahasa ini, walau bagaimanapun bahasa Jawa yang dikuasai oleh

kebanyakan generasi muda hanya bahasa Jawa Ngoko atau Jawa kasar sementara bahasa

Jawa Krama atau Jawa halus dikuasai lebih banyak oleh golongan tua. Dalam evolusi

asimilasi dengan masyarakat setempat, terutama disebabkan oleh sistem pendidikan yang
n berteraskan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar dan juga disebabkan kejayaan
:u Dasar Bahasa Kebangsaan yang menekankan penggunaan bahasa Melayu sebagai
n wahana perhubungan antara rakyat pelbagai keturunan, sedikit demi sedikit generasi
it mud a orang Jawa telah bahasa Jawa, bahkan sudah
kurang menguasai banyak yang sarna

u sekali tidak menguasainya.


u

'a Fenomena yang agak menarik dalam soal asimilasi orang Jawa di Malaysia pada
n satu ketika dahulu ialah wujudnya perubahan nama asal orang Jawa kepada nama

). Melayu, terutama dalam kalangan mereka yang telah menunaikan fardu haji. Dalam

n
kalangan masyarakat Jawa, sekurang-kurangnya berdasarkan maklumat tentang amalan

n
orang Jawa di kampung penulis di Johor, menjacli kebiasaan orang Jawa pada zaman

g dahulu 'membeli' nama Melayu yang berasal daripada nama Arab di Makkah. Hal ini

o 11
barangkali ada kaitannya dengan kesediaan untuk menyerapkan diri mereka sebagai
warganegara yang 'diterima' di negara tempat rnereka berhijrah.

Selain asimilasi yang bersifat dari luar ke dalam, iaitu orang J awa menyesuaikan
atau menyerapkan diri mereka ke dalam masyarakat setempat atau masyarakat keturunan

lain, berlaku juga asimilasi yang bersifat dari dalam ke luar, dengan pengertian ada
unsur-unsur warisan kehidupan orang Jawa yang membudaya dan diterima oleh

masyarakat setempat. Antara institusi sosial orang Jawa yang kelihatan serasi dengan
keturunan lain, termasuk orang Melayu, termasuklah gotong-royong, kenduri selametan

dan kesenian. Kata gotong yang bererti 'memikul' dan royong yang bererti 'bersama'

merupakan institusi sosiaI yang amat dipentingkan dalam masyarakat Jawa dan kini

istilah itu telah diterima sebagai istilah bahasa Melayu yang sekali gus mendukung salah

satu aspek budaya yang penting di negara ini (walaupun penulis percaya bahawa budaya
tersebut sedia wujud juga dalam masyarakat Melayu). Gotong-royong yang diamalkan

oleh orang J awa berlaku dalam bidang ekonomi dan sosial. Dalam bidang ekonomi,
gotong-royong berlaku dalam kerja membina parit, membuka tanah daripada hutan dan

rnengerjakan kebun. Dalam bidang sosial, pembinaan surau, masjid, jalan, jambatan dan

bahkan rumah penduduk kampung dilakukan secara gotong-royong.

Dalam masyarakat Jawa, gotong-royong terbahagi kepada beberapa jenis. Ada


yang dikenal sebagai kerigan, sambatan, dan rewang. Kerigan ialah gotong-royong yang

lazimnya dilaksanakan dalam kerja untuk kepentingan masyarakat setempat seperti


membersihkan kawasan kampung (sungai, parit, jalan, kuburan, masjid dan sebagainya).
Kerja ini dilaksanakan biasanya pada hujung minggu, iaitu sarna ada Jumaat atau Ahad.

Sambatan pula ialah gotong-royong yang lebih berkaitan dengan kerja yang lebih kecil
dan tidak memerlukan jumlah orang yang besar, misalnya untuk mendirikan rangka
rumah, menggantikan atap, menggali perigi dan membuat titi atau jambatan. Seterusnya,
rewang ialah bentuk gotong-royong yang dilaksanakan untuk persiapan dan perjalanan
sesuatu majlis, biasanya majlis kenduri kahwin dan ini disertai oleh saudara­
kegiatan
mara tuan rumah dan juga sejumlah penduduk kampung, lazimnya seminggu atau dua

minggu sebelum majIis berlangsung hingga majlis berlangsung dan sesudahnya.

12
Noriah Mohamed (2005) dalam mengelaskan pandangan hidup orang Jawa

memasukkan rewang dan sambatan dalam aspek kerukunan, dengan menambahkan

unsur-unsur lain, iaitu pakatan, nyumbang dan muyi. Pakatan ialah perhimpunan sanak­
saudara dan jiran tetangga pada satu hari tertentu sebelum berlangsung majlis, biasanya
majlis perkahwinan. Tujuannya ialah untuk memaklumkan hajat si ibu dan ayah tentang
usaha 'mendirikan masjid' anaknya kerana perkahwinan merupakan peristiwa yang

cukup penting dalam kalangan masyarakat Jawa, sebagaimana juga dalam masyarakat
lain. Menjadi adat orang Jawa membawa pasangan pengantin berkunjung ke rumah

saudara-mara rap at beberapa sesudah majlis perkahwinan berlangsung, untuk

memperkenalkan menantunya dengan lebih mesra.

Nyumbang pula ialah adat menghulurkan pemberian dalam bentuk rnata benda atau

wang kepada tuan rumah yang mengadakan rnajlis, biasanya majlis perkahwinan.
Lazimnya yang melakukan adat ini ialah orang yang diundang sebagai tetamu ke majlis
dan tidak terlibat dalam rewang (sarna ada sebagai pendiri balai, tukang rnasak, pembantu
penyedia bahan-bahan rnasakan, tukang cuci pinggan rnasuk, penanggah dan sebagainya).
Akhimya, muyi ialah adat mernberikan hadiah, dalam bentuk wang atau benda kepada
orang yang menerima cahaya mata.

Warisan lain yang masih menjadi arnalan orang Jawa di negara ini, terutama di

kampung dan seringkali disertai oleh anggota masyarakat keturunan lain ialah kenduri

yang dinamai selametan. Ada pelbagai jenis slametan dalam kalangan orang Jawa,

bergantung pada tujuannya. Malah ad at itu menggarnbarkan perkembangan hidup


seseorang dari kelahiran hingga akhir hayatnya dan tiada urusan penting dalam

kehidupan yang tidak disertai selametan kerana adat itu bukan sekadar kenduri untuk

menjamu selera tetapi untuk memohon restu Tuhan. Kata selametan itu sendiri memang

Tap at dengan kata selamat yang diambil daripada bahasa Arab.

Antara slametan yang diamalkan, seperi yang dikesan oleh Azman Samuri (1983)
di Parit Selangor, Pontian, Johor termasuklah neloni, mapati, medeking atau baritan,

tingkeban, brokohan, muputi, selapanan dan khitanan atau sunatan. Neloni daripada kata

13
telu (tiga) dan mapati daripada kata papat (empat) ialah kenduri untuk menyambut
kehamilan ibu pada usia kandungannya tiga dan empat bulan. Pada bulan ketiga dan

keempat dipercayai bahawa janin telah bergerak; maka bayi dalam kandungan dan si ibu

perlu didoakan agar selamat. Doa yang lazim dibaca berbunyi Bismillahir Rahmanir

Rahim, niat ingsun nyuci roh maani, nyuci nur mani, nurut perintali Allah, nglakoni
perintali Allah (Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, sahaja
aku mencuci roh manusia, mencuci cahaya manusia, menurut perintah Allah, melakukan

perintah Allah).

Kenduri medeking atau baritan yang dikhususkan untuk ibu yang hamil anak

bilangan ganjil (ketiga, kelima, ketujuh dan seterusnya) pernah diamalkan tetapi telah

ditinggalkan agak lama. Kenduri tingkeban yang ada persamaannya dengan "lenggang
perut" dalam masyarakat Melayu ialah kenduri untuk ibu yang hamil anak sulung. Untuk

memenuhi kenduri ini, diperlukan air dari tujuh kolam, bunga tujuh jenis, duit syiling,
kelapa gading atau kelapa hijau dan tujuh helai kain batik lepas.

Kenduri brokohan ialah kenduri kesyukuran menyambut kelahiran bayi. Kenduri

muputi pula ialah kenduri seminggu sesudah kelahiran bayi atau setelah tanggal tali pusat

bayi. Kata muputi terbit daripada kata puput (tanggal). Kenduri ini lazimnya disekalikan

dengan upacara "potong jambul" dan dendangan marhaban ..


