Anda di halaman 1dari 1

KERTAS KERJA PROGRAM MEKAP SIRI 2

Jati diri dan motivasi merupakan dua aspek yang perlu digarap pada satu jangka masa yang lama serta tiada henti. Seorang insan itu perlu melengkapkan diri dengan ilmu sosial dan inter-personal yang sesuai supaya dapat meletakkan dirinya berguna dalam masyarakat. Perkara ini sering kali tidak dititik beratkan oleh kebanyakkan pelajar disebabkan gaya hidup dan fokus terhadap objektif kehidupan masing-masing banyak berlandaskan kepada hasil dan produk sahaja tanpa ada usaha serta proses yang teliti untuk mencapai sesuatu. Misalnya kerja yang diberikan guru di sekolah banyak yang tidak dilakukan secara telus dan adil. Apa yang penting bagi mereka hanyalah hasil atau catatan di dalam buku rekod akhir tahun kelak akan ditanda cemerlang sentiasa. Maka dengan ini, bagaimana agaknya sikap mereka terhadap kehidupan akan bercorak pada masa hadapan apabila hidup sudah ditimbuni dengan bebanan tanggungjawab dan masalah? Menjana sifat mahmudah yang mulia disepanjang fana hayat ini tidak semestinya suatu perkara yang mana bujur berlalu melintang patah ataupun tabur benih menunggu hasil. Ia harus diteladani dengan fasa-fasa kematangan yang setara dengan diri seseorang itu. Maka , menerusi Kem MEKAP ini, para peserta akan didedahkan kepada panduan serta teknik memperkasa jati diri melalui program-program yang telah disusun khas sepanjang kem ini nanti insyaAllah. Terdapat 3 objektif utama Kem MEKAP : 1. Mendedahkan para peserta kepada teknik dan panduan memperkasa jati diri menerusi modul-modul yang terkini. 2. Menanamkan sifat mahmudah dan sikap saling bertoleransi sesama insane. 3. Menyediakan pasa peserta untuk menghadapi cabaran dan suasana belajar pada tahun hadapan .

Tema Tarikh

: Berbakti Menyemai Budi : 21, 22 dan 23 Disember 2010

Tempat : KELOMPANG RESORT , Slim River, PERAK

Anda mungkin juga menyukai