Anda di halaman 1dari 9

Penghijrahan Kaum Cina Menurut catatan sejarah, perhubungan antara Negara China dengan Tanah Melayu telah wujud

sejak sekian lama menerusi kegiatan perdagangan. Pada peringkat awal, kedatangan para pedagang cina ke Tanah Melayu bukan bertujuan untuk membuka petempatan, tetapi untuk menjalankan aktiviti perniagaan semata-mata. Tambahan pula, pada masa itu wujud hubungan

diplomatic yang baik antara kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dengan kerajaan Tanah Besar China. Apabila berlaku campur tangan Inggeris di Pulau Pinang (1786), Singapura (1819), dan Negeri-negeri Selat (1826), bermula satu lembaran baru kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu. Pihak British membawa masuk dan menggalakkan kedatangan orang Cina untuk bekerja dan menjadi buruh kasar untuk kepentingan mereka. Pihak British amat berminat dengan buruh dari Negara China kerana bayaran upah adalah rendah dan orang Cina terkenal dengan sikap rajin bekerja. Penghijrahan beramai-ramai orang Cina ke Tanah Melayu berlaku sekitar kurun ke-19 hingga kurun ke-20. Pada masa itu, kebanyakan orang Cina yang datang ke Tanah Melayu berasal dari selatan Tanah Besar China seperti Kwangtung, Fuchien dan Kwangsai. Mereka berhijrah berdasarkan dialek daerah. Oleh itu, imigran Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu mempunyai dialek yang berlainan seperti dialek Canton, Hokkien, Hakka, Hailam, Kwangsi dan Teowchew. Kawasan tumpuan mereka di Tanah Melayu kerana mempunyai peluang ekonomi yang cukup luas dan

memberangsangkan. Kepesatan kedatangan imigran Cina dapat dilihat pada tahun 1891 di mana hampir separuh penduduk di Perak, Selangor, dan Sungai

Ujong terdiri daripada orang Cina. Sekitar tahun 1895 hingga 1927, dianggarkan kira-kira seramai enam juta orang Cina telah berhijrah ke Tanah Melayu. Penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu dipengaruhi oleh pelbagai faktor dalaman dan luaran seperti kesengsaraan hidup di Negara China, bencana alam yang berleluasa di Negara China, ketidakstabilan politik dan ekonomi di Negara China, terdapat pelbagai kemudahan untuk berhijrah, pertumbuhan perusahaan getah dan bijih timah di Tanah Melayu serta kestabilan politik di Tanah Melayu.

Proses Asimilasi antara golongan imigran Cina dengan masyarakat tempatan dari aspek penyerapan budaya.

Asimilasi merupakan satu proses percampuran kumpulan-kumpulan minoriti ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar. Kumpulan minoriti akan mempelajari, menyertai, dan mengamalkan cara hidup kumpulan majoriti. Hasil daripada proses percampuran tersebut, kumpulan minoriti akan kehilangan pegangan asal, agama, budaya dan bahasa mereka. Mereka akan

mengamalkan kepercayaan, budaya, bahasa, dan agama kumpulan majority. Pada akhir proses asimilasi, akan wujud kelompok yang sama dan seragam. Proses asimilasi ini merupakan satu proses yang sukar dicapai dalam masyarakat Malaysia memandangkan terdapat terlalu banyak jurang perbezaan antara kaum. Tidak mudah untuk kumpulan-kumpulan minority meninggalkan budaya, bahasa, agama, dan pegangan mereka. Tambahan pula, mereka terpaksa mengamalkan budaya, bahasa, agama dan pegangan kumpulan lain. Namun, di Malaysia proses asimilasi budaya (akulturasi) yang berlaku. Proses akulturasi merupakan satu proses di mana kumpulan minority mempelajari budaya kumpulan majority. Hanya aspek budaya sahaja yang diasimilasikan dan tidak pada keseluruhan cara hidup. Dengan kata lain, kumpulan minority hanya mempelajari aspek ilmu pengetahuan, kepercayaan, seni lukis, moral dan akhlak, bahasa, undang-undang, adat resam, dan lain-lain kemahiran dalam kumpulan majority.

