Anda di halaman 1dari 5

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat keizinan dan kurniaan rahmatNya dapat saya menyiapkan tugasan yang di amanahkan kepada saya.Tanpa restu dan keredhaanNya,pasti tugasan ini tidak dapat di siapkan dengan sempurna dan jayanya. Di dalam proses menyiapkan tugasan ini,pelbagai pihak yang turut serta membantu,terutama sekali ribuan terima kasih di ucapkan kepada Dr Nathesan di atas segala pertolongan dan tunjuk ajar serta panduan yang telah dicurahkan. Jika tanpa pertolongan,tunjuk ajar serta garis panduan daripada beliau di sepanjang proses menyiapkan tugasan ini,sudah pasti agak sukar bagi saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.Pelbagai garis panduan serta kaedah yang betul telah beliau sampaikan kepada kami di dalam memastikan tugasan yang akan kami siapkan ini adalah mengikut keperluan kursus yang dikehendaki. Tidak dilupakan juga jutaan terima kasih kepada Goh Ei Am,Chen Yeen Lin dan yap Wei Heng individu-individu yang telah saya pilih untuk tujuan temubual bagi melengkapkan tugasan ini.Jasa baik beliau tidak akan saya lupakan kerana kesudian beliau untuk ditemubual oleh rakan saya.Kerjasama dan komitmen yang begitu jitu telah beliau berikan kepada kami di sepanjang tugasan ini sedikit sebanyak memberi impak yang mendalam dalam hati kami terutamanya mengenai Sambutan tahun baru cina . . Di samping itu juga, tidak dilupakan kepada rakan saya ,En Zulkifli yang mana banyak

membantu saya mencari lebih banyak maklumat mengenai tajuk tugasan ini.Rakan-rakan sekelas juga tidak ketinggalan dalam menyumbangkan idea serta pendapat sewaktu proses menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali,sekali lagi jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam turut sama membantu saya di dalam menyiapkan transkrip temubual ini. Sekian.Terima kasih.

Nama Penuh Umur Tempat Lahir Status Bilangan Anak

:Goh Ei Am :53 Tahun : Simpang Renggam :Berkahwin :3 orang

TRANSKRIP PERTAMA Sesi temubual ini telah dijalankan oleh Kawan saya Encik Zulkifli Bin Adam bersama Pn .Goh Ei Am (14 Jan 2013) jam Sembilan malam . Sesi temubual ini adalah untuk memenuhi keperluan kursus HBEF 2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan. EZA : Berapa umur mak cik sekarang? GEA: Saya berumur 53 tahun. EZA:Adakah sambutan tahun baru cina sangat penting? GEA:Pada pendapat saya sudah tidak penting lagi. EZA:Adakah makan besar sangat penting? GEA:Jika masih muda dulu tidak penting ,tapi bila sudah berusia dan mempunyai keluarga ,makan besar sangat penting. EZA:Apakah perasaan semasa menyambut tahun baru cina ketika kanak-kanak dahulu berbanding sekarang? GEA:Sambutan tahun baru cina semasa kanak-kanak sangat gembira tetapi sekarang biasa sahaja.

EZA:Adakah masa mengamalkan tradisi pemberian ampau? GEA:Ya ,masa mengamalkan pemberian ampau semasa sambutan tahun baru cina ikut kategori umur. EZA: Apakah amalan-amalan semasa sambutan tahun baru cina? GEA:Pada hari pertama tahun baru cina, dilarang menyapu sampah kerana ini merupakan pantang larang dari dahulu lagi. EZA: Terima Kasih Mak cik. GEA: Sama-sama. TRANSKRIP KEDUA Nama Penuh Umur Tempat Lahir Status :Len Yeen Lin :35 Tahun : Simpang Renggam :Bujang

EZA:Adakah sambutan tahun baru cina sangat penting? LYL:Sambutan tahun baru cina sangat penting. EZA:Mengapa penting sambutan tahun baru cina? LYL:Sambutan ini penting kerana pada masa ini semua ahli keluarga akan berkumpul dalam suasana yang meriah terutama makan besar. EZA:Bagaimanakah sambutan tahun baru cina semasa zaman kanak-kanak dan sekarang? LYL:Sangat berbeza sambutan semasa kanak-kanak kerana lagu raya akan dimainkann lebih awal untuk memeriahkan lagi sambutan tahun baru ini,tetapi zaman sekarang kanak-kanak menyambut tahun baru cina dengan lebih moden sedikit. EZA:Adakah perbezaan dari segi makanan semasa sambutan tahun baru cina?

LYL: Dari segi makanan berbeza kerana dahulu ibubapa rajin memasak dirumah tetapi sekarang mereka lebih suka makan di luar. EZA:Apakah makan yang istimewa semasa sambutan tahun baru cina? LYL: Makanan yang paling istimewa ialah itik.

TRANSKRIP KETIGA Nama Penuh Umur Tempat Lahir Status :Yap Wei Heng :18 Tahun : Simpang Renggam :Bujang

EZA:Apa pendapat tentang sambutan tahun baru cina,adakah penting atau tidak? YWH:Pada pendapat saya sambutan tahun baru cina sangat penting . EZA:Mengapa sambutan tahun baru cina penting? YWH:Sambutan tahun baru cina ini penting untuk disambut kerana pada masa itu semua ahli keluarga dapat berkumpul dan makan besar. EZA:Adakah tradisi pemberian ampau masih dilakukan? YWH:Pemberian ampau masih diteruskan dimana orang tua akan memberi ampau kepada golongan muda yang masih belum berkahwin. EZA:Adakah adat tradisi makan besar perlu diteruskan? YWH:Adat makan besar perlu diteruskan untuk menambahkan kemeriahan menyambut sambutan tahun baru cina untuk semua ahli keluarga.

LAPORAN TRANSKRIP Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru. Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang pada malam makan besar bersama ahli keluarga yang berkumpul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik,daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin.Sambutan Tahun Baru Cina tetap diteruskan dari dahulu hingga sekarang walaupun caranya berbeza pada zaman dahulu dan sekarang. Tahun Baru Cina diraikan oleh kaum Cina di merata dunia. Disediakan Oleh: Pn Rahimah Bt Robi 740819015758001

Anda mungkin juga menyukai