Anda di halaman 1dari 8

5 RUKUN ISLAM 1. Mengucap dua kalimah syahadah. 2. Mendirikan solat. 3. Menunaikan zakat. 4. Berpuasa di bulan Ramadhan. 5.

Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu. 6 RUKUN IMAN 1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala. 2. Beriman dengan para malaikat. 3. Beriman dengan kitab-kitab suci. 4. Beriman dengan para Rasul. 5. Beriman dengan Hari Akhirat. 6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

Polis Guru Pakar peubatan Pakar ekonomi Pakar sains Pemimpin Pekebun

Golongan Mukallaf Golongan inilah yang layak mentadbir alam.Mereka ialah orang yang berakal,baligh dan beragama Islam. Allah memebekalkan kepada mereka akal fikiran dan sistem pentadbiran yang lengkap merangkumi segala aspek kehidupan manusia.Setiap peribadi muslim itu mempunyai kewajibannya yang tersendiri samada berbentuk individualistik atau kemasyarakatan.Ia lebih dikenali dengan fardhu ain dan fardhu kifayah.

Fardhu ain bermaksud perkara yang wajib bagi setiap orang Muslim dan ia mencakupi dua perkara:

Pertama:
Mengetahui kewajipan-kewajipan agama yang menjadikan akidah keimanan dan fardhu-fardhu yang ditetapkan oleh Islam itu sah. Ia berupa beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya, Hari Kiamat, dan ketentuan qadar yang baik dan jahat. Begitu juga rukun-rukun dan fardhu-fardhu sembahyang, zakat, puasa dan haji. Ini adalah apa yang dinyatakan di dalam hadith Ibn Umar yang disepakati kesahihannya yang bermaksud:

Dibina Islam itu atas 5 perkara: Menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan fardhu haji bagi sesiapa yang mampu melakukannya.

Kedua:
Mengetahui perkara haram yang qati dan menafikan agama seperti syirik kepada Allah, pengharaman menderhaka kepada kedua-dua ibubapa, menipu, khianat, memakan harta dengan batil, riba, merampas, menipu (putar belit), pengharaman membunuh, zina, qazaf, mencuri, minum arak, pengharaman mendedahkan aurat, wanita-wanita yang menjadi mahram di dalam perkahwinan, pengharaman memakan bangkai, memakan daging babi dan binatang yang disembelih untuk selain Allah kecuali bagi mereka yang terpaksa.

Fardhu Kifayah
Kifayah dari segi bahasa bermaksud mencukupi dan memadai. Dari segi istilah ia membawa maksud kewajipan yang difardhukan ke atas seluruh umat Islam dengan tujuan untuk menegakkan agama Islam seperti menuntut ilmu al-Quran, ilmu Hadith, menyempurnakan jenazah dan mengajak kepada amar maruf nahi mungkar. Imam an-Nawawi pula menyatakan bahawa perlaksanaan fardhu kifayah itu dituntut atau dikenakan ke atas semua orang Islam yang mukallaf. Apabila seorang atau sebahagian umat Islam melaksanakannya maka terlepaslah tanggungjawab itu dari seluruh umat Islam. Menurut Ibn Khaldun manusia tidak dapat hidup sendirian sebaliknya memerlukan kepada satu organisasi kemasyarakatan di mana mereka dapat bekerjasama dalam menjalani kehidupan. Sebagai contoh, manusia memerlukan makanan untuk hidup dan makanan tersebut tidak dapat dihasilkan tanpa melalui beberapa proses yang melibatkan pengemblengan tenaga kerja sesama manusia dan alat-alat tertentu. Oleh yang demikian memiliki kemahiran di dalam hal tersebut bagi memenuhi keperluan masyarakat juga termasuk dalam tuntutan fardhu kifayah.

Fardhu Ain
Seseorang itu wajib melakukan sesuatu pada waktu yang wajib ia melakukannya. Tidak gugur fardhu itu dari seseorang sekiranya ada orang lain yang melakukannya. Melakuakan apa yang disuruh dan meniggalkan apa yang dilarang oleh Allah. Fardhu Ain ialah sesuatu yang telah diwajibkan oleh Allah kepada setiap hambanya seperti keimanan, sembahyang,puasa,menuntut ilmu,berjihad dan seumpamanya.

Fardhu Kifayah
Suatu kewajipan apabila sebahagian orang melaksanakannya, maka kewajipan itu gugur bagi yang lainnya. Contohnya, berjihad,solat berjamaah,ilmu, pakar dalam suatu bidang dan sebagainya.Ia terbahgai kepada beberapa bahagian seperti kifayah dini,kifayah duniawi,kifayah syarat hakim dan kifayah tanpa syarat hakim. Fardhu kifayah seperti yang disebutkan tidak diwajibkan kepada setiap individu,tetapi apabila dilaksanakan oleh sebahagian orang ia dianggap sudah gugur kewajipan semua. Apabila tidak seorang pun yang melaksanakannya , maka semua orang akan berdosa.

Anda mungkin juga menyukai