Anda di halaman 1dari 11

LOGO

Definisi
Kebudayaan adalah satu cara hidup yang dikembangkan oleh sesuatu masyarakat untuk memenuhi keperluan asasinya untuk terus hidup, meneruskan zuriatnya dan mengatur pengalaman sosialnya. Menurut definisi sosiologi, kebudayaan ialah cara hidup yang menjadi kepunyaan bersama.

Makna yang biasa


Kebudayaan biasanya dikatakan sebagai bendabenda seperti lukisan, kesusasteraan, muzik dan falsafah.
Kebudayaan bukan sahaja merupakan perkara yang seni dalam hidup, tetapi juga apa sahaja yang terdapat di persekitaran manusia yang dibuat oleh manusia.

Kebudayaan Kebendaan & Bukan Kebendaan


Kebubayaan Kebendaan Kebudayaan Bukan Kebendaan

Meliputi bahan-bahan fizikal kebudayaan serta cara-cara penggunaannya.

Meliputi kepercayaan, adat resam, idea, idealogi dan struktur sosial.

Budaya kebendaan Bunga telur. Budaya bukan kebendaan lambang kesuburan.

Penyaluran Budaya
Penyaluran budaya adalah satu proses bagaimana kebudayaan itu disampaikan kepada satu generasi yang berikutnya melalui pembelajaran.

Budaya tidak boleh diwarisi secara biologi.


Penyaluran budaya membolehkan kebudayaan diteruskan kepada beberapa generasi. itu

Kebudayaan dan Masyarakat


Masyarakat merupakan satu kelompok manusia yang sedikit sebanyak mempunyai perseikatan secara tetap dan teratur dalam aktiviti kolektif, dan merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama.

Kebudayaan dan Masyarakat


Bukan individu yang sama sahaja yang menjadi anggota satu-satu masyarakat kerana anggota baru akan terus-menerus lahir di dalamnya dan ada pula yang mati. Oleh yang demikian, terdapat perhubungan terus-menerus di kalangan mereka yang masih hidup dan kekal selama berabad-abad.

Kebudayaan dan Masyarakat


Kebudayaan bukanlah manusia tetapi apa yang mereka lakukan. Kebudayaan adalah kepelbagaian cara hidup manusia dan diperkembangkan.

Rumusan
Kebudayaan amat penting bagi individu atau masyarakat. Cara hidup sesuatu kumpulan manusia atau masyarakat itu tidak dapat difahami melainkan melalui kebudayaan. Kebudayaan dapat membezakan antara suatu masyarakat dengan masyarakat yang lain.

Rumusan
Dalam konteks Malaysia, kebudayaan itu dilihat daripada aspek persamaan dan perbezaan cara hidup antara kita sebagai rakyat Malaysia yang kita panggil sebagai masyarakat Malaysia. Apa yang dimaksudkan sebagai kebudayaan di sini menurut definisi sosiologi ialah cara hidup yang menjadi kepunyaan bersama.

Anda mungkin juga menyukai