Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN (Mengikut Model Assure)

Nama Guru Mata Pelajaran Kelas Tarikh Masa Bilangan Murid Tajuk Hasil Pembelajaran Matematik 3 Arif 14 Ogos 2012 9.40 pagi- 10.40 pagi 24 0rang Wang Murid dapat menyatakan nilai wang Malaysia Murid dapat menambah dua nilai wang yang melibatkan ringgit , ringgit dan sen yang jumlahnya tidak melebih RM1000. Murid dapat mengenalpasti barang yang sesuai dengan nilai yang ada.

Analisis Pelajar

Ciri Umum Pelajar

Pengetahuan Sedia Ada

Gaya Pembelajaran

Tahun 3 Arif terdiri daripada murid-murid yang agak bijak dalam pencapaian akademik dan juga aktif. Murid-murid ini terdiri daripada pelbagai bangsa dan berlatarbelakangkan tahap sosio ekonomi yang sederhana. Tinggal di kawasan bandar dan disekitarnya.

Murid-murid telah mempelajari dan mengenal wang dalam tajuk Wang di tahun sebelumnya. Murid-murid juga telah terdedah dengan penggunaan mata wang Malaysia di dalam kehidupan seharian mereka.

Murid-murid lebih cenderung kearah gaya pembelajaran visual dan aktiviti kumpulan .

Menyatakan objektif

Di akhir pengajaran hari ini, 1. Murid-murid dapat menyatakan nilai wang Malaysia sehingga RM1000. 2. Murid berupaya untuk menambah dua nilai wang yang melibatkan ringgit, ringgit dan sen yang jumlahnya tidak melebihi RM1000. 3. Murid boleh menentukan barang yang mana dapat dibeli dengan nilai wang yang dinyatakan.

Memilih kaedah, media dan sumber

Kaedah : Kemahiran berfikir (menjana idea dan membuat keputusan), perbincangan kumpulan.

Media : Tayangan video dan slaid powerpoint

Alat dan bahan sumber yang diperlukan : Kad bergambar, Carta Wang Malaysia, Buku teks, Lembaran kerja, Komputer riba dan LCD

Menggunakan media dan bahan

Bahan yang digunakan ialah persembahan video yang mengandungi lagu rakyat yang bertajuk Lagu Tiga Kupang. Slaid powerpoint selama 10 minit yang memaparkan gabungan nilai-nilai yang ringgit dan ringgit dan sen serta beberapa grafik pegun dan bahan grafik yang berkaitan disertakan dengan audio, teks dan animasi.

Melibatkan pelajar

Set Induksi: (5 minit) Guru mempertontonkan video lagu rakyat yang bertajuk Lagu Tiga Kupang.

Murid turut bersama menyanyikan lagu tersebut. Guru bersoal jawab dengan murid tentang kaitan lagu dengan pembelajaran hari ini. Guru memberi peluang kepada murid untuk menceritakan pengalaman mereka dalam berbelanja seperti di kantin sekolah.

Langkah 1 : (10 minit) Guru menunjukkan carta nilai wang Malaysia untuk menentukan nilai wang bagi gabungan-gabungan tertentu. Murid menyatakan nilai gabungan tersebut dengan melibatkan sedikit pengiraan secara mental. Guru akan mengulangi aktiviti ini dengan carta gambar wang yang lain dengan jumlah yang berbeza melibatkan ringgit dan ringgit dan sen.

Langkah 2 : (15 minit) Guru menayangkan persembahan slaid powerpoint dan diikuti dengan penerangan guru. Murid dan guru akan bersoal jawab dan berbincang dengan persembahan slaid tersebut. Murid juga diminta untuk untuk menjawab soalan interaktif melalui persembahan slaid powerpoint bagi mengukuhkan pengetahuan mereka.

Langkah 3: (20 minit) Berdasarkan tayangan slaid, murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang terdiri daripada 4 orang.

Setiap kumpulan akan diberikan satu set wang permaianan, kad nombor dan carta jawapan. Setiap kumpulan akan mencari jawapan berdasarkan arahan

soalan yang telah disediakan oleh guru. Murid dalam kumpulan juga akan memadankan nilai harga sesuatu barang dengan gabungan wang yang tepat. Aktiviti akan diulang dengan beberapa soalan dan nilai wang semakin besar tidak melebihi RM1000. Setiap kumpulan akan membentangkan hasil tugasan mereka di hadapan kelas dan kumpulan lain akan membuat penilaian.

Rumusan dan Penutup: (8 minit) Guru membuat rumusan hasil pembentangan murid. Guru mengedarkan lembaran kerja sebagai tugasa yang perlu dihantar pada hari berikutnya. Murid berhibur sekali lagi dengan nyanyian lagu Lagu Tiga Kupang.

Penilaian

Pencapaian murid dinilai dari, Hasil perbincangan dan pembentangan kumpulan. Tugasan yang akan dihantar pada hari berikutnya.

Penambahbaikan yang dibuat, Menyediakan soalan pengukuhan kepada murid semasa pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan kefahaman murid secara individu. Memasukkan lebih banyak maklumat yang berkaitan di dalam video klip berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai