Anda di halaman 1dari 2

Stilistik Menurut Abdullah Hassan (1990), Stilistik atau sylistics adalah ilmu tentang stail atau gaya yang

dihubungkan dengan pemakaian atau penggunaan bahasa. Fokus dan penekanan terhadap aspek kebahasaan. Ilmu tersebut muncul dalam bidang linguistik dan diperluas dalam bidang kesusasteraan yang menggunakan bahasa sebagai wahana pengucapan. Kesan penerapan daripada disiplin linguistik tercerminnya ilmu gaya yang membezakan gaya sastera dan gaya bukan sastera. Stilistik dari sudut Sastera Kajian terhadap keseluruhan karya yang berpusat kepada penggunaan bahasa. Cabang linguistik gunaan atau terapan. Karya sastera ditandai kelainan dalam penggunaan gaya bahasanya untuk menimbulkan kesan artistik. Rene Wellek dan Austin Warren (1966:182)stilistik meneliti penggunaan bahasa yang menyimpang daripada norma dan berusaha menemukan fungsi estetik.

Pengenalan am Stilistik Bahasa. Bermaksud bentuk variasi bersistem yang wujud dalam sesuatu bahasa yang dituturkan oleh seorang penutur, khasnya bergantung kepada keadaan dan partisipasi sesuatu pertuturan. Perbezaan dari segi gaya dan laras bermula daripada bentuk yang paling formal kepada bentuk yang agak formal. Prinsip Stilistik Pertama menganggap dan mengiktiraf bahasa sebagai punca kegiatan berkreatif dengan merujuk kepada kemampuan berbahasa sebagai satu anugerah dan bakat seseorang penulis. Analisis karya sastera merupakan suatu huraian tentang bakat dan kebolehan mengarang bagi seseorang pengarang. Analisis itu tidak sahaja dalam lingkungan pengaplikasian bahasa tetapi menjangkaui kepersisan bakat berbahasa penulisnya. Kedua, pendekatan stilistik membincangkan aspek tema seperti yang sering dibicarakan dengan menggunakan pendekatan struktural. Namun, penelitian menggunakan pendekatan ini merujuk kepada aspek bahasa yang melibatkan ayat-ayat yang membina keseluruhan karya. Pentafsiran makna ayat melibatkan makna yang mudah difahami, mudah dimengerti, banyak maksud dan mempunyai makna simbolik.

Ketiga,

penggunaan

pendekatan stilistik berhasil

memperlihatkan gaya

keperibadian

seseorang penulis. Murry J.M. (1976:7), kedudukan stilistik sebagai penelitian sesuatu gaya istimewa dalam eksposisi dan pembentukan satu penyusunan diksi serta struktur kalimat yang mencerminkan keperibadian atau idiosinkrasi penulisnya. Penulis mempunyai cara tersendiri. Perbezaan ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya pengalaman, pendidikan, sikap dan keperibadian penulis. Keempat, melalui pendekatan stilistik huraian terhadap pemilihan diksi, pembentukan perkataan dan ayat dapat dilakukan. Dalam sesebuah karya sastera yang pelbagai genre itu terdapat pelbagai jenis dan kategori perkataan dan ayat yang digunakan. Pengetahuan dan ilmu yang bersangkutan dengan aspek kemasyarakatan iaitu bidang sosiolinguistik dan dialektologi perlu dikuasai oleh pengkaji atau peneliti. Kelima, pendekatan stilistik membantu mereka memahami makna perkataan yang sukar serta ayat yang kompleks yang digunakan oleh pengarang. Pengaplikasian kata dan diksi dari bahasa daerah atau tempatan dapat memperkaya perbendaharaan kata di samping merupakan satu gaya atau stail bagi seseorang penulis. Keenam, pendekatan stilistik juga menekankan penelitian tentang penghasilan sesebuah karya. Semasa berkarya, seseorang penulis didorong oleh pelbagai keadaan dan rangsangan yang berlaku di sekelilingnya. Penelitian yang dilakukan dengan menggunakan pendekatan stilistik ini akan menemukan gagasan bahawa terdapat unsur-unsur bahasa yang mendorong seseorang itu berkreatif. Ketujuh, pendekatan stilistik selain digunakan untuk menganalisis proses penghasilan sesebuah karya, juga digunakan untuk menghuraikan penerimaan dan penghargaan pembaca atau khalayak terhadap sesebuah karya. Aspek bahasa dapat menjelaskan kesan penggunaan sesuatu bahasa sama ada dapat difahami, menimbulkan keseronokan atau memberi kecelaruan dan kekaburan tanggapan kesan daripada penggunaan penanda dan petanda bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan pemikiran, mesej atau idealisme pengarang.

Anda mungkin juga menyukai