Anda di halaman 1dari 2

PERBEZAAN SOLAT LELAKI DAN PEREMPUAN Adakah perbezaan di antara cara solat lelaki dan perempuan?

Apabila RasuluLlah bersabda: 'Bersolatlah sebagaimana kamu melihat aku bersolat' , adakah ini juga ditujukan kepada kaum perempuan? Jika ya, harap boleh beri penjelasan kenapa timbul cara/perbuatan dalam solat untuk lelaki dan perempuan yang berbeza e.g. kaki dan tangan dirapatkan untuk perempuan Jawab: Pada dasarnya, hukum-hukum dan tatacara solat yang ditetapkan syari'at sama saja untuk kedua-dua jantina lelaki dan wanita. Namun begitu para fuqaha' mengeluarkan beberapa garis panduan tertentu buat wanita dengan mengambil kira perbedzaan fizikal dan biologi antara lelaki dan wanita. Beberapa tatacara khusus solat wanita: a) kaki dan tangannya digalakkan dirapatkan ke tubuhnya ketika ruku' dan sujud supaya dapat menutup tubuhnya; kedua kakinya hendaklah diletakkan di sebelah kanan (Ibn Qudamah, alMughni, Vol 1 pg 562) b) Takbirah al ihram. Wanita tidak digalakkan mengangkat takbirah al ihram menurut Madzhab Hanbali (alMughni, Vol1 pg 471); Madzhab Hanafi menggalakkan wanita mengangkat takbir hanya setinggi bahu (alHidayah al Hanafiah, vol 1 pg 198) Madzhab lain, boleh seperti lelaki.....begitulah seterusnya, syarah dalam bab perbedzaan ini memang panjang meliputi semua aspek, cara meletak tangan, kedudukan dalam solah jama'ah, adakah azan dan iqamat perlu bagi wanita? dan seterusnya... Kesimpulan: Pada dasarnya solat lelaki dan wanita itu sama, tapi tatacara wanita ada sedikit perbedzaan kerana ia dipengaruhi oleh pelbagai madzhab feqah dalam Islam dan sesuai dengan fizikal wanita. Ada orang memberitahu saya yang cara solat berjemaah untuk lelaki dan perempuan berbeza. Misalnya, jika 2 orang lelaki solat berjemaah, ma'mum akan berdiri di sebelah kanan imam, apabila datang orang ketiga, maka hendaklah kedua ma'mum berundur ke belakang imam (sesuai dengan perbuatan Rasulullah sendiri). Tetapi saya telah diberitahu untuk perempuan caranya berbeza, ma'mum akan berdiri di sebelah KIRI imam. Apabila dirujuk Fiqh Sunnah oleh Sayyid Sabiq, orang itu memberi hujah yang mengatakan itu hanya berkaitan dengan jemaah lelaki. Jawab:

Hukum wanita menjadi imam bagi wanita yang lain. Imam Maliki dan Hanafi memakruhkan wanita mengimani wanita yang lain dalam solat jama'ah. Jumhur madzhab lain (Syafi'iy, Hanbali, Dzahiri, Zaidiyah) membolehkan. (Bidayah alMujtahid, Jld 1 pg 114.) Ibn Qudamah (alMughny, Jld 2. pg 202), menjelaskan wanita disarankan solat berjamah sesama wanita. Kami mempunyai Hadis riwayat Ummu Waraqah dalam hal ini, cuma wanita tidak boleh azan. Kedudukan wanita dalam solat jama'ah, jika makmum wanita hanya seorang, dia hendaklah berdiri di sebelah kanan imam seperti lelaki juga. Jika wanita solat beramai-ramai, imam wanita hendaklah berada ditengah-tengah barisan (berbedza dengan lelaki yang berada dihadapan barisan) (DR A K Zaidan, al Mufassal, Jld satu, pg 381382)

Anda mungkin juga menyukai