Anda di halaman 1dari 49

TAFSIR AYAT-AYAT AQIDAH

AYAT 1 HINGGA 5 SURAH AL-BAQARAH

Maksud ayat
Ayat 1 Alif, Laam , Miim (Allah yang mengetahui maksudnya).

Ayat 2

Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang hendak bertaqwa;

Ayat 3

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) solat serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

Ayat 4

Dan juga orang-orang yang beriman kepada kitab al-Quran yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad), dan kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).

Ayat 5

Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk daripada Tuhan mereka (Allah), dan merekalah orang-orang yang berjaya.

AYAT 1

Allah jualah yang mengetahui maksud huruf yang terletak pada permulaan sesetengah surah AQ seperti ini Diantara ahli-ahli tafsir ada yang menyerahkan pengertiannya kepada Allah karena dipandang termasuk ayat-ayat mutasyaabihaat, dan ada pula yang menafsirkannya. Golongan yang menafsirkannya ada yang memandangnya sebagai nama surat, dan ada pula yang berpendapat bahwa huruf-huruf abjad itu gunanya untuk menarik perhatian para pendengar supaya memperhatikan Al Quran itu, dan untuk mengisyaratkan bahwa Al Quran itu diturunkan dari Allah dalam bahasa Arab yang tersusun dari huruf-huruf abjad. Kalau mereka tidak percaya bahwa Al Quran diturunkan dari Allah dan hanya buatan Muhammad s.a.w. semata-mata, maka cubalah mereka buat semacam Al Quran itu.

AYAT 2

Taqwa ertinya memelihara @ melindungkan diri daripada sesuatu yang ditakuti atau yang dibimbangkan. Bertaqwa kepada Allah ialah memelihara diri daripada sesuatu yang membawa kepada siksa dan kemurkaan Allah, dengan menjalankan undang-undang peraturannya serta hukum perintahnya Al-Quran menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa atau yang berusaha untuk membentuk dirinya mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangannya, kerana merekalah yang terutama sekali yang mendapat faedah dari petunjuk hidayah AQ, disebabkan iman & taqwanya sedangkan orang yang kafir dan ingkar adalah sebaliknya

Tuhan menamakan Al Quran dengan Al Kitab yang di sini bererti yang ditulis, sebagai isyarat bahwa Al Quran diperintahkan untuk ditulis.

Dalam suatu riwayat dikemukakan, bahwa empat ayat pertama dari surat al-Baqarah (S. 2: 2,3,4,5) membicarakan sifat-sifat dan perbuatan Kaum Mukminin, dan dua ayat berikutnya (S. 2: 6,7) tentang kaum kafirin yang menegaskan, bahwa hati, pendengaran dan penglihatan mereka tertutup diperingatkan atau tidak diperingatkan, mereka tetap tidak akan beriman -; dan tiga belas ayat selanjutnya lagi (S.2: 8 s/d 20) menegaskan ciri-ciri, sifat dan kelakuan kaum munafiqin. (Diriwayatkan oleh al-Faryabi dan Ibnu Jarir yang bersumber dari Mujahid.)

AYAT 3

Perkara yang ghaib itu adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat atau dirasa dengan pancaindera yang lima bagi manusia biasa tetapi diakui serta diyakini dengan jalan perhatian dan fikiran yang berdasarkan dalil-dalil yang boleh diterima oleh akal yang sempurna, seperti wujudnya Allah azzawajalla, namanya dan sifat-sifatnya, demikian juga malaikat-malaikat, hari akhirat,syurga neraka dan lain-lain

Iman ialah kepercayaan yang teguh yang disertai dengan ketundukan dan penyerahan jiwa. Tanda-tanda adanya iman ialah mengerjakan apa yang dikehendaki oleh iman itu. Shalat menurut bahasa 'Arab: doa. Menurut istilah syara' ialah ibadat yang sudah dikenal, yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam, yang dikerjakan untuk membuktikan pengabdian dan kerendahan diri kepada Allah. Mendirikan shalat ialah menunaikannya dengan teratur, dengan melangkapi syarat-syarat, rukun-rukun dan adab-adabnya, baik yang lahir ataupun yang batin, seperti khusu', memperhatikan apa yang dibaca dan sebagainya. Rezeki :segala yang dapat diambil manfaatnya. Menafkahkan sebagian rezeki, ialah memberikan sebagian dari harta yang telah direzkikan oleh Tuhan kepada orang-orang yang disyari'atkan oleh agama memberinya, seperti orang-orang fakir, orang-orang miskin, kaum kerabat, anak-anak yatim dan lain-lain.

