Anda di halaman 1dari 12

SAMSUL FUAD B.

MAHMUD 650114035573003 HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MAY 2013 ( SMP )

HBEF 2803 ( SMP ) HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN AKTIVITI 1 ADAT RESAM PERKAHWINAN DI MALAYSIA ( KAJIAN DOKUMEN )

NAMA NO. MATRIK

: SAMSUL FUAD B. MAHMUD : 6501135573003

NO. KAD PENGENALAN : 650114 03 5573 NO TELEFON NAMA TUTOR TARIKH : 019 6464371 : : 24 APRIL 2013

PUSAT PEMBELAJARAN: PUSAT PEMBELAJARAN OUM, BATU PAHAT

SAMSUL FUAD B. MAHMUD 650114035573003 HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

ISIKANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 2.0 PROFAIL ETNIK BANGSA 2.1 BANGSA KADAZANDUSUN 3.0 ADAT PERKAHWINAN KAUM KADAZANDUSUN 3.1 Merisik 3.2 Meminang 3.3 Bertunang 3.4 Majlis Perkahwinan 4.0 KESIMPULAN RUJUKAN

MUKASURAT 1 2 2 3 3 4 5 6 9 10

ii

SAMSUL FUAD B. MAHMUD 650114035573003 HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

1.0 PENGENALAN Secara amnya, budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain. Budaya merupakan pengkongsian suatu masyarakat. Budaya tidak dapat berpisah dengan bahasa. Budaya diperolehi melalui proses pembelajaran. Kesukaran memberi definisi bangsa yang tepat adalah kerana perbezaan di antara ciriciri biologi dan keturunan tidak diberi penjelasan yang menyeluruh. Kehadiran sesebuah kelompok masyarakat dibentuk oleh persekitaran politik, pemilihan agama, aktiviti harian dan keupayaan untuk belajar dengan cepat. Setiap individu belajar untuk memudahkannya mengendali hidup dan menjadikan kumpulan yang dipilih untuk bergabung sebagai model paling penting. Memahami bangsa daripada perspektif biologi adalah lebih mudah disuarakan berbanding realiti yang sebenar. Manusia pada awal kejadiannya dibezakan berdasarkan iman dan fasiq, merdeka dan hamba, bertamadun dan liar. Idea mengkelaskan bangsa-bangsa berdasarkan warna kulit, jenis rambut dan lain-lain perwatakan biologi yang dinamakan bangsa ini lebih cenderung pada amalan masyarakat era moden. Ini kerana asal-usul istilah bangsa itu tidak diketahui dari mana. Namun ada yang beranggapan ia dari perkataan Chez iaitu raz yang bererti arteri atau darah. Terdapat juga yang menyamakannya dengan generatio dari bahasa Latin dan generace dari bahasa Perancis lama. Perkataan arraca atau arraze dari Basque yang membawa maksud haiwan jantan yang bertatahkan permata. Sebahagian lagi merujuk pada bahasa Sepanyol iaitu ras yang diambil dari perkataan Arab membawa maksud ketua atau asal-usul.

SAMSUL FUAD B. MAHMUD 650114035573003 HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN 2.0 PROFAIL ETNIK BANGSA 2.1 Bangsa KadazanDusun Kaum KadazanDusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah. Kaum ini juga dikenali sebagai "Momogun" atau "Mamasok" yang masing-masingnya bermaksud "orang asal" Kaum etnik Kadazan-Dusun ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo dan sebagainya. Pada mulanya Tun Fuad Stephens, Huguan Siou (Pemimpin Agung) pertama Kadazan, mencadangkan istilah Kadazan digunakan bagi menyatukan 14 suku kaum yang berkongsi kumpulan bahasa bagi memberikan mereka suara yang lebih besar. Ini dipersetujui oleh ramai, tetapi sesetengah orang Dusun mahukan atonomi lebih besar, dengan itu istilah Kadazan-Dusun dipilih sebagai tolak-ansur. Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat dan kawasan pendalaman. Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang disebut di atas adalah berasal (mendiami) daripada kawasan-kawasan (daerah) tertentu umpamanya Kimaragang di daerah Kota Marudu, Lotud di daerah Tuaran, Orang Sungai di daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan Pitas. Kebanyakan orang Kadazan-Dusun menganuti agama Kristian. Bagi Orang Sungai yang tinggal di daerah Pitas, mereka menganut agama Islam manakala daerah-daerah lain seperti Kinabatangan (Tongod) dan Paitan, Orang Sungai beragama Islam dan Kristian. Masyarakat Lotud (Suang Lotud) turut mendiami kawasan Pantai Barat Selatan negeri Sabah terutamanya Tuaran, Tamparuli, Telipok dan dan sedikit di Kota Belud (Tempasuk). Mereka hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang yang mengumpulkan beberapa

SAMSUL FUAD B. MAHMUD 650114035573003 HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN keluarga, iaitu antara 150 - 200 orang. Walau bagaimanapun, pada masa kini, rumah panjang jarang dilihat dalam etnik ini. Kebanyakannya telah mengalami pembangunan fizikal dan mental. Istilah KadazanDusun ini wujud dari hasil penggabungan etnik Kadazan dan Dusun serta beberapa etnik kecil lain. Penggabungan ini adalah akibat pertelingkahan politik. Lagipun, perbezaan antara kaum Kadazan dan Dusun tidaklah begitu berbeza dan kasar.Beza antara bahasa Kadazan dan Dusun ialah seperti bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia. 3.0 ADAT PERKAHWINAN KAUM KADAZANDUSUN 3.1 Merisik Sebelum sesuatu upacara perkahwinan dilangsungkan, keluarga kedua-dua pihak akan mengatur segala persiapan yang diperlukan. Dalam hal ini perkara yang diutamakan adalah tentang pemberian sebentuk cincin. Cincin ini menjadi tanda peminangan daripada pihak lelaki. Sebelum peminangan dibuat, pihak lelaki melantik seorang tua yang bukan terdiri daripada keluarga terdekat lelaki berkenaan. Segala urusan merisik dan juga pinangmeminang ini mesti dibuat pada waktu pagi. Waktu petang dan malam tidak dibenarkan sama sekali. Wakil pihak lelaki pergi merisik kepada ibu bapa perempuan yang hendak dipinang itu atau pengganti ibu bapa jika ibu bapa perempuan itu sudah tidak ada. Risikan pertama dilakukan untuk mengetahui sama ada perempuan berada dalam proses risikan orang lain atau dia sedang dalam pertunangan. Kalau perempuan itu dalam pertunangan, risikan ifu dihentikan serta-merta. Kalau perempuan itu didapati sedang dalam proses risikan daripada lelaki lain, risikan itu ditangguhkan buat sementara, sehingga keputusan muktamad diperoleh daripada risikan terdahulu itu. Jika risikan yang terdahulu bertukar ke arah pertunangan, maka risikan yang kemudian itu terus dibatalkan. Tetapi jika gagal, risikan yang kemudian itu boleh diteruskan. Risikan ini dibuat berulang kali, peringkat demi peringkat dan adakalanya memakan masa sehingga berhari-hari, malah ada yang sampai berbulan-bulan. Ini disebabkan banyak perkara yang

SAMSUL FUAD B. MAHMUD 650114035573003 HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN mesti diketahui dengan jelas oleh ibu bapa perempuan terhadap keluarga yang merisik anaknya. Antaranya ialah susunan keluarga, kemampuan, pekerjaan dan seumpamanya. 3.2 Meminang Apabila ibu bapa perempuan mendapati risikan itu boleh dipertimbangkan, mereka akan menentukan hari bagi wakil pihak lelaki datang membawa cincin pusaka (dibuat daripada tembaga). Cincin itu juga digelar 'cincin menanti mimpi'. Cincin itu mesti dibawa pada waktu pagi. Apabila ibu bapa perempuan sudah menerima cincin itu, mereka mesti membersihkan diri pada hari itu juga. Mereka tidak boleh makan atau minum apa sahaja yang boleh memabukkan. Cincin itu diletakkan di bawah bantal ibu bapa perempuan itu. Pada malam tersebut mereka mesti berada datam keadaan 'bersih', iaitu tidak mabuk. Pada malam itu juga, salah seorang daripada suami isteri itu atau kedua-duanya sekali akan mendapat mimpi. Adakalanya mereka berlainan mimpi, adakalanya hampir serupa dan adakalanya benar-benar serupa. Biasanya mimpi itu mempunyai tiga keadaan. Pertama, mimpi baik, ini bererti, risikan itu boleh diteruskan kepada proses peminangan. Kedua, mimpi buruk. Tetapi mimpi buruk itu dapat dibaiki atau diperbetulkan. lni bererti, proses pertunangan boleh diuruskan dengan syarat pihak lelaki harus membayar sugit kepanasan mimpi kepada orang yang bermimpi itu. Contoh mimpi yang dimaksudkan ialah seperti bermimpi tentang barang-barang yang pecah seperti periuk atau pinggan-mangkuk. Kemudiannya barang-barang yang pecah itu dibaiki oleh pihak lelaki. Ketiga, mimpi buruk. Contoh mimpi buruk ialah bermimpi akan periuk belanga, kuali, pinggan mangkuk, tempayan atau apa sahaja barang kegunaan hanian yang telah pecah. Ini bererti proses risikan itu berhenti setakat itu sahaja dan perkahwinan tidak boleh dilangsungkan. Hari berikutnya, ibu bapa perempuan tersebut memanggil semua keluarga terdekatnya bermesyuarat untuk membincangkan mimpi mereka. Jenis dan sifat mimpi diterangkan sejelas-jelasnya. Di dalam mesyuarat itulah mereka menganalisa baik dan buruknya mimpi itu.

SAMSUL FUAD B. MAHMUD 650114035573003 HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

3.3 Bertunang Setelah selesai mesyuarat keluarga, ibu bapa perempuan memanggil wakil pihak lelaki untuk memberitahu tentang keputusan mimpi mereka. Ketika itu juga cincin yang digunakan untuk menanti mimpi tadi dipulangkan. Waktu itu, waki lelaki diberitahu sama ada boleh bertunang dengan membayar sugit kepanasan mimpi kerana mimpi buruk boleh dibaiki ataupun tidak boleh bertunang kerana mimpi buruk. Jika mimpi baik, proses pertunangan diteruskan. Perundingan antara pihak lelaki dengan ibu bapa pihak perempuan hanya berkisar pada syarat-syarat hantaran perkahwinan, menentukan tarikh perkahwinan dan kadar besar atau lamanya pesta perkahwinan itu. Pertunangan yang telah ditetapkan tidak boleh diingkari. Jika tidak, pihak yang ingkar terpaksa membayar seluruh atau separuh hantaran yang sudah ditentukan ketika mengikat pertunangan dahulu. Bayaran ini dibuat di depan pengadilan adat. Hantaran kahwin biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk adat istiadat dan barang untuk memperteguhkan semangat. Barang hantaran untuk memperteguhkan semangat ini dikenali sebagai tasor. Tasor ialah tempat pinang yang diperbuat danipada tembaga atau perak. Tasor ini dibawa sendiri oleh pengantin pada hari penrkahwinan. Alat untuk adat istiadat pula dinamakan tinokol iaitu terdiri daripada canang, gong dan tajau (tempayan). Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin itu. Barangan ini juga dibawa pada hari perkahwinan. Jenis makanan pula ialah babi atau kerbau dan jumlahnya bergantung kepada kemampuan keluarga tersebut. Binatang tersebut diberikan kepada pihak perempuan dua atau tiga hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan. lni kerana binatang itu akan disembelih dan dimasak untuk upacara makan di rumah pengantin perempuan nanti. Sebuah tajau berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa pada hari perkahwinan. Lihing ialah tapai yang sudah menjadi arak. Lihing diminum beramai-ramai dalam pesta kahwin di rumah pengantin perempuan. Selain daripada empat hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazan, terdapat beberapa barangan lain yang turut dibawa untuk

SAMSUL FUAD B. MAHMUD 650114035573003 HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN memperlengkap dan memperindahkan majlis hantaran itu. Ini terserah kepada janji yang dibuat semasa majlis pertunangan, juga berdasarkan kemampuan kedua-dua belah pihak. Serendah-rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuat dengan upacara adat, pemujaan agama, pesta bersukaria dan makan minum. Sesingkat-singkat pesta pula adalah antara dua atau tiga hari di rumah pengantin perempuan. Bagi mereka yang berkemampuan, majlis dibuat selama tujuh hingga empat belas hari. Walaupun perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi agama dan kepercayaan, mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malam pertama. Paling cepat mereka hanya boleh bersatu pada malam kedua, malah ada yang mengambil masa selama seminggu atau dua minggu berikutnya. Kesemuanya ini bergantung kepada besar atau lamanya majlis perkahwinan itu diadakan. Untuk membolehkan pengantin ni bersatu, satu upacara khas dibuat. Pasangan pengantin tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang sama. Upacara ini dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak boleh sama sekali hadir di rumah pengantin perempuan sebelum pasangan itu sah bersatu.

3.4 Majlis Perkahwinan Hantaran kahwin biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk adat istiadat dan barang untuk memperteguhkan semangat. Barang hantaran untuk memperteguhkan semangat ini dikenali sebagai tasor. Tasor ialah tempat pinang yang diperbuat daripada tembaga atau perak. Tasor ini dibawa sendiri oleh pengantin pada hari perkahwinan. Alat untuk adat istiadat pula dinamakan 'tinokol' iaitu terdiri daripada canang, gong dan tajau (tempayan). Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin itu. Barangan ini juga dibawa pada hari perkahwinan. Jenis makanan pula ialah babi atau kerbau dan jumlahnya bergantung kepada kemampuan keluarga tersebut. Binatang tersebut diberikan kepada pihak perempuan dua atau tiga hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan. lni kerana binatang itu akan disembelih dan dimasak untuk upacara makan di rumah pengantin perempuan nanti. Sebuah tajau berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa pada hari perkahwinan. Lihing ialah tapai

SAMSUL FUAD B. MAHMUD 650114035573003 HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN yang sudah menjadi arak. Lihing diminum beramai-ramai dalam pesta kahwin di rumah pengantin perempuan. Selain yang di atas, beberapa makanan yang popular di kalangan kaum KadazanDusun juga disediakan. Makanan-makanan tersebut adalah seperti: HINAVA Hinava merupakan makanan yang paling popular di kalangan kaum Kadazandusun. Bahan yang diperlukan untuk penyediaan makanan ini ialah Isi ikan ( Ikan Tenggiri ) dihiris halus, biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah , limau kapas dan garam. NOONSOM Noonsom lebih dikenali sebagai jeruk dalam Bahasa Melayu. Terdapat beberapa jenis Noonsom yang telah diperkenalkan oleh Kaum Kadazandusun. Antara yang paling popular ialah Noonsom Sada (Ikan), Noonsom Bambangan dan Noonsom Tuhau. Noonsom Sada - Ikan yang digunakan ialah jenis ikan air tawar, dibersihkan dan dijeruk menggunakan isi buah Pangi (ditumbuk ), nasi dan garam. Campurkan kesemua bahan dan diisi ke dalam bekas botol/tajau kecil dan biarkan selama sepuluh atau dua belas hari sehingga boleh dimakan. Noonsom Bambangan - Isi Buah Bambangan dihiris dan dicampur dengan biji buah bambangan yang telah diparut dan sedikit garam. Apabila kesemua bahan dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol atau tajau kecil dan biarkan selama seminggu sebelum dimakan. Noonsom Tuhau - Isi Tuhau dihiris halus dan dijeruk dengan cuka, garam dan cili merah. Apabila kesemua bahan telah dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol dan biarkan beberapa minit sebelum dihidangkan.