Kadang kala majlis ini

disekalikan dengan kikahan (akikah). Selanjutnya ialah kenduri selapanan, iaitu kenduri

kecil selepas 35 hari kelahiran bayi, tempoh si ibu "lepas pantang" dan boleh

menjalankan kerja sehari-hari seperti biasa. Kenduri khitanan atau sunatan ialah kenduri

untuk mengkhatankan si anak Dari waktu ke waktu diadakan pula bancaan yang tidak

melibatkan kenduri di rumah tetapi pengagihan makanan yang dibungkus di dalam daun

pisang berisi nasi dengan beberapa j enis lauk kering ke rumah saudara-mara. Menurut

ingatan penulis, bancaan disediakan oleh ibu penulis pada setiap kali sambutan hari lahir

yang dikira berdasarkan hari dalam takwim Jawa, iaitu legi, paing, pan, wage, dan

keliwon yang digandingkan dengan hari biasa (Ahad hingga Sabtu). Apabila sampai
saatnya si anak tadi dewasa untuk mendirikan rumah tangga, slametan besamya ialah
kenduri kahwin itu sendiri yang disebut kondangan. Sesudah akhir hayat seseorang,

14
orang J awa mengadakan kenduri ruwah atau ruwahan, iaitu tahlil untuk si mati, biasanya
selama 7 malam berturut-turut dan diikuti dengan hari ke-40 dan ke-IOO yang disebut

nyeratus.

Unsur lain warisan budaya orang Jawa yang berkaitan dengan pelbagai kenduri itu

ialah jenis makanan, terutama yang disebut nasi ambeng yang biasanya dihidangkan
dalam kenduri-kenduri selain pada majlis perkahwinan. Nasi ambeng dibubuh di dalam

dulang dengan lauk-pauknya sekali di tengah-tengah dan lazimnya tetamu tidak

menghabiskannya kerana menjadi adat orang Jawa membawa pulang berkat, iaitu lebihan

makanan di dalam dulang tadi untuk dijamah oleh anggota keluarganya di rumah. Unsur

lain yang berkaitan dengan kenduri orang Jawa ialah lek-lek an, iaitu berjaga malam

sambil berbual-bual dan menikmati hidangan ringan serta permainan kompang yang

disebut juga kemplingan.

Dalam memenuhi aspek kerukunan, satu lagi warisan masyarakat J awa yang masih

diamalkan di kampung yang dihuni oleh orang J awa ialah baraan, iaitu kunjungan
beramai-ramai dari rumah ke rumah pada Hari Raya Aidilfitri. Adat ini dilakukan untuk

memastikan bahawa tiada rumah jiran sekampung yang tertinggal dalam ziarah untuk

bermaaf-maafan sambil mempererat silaturrahim. Kumpulan pemuda lazimnya


bersalawat dan bermarhaban di setiap rumah yang dikunjungi.

Tentang pengaruh bahasa Jawa terhadap bahasa Melayu, iaitu bahasa kebangsaan
dan bahasa perhubungan umum di negara ini, Mashudi Kader dan Siti Noraini Jupri
(1990), dengan berdasarkan kamus dan penggunaan masyarakat umum, mendaftarkan

1,977 patah kata daripada bahasa Jawa yang sudah terserap dalam bahasa Melayu dan
tidak dianggap kata Jawa lagi. Analisis mereka menunjukkan bahawa 17.5% kosa kata

daripada bahasa Jawa itu berkaitan dengan konsep, 3.7% berkaitan dengan objek
kebudayaan, 38.5% kata am, 6.6 % kata panggilan, 3.8% kata yang berkaitan dengan
makanan dan bakinya 29.9% tentang aspek-aspek lain dalam kehidupan. Walau

bagaimanapun pada hemat penulis, hanya sebahagian kata itu sahaja yang terserap
melalui interaksi sosial dengan penduduk setempat, tetapi sebahagiannya melalui

15
hubungan kerjasama kebahasaan dalam Majlis Bahasa Indonesia -

Malaysia (MBIM) dan

kemudian Majlis Bahasa Brunei Darussalam -

Indonesia -

Malaysia (MABBIM) dan

interaksi langsung antara orang Malaysia dengan orang Indonesia, sarna ada melalui

kegiatan ilmiah, persuratan, politik dan juga ekonomi.