AYAT 4

Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelum Muhammad s.a.w. ialah kitab-kitab yang diturunkan sebelum Al Quran seperti: Taurat, Zabur, Injil dan Shuhuf-Shuhuf yang tersebut dalam Al Quran yang dAiturunkan kepada para Rasul. Allah menurunkan Kitab kepada Rasul ialah dengan memberikan wahyu kepada Jibril a.s., lalu Jibril menyampaikannya kepada Rasul. Yakin ialah kepercayaan yang kuat dengan tidak dicampuri keraguan sedikitpun. Akhirat lawan dunia. Kehidupan akhirat ialah kehidupan sesudah dunia berakhir. Yakin akan adanya kehidupan akhirat ialah benar-benar percaya akan adanya kehidupan sesudah dunia berakhir.

AYAT 5

Ialah orang-orang yang mendapat apa-apa yang dimohonkannya kepada Allah sesudah mengusahakannya

HURAIAN AYAT
Allah telah memulakan surah al-Baqarah dengan al-huruf almuqattaah yang menunjukkan bahawa betapa al-Quran ini mengandungi ijaz, dan mengesahkan bahawa kalam Allah ini diturunkan dengan menggunakan huruf dan bahasa Arab yang diketahui oleh orang Arab sendiri. Namun begitu, mereka yang menentang al-Quran tidak mempu untuk mendatangkan ayat seumpama al-Quran. Ibn Kathir di dalam kitab tafsirnya mendatangkan pandangan para ulama yang menyatakan bahawa sesungguhnya digunakan al-huruf al-muqattaah di permulaan surah adalah sebagai penjelasan terhadap Ijaz al-Quran. Ini bermakna seluruh makhluk tidak mempu mendatangkan seumpamanya walaupun ayat al-Quran itu mengandungi huruf-huruf hijaiyah yang sudah menjadi kebiasaan bagi orang Arab untuk menggunakan dalam pertuturan mereka.

Nabi s.a.w. telah menyatakan dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidhi: Maksudnya: Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah, maka baginya kebajikan, dan setiap kebajikan digandakan pahala sebanyak sepuluh kali ganda, aku tidak menyatakan alif laam miim itu satu hururf, akan tetapi alif satu huruf, lam satu hururf dan miim satu huruf. Seterusnya, Allah s.w.t telah menegaskan bahawa al-Quran ini merupakan kitab yang tidak perlu ada sebarang keraguan padanya. Terdapat tiga sifat bagi al-Quran: Sebuah kitab yang lengkap dan sempurna. tidak ada keraguan bahawa ia datang daripada Allah. Kitab yang menjadi sumber hidayah dan petunjuk bagi orang yang bertakwa iaitu orang yang melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan larangan-nya.

Kemudian, dalam ayat seterusnya Allah telah menyenaraikan sifat-sifat bagi orang yang bertaqwa yang dapat mengambil manfaat daripada petunjuk la-Quran: Orang yang beriman dengan perkara-perkara ghaib yang telah diceritakan di dalam al-Quran seperti hari Akhirat, titian sirat, syurga, neraka dan sebagainya. Golongan yang mendirikan solat dengan sempurna iaitu dengan memelihara rukun dan syaratnya, serta khusyuk dalam mengerjakannya,. Mereka yang membelanjakan harta di jalan mengeluarkan zakat, bersedekah dan sebagainya. Allah seperti

Golongan yang membenarkan apa sahaja yang disampaikan oleh Rasulullah dan yang diturunkan kepada para Rasul yang terdahulu, dan mereka juga yakin tanpa sebarang keraguan tentang hari akhirat.

PENGAJARAN AYAT
Asal taqwa ialah mencegah, iaitu melakukan pencegahan terhadap diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang: i. Mencegah daripada syirik. ii. Mencegah daripada terjebak dalam dosa-dosa besar. iii. Mencegah daripada terus berada dalam dosa-dosa kecil.