Pakaian Walaubagaimana pun, masyarakat tempatan di Malaysia juga

mempelajari budaya daripada imigran Cina dan India. Masyarakat Melayu mempunyai pakaian tradisionalnya yang tersendiri. Seperti, baju melayu, samping, songkok, dan capal bagi golongan lelaki. Manakala, baju kurung, baju kebaya, kain batik, tudung dan selendang bagi golongan perempuan. Bagi pakaian tradisional masyarakat Cina ialah cheongsam, dan pakaian yang diperbuat daripada kain sutera. Contohnya, dalam aspek kebudayaan yang

dapat kita lihat dari segi pakaian, yang mana wanita kaum cina sudah boleh memakai baju kurung dan kebaya melayu. Hal ini dapat dilihat semasa hari perayaan iaitu kaum cina akan sama-sama merayakan Hari Raya Puasa dengan memakai baju kaum melayu bagi menghormati orang melayu. Manakala, orang melayu juga turut menyambut Tahun Baru Cina dengan mengunjungi rumah kaum cina. Hal ini menunjukkan bahawa integrasi kaum itu telah wujud di Malaysia.

Kesenian Selain itu, kita juga dapat melihat penerimaan budaya di antara kaum cina dan melayu dalam aspek kesenian. Masyarakat Melayu mempunyai keseniannya yang tersendiri. Seperti dalam seni bina, wujudnya ukiran jenis flora dan fauna. Sebagai contoh, itik pulang petang, seni pucuk rebung, seni pucuk paku, dan seni burung merak. Seni ini digunakan dalam ukiran, anyaman dan corak di pakaian, dinding rumah, alat perhiasan, dan alat-alat senjata.. Manakala, dalam masyarakat Cina juga mempunyai kesenian yang berunsurkan flora dan fauna. Contohnya lambing naga, ikan emas, bunga teratai, lambing ying dan yang, dan dewa-dewi. Seni ukiran ini digunakan di dinding, bumbung, pintu gerbang, pakaian, alat perhiasan, lambing kebesaran Negara, hulu pedang, dan cop mohor di raja.Misalnya, terdapat masjid di negeri Melaka yang menggunakan seni bina dari China yang begitu ketara terutama pada bentuk bumbung masjid tersebut yang sama seperti bumbung istana kerajaan China. Di samping itu, seni bunga teratai yang terkenal di China juga turut digunakan dalam masjid seperti ukiran di dinding-dinding, tingkap, dan hiasan pada batu marmar di kolah. Sehubungan dengan itu, masyarakat melayu mempunyai seni kraf tangan seperti mengayam bakul, mengayam tikar dan mengayam atap daun nipah. Masyarakat Cina telah menerima seni kraf tangan ini dalam kehidupan sehariannya pada masa dahulu di Tanah Melayu. Masyarakat Melayu juga menerima seni kraf tangan daripada masyarakat Cina seperti membuat tembikar, pasu bunga dan tempayan yang diperbuat daripada tanah liat.

Ilmu Pengetahuan Seterusnya, dari aspek ilmu pengetahuan iaitu dalam bidang perubatan dalam masyarakat Melayu dan Cina, wanita yang sedang mengandung dan mengamalkan cara hidup tradisional perlu mematuhi segala pantang-larang. Makanan yang mengandungi herba yang dirumus khas untuk menguatkan ibu dan janin, mesti dimakan manakala beberapa makanan dielakkan. Oleh sebab ramai orang cina kekurangan enzim untuk mengahadamkan hasil tenusu, ramai yang tidak meminum susu dan menggantikanya dengan makanan yang diperbuat daripada kacang soya. Sebulan selepas melahirkan anak, ibu-ibu terpaksa patuh kepada pantang-larang untung memulihkan kesihatan dan kekuatannya. Bagi masyarakat Cina, keluarga dan sahabat-handai

menghadiahkan wain dan jenis-jenis makanan untuk memulihkan kekuatan tubuh. Manakala bagi masyarakat Melayu, ibu-ibu perlu memakan herba atau makanan kesihatan yang lain untuk memulihkan tenaga. Selain itu, masyarakat Melayu telah mengamalkan cara perubatan tradisonal masyarakat Cina iaitu ibu yang selepas bersalin perlu memakan sup. Cara perubatan Melayu juga diguna pakai dalam masyarakat cina, seperti memakai bengkung dan amalan bertungku.