Aspek warisan dan asimilasi yang tidak kurang pentingnya ialah kesenian. Antara

yang terkenal termasuklah wayang purwa, kuda kepang, kemp ling, barongan dan ludruk

(Noriah Mohamed, 2005), tetapi yang lazim dikenal oleh masyarakat setempat dan yang

sering dijadikan persembahan dalam majlis kesenian kebangsaan ialah kuda kepang.
Wayang purwa ialah sejenis wayang kulit yang berasal dari Jawa Timur dan berasaskan

epik Ramayana dan Mahabhrata dari India. Sesudah Islam tersebar di Kepulauan Melayu,
berlaku pengubahsuaian persembahan wayang purwa yang asalnya banyak berasaskan
ritual Hindu, malah diriwayatkan bahawa Wali Songo (Wali yang sembilan) di Pulau

Jawa pemah menggunakan wayang purwa sebagai salah satu wahana dakwah. Sementara

itu, kuda kepang pula ialah seni tari J awa yang menggunakan patung kuda yang asalnya
ditarikan oleh kaum lelaki sahaja. Sesudah persembahan kuda kepang, seringkali
dipersembahkan pula barongan, iaitu garapan lakonan berdasarkan legenda pertarunga
antara manusia dengan haiwan. Kemplingan ialah seni muzik yang menggunakan
kombinasi alat-alat muzik membranofon, iaitu empat buah kempling, sebuah jidor dan

sebuah gendang sebagai iringan dendangan rawi atau nazam dalam bahasa Arab. Seni

muzik ini lazimnya dipersembahkan pada malam sesuatu majlis, seperti majlis
perkahwinan sebagai hiburan kepada sanak-saudara dan orang yang rewang.

PERSEPSI ORANG JAWA DI MALAYSIA

Untuk mengelakkan persepsi yang berpusat pada penulis secara peribadi, penulis telah

menyediakan dan mengedarkan soal selidik yang berkaitan dengan persepsi orang J awa

di Malaysia tentang beberapa aspek kehidupan bangsa J awa. Sejumlah 20 orang

responden telah menjawab dan mengirimkan respons terhadap soal selidik tersebut.

Walaupun jumlah itu terhad dan tidak dapat menggambarkan persepsi keseluhuran orang

Jawa di Malaysia, namun diberikan itu setidak-tidaknya


respons yang dapat

16
menggambarkan persepsi orang keturunan J awa di Malaysia terhadap bangsa asal

mereka.

Sebanyak 20 soalan dikemukakan: 4 soalan menguji pengetahuan responden


tentang asal usulnya, iaitu generasi ke berapa di Malaysia, tanah leluhumya, suku

kaumnya dan salasilah keluarga besamya; 1 soalan tentang latar masyarakat tempat
kelahiran; 7 soalan tentang aspek bahasa; 4 soalan tentang hubungan dengan keluarga di
tanah leluhur atau negara induknya; dan 4 soalan tentang amalan warisan budaya J awa.

Kesemua responden yang menj awab soal selidik terdiri daripada keturunan J awa

yang berasal dari J ohor, Selangor dan Perak tetapi telah menetap di Lembah Kelang
selama lebih daripada 20 tahun dan merupakan penjawat awam.

Soalan-soalan ten tang asal usul:

Tentang soalan pertama, iaitu "Generasi ke berapakah anda sebagai keturunan Jawa di

Malaysia?", 18 orang responden (90%) tahu tentang kedudukan tersebut, dengan 10

orang (50%) daripada generasi ketiga, 3 orang (15%) daripada generasi keempat, 2 orang

(10%) daripada generasi kedua dan masing-masing 1 orang (5%) daripada generasi
kelirna dan ketujuh. Peratusan responden yang mengetahui dalam generasi ke berapa ia
berada temyata tinggi dan hal ini dapat menjadi petunjuk tentang persepsi mereka yang

positif terhadap leluhumya.

Tentang soalan kedua, iaitu "Di daerah/negeri rnanakah tempat asalleluhur anda?",

7 orang (35%) menyatakannya dengan jelas at au sekurangnya-kurangnya dengan


menyebut bahagian Jawa Tengah atau Jawa Tirnur. 3 orang (15%) dapat menyatakan
temp at asal leluhumya dengan jelas, iaitu Ponorogo, Kendal/Magelen dan Jogjakarta,
sernentara 4 orang (20%) menyatakan sama ada bahagian Jawa Tengah atau Jawa Tirnur.

