Anda di halaman 1dari 5

AMALI 8 TARIKH: 24/11/11 TAJUK AMALI : PEMANGKASAN OBJEKTIF : 1.

Melakukan aktiviti pemangkasan pada pokok belimbing dengan kaedah yang betul PENGENALAN : Pemangkasan dilakukan untuk memotong bahagian batang, dahan atau ranting bagi menggalakkan lagi pertumbuhan pucuk-pucuk, cabang atau dahan dan juga menggalakkan pengeluaran bunga serta buah. Pemangkasan juga dilakukan untuk membuang sebahagian daripada tumbuhan dengan cara yang teratur supaya pokok tumbuh mengikut yang dikehendaki. Tujuan pemangkasan adalah : Membentuk pokok kepada bentuk yang dikehendaki Membuang dahan yang mati / berpenyakit / dahan yang tidak diperlukan Merangsang pertumbuhan tunas / bunga / buah Memberi keseimbangan pada pokok Memperbaiki lingkungan pertumbuhan tanaman (mengatur penerimaan cahaya matahari, pengudaraan & kelembapan) Meningkatkan nilai astetik tanaman Membuang percabangan / dahan yang mengganggu aktiviti manusia

Terdapat empat jenis pemangkasan iaitu :Pemangkasan membentuk - Ia dilakukan untuk mendapatkan bentuk yang sesuai pada pokok yang tertentu. Biasanya dilakukan semasa pokok masih lagi kecil. Tunas-tunas sisi dibuang dan hanya tunas utama yang dikekalkan. Kemudian, barulah dahan dibiarkan tumbuh untuk mendapatkan bentuk yang dikehendaki. Cara ini sesuai dilakukan untuk pokok pagaran, bonsai, pokok hiasan dan pokok di pinggiran jalan.

Pemangkasan kelaziman - Ia dilakukan dengan membuang tunas air, dahan yang patah berpenyakit atau mati. Pemangkasan ini bertujuan untuk mengekalkan bentuk dan kesuburan pokok serta mengekalkan bentuk tanaman selepas cantasan membentuk dilakukan.

Pemangkasan pemulihan - Ia dilakukan dengan cara memotong dahan pokok sehingga ke pangkal atau batang utama. Ini bertujuan untuk menggalakkan batang atau dahan baru tumbuh dengan segar dan seterusnya dapat memulihkan pertumbuhan pokok tersebut. selain itu, pemangkasan pemulihan juga dilakukan untuk mendapatkan pokok yang kelihatan bersih dan cantik selain itu dapat menolong pertumbuhan pokok tanpa membazirkan makanan kepada bahagian-bahagian pokok yang tidak berguna dan seterusnya

menggalakkan pertumbuhan tunas-tunas baru Pemangkasan penjarangan - Ia dilakukan untuk memperoleh bentuk pokok yang seimbang dan cantik agar peredaran udara dan cahaya matahari dapat masuk ke semua bahagian pokok. Selain itu, cara ini juga dapat mengelakkan musuh dan perosak berlindung dan terhindar dari serangan penyakit. Pemangkasan penjarangan juga dapat mengurangkan pokok daripada terdedah kepada kerosakan yang disebabkan oleh angin atau ribut. Sesuai dilakukan ke atas pokok-pokok landskap yang mengeluarkan dahan utama dengan banyak dan rapat. Untuk memangkas dahan yang besar, kaedah pemotongan tiga kali adalah digalakkan. Kaedahnya : Memotong dahan yang hendak dibuang di bahagian bawah (10-15 cm daripada batang) sedalam setengah lilitan batang Pemotongan dari bahagian atas dengan jarak 2-3 cm dari potongan pertama Akhir sekali, tunggul yang tinggal dipotong.

ALATAN : Gergaji pangkas Secateur Sarung tangan

PENERANGAN : Mengikut kumpulan, kami perlu melakukan pemangkasan terhadap pokok belimbing. Sebelum aktiviti bermula, penunjukajar menerangkan mengenai pemangkasan dan pokok belimbing. Sedikit penerangan mengenai belimbing. Belimbing atau nama botaninya Averrhoea carambola berasal dari keluarga Oxalidaceae. Juga dikenali sebagai belimbing besi, belimbing segi dan belimbing manis. Ia dipercayai berasal daripada gugusan pulau-pulau di Asia Tenggara iaitu Pulau Jawa, Indonesia hingga ke Filipino. Tanaman belimbing boleh didpati di selruh Semenanjung Malaysia terutamanya di Selangor, Johor, Pahang dan Negeri Sembilan. Terdapat beberapa klon yang ditanam di negara ini terutamanya B10 yang ditanam denagn meluas kerana mendapat pasaran eksport yang baik terutamanya di Eropah Barat. Klon lain yang ditanam ialah klon B2 yang ditanam untuk membantu pendebungaan bagi penghasilan B10 manakala B17 hanya untuk pasarantempatan kerana keadaan keadaan fizikal yang kurang menarik dan sukar dikenadalikan walaupun rasanya lebih manis. Buah belimbing perlu dibungkus dengan kertas bagi mengelakkan serangan lalat buah. Pokok belimbing perlu dipangkas pada peringkat awal untuk membentuk dan mengawal ketinggian pokok supaya kerja-kerja pengurusan dapat dijalankan dengan baik. Pemangkasan ini akan melibatkan cantasan bahagian pokok bagi mengubah bentuk rimbunan, membuang bahagian pokok yang tidak perlu dan yang berpenyakit. Dahan-dahan kecil yang terlalu banyak perlu dicantas kerana ia boleh mengganggu kerja penyelenggaraan seperti menyembur racun, membungkus dan memetik buah.

Terdapat dua jenis pemangkasan yang sesuai untuk pokok belimbing : Bentuk terbuka tengah - batang utama di pangkas pada peringkat awal pertumbuhan iaitu pada paras 1m dari tanah. Diantara 3 ke 4 dahan sisi dibiarkan membesar dari batang utama tadi. Dahan ini akan membesar dan rimbunan akan menjadi terbentuk dan rendang. Tetapi, ranting yang terlalu melempai dijaga dan dipangkas supaya rimbunan pokok terkawal. Selain daripada mencantas, dahan-dahan baru dilenturkan ke bawah bagi menggalakkan pertumbuhan bunga baru pada musim berikutnya. Dahan pandu terubahsuai Rimbunan pokok dibentuk dengan mencantas dahan-dahan kecil sisi sahaja. Dahan-dahan yang bersaiz besar dikekalkan dan dibiarkan meningkat ketinggiannya. Selepas tiga atau lima tahun, dahan-dahan ini baru dibentuk. Pemangkasan semula dahan utama perlu dilakukan lagi.bentuk dahan pandu terubahsuai kerap kali digemari kerana pembungkusan dan proses memetik buah lebih mudah dilakukan.

AKTIVITI : Kami dibahagikan kepada empat kumpulan dan setiap kumpulan perlu memangkas beberapa batang pokok belimbing mengikut cara pangkasan yang telah di tunjuk oleh penunjukajar.

Anda mungkin juga menyukai