DEFINISI RASUAH
Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka - Rasuah bermaksud pemberian menumbuk rusuk dalam erti kata menyogok atau menyuap.
Kamus Zaba (2000) - Sesuatu yang diberikan kepada seseorang seperti wang, hadiah dan lain-lain dengan tujuan untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan dengan senang.
3/23/2013
Dalam al-Quran rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi perbuatan jenayah yang lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. Dalam Al-Quran rasuah tidak disebut secara khusus tetapi keterangan secara umum boleh ditakrifkan apa juga pengambilan harta yang diambil secara batil adalah haram.
Firman Allah dalam Al-Quran: "Janganlah kamu memakan harta secara batil atau secara haram di kalangan kamu". (Al-Quran: Surah al-Baqarah, Ayat 188).
3/23/2013
PENYATAAN MASALAH
Gejala rasuah dalam industri pembinaan di negara ini berada pada tahap yang serius (Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kassim Mohamed).
1 dan 2% daripada pulangan sesebuah syarikat pembinaan telah diperuntukkan untuk tujuan rasuah dan ia jumlah yang besar jika dibandingkan dengan pulangan yang diperoleh daripada projek berskala besar.
3/23/2013
Pendekatan rasuah mula dijadikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan pertolongan dan peluang agar tidak berdepan dengan kesukaran dan kegagalan jika mengikut prosedur biasa. Kos kontrak juga boleh meningkat dan untuk memastikan keuntungan yang setimpal selepas 'pelaburan' itu, rasuah juga digunakan agar kos dapat dijimatkan bagi mengelak daripada mematuhi prosedur, piawaian atau syarat-syarat yang ditetapkan.
3/23/2013 5
Pengurus Besar Kanan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Megat Kamil Azmi Megat Rus Kamarhani berkata, bilangan projek pembinaan yang tidak seimbang berbanding jumlah kontraktor berdaftar juga menjadi salah satu punca rasuah berleluasa. Setiap tahun, projek sama ada dari kerajaan atau swasta hanyalah berada dalam lingkungan 5,000 hingga 6,000 sahaja untuk projek bernilai RM500,000 ke atas. Bandingkan bilangan ini dengan jumlah kontraktor berdaftar seluruh negara iaitu seramai 64,389 orang. Bayangkan persaingan yang wujud antara kontraktor untuk mendapatkan projek.
3/23/2013 6
3/23/2013
iv. Bersubahat
Seksyen 28 Akta SPRM 2009 memperuntukkan bahawa menjadi satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah akta ini apabila mana-mana orang membantu atau bersubahat melakukan kesalahan di bawah akta ini. Maksudnya baik kontraktor mahupun penjawat awam, keduadua mereka dianggap bersalah jika didapati bersekongkol atau berpakat melakukan kesalahan-kesalahan yang dimaksudkan.
v. Menyalahgunakan Kuasa
Seksyen 23 Akta SPRM 2009 memperuntukkan bahawa menjadi satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah akta ini apabila mana-mana juga penjawat awam menggunakan pangkat, jawatan dan kedudukannya sama ada (1) membuat apa-apa keputusan atau (2) mengambil atau membuat apa-apa jua tindakan untuk mendapatkan suapan di mana beliau secara langung atau tidaklangsung mempunyai kepentingan dalam urusan tersebut.
3/23/2013
OBJEKTIF
1) Mengenalpasti punca-punca berlakunya amalan rasuah 2) Mengenalpasti kesan-kesan rasuah terhadap industri pembinaan di Malaysia 3) Mengenalpasti langkah-langkah bagi membendung amalan rasuah dalam industri pembinaan di Malaysia
3/23/2013
SKOP KAJIAN
Pihak-pihak yang terlibat di dalam industri pembinaan di Malaysia
3/23/2013
10
JENIS-JENIS RASUAH
1) Rasuah Pentadbiran Penguatkuasaan dan pelaksanaan secara menyeleweng dan secara sewenang-wenangnya melanggar peraturan, undangundang dan garis panduan, yang dikuat kuasakan oleh kakitangan awam bagi tujuan memperoleh keuntungan peribadi secara haram 2) Rasuah Perolehan Agihan/peruntukan kewangan dan sumber awam ataupun kerajaan 3) Rasuah Penawanan Tindakan ejen-ejen ekonomi atau firma dalam sektor awam atau swasta untuk mempengaruhi penggubalan serta pelaksanaan undang-undang, peraturan, arahan (decrees) dan lain-lain dasar kerajaan supaya memihak serta menguntungkan mereka dengan memberi sogokan kewangan.
3/23/2013
11
Rasuah vs Hadiah
Rasuah adalah pemberian samada dalam bentuk harta atau manfaat tertentu yang bertujuan untuk memperolehi sesuatu yang bukan haknya, atau menzalimi hak pihak lain. Dalam Mausuah al-Fiqhiyyah al-Kuwitiyyah ditakrifkan apa yang diberikan dengan tujuan memalsukan kebenaran dan membenarkan kepalsuan. (lihat:, 22/220) Al-Imam al-Mawardi merumuskan rasuah apa yang diberikan kerana menuntut sesuatu, hadiah pula apa yang disumbang tanpa sebarang balasan. Hadiah adalah pemberian atas sebab suka atau sayang tanpa sebarang tuntutan atau ganjaran balas yang disyaratkan.