Selebihnya, iaitu 13 orang (65%) sarna ada rnenyatakan "Tidak pasti" atau menyebut
hanya "Pulau Jawa". Dapatan ini rnenunjukkan peratusan yang agak rendah dalam hal

pengetahuan responden ten tang temp at asal Ieluhur.

17
Tentang soalan ketiga, iaitu "Apakah suku kaum Jawa anda?", 14 orang (60%)
mengetahui suku kaumnya, iaitu sama ada Ponorogo, Pacitan, Magelen, Solo atau

Kebumen sementara 6 orang (40%) tidak pasti.

Tentang soalan keempat, iaitu "Hingga berapa generasikah salasilah keluarga anda

yang anda ketahui?", 18 orang (90%) dapat menyatakan maklumat berkenaan, dari satu

generasi hingga 6 generasi, sementara 2 orang (10%) tidak pasti. Bagaimanapun hanya 3

orang (16.67%) yang mengetahui antara 5 hingga 7 generasi salasilah keluarganya,


seorang (5.56%) 4 generasi, 7 orang (38.9%) 3 generasi, 2 orang (11.1 %) 2 generasi dan

selebihnya 5 orang (27.78%) generasi semasa.

Soalan berkaitan dengan latar tempat lahir


Soalannya berbunyi "Adakah anda lahir dan dibesarkan dalam lingkungan masyarakat
berketurunan J awa atau dalam masyarakat berketurunan lain atau masyarakat beraneka
keturunan? Nyatakan keturunan itu." 8 orang (40%) responden lahir dan dibesarkan

dalam masyarakat berketurunan Jawa, sementara 5 orang (25%) dalam masyarakat Jawa

dan Melayu atau Jawa dengan keturunan lain (seperti Banjar), 3 orang (15%) dalarn
masyarakat beraneka keturunan (Melayu, Cina, India, Banjar dsb.), 2 orang (10%) dalarn

masyarakat Melayu dan seorang (5%) tidak menjawab soalan dengan mengatakan "ya"
sahaja.

Soalan berkaitan dengan bahasa

Soalan pertama berbunyi "Adakah anda menguasai bahasa Jawa? Nyatakan tahap
penguasaan sama ada fasih, sederhana, kurang fasih atau tidak menguasainya sarna
sekali." 9 orang (45%) mengatakan fasih dan daripadanya adalah daripada kalangan 8

orang yang lahir dan dibesarkan dalam masyarakat J awa. Hanya seorang daripada yang

lahir dan dibesarkan dalam masyarakat J awa yang menyatakan penguasaan bahasa J awa

pada peringkat sederhana. 9 orang (45%) menyatakan penguasaan pada peringkat


sederhana, dengan catatan seorang menyatakan bahawa pemahamannya baik tetapi
lisannya sederhana. Dua orang (5%) menyatakan lemah dengan seorang menyatakan

18
faham "sedikit-sedikit" dan seorang lagi hanya menguasai antara 10 hingga 20 patah kata

Jawa sahaja.

Soalan kedua ialah "Apakah jenis bahasa Jawa yang anda kuasai (sarna ada Jawa

kasar, Jawa halus atau kedua-duanya)?" 13 orang (65%) mengatakan hanya menguasai
bahasa Jawa kasar, sementara 4 orang (20%) menyatakan menguasai bahasa Jawa kasar

dan sedikit-sedikit bahasa Jawa halus, hanya seorang (5%) yang menguasai kedua­

duanya, iaitu bahasa Jawa kasar dan bahasa Jawa halus dan 2 orang (10%) sangat kurang
menguasai kedua-duanya.

Soa1an ketiga ialah "Jika anda tidak atau kurang fasih berbahasa Jawa, adakah anda

berminat atau berusaha menguasainya? Nyatakan langkah yang anda lakukan." Semua

responden menyatakan minat yang mendalam untuk menguasai bahasa J awa, dan bagi
mereka yang kurang fasih (11 orang
-

45%), terdapat dua bentuk respons tentang langkah


yang diambil. Yang pertama (seperti yang dinyatakan oleh 6 orang -

54.5%) ialah yang

berkaitan dengan langkah berkomunikasi apabila ada kesempatan, seperti dengan anggota
keluarga, rakan seketurunan dan kenal an di kampung, dan responden yang berkaitan

menekanan penguasaan bahasa Jawa kasar. Yang kedua (seperti yang dinyatakan oleh 5

orang
-

45.5%) ialah yang berkaitan dengan usaha yang lebih serius, iaitu belajar melalui

kaset, belajar di perkumpulan yang ada kegiatan mengajarkan bahasa Jawa, dan langkah
ini lebih melibatkan minat responden untuk menguasai bahasa J awa halus.

Soalan keempat ialah "Adakah anda berinteraksi di rumah dalam bahasa Jawa?

Nyatakan sepenubnya atau sebahagiannya." 11 orang (55%) responden menggunakan


bahasa Jawa hanya dalam sebahagian komunikasi di rumah, antaranya menyatakan
bahawa ia berinteraksi dengan isteri dalam bahasa Jawa tetapi dengan anak-anak dalam

bahasa Melayut dan yang menarik ada respond en yang menggunakan bahasa Jawa hanya
sebagai kod rahsia agar tidak difahami oleh anak-anak. Ada pula yang menggunakannya
hanya ketika berinteraksi dalam keluarga besar, seperti ketika bercakap dengan nenek
atau ayah dan ibu di kampung. 9 orang (45%) tidak menggunakan bahasa Jawa sarna

sekali dalam interaksi keluarga disebabkan sarna ada isterinya bukan orang Jawa, tidak

19
fasih atau ibu bapa tidak bertutur da1arn bahasa J awa di rurnah sewaktu responden rnasih
kanak-kanak.

Soalan kelirna ialah "Adakah anda berinteraksi dengan rakan atau saudara

seketurunan dalarn bahasa Jawa hingga sekarang?". Didapati bahawa ada kecenderungan

yang tinggi apabi1a 14 orang (70%) responden rnasih rnenggunakan bahasa Jawa da1am

interaksi dengan rakan atau saudara seketurunan. Hanya 2 orang (10%) yang tidak

berbuat dernikian sernentara 3 orang (15%) jarang rnenggunakan bahasa Jawa dalam

interaksi dengan rakan atau saudara seketurunan.

Soa1an keenarn tentang aspek bahasa ia1ah "Adakah anda te1ah rnenguasai bahasa
Melayu atau bahasaldialek lain sebelurn anda ke sekolah?". Peratus responden yang telah

sedia rnenguasai bahasa Melayu sebelurn rnasuk ke seko1ah temyata tinggi, iaitu 16 orang

(80%), yang rnenunjukkan adanya korelasi antara interaksi dengan keturunan lain dengan

penguasaan bahasa selain bahasa Jawa. Perta1ian itu dapat dipercayai kerana 12 orang

daripada 15 orang yang telah rnenguasai bahasa Melayu sebelurn rnasuk ke sekolah

(75%) terdiri daripada rnereka yang 1ahir dan dibesarkan dalarn rnasyarakat sarna ada

campuran Jawa Melayu atau campuran dengan pelbagai keturunan lain (Banjar, Bugis,
-

Cina, India dsb.). 3 orang (15%) pula tidak menguasai bahasa Melayu atau bahasa lain

sebelum berseko1ah dan ketiga-tiganya lahir dan dibesarkan di karnpung yang

penduduknya Jawa seluruhnya, sementara 1 orang (5%) tidak rnahir berbahasa Melayu
sebe1um bersekolah, juga 1ahir dan dibesarkan dalarn masyarakat J awa seluruhnya.

Soa1an akhir berbunyi "Adakah anda seronok dan bangga untuk berbahasa J awa

dengan kenalan atau saudara anda apabila ada peluang berbuat dernikian?"

Kecenderungannya cukup tinggi apabila 19 orang (95%) rnenyatakan "ya" dan bahkan

ada yang rnencatat "sangat bangga dan seronok" walaupun bagi yang kurang fasih
rnencatat "berasa kekok" rneskipun seronok dan bangga. 1 orang (5%) lagi tidak
menyatakan respons yang sebaliknya, tetapi semata-mata disebabkan tidak berpeluang
bercakap J awa kerana hanya menguasai antara 10 hingga 20 patah kata dalam bahasa

Jawa.

20
Soalan hubungan dengan leluhur dan negara induk

Soalan pertama ialah "Adakah anda menganggap diri anda berbangsa Jawa atau

berbangsa Melayu keturunan Jawa?". Walaupun agak tinggi yang beranggapan bahawa

dirinya berbangsa Melayu keturunan Jawa, iaitu 13 orang (65%), namun agak menarik

dan sekali gus mengejutkan kerana 7 orang (35%) 1agi mengidentifikasikan dirinya
dengan bangsa J awa.