SAMSUL FUAD B. MAHMUD 650114035573003 HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN PINAASAKAN Bahan yang diperlukan untuk penyediaan makanan ini ialah ikan ( ikan air tawar/ikan air laut ) , dibersihkan dan dicampur dengan sedikit biji kunyit dan halia yang telah ditumbuk, sedikit biji asam jawa atau buah asam 'takob-bakob' , garam, serbuk perasa dan sedikit air. Biarkan ia mendidih sehingga air hampir kering. SUP MANUK LIHING Masakan ini lebih dikenali sebagai 'Sup Ayam Lihing' dalam Bahasa Melayu. Bahan yang diperlukan ialah seekor ayam kampung , sejenis minuman keras yang lebih dikenali 'Lihing' di kalangan kaum Kadazandusun dan hirisan halia. Cara menyediakan, rebus daging ayam yang telah dipotong dengan setengah cawan lihing , hirisan halia, garam dan serbuk perasa. Biarkan ia mendidih sehingga daging ayam betul-betul lembut sebelum dihidangkan. Selain daripada empat hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazan, terdapat beberapa barangan lain yang turut dibawa untuk memperlengkap dan memperindahkan majlis hantaran itu. Ini terserah kepada janji yang dibuat semasa majlis pertunangan, juga berdasarkan kemampuan kedua-dua belah pihak. Serendah-rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuat dengan upacara adat, pemujaan agama, pesta bersukaria dan makan minum. Sesingkat-singkat pesta pula adalah antara dua atau tiga hari di rumah pengantin perempuan. Bagi mereka yang berkemampuan, majlis dibuat selama tujuh hingga empat belas hari. Walaupun perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi agama dan kepercayaan, mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malam pertama. Paling cepat mereka hanya boleh bersatu pada malam kedua, malah ada yang mengambil masa selama seminggu atau dua minggu berikutnya. Kesemuanya ini bergantung kepada besar atau lamanya majlis perkahwinan itu diadakan. Untuk membolehkan pengantin ni bersatu, satu upacara khas dibuat. Pasangan pengantin tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang sama. Upacara ini dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak boleh sama sekali hadir di rumah pengantin perempuan sebelum pasangan itu sah bersatu.

SAMSUL FUAD B. MAHMUD 650114035573003 HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Majlis perkahwinan orang Kadazan memakan masa selama tiga hari. Perkara yang paling penting dalam upacara perkahwinan ialah miohon pinisi iaitu upacara menukar gumpalan nasi. Untuk memulakan upacara ini, pengantin lelaki dan perempuan duduk berhadapan di tengah-tengah bulatan gadis-gadis yang ber-pakaian tradisional berwarna hitam. Di hadapan mereka terletak seperiuk nasi dan kedua-dua pengantin akan menggenggam nasi dan periuk tersebut untuk dijadikan gumpalan sebesar telur ayam. Kemudian kedua-duanya akan bertukar-tukar gumpalan nasi itu, lalu dimakan. Upacara miohon pinisi merupakan nazar perkahwinan menurut cara tradisional. Setelah upacara ini dilakukan, makanan dan minuman pun dihidangkan kepada para tetamu yang hadir. Gong dibunyikan semula, diikuti dengan pertunjukan tarian sumazau.

4.0 Kesimpulan Masyarakat pelbagai etnik dan kebudayaan hidup dalam keadaan yang harmoni dan saling bantu membantu antara satu sama lain adalah merupakan keunikan bagi negeri Sabah. Masyarakatnya hidup dalam keadaan kepelbagaian budaya dan menarik perhatian ramai pelancong luar ke negeri ini. Pelbagai adat istiadat dari masyarakat yang berbilang bangsa masih lagi di luar pengetahuan kita.Dengan mendekati dan mendalami adat istiadat sesuatu bangsa itu, kita akan lebih mengenali bangsa tersebut. Dalam hal yang demikian, prasangka tidak lagi timbul dan masyarakat Malaysia boleh hidup dengan lebih aman dan harmoni.

SAMSUL FUAD B. MAHMUD 650114035573003 HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN RUJUKAN 1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Kadazan-Dusun 2. http://www.sabahtourism.com/sabah-malaysian-borneo/en/culture/6-thekadazandusun/ 3. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/395-artikel/7481etnik-sabah-dalam-kepelbagaian-kebudayaan.html 4. Jacqueline,P.G.(2012)Masyarakat Sabah:Kadazan Dusun,UTBM:Kuala Lumpur.

10

Anda mungkin juga menyukai