3/23/2013
12
Selepas itu, pihak yang mengambil juga amat mengetahui bahawa pemberian itu memberikan kesan kepada urusannya atau tidak. Adakah pemberian tersebut akan menyebabkan dia terasa untuk akan membalas budipihak berkenaan dengan memberikan kepadanya apa yang bukan haknya, atau menzalimi hak orang lain? Sabda Nabi s.a.w: Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat (Riwayat al-Bukhari). Juga sabda Nabi s.a.w: Kebaikan itu apa yang menenangkan jiwa, sementara kejahatan itu keraguan dalam jantung hati, teragak-agak di dada sekalipun manusia memberi fatwa kepadamu ( ianya baik) (Riwayat Ahmad dan al-Darimi)
3/23/2013
13
Rasuah juga akan menyebabkan peluang pekerjaan berkurangan, aktiviti penawaran, permintaan barangan, perkhidmatan dan penggunaannya terjejas. Rasuah menjadi punca kepada pelbagai masalah sosial, ketidakadilan dalam pengagihan kekayaan negara. Rasuah juga menyebabkan timbulnya rasa tidak puas hati, kemarahan dan persepsi negatif di kalangan masyarakat terhadap agen-agen pelaksana. Jika demikianlah keadaannya, maka jelas bahawa jenayah rasuah boleh mendatangkan impak negatif yang maksima lagi berkarat kepada aktiviti dan pertumbuhan ekonomi global pada keseluruhannya. Rasuah lebih cenderung untuk meningkatkan perbelanjaan awam melebihi daripada yang diperlukan. Lagi besar perbelanjaan awam sesebuah projek awam, lagi luas ruang untuk para pegawai tinggi kerajaan yang tidak jujur memanipulasikan keadaan. Berlaku penindasan kepada mereka yang layak di mana mereka tidak mampu mendapat tempat walaupun mempunyai kelayakan yang mencukupi disebabkan rasuah. Ini menyebabkan timbulnya perasaan dendam terhadap pemberi dan penerima rasuah yang menjadikan suasana kucar-kacir. Akhirnya banyak kerja terbantut dan terbengkalai malah banyak kerugian terpaksa ditanggung.
3/23/2013
16
Jenayah rasuah itu menyebabkan satu-satu projek yang ditawarkan : (1) menjadi mewah, mahal dan membawa kepada pembiayaan yang tidak berhemah, (2) menyebabkan pulangan pelaburan yang terlalu rendah, amat merugikan dan meletakkan Kerajaan atau pembiaya seperti institusi perbankan serta pelabur-pelabur sama ada dalam mahupun luar Negara dalam keadaan dilema dan berisiko tinggi. Risiko boleh berlaku dalam bentuk kerugian, fraud, kebankrapan dan tindakan sivil oleh stakeholder yang teraniya (3) membiayai butiran yang tidak wujud seperti mewujudkan skop kerja atau spesifikasi secara palsu iaitu menipu Kerajaan dan rakyat dalam pembinaan projek, projek sakit, merbahaya dan mendatangkan kemudaratan serta keselamatan kepada kesejahteraan masyarakat dan persekitaran, dan (4) kecenderungan menabung dan mengguna masyarakat dalam negara menurun, (5) pengangguran meningkat dan menimbulkan pelbagai masalah sosial kepada negara.
3/23/2013 17
Liabiliti Kontrak
Pembiaya, pemilik dan pelaksana projek (Kontraktor atau subkontraktor) adalah terikat supaya mematuhi dan melaksana apa-apa juga terma yang telah dipersetujui mengikut kontrak. Pelanggaran kepada terma-terma kontrak dan Akta SPRM 2009 dan undangundang yang berkaitan dengannya boleh menyebabkan berlakunya: (a) Penamatan Kontrak (Contract Termination) terhadap mana-mana pemilik atau mereka-mereka yang memperolehi kontrak atau tender secara memberi rasuah atau melibatkan penipuan; (b) Kerosakan (damages) menyebabkan pembiaya projek membayar apaapa kerosakan atau kerugian akibat daripada perbuatan jenayah rasuah atau penipuan; (c) Liabliti undang-undang dan hukuman ditanggung oleh pembiaya projek akibat kesalahan rasuah dan penipuan yang dilakukan oleh pekerja, sekutu, proksi, anak- anak syarikat, ejen, rakan (joint venture partner) dan sub- kontraktor.
Liabiliti Jenayah Pesalah akan terdedah kepada liabiliti undang-undang dan diheret ke muka pengadilan yang melibatkan pemenjaraan, bayaran denda , hilang peluang perniagaan, reputasi terjejas, disenarai hitamkan dan menyebabkan kelesuan kepada syarikat ataupun kontraktor itu sendiri.
18
3/23/2013
3/23/2013
19
Menahan, mendakwa dan menghukum pesalah-pesalah rasuah tanpa mengira kedudukan mereka. Usaha kerajaan dengan mengadakan kempen iklan yang efektif. Kempen yang dilancarkan perlulah menggunakan media massa secara holistik iaitu dari akhbar hinggalah ke internet untuk memastikan semua khalayak masyarakat menerima kempen tersebut. Penerapan konsep keagamaan dan moral - hendaklah dilakukan terutama di sektor pendidikan negara seperti dikalangan pelajar sekolah dan universiti. Memodenkan serta memajukan sistem pentadbiran urusan perolehan, pembekalan dan pembinaan adalah satu langkah yang preventif bagi mengurangkan rasuah dalam sektor pembinaan. Ia termasuk meningkatkan kecekapan, ketelusan dan tahap profesionalisma agen pelaksana yang terlibat dalam sektor ini.
3/23/2013 20
3/23/2013
21
3/23/2013
22
Dan janganlah kamu makan harta di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu menyuap dengan harta itu kepada para hakim, dengan bermaksud agar kamu dapat memakan sebahagaian harta orang lain itu dengan jalan yang dosa, padahal kamu mengetahuninya. (Surah al Baqarah, Ayat 188).
3/23/2013
23