Soa1an kedua berbunyi "Adakah anda mempunyai hubungan saudara atau kena1an

berketurunan Jawa di Indonesia?" Sejum1ah 16 orang (80%) menyatakan masih

mempunyai saudara atau kena1an di tanah induk orang Jawa. Hanya 3 orang (15%) yang

menyatakan tidak mempunyai hubungan dengan saudara atau kena1an di Indonesia,


sementara 1 orang (5%) tidak pasti.

Soa1an ketiga ialah "Adakah anda berusaha mengakrabkan hubungan itu dari waktu

ke waktu? Nyatakan caranya." Sejumlah 12 orang (60%) menyatakan ada melakukannya,


sarna ada melalui surat-menyurat, secara maya (e.me1) atau berkunjung ke kampung asa1

di Pu1au Jawa.7 orang (35%) menjawab "Tidak" dan 1 orang (10%) menyatakan
keinginan berbuat demikian tetapi be1um merancangnya secara konkrit.

Soalan keempat berbunyi "Adakah anda pernah, atau berusaha, atau merancang

untuk berkunjung ke tempat asa1 le1uhur anda di Indonesia?" Se1aras dengan respons

terhadap soa1an ketiga di atas, besar jum1ah responden yang menjawa positif, iaitu 16

orang (80%) sementara 4 orang (20%) menyatakan "Tidak".

Soalan tentang amalan warisan budaya Jawa


Soa1an pertama ia1ah "Adakah anda, baik secara individu mahupun dalam ke1uarga dan

masyarakat masih mengamalkan adat warisan atau cara hidup orang Jawa? Nyatakan adat

atau warisan itu." Ternyata bahawa tinggi peratusan yang menjawab "ya", iaitu 15 orang

(75%) dengan mencatat adat-adat tertentu seperti gotong-royong yang merangkum


rewang, jagongan (me1awat orang bersa1in), puputan/muputi, gejebusan, mitoni, baraan,
kemp1ingan, kompang Jawa dan kenduri nasi ambeng. 5 orang (25%) menjawab "tidak"

21
kerana barangkali telah terasimilasi sepenuh-penuhnya dengan masyarakat Melayu tetapi
berkemungkinan kerana tidak dapat mengenal pasti warisan J awa yang diamalkan di

sekitarannya (seperti catatan seorang responden).

Soalan kedua ialah "Adakah anda mengajar anak anda berbahasa Jawa? Jika "ya"
mengapa dan jika "tidak" mengapa?" Didapati bahawa 12 orang (60%) menjawab "ya",
kebanyakannya dengan alasan supaya anak-anak mengetahui warisan keturunan asal

mereka dan seorang responden rnenghubungkannya dengan kelebihan menguasai lebih


daripada satu bahasa. 8 orang (40%) menjawab tidak, sarna ada kerana kurang fasih, tidak
nampak akan keperluannya, anak tidak berminat atau sukar mengaj arkannya.

Soalan ketiga ialah "Adakah anda mempunyai perasaan bangga akan bangsa J awa

di Indonesia yang dominan dalam pentadbiran negara atau sebagai bangsa yang besar?"

Sejumlah 18 orang (90%) menyatakan rasa bangganya sementara 2 orang (10%)


menyatakan "tidak".

"
Soalan akhir ialah Jika anda diberi peluang atau berpeluang kembali ke pangkuan
masyarakat J awa asli di Indonesia, bersediakah anda?" Soalan yang sedikit provokatif itu
mendapat respons yang jelas, iaitu sebahagian besar responden menolak kemungkinan
(17 orang
-

85%) atas alasan telah menjadi warganegara Malaysia, lebih selesa dengan
kehidupan yang ada kini, orang J awa merupakan sebahagian peribumi negara ini, di

Malaysia lebih aman dan orang J awa tidak semestinya menetap di tanah asalnya. Agak
mengejutkan adanya 3 orang (15%) yang bersedia kembali ke pangkuan leluhurya di

tanah Jawa.

Rumusan

Orang J awa di Malaysia telah menj adi sebahagian warganegara Malaysia dan bahkan

telah tercakup dalam konsep Melayu, iaitu bangsa yang beragama Islam, menuturkan
bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Tentang dua ciri yang pertama,

jelas bahawa orang Jawa yang


semua
menjadi warganegara di Malaysia, setakat yang

diketahui, beragama Islam dan mampu berbahasa Melayu, bahkan sebilangannya menjadi

22
ahli bahasa Melayu. Tentang adat istiadat pula, amalan orang J awa tidak dipandang asing
dan bahkan telah diintegrasikan dalam adat istiadat yang dikenal sebagai ad at istiadat

Melayu.