Moral dan Akhlak Di kalangan msyarakat melayu, apabila mereka bertemu atau

terutamanya sebelum masuk ke rumah sendiri atau rumah orang lain, mereka akan memberi salam: Assalamualaikum dan jawapan yang diterima ialah

Waalaikumussalam. Sapaan yang amat indah ini memohon keamanan dan kesejahteraan Allah bagi mereka yang menerima salam itu. Sebagai balasan, orang yang menyapa mengharapkan salamnya dijawab. Umumnya, orang Islam tidak akan menyapa orang yang bukan Islam dengan Islam ini. Tetapi, setelah berlakunya proses asimilasi budaya ini, Masyarakat Cina juga sering menyapa diantara satu sama lain seperti Hai dan Apa khabar. Apabila orang Melayu bertemu dengan orang Cina mereka boleh bertegur sapa dan bersalaman diantara satu sama lain. Ini menunjukkan masyarakat Cina mampu menerima budaya masyarakat Melayu.

Makanan Proses penyerapan budaya juga dapat dilihat daripada aspek penyediaan makanan. Kaum melayu terkenal dengan makanan yang pelbagai jenis seperti masak asam pedas, masak lemak, masak kunyit dalam masa yang sama terdapat juga pelbagai jenis kuih-muih tradisional yang diwarisi daripada nenek moyang mereka seperti kuih bahulu dan kuih lapis. Manakala bagi orang cina pula terkenal dengan makanan seperti masakan bersup, herba, teh, mee tiew, dan kuih pau. Apa yang hendak dikatakan di sini ialah orang cina yang datang ke alam melayu ini sudah pandai menyesuaikan kehidupan mereka dengan memakan makanan sama seperti yang dimasak oleh kaum melayu malahan mereka juga sudah pandai makan yang pedas-pedas. Walaubagaimana pun, kaum melayu juga tidak turut meniru cara penyediaan kaum cina seperti masakan yang berunsurkan sup dan mee goreng. Selain itu, apabila tiba musim perayaan pula, kaum cina yang berkunjung ke rumah kaum melayu untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri suka makan ketupat dan dodol, masak rendang dan, sebagainya. Manakala, orang melayu pula suka makan kuih bulan dan makananmakanan yang disediakan oleh orang cina ketika sambutan Tahun Baru Cina. Namun sekarang, kaum melayu dan kaum cina sudah pandai menyediakan sendiri makanan yang bukan daripada budaya mereka dan ini membuktikan bahawa masing-masing menerima baik penyerapan yang dibawa oleh keduadua kaum ke dalam kehidupan seharian.

Bahasa Di Malaysia, terdapat pelbagai loghat mengikut setiap negeri. Mengikut Bahasa Melayu baku, semua perkataan akan disebut dengan jelas dan betul mengikut ejaan. Tetapi, terdapat sesetengah negeri di Malaysia yang menggunakan loghat yang berbeza walaupun perkataan tersebut adalah yang sama. Sebagai contoh, penggunaan perkataan dalam perbualan seperti; Makan. o Di Terengganu disebut makang. o Di Kelantan disebut make. Besar o Di Perak, Johor, dan Terengganu disebut beso. o Di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang disebut besaq. o Di Negeri Sembilan disebut bosa. o Di Melaka disebut besau. Sehubungan dengan itu, masyarakat Cina yang tinggal lama dengan masyarakat tempatan akan menggunakan loghat negeri tersebut apabila mereka bertutur. Hal ini menunjukkan bahawa penyerapan budaya itu akan berlaku secara perlahan apabila kita tinggal lama dan bercampur dengan golong yang majoriti di tempat berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai