Anda di halaman 1dari 49

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

1.0

PENGENALAN.

Salah satu komponen asas dalam kecergasan fizikal iaitu daya tahan kardiovaskular. Ia juga merangkumi pengucupan otot besar yang memerlukan penyesuaian dengan sistem peredaran respirasi.

Manakala daya tahan kardiovaskular dari aspek kecekapan ( rehat dan sub maksimum ),

fisiologi iaitu dari

sudut

daya tahan dan keupayaan maksimum

merupakan pengukuran fungsi kardiorespiratori (Safrit,1981). Pakar perubatan dan juga saintis selalu menggunakan ujian senaman bagi menilai secara objektif fungsi kapasiti aerobik (VO2 max). Bagi mengklasifikasikan tahap kecergasan kardiovaskular

seseorang, maka VO2 max yang tentukan dari ujian senaman maksimum dan submaksimum digunakan. Jumlah pengambilan oksigen maksimum biasanya dianggap sebagai petunjuk atau tanda terbaik bagi kecergasan kardiorespiratori seseorang.

2.0

DEFINISI

Mengikut Safrit (1981), kecergasan daya tahan kardiorespiratori adalah sistem peredaran respitoratori semasa menjalankan aktiviti fizikal atau bersukan di mana ia memerlukan usaha yang tinggi.

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

Corbin & Lindsey ( 1994 ) mendefinisikan daya tahan kardiovaskular sebagai keupayaan saluran darah dan sistem respiratori menyalurkan oksigen ke otot dan keupayaan otot menggunakan tenaga ini untuk aktiviti senaman.

Corbin dan Lindsey ( 1994 ) juga menjelaskan kuasa aerobik maksimun adalah kiraan isipadu maksimun seminit oksigen atau VO2 max. Kadar pengambilan oksigen maksimun ini boleh diukur di dalam makmal melalui larian di atas Treadmill atau Berbasikal Ergometer.

Daripada kenyataan di atas dapatlah dirumuskan bahawa adanya perhubungan antara kadar nadi dan penggunaan oksigen semasa senaman dijalankan. Pada amnya kadar nadi seseorang berubah secara linear dengan penambahan penggunaan oksigen. Keadaan ini adalah sama bagi setiap individu tetapi terdapat perbezaan antara individu terlatih dengan tidak terlatih. Bagi individu yang terlatih, selalunya kadar nadi adalah kurang semasa senaman berbandingan dengan individu yang tidak terlatih. Gambahrajah 2.1 dapat merumuskan bahawa individu yang menjalankan senaman akan mempunyai kecergasan kardiovaskular yang lebih baik.

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

Pengambilan O2

Gambarajah 2.1

VO2 MAX

Beban kerja Gambarajah 2.1 : Perkaitan antara pengambilan oksigen dengan beban kerja

Bagi mengukur pengambilan oksigen yang maksimun, Baumgartner dan Jackson ( 1991 ) mengesyorkan supaya beban kerja ditingkatkan secara beransur - ansur sehingga subjek tidak berupaya meneruskan aktiviti tersebut. Pengambilan oksigen yang maksimun adalah pada tahap di mana peningkatan beban kerja tidak mempengaruhi lagi peningkatan pengambilan oksigen. Ini bermaksud dalam menentukan kuasa aerobik maksimun dicapai apabila Vo2 max mula mendatar atau menurun sedikit sejajar dengan peningkatan beban kerja seperti yang ditunjukan dalan gambarajah 2.1.

Mengikut Clarke ( 1976 ), pengukuran VO2 max mempunyai keesahan yang tinggi dalam kecergasan kardiovaskular. Ia dilakukan dengan menganalisis udara yang disedut dan dihembus subjek semasa melakukan kerja berintensiti tinggi. Terdapat beberapa

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

keadah digunakan di makmal untuk menentukan kadar pengambilan VO 2 max. Salah satu adalah ujian Submaximal Treadmill Walking seperti berikut :

UJIAN SUBMAXIMAL TREADMILL WALKING Objektif : Menguji dan mengetahui anggaran VO2 max semasa latihan.

Peralatan : 1. Treadmill 2. heart Rate Monitor

Langkah keselamatan : 1. Pastikan subjek memanaskan badan sebelum ujian 2. Subjek harus memijak di tepi kiri dan kanan treadmill ketika menaikinya dan bukan terus memijak belt yang sedang bergerak, dengan memegang palang di hadapan 3. Sewaktu ujian dijalankan, kelajuan dan gred harus dipertingkatkan perlahan lahan atau berperingkat agar subjek biasa dengannya dan harus memastikan ada orang yang berdiri di belakang subjek yang sedang diuji. 4. Memulakan ujian setelah subjek benar benar selesa dengan alat dan langkahan kaki yang stabil.

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

5. Selepas ujian, turunkan gred perlahan lahan dan diikuti dengan penurunan kelajuan sebelum membenarkan subjek meninggalkan belt treadmill. 6. Pastikan subjek meninggalkan belt treadmill dengan memijak di tepi kiri dan kanan treadmill, bukannya terus melangkah turun untuk mengelakkan subjek tersungkur atau jatuh. Subjek harus diarahkan supaya terus berjalan selama 3 4 minit sebelum boleh duduk/berhenti.

Prosedur : 1. Terangkan langkah langkah keselamatan sebelum menjalankan ujian. 2. Galakkan peserta memanaskan badan sebelum ujian dijalankan. 3. subjek diberi keterangan tentang teknik berjalan yang betul dan latihan pada gred 0% sehingga peserta merasa selesa dengan alat treadmill. 4. Pasangkan ` heart rate monitor pada badan peserta. 5. Peserta melakukan aktiviti memanaskan badan antara 2 4 minit pada gred 0% dengan kelajuan antara 2.0 4.5 mph 6. Pastikan subjek selesa dengan kelajuan dan tingkatkan gred kepada 5% dan mulakan ujian selama 4 minit. 7. Sebaik tam at ujian, kadar nadi jantung dicatatkan pada borang penilaian berpandukan catatan ytang ditunjukkan oleh ` heart rate monitor. 8. Turunkan gred kepada 0% dan kelajuan pada 0.1 sebelum subjek meninggalkan treadmill. 9. Setelah turun dari treadmill, subjek dikehendaki berjalan dengan perlahan selama 3 4 minit untuk menyejukkan badan bagi mengelakkan venous pooling.

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

Pengukuran : Anggaran pengiraan VO2 max berdasarkan : ( ml.kg-1. min-1 ) = 15.1 + ( 21.8 X speed kmh ) - ( 0.327 X HR(bpm) - ( 0.263 X speed X umur9y) + ( 0.00504 X jantina* )

jantina lelaki =1 , wanita = 0

- Ebbeling, C.b., Ward, A., Puleo, E. M. , Windrick, J., & Ripple, J.M. (1991). Development of A Single - Stage submaximal treadmill walking test. Medicine and Sience in Sport And Exercise. Vol.23, 966 973.

Walaupun bagaimanapun ujian sebegini tidak dapat dilakukan di sekolah kerana :1. peralatan yang digunakan terlalu mahal. 2. memerlukan kepakaran dalam menjalankan ujian ini. 3. ujian mengambil masa yang terlalu lama . 4. subjek memerlukan motivasi yang tinggi untuk melakukan aktiviti walaupun dalam keadaan letih dan lesu.

Antara ujian-ujian lain adalah larian 12 minit, ujian menapak Harvard, larian 2.4 km dan ujian 600 ela jalan lari. Walau bagaimanapun Corbin dan Linsey ( 1994 ) ,

menyatakan Ujian Treadmill dan Ujian pengambilan oksigen maksima adalah ujian terbaik untuk menguji tahap kecergasan kardiovaskular berbanding dengan ujian lain.

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

3.0

MEKANISMA FISIOLOGI DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR.

3.1

Komponen Daya Tahan Kardiovaskular.

Gambarajah 3.1

Gambarajah 3.1 Komponen sistem kardiovaskular terdiri daripada paru-paru, jantung dan saluran darah.

Menurut McArdle (1991) daya tahan boleh didefinisikan sebagai kemampuan otot - otot atau jantung melaksanakan kerja berulang - ulang kali untuk mengatasi rintangan atau beban yang tinggi pada jangka masa yang panjang dan dapat mengatasi kelesuan.

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

Daya tahan kardiovaskular merupakan keupayaan jantung dan sistem peredaran darah berfungsi secara berterusan semasa seseorang itu melakukan kerja untuk tempoh masa yang lama. Kecergasan kardiovaskular bergantung kepada kombinasi efisien tiga komponen seperti gambarajah 3.1 iaitu:1. paru-paru . 2. jantung . 3. saluran darah.

Aktiviti yang berat memerlukan keupayaan jantung dan paru-paru yang efisien kerana situasi ini memerelukan tenaga yang banyak dan hanya pengaliran darah yang kaya dengan oksigen yang membolehkan otot dapat menjalankan aktiviti tersebut.

Peringkat daya tahan kardiovaskular boleh menurunkan kadar nadi rehat dan menjadikan jantung lebih sihat. Hasil daripada keadan ini, peredaran darah menjadi

lebih efisien serta peningkatan kebolehan peparu ke kapasiti penggunaan yang optima dapat diteruskan dan oksigen boleh dibekalkan kepada otot bagi mengelakkan keletihan dan kelesuan. Daya tahan kardiovaskular juga dikenali sebagai daya tahan aerobik, atau kuasa aerobik kerana komponen kecergasan jasmani melibatkan sistem tenaga aerobik. Kecergasan kardiovaskular dapat mengawal penyakit jantung dan kegemukan.

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

Tt

Gambarajah 3.2

Gambarajah 3.2 3.1.1

kandungan darah dan oksigen dalam paru-paru.

Paru-paru. menyatakan paru-paru

McArdle (1991) dalam Exercise Physiology:Energy,

menjadi perantaraan darah dan udara luar. Walaupun isipadu paru-paru antara 4 6 liter. Gambarajah 3.2 dan 3.3 menunjukkan lakaran paru-paru. Bahagian paru-paru ini mempunyai banyak pembuluh dan dipadatkan ke dalam ruang dada yang terhad. Luas permukaan perantaraan untuk pengudaraan darah adalah

tinggi kerana untuk setiap senaman maksima, tidak kurang 1 pain darah dalam bentuk jaringan pembuluh darah yang menyelubungi tisu paru-paru. Terdapat

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

banyak alveolus dalam paru-paru yang membolehkan pertukaran gas-gas pernafasan .

Gambarajah 3.3

Gambarajah 3.3 Pandangan sistem kardiovaskular yang terdiri daripada jantung serta kitaran pulmonari dan kitaran sistemik.Warna yang digelapkan menunjukkan darah yang kaya dengan oksigen dalam arteri dan darah yang ternyah oksigen dalam vena/vein bagi warna cerah.Dalam kitaran pulmonari keadaannya mengundur dan darah beroksigen kembali ke jantung dalam vena pulmonari kanan dan kiri. Terdapat lebih 300 juta alveolus. Pundi-pundi ini mempunyai dinding membran nipis dan kenyal. Alveolus penting untuk pertukaran gas antara paru-paru dan darah. Gambarajah 3.4 menunjukkan alveolus mengandungi oksigen dan sel darah merah. Tisu alveolus ini mempunyai bekalan darah tertinggi berbanding dengan organ-organ lain. Berjuta-juta kapilari berdinding nipis diatur sebelah menyebelah alveolus untuk pengaliran udara dan darah. Untuk setiap minit rehat, lebih kurang 250 ml O2 meninggalkan alveolus dan masuk ke dalam darah dan kurang 200 ml CO 2 diserapkan dalam arah 10

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

bertentangan dalam alveolus.Ketika senaman berat bagi ahli sukan, hampir 25 kali kuantiti O2 dipindahkan melalui membran alveolus. Tujuan utama ventilasi ketika rehat dan senaman adalah untuk mengekalkan kepekatan O 2 dan CO2 yang tetap dalam ruang alveolus. Ini akan menjamin pertukaran gas cukup sebelum udara meninggalkan paru-paru dan dipindahkan ke seluruh badan.

Gambarajah 3.5

Gambarajah 3.5 Menunjukkan alveolus di sekitarnya sel-sel darah merah bergerak di dalam pembuluh-pembuluh darah sambil menyerap oksigen dan mengkumuhkan karbon dioksida.

11

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

3.1.2

Jantung.

Menurut McArdle (1991), jantung menyediakan daya kekuatan untuk pengaliran darah. Ia terletak di tengah dada iaitu dari bahagian 2/3 daripada kiri badan.

Walaupun organ yang mempunyai 4 ruang ini beratnya kurang dari 1 paun, tetapi ia berdenyut dengan kuat dan kencang 40 juta denyutan setahun .

Gambarajah 3.6 menunjukkan lakaran jantung.

Secara keseluruhan jantung

mungkin dapat digambarkan sebagai 2 pam yang berbeza. Bahagian yang paling kanan merupakan bahagaian yang paling penting dan berfungsi sebagai penerima aliran darah dari semua bahagian badan dan mengempam darah ke paru-paru untuk dialirkan ke seluruh badan.

Jantung kiri menerima darah yang mengandungi oksigen dari paru-paru dan mengempamnya melalui aorta untuk mengagihkannya ke seluruh tubuh dalam pusingan yang sistematik. Satu dinding yang teguh serta kental atau septum memisahkan hati kanan dan hati kiri.

Lebih kurang 70% darah yang kembali ke artri dan mengalir terus ke dalam ventrikel sebelum arteri menguncup.Kepantasan pengucupan kedua-dua arteri ini menolak pengaliran darah ke dalam ventrikel. Selepas penguncupan arteri, ventrikel mula menguncup dan menolak darah ke sistem arteri.

12

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

Gambarajah 3.6

Gambarajah 3.6 Pengaliran darah melalui atria dan ventrikel dan dipan ke paruparu untuk dialirkan ke seluruh badan.

3.1.3

Saluran Darah

McArdle (1991) menyatakan arteri adalah tiub yang bertekanan tinggi berperanan menghantar darah yang beroksigen ke bahagian tisu-tisu. Darah dipam dari ventrikel kiri ke dalam arteri-arteri terdiri dari lapisan yang licin untuk melancarkan perjalanan darah.

Aliran darah memasuki aorta seiring dengan pengucupan di ventrikel kiri disebabkan saluran periferi tidak membenarkan darah daripada sistem arteri secara tibatiba apabila ventrikel menguncup. Sebahagian darah akan melalui aorta. Ini

menghasilkan tekanan dalam sistem arteri menyebabkan gelombang tekanan ini mengalir daripada aorta ke cabang arteri. Ini dapat dirasai melalui ciri degupan arteri di anggota 13

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

badan dan bagi individu yang sihat kadar degupan dan kadar denyutan jantung dapat dikenalpasti.

Arteri bersambung ke cabang dan membentuk saluran darah yang kecil dipanggil metarterioles. Jaringan ini berakhir di microscopic darah yang dipanggil kapilari.

Kapilari ini biasanya mempunyai 5% dari jumlah darah keseluruhan. Jumlah permukaan bagi dinding kapilari adalah lebih daripada 100 kali besarnya berbanding purata permukaan luar bagi lelaki dewasa. Bila permukaan ini bercantum dengan kadara

pengaliran darah yang lambat, maka ini akan mewujudkan pertukaran darah dan tisu.

Kesinambungan sistem kardiovaskular terpelihara apabila kapilari membawa darah yang tidak mengalir melalui vena yang kecil yang bercantum. Setelah sampai ke bahagian sistem vena pengaliran darah menjadi banyak. Ini kerana keratan sistem vena pada peringkat ini lebih kecil daripada kapilari.

Vena yang lebih kecil di bahagian bawah tubuh akhirnya dikosongkan kerana darah memasuki vena yang besar. Dalam kitaran darjah, darah kembali ke dalam vena palmonari ke bahagian kiri jantung dan seterusnya sekali lagi berkitar ke seluruh badan.

Dengan tiap-tiap dengupan jantung, membawa kekuatan jantung menekankan masuk darah ke dalam arteri kronari. Semasa rehat, darah biasa membawa kepada miokardium 200 hingga 250 ml setiap seminit, ini lebih kurang 5% jumlah keluaran jantung.

14

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

3.2

Metabolisma Miokardium.

Seperti semua tisu, jantung mempelbagaikan tenaga kimia yang tersimpan dalam makanan untuk menghasilkan tenaga bekerja. Walau bagaimanapun, jantung

melepaskan hampir sejumlah tenaga dalam tindak balas aerobik.

Otot jantung mempunyai 3 kali ganda kapasiti mengoksida berbanding dengan otot rangka. Otot miokardium mempunyai kontraksi miokardium yang kuat pada semua tisu-tisu dan ini diadaptasikan untuk katabolisma lemak yang merupakan sumber ATP utama.

Jantung menggunakan tenaga berdasarkan tahap fizikal semasa latihan berat, bila pengaliran kelur, asid laktik daripada otot rangka ke dalam darah meningkat serta-merta. Memperolehi lebih daripada 60% daripada jumlah tenaga semasa peredaran oksidasi asid laktik. Semasa submaxima aktiviti yang panjang berlaku dalam larian jarak jauh,

meluncur salji atau berenang, metabolisma miokardium yang bebas daripada asid lemak meningkat hampir 70% daripada jumlah tenaga yang diperlukan. Corak metabolisma ini sama untuk subjek yang terlatih dan tidak terlatih walaupun pengagihan lemak kepada jumlah daripada tenaga dianggarkan lebih besar di kalangan atlit yang terlatih. Perbezaan ini menghasilkan gambaran yang lain terhadap kesan penjimatan karbohidrat terhadap latihan dan juga berlaku dalam melatih otot rangka. Bantuan adaptasi untuk

15

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

membekalkan simpanan glikogen dalam tubuh sangat genting terhadap metabolisma otot dan otak semasa latihan yang panjang.

3.4.

Menyukat Keluaran Jantung.

Mc Ardle dan Katch ( 1991 ) menyatakan keluaran jantung merupakan penunjuk kapasiti bekerja peredaran darah untuk memenuhi permintaan aktiviti fizikal.Keluaran jantung ditentukan oleh kadar nadi dan jumlah darah yang dipam bagi setiap degup ( isipadu stroke ). Oleh yang demikian keluaran jantung dikira dengan :

Keluaran jantung = Kadar Nadi X Isipadu Stroke

Keluaran jantung ketika rehat berbeza di antara individu dan dipengaruhi oleh emosi. Secara purata 5 liter darah dipan dari ventrikel kiri setiap minit. Contoh:

Keluaran Jantung

Ketika Rehat = Kadar Nadi

X X X

Isipadu Stroke 71 ml

Tidak Terlatih : 4 , 970ml = 70 x /m Terlatih : 5 , 000ml = 50 x /m

100 ml

16

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

Latihan daya tahan akan memperlahankan jantung. Sebaliknya latihan daya tahan akan menguatkan otot jantung membolehkan degupan yang lebih kuat setiap kali jantung berdegup.

Keluaran Jantung

Ketika Senaman Maksima = Kadar Nadi X 22 , 035 ml 32 , 041 ml = 195 x / m = 179 x / m

Isipadu stroke X X 113 ml 179 ml

Tidak Terlatih : Terlatih :

Keluaran jantung ketika senaman menunjukkan peningkatan bagi kedua-dua kumpulan yang diuji. Bagi atlit berdaya tahan yang terlatih ketika senaman maksima, keluaran

jantungnya adalah lebih tinggi. Ini adalah disebabkan isipadu strokenya yang lebih tinggi. 3.5 1. Kesan Latihan Terhadap Isipadu Stroke . Atlit berdaya tahan terlatih mempunyai isipadu stroke yang lebih besar ketika rehat dan bersenam jika dibandingkan dengan mereka sebaya. 2. Maksima isipadu stroke dicapai pada 40 hingga 50% penggunaan oksigen maksima, biasanya pada kadar 110 hingga 120 denyutan seminit untuk remaja. 3. Kumpulan tidak terlatih menunjukkan sedikit sahaja peningkatan isipadu stroke dalam tempoh transisi dari rehat ke senam.

17

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

4.

Lapan minggu latihan aerobik meningkatan isipadu strok untuk kumpulan yang sebelum ini tidak aktif.

3.6

Kesan Latihan Terhadap Kadar Nadi .

Kadar isipadu stroke yang besar untuk atlet elit berdaya tahan dan penambahan isipadu stroke subjek yang tidak aktif selepas latihan selalunya disertai oleh pengurangan kadar nadi ketika senaman sederhana.

Apabila kesukaran atau beban latihan ditingkatkan, atlet terlatih menunjukkan kadar kenaikan nadi yang lebih perlahan berbanding mereka yang tidak aktif.

Ketika rehat hanya 250 ml oksigen sahaja digunakan manakala oksigen selebihnya ( 750 ml ) dihantar kembali ke jantung tanpa digunakan. Oksigen ini dipanggil oksigen simpanan yang boleh digunakan sebaik sahaja diperlukan.

Oksigen memerlukan sesetengah tisu sama seperti otak yang tidak meningkat secara mendadak semasa senaman, akhirnya tisu-tisu ini memerlukan bekalan darah yang banyak. Peningkatan keluaran jantung maksima secara langsung mempengaruhi kapasiti seseorang mengedarkan darah.

3.7.1

Intensiti

Intensiti bermaksud kerap seseorang itu perlu bersenam untuk meningkatkan kecergasan kardiovaskularnya. Ini juga dikenali sebagai zon latihan dan boleh ditentukan melalui cara berikut;

18

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

1. 2. 3. 4. 5.

Menentukan kadar Nadi Maksimum (KNM) = 220 - (umur) Kadar Nadi Kerja (KNK) = KNM - Kadar Nadi Rehat ( KNR) 70 % x KNK + KNR = X 80 % x KNK + KNR = Y Zon latihan adalah antara kadar nadi X dan Y

3.7.2

Kekerapan

Kekerapan yang ideal adalah 4 hingga 5 kali seminggu tetapi senaman aerobik 3 kali seminggu sudah mencukupi untuk mengekalkan kecergasan. 3.7.3 Mod.

Jenis-jenis senaman yang boleh meningkatkan kadar nadi. Pemilihan bergantung kepada kebolehan individu, keperluan, situasi, masa, dan persekitaran. Antara latihan yang kerap digunakan seperti berlari anak, senam robik, dan latihan bebanan.

3.7.4

Jangka Masa.

Adalah dicadangkan seseorang itu mengekalkan kadar nadi latihannya antara 15 60 minit. Kalau latihan pada kadar 80% jangka masa 15 - 20 minit adalah memadai dan jika kadarnya antara 60% - 70% maka senaman sekurang-kurangnya 30 minit dicadangkan.

3.7.5

Menentukan Kadar Nadi.

Adalah menjadi kebiasaan apabila mengambil kadar nadi kita akan mengiranya selama 6 saat atau 10 saat dan kemudian mendarab untuk meningkatkan kadar nadi

19

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

selama 1 minit. Namun begitu, pengiraan tersebut tidak mengambil kira perubahan fasa pemulihan yang dialami dalam jangka masa 1 minit tersebut. Oleh itu, lebih lama kita mengiranya akan lebih tepat pengiran kita.Contohnya pengiraan 30 saat lebih baik keputusannya berbanding dengan 15 saat.

4.0

SEJARAH PERKEMBANGAN PENGUKURAN KARDIOVASKULAR.

Pengukuran dan penilaian kecergasan kardiovaskular mempunyai sejarah yang tersendiri di mana ia dimulakan sekurun yang lalu dan terus berkembang hingga masa kini. Fungsi ujian kecergasan kardiovaskular telah bermula pada tahun 1984, apabila Angelo Masso, seorang ahli fisiologi Itali mencipta Ergograph. Ujian yang dijalankan adalah berkaitan dengan sistem pengaliran darah yang cekap dan berkesan kepada prestasi otot.

Crampton (1905), membentuk satu ujian untuk menilai fungsi perubatan denyutan jantung dan tekanan darah ketika seseorang mengubah kedudukan dari terbaring kepada berdiri. Ujian ini seterusnya telah diikuti oleh pengkaji-pengkaji lain seperti Mc.Curdy, Meylan (1913), dan Barach (1917). Walau bagaimanapun, ujian mereka dianggap kurang berjaya.

Campbell (1925), telah mencipta sebuah ujian yang melibatkan proses pernafasan dan masa pemulihan selepas latihan. Ujian ini dikenali sebagai Campbell Pulse Ratio Test dan seterusnya Mc Hoy telah mengubahsuainya dan ianya dikenali sebagai Mc Hoy

20

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

Test Present Situasition.

Kemudian ujian ini telah diubahsuai oleh Mc Crudy dan

dikenali sebagai Mc Curdy Larson Test of Organic Efficiency.

Menurut petikan Sheehan (1977),

American Alliance for Health,

Physical

Education and Recreation (AAHPER) pada tahun 1976, telah memperkenalkan AAHPER Youth Fitness Test . Antara ujian tersebut ialah mendagu, bangkit tubi, lari ulang alik, baling bola sofball, lari pecut 50 ela, lompat jauh berdiri dan jalan 600 ela.

Kuruez (1967), telah memperkenalkan Ohio State University Step Test (OSU Step Test) sebagai pengbahsuaian kepada ujian menapak Harvard. Witten (1973) pula telah mengubahsuai OSU Step Test kepada F-EMU Step Test. Ujian ini dikhususkan untuk perempuan. Callan (1968), mengubahsuai OSU Step Test untuk kanak-kanak lelaki di sekolah rendah ( petikan Jonson dan Nelson, 1986 ). Ujian ini bertujuan untuk mengukur kecergasan kardiovaskular.

Balke (1968), telah menjalankan kajian pengambilan oksigen maksimum dengan menggunakan 15 minutes Field Test ( petikan Borrow dan Mac Gee, 1979 ). Ujian Cooper telah diperkenalkan oleh Cooper pada tahun 1968. Ia merupakan larian 12 minit dan larian 1.5 batu untuk menguji daya tahan dan kecergasan kardiovaskular ( petikan Johnson dan Nelson, 1986). Kajian ini menunjukkan kepentingan aktiviti-aktiviti berlari, berenang, berbasikal, berjalan, dan lain-lain dalam perkembangan kecergasan peredaran respiratori.

21

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

Penyelidik dalam pengukuran dan penilaian kecergasan kardiovaskular sentiasa membawa perubahan dan kemajuan dalam cara pengukuran yang terbaik dan canggih dengan bertambahnya peralatan makmal bagi menganalisis tindakbalas peredaran.

5.0

KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN

Walaupun bidang pengujian dan pengukuran kecergasan kardiovaskular telah banyak mengalami kemajuan, namun kajian demi kajian terus dijalankan untuk

memajukan bidang ini supaya hasil dapatannya digunakan untuk pengukuran yang lebih berkesan dan efisyen yang dapat membantu guru pendidikan jasmani dan jurulatih melaksanakan program pengukuran kecergasan kardiovaskular. Ia juga dapat membantu individu yang ingin meningkatkan kecergasan kardiovaskular.

5.1

Kajian-Kajian Lampau

Hermansen (1974) dalam Exercise Physiology Energy, Nutrition and Human Performance oleh McArdle, Katch & Katch (1996) menyatakan bahawa selepas seseorang telah mencapai umur 25 tahun, VO2 Max akan menurun secara stabil pada

22

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

purata lebih kurang 1% per tahun. Oleh itu, pada umur 55 tahun, lebih kurang 27% rendah berbanding semasa berumur 20 tahun. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa walaupun seseorang dewasa tersebut sentiasa aktif, masih terdapat penurunan keupayaan VO2 Max.

Pollock (1975) dalam Practical Measurement for Evaluation in Physical Education oleh Johnson & Nelson (1986) telah mengkaji fungsi kardiovaskular bagi aktiviti larian, berjalan dan berbasikal. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ketiga-tiga jenis latihan ini memberikan kesan yang sama ke atas fungsi kardiovaskular jika kekerapan, jangka masa dan intensiti ketiga-tiga latihan tersebut berada pada tahap yang sama.

Pollock, Jackson & Pate (1980) dalam Johnson & Nelson (1986) telah membuat kajian perbezaan dari aspek fisiologi ke atas pelari biasa dengan pelari elit jarak jauh. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelari elit jarak jauh menunjukkan perbezaan yang nyata dalam keberkesanan menyeluruh fungsi fisiologi. Pelari-pelari maraton

mempunyai asid laktik yang rendah pada nilai submaksima dan pelari jarak sederhana mempunyai nilai VO2 Max yang tertinggi.

5.2

Kajian-Kajian Terkini

Bouchard & Perusse (1994) dalam Exercise Physiology, Energy, Nutrition And Human Performance oleh McArdle, Katch & Katch (1996) telah mengkaji pengaruh baka ke atas perbezaan individu dalam fisiologi dan kapisiti metabolik. Kajian telah

23

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

dijalankan ke atas 15 pasang kembar seiras dan 15 pasang kembar tidak seiras yang dibesarkan dalam bandar dan latarbelakang sosioekonomi ibu bapa yang sama. Dapatan kajian menunjukkan bahawa genetik dianggarkan mempengaruhi 10 30 % ke atas VO 2 Max, 50 % kepada kadar nadi maksimum dan 70 % ke atas kapisiti kerja fizikal.

Mc Ardle, Katch & Katch (1996) menjalankkan kajian tentang perbezaan keupayaan VO2 Max di antara lelaki dan wanita. Kajian mendapati bahawa VO 2 Max wanita 15 - 30 % lebih rendah berbanding lelaki dalam kumpulan yang sama. Perbezaan VO2 Max di antara lelaki dan wanita dipengaruhi oleh perbezaan komposisi tubuh dan kepekatan hemoglobin. Walau bagaimanapun, kapisiti aerobik wanita yang aktif secara amnya lebih tinggi berbanding lelaki sedentari.

Dr. Lakata, Fleg, Connor,Goldberg dan Becker (1996) telah mengkaji kesan latihan terhadap kecergasan kardiovaskular di kalangan orang tua. Sampel kajian terdiri

daripada 10 orang lelaki sedentari dan 8 orang atlet terlatih berusia 58 hingga 62 tahun. Lelaki sedentari berlatih selama 32 minggu, manakala atlet menghentikan latihan mereka selama 12 minggu. Pengkaji menguji kapisiti aerobik dan keupayaan kardiovaskular subjek semasa permulaan dan pada akhir kajian dengan menggunakan treadmill. Kajian mendapati bahawa keupayaan kardiovaskular subjek meningkat semasa menjalani latihan. Melalui latihan, lelaki sedentari dapat meningkatkan fungsi manakala atlet yang menghentikan latihan akan menurun.

24

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

Martini & Bartholomew (1997) menyatakan bahawa keupayaan kardiovaskular jelas dapat dipertingkatkan melalui latihan. Atlet terlatih mempunyai jantung yang lebih besar dan isipadu strok yang lebih berbanding bukan atlet. Atlet profesional dalam keadaan rehat boleh mengekalkan peredaran darah secara normal kepada tisu-tisu periperal pada kadar nadi serendah 50 dsm berbanding lebih kurang 80 dsm bagi bukan atlet.

6.0

MATLAMAT UJIAN

Di akhir ujian kecergasan kardiovaskular terutamanya peserta-peserta Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan dapat : i) Mengetahui tentang sejarah, perkembangan, penyelidikan dan kepentingan ujian kecergasan kardiovaskular di dalam Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. ii) Mengetahui bagaimana merancang, mengelola dan mentadbir ujian kecergasan kardiovaskular dengan teliti dan teratur. Memahami istilah dan konsep kecergasan kardiovaskular. iii) Mengenal pasti ujian-ujian yang sesuai untuk dijadikan pengukuran dan penilaian mengikut kriteria yang ditetapkan bagi Pendidikan Jasmani dan sukan.

25

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

iv)

Menambah pengetahuan tentang penggunaan ujian dan alat pengukuran yang sesuai bagi kecergasan kardiovaskular dalam Pendidikan Jasmani dan sukan.

v)

Mempraktikkan kaedah mengira kadar denyutan kadar nadi rehat, semasa dan selepas melakukan aktiviti fizikal dengan cara yang betul dan tepat.

vi)

Mengetahui dengan jelas cara membuat perbandingan berdasarkan normanorma kecergasan kardiovaskular mengikut ujian.

vii)

Mengumpul dan menganalisis data secara sistematik supaya maklumat itu dapat digunakan dengan berkesan.

7.0

OBJEKTIF UJIAN.

Di antara objektif ujian yang ingin dicapai setelah pelajar melalui ujian kecergasan kardiovaskular ialah ; i. Menerangkan definisi dan konsep kecergasan fizikal serta komponen yang berkaitan dengan jelas dan tepat. ii. Mengetahui secara jelas cara membuat perbandingan antara kecergasan kardiovaskular yang sedia ada. iii. Mengukur kecergasan kardiovaskular dan keupayaan individu sebelum dan selepas melakukan aktiviti latihan dengan kaedah yang betul. iv. Pendedahan yang jelas tentang pelbagai jenis ujian menjadi aspek penting kepada kecergasan kardiovaskular dan dapat mengenal pasti ujian yang sesuai untuk dijadikan kriteria penilaian yang hendak dicapai.

26

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

v.

Menggunakan alatan, melaksanakan prosedur pengelolaan, dan menjalankan aktiviti kecergasan kardiovaskular dengan yang betul.

vi.

Mengetahui pengambilan kadar denyutan nadi semasa rehat dan selepas melakukan aktiviti ujian dengan kaedah yang betul dan tepat.

vii.

Menganalisis data dan membuat penilaian ke atas kecergasan dengan teknik yang betul dan berkesan.

viii.

Mengenalpasti kelemahan dan limitasi kecergasan kardiovaskular dengan jelas.

ix.

Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi ketepatan ujian dan pengukuran kecergasan kardiovaskular.

8.0

KEGUNAAN UJIAN KARDIOVASKULAR .

Sebagai seorang pelajar kita selalu didedahkan dengan pelbagai ujian. Di mana ujian adalah sesuatu kaedah penilaian bagi menilai prestasi seseorang individu tersebut dan juga ujian adalah satu pengukuran bagi memberi petunjuk kepada individu tentang komponen-komponen kecergasan seperti kelembutan dan juga ketangkasan. Ujian kardiovaskular mestilah dirancang dengan rapi mengikut kehendak individu. Ia mesti berdasarkan matlamat yang ingin dicapai dan juga minat individu terhadap sesuatu aktiviti.

Ujian kardiovaskular mempunyai ujian tersendiri dan antara kegunaan ujian tersebut ialah :-

27

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

1. Ianya sebagai suatu petunjuk fizikal.

Contohnya,

ianya digunakan bagi

menentukan tahap kecergasan pemain bagi jangka masa yang lebih panjang.

2. Ia digunakan sebagai andaian tentang tahap kemampuan kardiovaskular seseorang individu. Bagi pelari jarak jauh mereka mempunyai pace bagi menamatkan perlumbaan dan dapat menyaingi perserta lain.

3. Bahan pengajaran bagi sistem peredaran darah dan sistem jantung seperti kadar denyutan jantung, tekanan darah, VO2 Max, dan juga kadar denyutan nadi.

4. Keputusan ujian sebagai panduan bagi criteria pemilihan bagi atlit. Ia juga dapat membantu sebagai norm yang dijadikan sebagai kayu pengukur untuk tahap kemajuan pelajar.

5. Ia juga sebagai bahan kajian para penyelidik terutamanya pendidik bagi program Sains Sukan dan juga Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

6. Sebagai motivasi kepada pelajar agar mereka dapat mempertingkatkan daya tahan kardiovaskular mereka berdasarkan sukan yang mereka ceburi.

9.0

LIMITASI UJIAN.

28

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

Mengukur tahap kecergasan kardiovaskular manusia, terdapat berbagai ujian yang dijalankan. Walau bagaimanapun terdapat banyak kelemahan atau limitasi dalam ujian kardiovaskular. Di antaranya kelemahan atau limitasi adalah seperti berikut;

1.

Perngguna peralatan yang efisien akan membantu memberikan keputusan yang tepat. Kemahiran menggunakan peralatan dan teknik menjalankan

pengujiaan adalah penting untuk menjamin keesahan data yang diperolehi. Penguji-penguji perlu terdiri daripada mereka yang mahir, terlatih berpengalaman dan berpengetahuan dalam bidang tersebut.

2.

Ujian-ujian kecergasan kardiovaskular menyebabkn otot kelesuan.

Oleh itu

komitmen dan kesungguhan subjek dalam menjalankan ujian akan mempengaruhi keputusan ujian. Kadar motivasi subjek dalam menjalankan ujian mempengaruhi prestasinya.

3.

Kebanyakan alat pengukuran kecergasan kardiovaskular adalah mahal harganya. Ketiadaan alatan tersebut merumitkan pengujian yang dijalankan.

4.

Mendorong seseorang untuk melakukan suatu aktiviti ke tahap maksimum adalah merbahaya kerana subjek yang berkenaan mungkin menglami patologi yang mereka sendiri tidak sedari.

29

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

5.

Kadar denyutan nadi dipengaruhi oleh umur, jantina, tingkah laku, sistemsistem penghadaman, perubhan postur badan, pernafasan, metabolisma, emosi, dan cuaca. Ole itu semasa menjanakan ujian, perlulah diberi

perhatian faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi keputusan ujian.

6.

Faktor persekitaran, psikologi dan sosiologi seperti ketidakstabilan emosi, status kesihatan, dan ketegangan yang dialami oleh subjek semasa

mengalami ujian akan mempengaruhi keputusan ujian.

10.0

SUKAN MENGGUNAKAN DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR.

i. ii. iii. iv. v. vi.

Marathon Renang Trialthon Lumba jelajah basikal Lumba Basikal bukit Acara olahraga jarak jauh 3000 meter 3000 meter lari berhalangan 5000 meter 10 000 meter

30

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

jalan kaki 10 km dan 20 km.

11.0

12 MINIT COOPERS UJIAN BERLARI / BERJALAN.

11.1

Cara Melaksanakan Ujian.

Perkara

Keterangan

Tujuan

Untuk menentukan kecergasan kardiorespiratori melalui catatan jarak yang dilalui dalam masa 12 minit.

Peralatan

Pengukur laluan larian, stop watch, kon penanda, borang catatan.

31

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

Kesahan

Cooper ( 1968 ) melaporkan korelasi 0.90 antara VO 2 max dan jarak yang dilalui dalam 12 minit berjalan / berlari.

Kebolehpercaya Kebolehpercayaan adalah bergantung kepada latihan dan strategi an melangkah serta paras motivasi, persediaan dan strategi. Kebolehpercayaan adalah lebih baik jika hal ini telah dikhususkan.

Arahan

Subjek adalah diarahkan menghabiskan jarak sebanyak / sejauh yang mungkin samada melalui larian atau berjalan. Isyarat Ready , go atau satu wisel akan digunakan untuk memulakan ujian. Satu isyarat yang kuat seperti wisel atau pistol digunakan untuk menamatkan ujian. Subjek diberitahu jumlah jarak keseluruhan yang dilalui selepas mereka menamatkan larian.

Kelebihan

Kumpulan yang besar boleh diuji pada satu-satu masa dan ianya sangat murah serta mudah untuk dijalankan.

Kelemahan

Latihan melangkah / langkahan diperlukan , dan pencapaian ke atas ujian ini akan memberi kesan yang besar ke atas motivasi

32

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

11.2 Norma . Kump. Umur


Sangat lemah (L) (P) < 2.09 < 1.61 < 1.96 < 1.54 < 1.90 < 1.53 < 1.83 < 1.43 < 1.66 < 1.35

13 - 19

20 - 29

30 - 39

40 - 49

50 - 59

Lemah

(L)

2.09 2.20 1.61 1.90

1.96 2.11 1.54 1.79

1.90 2.10 1.53 1.70

1.83 2.00 1.45 1.58

1.66 1.87 1.35 1.49

(P) Sederhana (L) (P)

2.21 2.52 1.91 2.08

2.12 2.40 1.80 1.97

2.11 2.34 1.71 1.90

2.01 2.24 1.59 1.79

1.88 2.10 1.50 1.70

Baik

(L) (P)

2.53 2.77 2.09 2.30

2.41 2.64 1.98 2.16

2.35 2.52 1.91 2.08

2.25 2.47 1.80 2.00

2.11 2.32 1.71 1.90

Cemerlang ( L ) (P)

2.78 3.00 2.31 2.43

2.65 2.84 2.17 2.34

2.53 2.73 2.09 2.24

2.48 2.66 2.01 2.16

2.33 2.55 1.91 2.10

Sangat

(L)

> 3.01 > 2.44

> 2.85 > 2.35

> 2.74 > 2.25

> 2.67 > 2.17

> 2.56 > 2.11

Cemerlang( P )

Sumber :

Ubahsuai John Schell and Boonseng Leelarthaepin. ( 1994 : 198 ).

33

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

Physical Fitness Assessment in Exercise and sport science ( 2 edition ) Matroville : Leelar Bio , Services.

11.3

Pengiraan.

Pengiraan adalah seperti berikut apabila menggunakan litar 400 meter : i. Darabkan jumlah pusingan yang lengkap yang telah dibuat dengan 400 meter. ii. Campurkan dengan jarak bahagian yang tidak lengkap yang terakhir dilalui.Contoh pengiraan : 5 pusingan lengkap 100 meter jarak tidak lengkap 5 X 400 meter = 2000 meter + 100 meter 2100 meter 2100 meter = iii. 2.1 Kilometer.

Bandingkan dengan norma ujian untuk dapatkan status kecergasan diri.

34

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

12.0

UJIAN BLEEP.

Perkara Objektif

Keterangan Diakhir ujian pelajar dapat menguji dan mengetahui kecergasan kardiovaskular. Tidak dilaporkan. Tidak dilaporkan. 1. Radio kaset. 2. Kaset. 3. Jam randik. 4. Wisel. 5. Peta pengukur.

Kesahan Kebolehpercayaan. Alatan

Prosedur

a. Subjek dikehendaki berada di satu hujung yang bertentangan dengan permulaan apabila kedengaran bunyi beep. b. Subjek dikehendaki meneruskan larian pada kelajuan ini, iaitu berada di satu hujung setiap kali bunyi beep. c. Selepas setiap minit jeda bunyi beep berkurangan menandakan subjek perlu berlari dengan pantas. d. Subjek dikehendaki memastikan sebelah kaki berada dihujung. e. Jika subjek tiba di garisan hujung sebelum bunyi beep

35

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

mereka dikehendaki menunggu dan selepas bunyi barulah teruskan larian. f. Setiap kali subjek dikehendaki berlari selama yang mereka tidak berupaya mengekalkan kelajuan yang ditetapkan. g. Bila keadaan ini berlaku, subjek perlu berhenti. h. Anggaran VO2 max subjek perlu dilihat berdasarkan jadual yang diberikan.

Kebaikan

a. Boleh melakukan dimana-mana sahaja. b. Satu ujian yang mudah, tidak memerlukan peralatan yang canggih. a. Merbahaya kepada pelajar yang mengalami masalah kesihatan seperti penyakit asma. c. Susah dilakukan dalam kelas yang mempunyai bilangan pelajar yang ramai.

Keburukkan

12.1

Jarak Ujian Bleep.

36

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

20 M

MULA

Diberi jangkamasa piawai selama 60 saat. Sebuah jam randik ( ketepatan ke 1/10 saat ), semak sama ada jangka masa piawai berkenaan adalah 60 saat, perbetulkan jarak larian 20 meter mengikut jadual di bawah. Jangka Piawai ( Saat ) 55.0 55.5 56.0 57.0 57.5 58.0 58.5 59.0 59.5 60.0 Jarak Larian ( meter ) 18.333 18.500 18.666 18.833 19.166 19.333 19.500 19.666 19.833 20.000

37

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

60.5 61.0 61.5 62.0 62.5 63.0 63.5 64.0 64.5 65.0

20.166 20.333 20.500 20.686 20.833 21.000 21.166 21.333 21.500 21.666

Sumber : Leger L. (1989), Fit test.Thought Technology Ltd.

12.2

Norma Ujian Bleep-Lelaki.

Kumpulan Umur

Pencapaian

Skor Pencapaian

Tahap Lakuan

38

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

15 hingga 19

20 hingga 29

30 hingga 39

Melebihi 11 /7 7/7hingga 9/6 6/5 hingga 7/4 5/4 hingga 6/4 Kurang atau sama 5/3 Melebihi 8/6 6/5 hingga 8/5 5/5 hingga 6/4 4/4 hingga 6/3 Kurang atau sama 4/3 Melebihi 7/6 5/5 hingga 7/6 3/5 hingga 5/4 2/5 hingga 3 / 4 Sama atau kurang 2/4

30 24 18 12 6 30 24 18 12 12 30 24 18 12 6

Superior Cemerlang Baik Sederhana Lemah Superior Cemerlang Baik Sederhana Sederhana Superior Cemerlang Baik Sederhana Lemah

13.0

UJIAN MENAPAK HARVARD.

13.1

Cara Melaksanakan Ujian Menampak Harvard.

Perkara

Keterangan

Objektif

Diakhir ujian, pelajar dapat menguji kecekapan kardiovaskular dan

39

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

keupayaan pemulihan sebelum atau selepas melakukan aktiviti dengan kaedah yang betul dan tepat. Kesahan lahir diterima

Kesahan

Kebolehpercayaa Brouha ( 1954 ), : 0.82 n Hettinger ( 1961 ), : ).412 Meyers ( 1996 ), : ).65 Safrit ( 1973 ), : Ketidakadilan pekali kesalahan di atas kemungkinan disebabkan oleh perubahan fizikal atau ralat dalam pengiraan kadar nadi.

Alatan

a) Jam Randik. b) Metronom c) Wisel

d) Bangku ( 18 X 20 ) e) Kad Skor.

Prosedur

a) Cadence 30 langkah seminit, tetapkan pada metronom. b) Subjek berdiri di tepi bangku setinggi 20 inci. c) Subjek naik turun bangku dengan kaki lurus dan tubuh tegak selama lima minit. Berhenti jika tidak berupaya menamatkan aktiviti. d) Jika metronom tidak diperolehi proses menampak dilakukan berdasarkan 4 kriteria ; i) ii) iii) Sebelah kaki naik atas bangku. Sebelah kaki kedua naik atas bangku. Sebelah kaki turun ke lantai.

40

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

iv)

Sebelah kaki kedua turun ke lantai.

e) Setelah tamat aktiviti, subjek duduk diam dan pembantu akan mengira denyutan nadi. f) Denyutan nadi diambil dari masa ; i) ii) iii) 1 2 3 ke 1.5 minit. hingga 2.5 minit. hingga 3.5 minit.

g) Indek Kecekapan Fizikal ( Physical Efficiency index PEI ). Dikira berdasarkan rumus yang diberi. i)

Pengukuran

Indek Kecekapan Fizikal ( PEI ) boleh dikira dalam 2 bentuk : a) Rumus bentuk panjang PEI ( Lelaki ) PEI = Jangkamasa aktiviti (saat) X 100 2 Jumlah Kiraan Nadi Pulih. Jumlah kiraan nadi pulih ialah jumlah denyutan nadi yang diambil dari 1 ke 1.5 minit, 2 hingga 2.5 minit dan 3 hingga 3.5 minit. b) Rumus dalam bentuk pendek PE ( Perempuan ) PEI = Jangkamasa Aktiviti (saat) X 100 5.5 X Kadar Nadi Pulih. Kira kadar nadi pulih dari 1 hingga 1.5 minit selepas aktiviti.

41

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

Norma

a) Klasifikasi PEI berbentuk panjang ( lelaki ) > 90 80 89 65 79 55 64 < 50 Cemerlang. Sangat Baik. Memuaskan. Memuaskan. Lemah.

b) Klasifikasi PEI bentuk pendek (Perempuan ) > 80 50 80 < 50 Cemerlang. Sederhana. Lemah.

Sumber : John B. L & Nelson , J . K ( 1986 )

Kebaikan

a) Boleh

dikendalikan

untuk

kumpulan

yang

besar

( sekolah ). b) Melibatkan kos yang rendah. c) Boleh dikendalikan tanpa memerlukan kepakaran yang tinggi.

Keburukan

a) Mungkin membahayakan kepada pelajar yang tidak sihat. b) Ujian tersebut akan menjadi bahaya apabila pelajar tersilap langkah semasa melakukan aktiviti.

42

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

14.0

ROCKPORT FITNESS WALKING TEST .

14.1

Pengenalan

Pengujian dan pengukuran adalah bertujuan untuk mengumpul maklumat yang berkaitan dengan penilaian. Keputusan telah dibuat tetapi kita perlu ingat bahawa terdapat pelbagai faktor yang akan mempengaruhi keputusan.

14.2

Objektif

Objektif ujian ini adalah untuk memerhatikan perkembangan VO 2 Max seseorang atlet.

43

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

14.3

Sumber Diperlukan

Bagi mengadakan ujian ini kita memerlukan :1. Trak 400 meter 2. Jam Randik. 3. Seorang penolong.

14.4

Prosedur menjalankan ujian.

Ujian ini dijalankan seperti berikut :a. Pilih hari yang tidak berangin untuk menjalankan ujian. b. Ambil berat badan. c. Berjalan sejauh 1609 meter ( satu batu) sepantas yang boleh. d. Rekodkan masa yang diambil selepas berjalan 1609 meter. e. Selepas ujian berjalan ambil kadar denyutan nadi. f. Tentukan VO2 max dengan menggunakan pengiraan seperti di bawah.

Perkara Objektif

Keterangan Di akhir ujian pelajar dapat menguji dan mengetahui tahap kecergasan kardiovaskular Tidak dilaporkan Tidak dilaporkan 1. Trek 400 meter 2. Jam randik 3. Wisel 4. Kad skor 5. Penolong pencatat

Kesahan Kebolehpercayaan Alatan

44

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

Prosedur

1. Subjek bersedia di belakang garisan permulaan. 2. Apabila isyarat mula diberikan, subjek dikehendaki berjalan secepat mungkin sejauh 1609 meter. 3. Pembantu sentiasa memerhati subjek dan memberikan dorongan. 4. Masa akan dicatat apabila subjek tamat menjalankan aktivititi. 5. Denyutan nadi akan diambil selama 15 saat sebaik sahaja subjek tamat menjalankan aktiviti.

14.5

Norma Ujian Berjalan Rockport .

Pemeringkatan Berjalan Bagi Lelaki.

220

Low

Above average High Below average

200 Hearts Rate 180 (beats/min)

Average

45

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

160 140 120 8 10 12 14 16 Time ( min ) 18 20 22

Sumber :

Diperolehi daripada Rockport Fitness Charts, Vivian H. Heyward, PhD. University Of New Mexico. Pemeringkatan di atas adalah bagi peringkat umur antara 30 hingga 39 tahun.

Pemeringkatan Berjalan Bagi Wanita.

220

Below average

Low

Above average

Average

46
High

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

200 Hearts Rate 180 (beats/min) 160 140 120 10 12 14 16 18 20 Time ( Min ) 22

Sumber :

Diperolehi daripada Rockport Fitness Charts, Vivian H. Heyward, PhD. University Of New Mexico. Pemeringkatan di atas adalah bagi peringkat umur antara 30 hingga 39 tahun.

Bibliografi.

Cooper,K.H. ( 1968). Aerobic. New York : Bantam Books.

47

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

Corbin,C.B.,& Lindsey,R. (1994). Concept Of Physical Fitness With Laboratories (8th ed.).Dubuque:Wm.C.Brown Publishers. Hastad, D.N., Lacy, A.C. (1998). Measurement and Evalution In Physical Education and Exercise Science. United States :Allyn and Bacon. KirKendall, D.R., Gruber, J.J., Johnson, R.E. (1987). Measurment and Evaluation for Physical Educators .(2nd.ed.), United States: Human Kinetics. Willis, J.D., Campbell, LF. (1992). Exercise Psychology. US: Human Kinetics Publishers.. Johnson, B.L.,& Nelson, J.K. (1996). Practical Measurement For Evalution In Physical Education (4th .ed.).United States: Macmillan Publishing Company. Lakata, E., Fleg, J.L., Connor, F.C., Goldberg, A.G., Hagberg, J.M., & Becker, L.C. (1996). Exercise can boost cardiac fitness in conditioned and out of shape older people. Retrieved January 15,2003 from http://www. Hhs.gov/news/press/1996 pres/960802.html Satrit, M.J., Wood, T.M. (1989). Measurement Concepts in Physical Education and Exercise Science. United States: Human Kinetics Books. Martini, F.H., Bartholomew, E.F. (1997). Essential of anatomy & Physiology (2nd.ed.). New Jersey : Prentice-Hall,Inc.

McArdle, W.D., Katch, F.I., & Katch, V.L. (1996). Exercise physiology:Energy, Nutrition and Human Performance (4th. ed.). Baltimore : Williams & Wilkins. McArdle, W.D.,Katch, F.I,Katch,V.L. (1991). Exercise Physiology :Energy, Nutrition and Human Performance. USA: Lea & Febiger. Safrit, M.J. (1981). Evalution In Physical Education (2nd ed.).New Jersey : PrenticeHall,Inc.

48

Daya Tahan Kardiovaskular KSS 3073

Heyward, V.H. (1998). Advanced Fitness Assessment & Exercise Prescription ( 3rd. ed. ). United States :Human kinetics. Preatice, W.E. (1997). Fitness for College and Life.(5th.ed.) .Mosby, St.Louis:Missouri.

49

Anda mungkin juga menyukai