Kehadiran orang Jawa di Malaysia telah menjadi peristiwa sejarah yang panjang,
iaitu sejak abad ke-14 ketika Melaka muneul sebagai kerajaan yang besar dan menjadi
kota pelabuhan antarabangsa yang dengan sendirinya menarik kedatangan para pedagang
dan pengembara, termasuk daripada kalangan orang Jawa. Seeara besar-besaran,

kedatangan mereka tampak ketara pada abad ke-19 dan ke-20 sebagai penyumbang
perkembangan ekonomi di beberapa buah negeri Melayu dan juga negeri Selat, terutama

dalam bidang pertanian dan perburuhan. Di J ohor dan di Selangor, misalnya, orang J awa

diiktiraf sebagai peneroka dan petani yang berjasa besar dalam perkembangan pertanian
di negeri-negeri tersebut sehingga diakui oleh kerajaan Inggeris sendiri.

Dengan kejayaan sistem pendidikan kebangsaan, pembangunan prasarana dan


media massa, kini dapat dikatakan bahawa orang J awa di Malaysia telah meneapai tahap
asimilasi yang eukup tinggi dengan masyarakat lain, terutama orang Melayu. Meskipun
mereka mempunyai persepsi yang eenderung berasa bangga akan warisan kebudayaan
dan kebesaran tradisi bangsa mereka serta berusaha mengekalkan beberapa aspek
daripadanya, namun kesetiaan mereka kepada negara mereka kini, iaitu Malaysia temyata
eukup utuh. Malahan generasi kini kebanyakannya tidak dapat membedakan warisan

bangsa asal mereka daripada warisan besar bangsa Melayu serantau yang pada
hakikatnya turut merangkum bangsa berketuruan J awa juga.

Dalam konteks keserumpunan tamadun di rant au ini, telah wujud perasaan

persatuan yang kuat dalam kalangan pelbagai keturunan yang induknya satu, iaitu
Austronesia sehingga pelbagai keturunan dapat hidup bersama-sama dan berkongsi
nikmat limpahan rahmat Allah. Barangkali tepatlah ungkapan "kepelbagaian dalam

kesatuan" itu menjadi asas persefahaman kita sebagai bangsa serumpun.

23
BIBLIOGRAFI

Asmah Haji Omar. (1985). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Azman Samuri. (1983). "Adat Kenduri di Dalam Masyarakat Keturunan Jawa: Satu

Kajian Kes di Kampung Parit Selangor Pontian Johor". Latihan Ilmiah Jabatan

Persuratan Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia.

Khazin Mohd. Tamrin. (1984). Orang Jawa di Selangor, Penghijrahan dan Penempatan
1880 -

1940. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khazin Mohd. Tamrin dan Sukiman Bohari. (1980/81). "Orang Jawa Pontian dan
Kegiatannya dalam Aspek Sosioekonomi dan Politik Tempatan". Dalam Jebat, Bil.

10, April: 35 -

66.

Muhammad Ibrahim Munshi. (1956). Kesah Pelayaran Muhammad Ibrahim Munshi.


Johor Bahru: Pejabat Cetak Kerajaan Johor.

Noriah Mohamed. (2001). Jawa di Balik Tabir. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Noriah Mohamed. (2005, akan terbit). Masyarakat Keturunan Jawa Johor. Johor Bahru:

Yayasan Warisan Johor.

Tunku Shamsul Baharain. (1964). "Indonesian in Malaya". Tesis M.A. University of


Sheffield.

Sauvy, A. 1969). General Theory of Population. London: Weidenfield & Nicolson.

al-Attas, S.M.N. (1969). Preliminary Statement on the Theory of the Islamization of the

24
Malay-Indonesian Archipelago. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

al-Attas, S.M.N. (1972). Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur:
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Winstedt, R.O. (1948). Malaya and Its History. Kuala Lumpur: Marican and Sons.

HAK MIUK PERPtlSTA!{AAH


25
UNIVERSITI p�i'--miD;;<, ..'� �Ul T;:W� 10:::;:
..

Anda mungkin juga menyukai