Anda di halaman 1dari 2

Tart nenas Bahan-bahan ( 150 Biji )

100 gm tepung gandum 100 gm tepung jagung 20 gm tepung Kastard 150 gm buttercup/planta 2 biji kuning telur Sedikit Pewarna Kuning Telur & Esen Vanilla Bahan untuk Intinya: Sebiji nenas gula secukupnya Pewarna kuning *Untuk aduan tart.. 1/2 cwan gula halus sudah mencukupi Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara
1. Pukul Majerin dah Gula sampai keputihan. Masukkan Kuning telur, pewarna kuning dan sedikit esen Vanilla.Pukul sehingga sebati. Masukkan tepung Kastard, tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli perlahan dengan tangan hingga sebati. 2. *Jika adunan terlalu lembut dan melekit , tambahkan sedikit tepung gandum. *Jika adunan terlalu keras tambahkan lagi butter semasa menguli sehingga adunan betul2 lembut. 3. Setelah siap adunan, gelekkan adunan sehingga rata dan gelek menggunakan pengelek tart untuk mendapatkan corak berbelang. Potong mengikut panjang dan lebar yang disukai. 4. Letakkan sedikit jem nenas dan gulung. Sapukan bahagian atas Tart Nenas dengan kuning telur yang telah dicampur dengan pewarna kuning. Bakar selamat 15-20 minit pada suhu 150 C. 5. *Untuk jem, nenas yang diparut dimasak bersama gula dan ditambah pewarna kuning. Masak sehingga nenas kering dan tidak berair

ATAU Bahan-bahan ( 150 biji )


Inti Jem: 1 biji Nenas 250 gm gula 5 kuntum bunga cengkih sedikit serbuk kulit kayu manis 1 sudu kecil perahan limau nipis Pastrinya:250 gm Margerin 125 gm Mentega/butter 600 gm Tepung Gandum

3 biji Kuning telur 1 biji Putih telur 3 sudu kecil Air Limau Nipis 6 sudu besar Air 1/4 sudu kecil Garam

Cara-cara
1. Inti Jem:- Kupas Nenas dan parut/kisar isinya. 2. Tapis larutan nenas tadi dan diasingkan ampasnya di dalam periuk/kuali. 3. Masak ampas nenas tadi bersama bunga cengkih, serbuk kulit kayu manis, gula serta air perahan limau tadi. 4. Kacau selalu supaya tak melekat. Masak dgn api perlahan sehingga pekat & kekuningan. Setelah itu asingkan supaya sejuk 5. Pastrinya:- Gaulkan mentega/butter, marjerin dan tepung gandum sehingga rata dan berderai. 6. Pukul kuning telur, putih telur, air limau nipis bersama air dan garam sehingga lembut. 7. Kemudian, campurkan tepong sikit-sikit sehingga menjadi doh. 8. Gunakan acuan tart gulung dan letakkan jem dihujung doh, gulungkan & potong ikut saiz yg sesuai. 9. Susun dlm dulang pembakar yg dah di'gris' dan bakar pada suhu 150'c selama 15-20 minit

Anda mungkin juga menyukai