Taqwa merupakan semulia-mulia perkara yang sepatutnya setiap Muslim berusaha untuk mendapatkannya walaupun terpaksa menghadapi pelbagai kesusahan dan rintangan. Terdapat pelbagai definisi taqwa yang diketengahkan oleh para ulama. Antaranya ialah: Maksudnya: sesungguhnya taqwa itu ialah mentaati Allah dengan tidak melakukan maksiat kepada-Nya, mengingati-Nya dan tidak lupa kepadaNya, mensyukuri nikmat-Nya serta tidak mengkufuri-Nya. Maksudnya: Taqwa ialah meninggalkan sifat yang berkekalan dalam maksiat (dosa kecil atau dosa besar) dan menjauhkan daripada tertipu (berasa hebat) apabila melakukan ketaatan.

Maksudnya: Hendaklah Allah tidak melihat anda berada dalam keadaan dan suasana yang dilarang oleh Allah.

- Menjauhkan daripada sebarang dosa sama ada kecil atau besar. Sekiranya berkekalan di dalam hati, maka ia akan membawa kepada ada dosa besar.
- Berhati-hati dalam setiap perkataan dan tindakan, seumpama orang yang berhati-hati ketika melalui tempat yang berduri. - Jangan memandang remeh terhadap perkaraperkara kecil.

Beriman dengan perkara ghaib

Mendirikan solat

Sifat-sifat Orang Bertaqwa

Membelanjak an harta di jalan Allah

Beriman dengan hari Akhirat

Beriman dengan wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada para rasul

Tafsir Ayat Aqidah


Al-Baqarah : 138-141

Ayat 138-141 Maksud Ayat Asbab Nuzul Huraian Ayat Pengajaran Ayat

Ayat Al-quran
138

139
140


141

Maksud Ayat

(Katakanlah wahai orang-orang Yang beriman: Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam dan siapakah Yang lebih baik celupannya daripada Allah? (kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat.
138

Maksud Ayat

Katakanlah (Wahai Muhammad): Patutkah kamu (hai kaum Yahudi dan Nasrani) membuat bantahan terhadap Kami mengenai pilihan Allah dan pengurniaanNya? Padahal Dia lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami (faedah) amal kami dan bagi kamu pula (faedah) amal kamu (kalau diikhlaskan), dan kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas kepadaNya.
139

Maksud Ayat

140

Atau patutkah kamu mengatakan bahawa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub berserta anak-anaknya mereka semua adalah orang-orang Yahudi atau Nasrani, (padahal agama mereka telahpun ada sebelum adanya agama Yahudi atau agama Kristian itu)? Katakanlah (Wahai Muhammad): Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah? Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan.

Maksud Ayat

Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang telah mereka usahakan dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang mereka telah lakukan.
141

Asbab Nuzul
Berkata Ibnu Abbas: Golongan Nasara (Kristian) apabila mandapat cahaya mata baru maka mereka akan menunggu selama tujuh hari. Setelah itu, mereka akan mencelup bayi tersebut dengan air yang khusus dipanggil sebagai al-mamudi bertujuan untuk membersihkan bayi tersebut. Apabila mereka melakukan sedemikian, maka mereka menganggap bahawa bayi tersebut akan benar-benar menjadi seorang Kristian yang tulen. Lalu, Allah menurunkan ayat 138 daripada surah Al-baqarah.

Huraian Ayat
Keimanan kepada Allah merupakan perkara yang amat penting dan berharga dalam diri seseorang. Apakah terdapat acuan atau celupan yang lebih baik daripada apa yang disediakan oleh Allah? Tidak! Allah yang menentukan bagi hambaNya agar mengambil celupan Islam dan Iman yang dapat menyucikan diri daripada perkara syirik kepada Allah. Dilarang mengikuti golongan pendeta Nasrani dan mereka yang syirik kepada Allah. Allah mengurniakan nikmat yang cukup banyak, yang paling berharga dan bernilai iaitu nikmat Islam dan nikmat Hidayah. Dengannya, kita dapat menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya, ikhlas beribadah kepadaNya. Oleh itu, jangan terpedaya dengan golongan yang merosakkan agama dengan : o Menambah/mengurang apa yang disediakan oleh syarak o Menghalalkan yang haram dan sebaliknya

Huraian Ayat
Allah menyuruh nabiNya menyatakan kepada Ahli Kitab: Apakah mereka mahu membuat bantahan terhadap agama Allah lalu mendakwa agama yang benar adalah Nasrani dan Yahudi? Apakah mereka mahu menyatakan agama mereka yang benar sedangkan mereka melakukan syirik kepada Allah? Sebenarnya, tanggungjawab manusia adalah sama iaitu mengabdikan diri kepada Allah kerana Dialah yang menciptakan manusia dan menghitung setiap amalan manusia. Dakwaan bahawa Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak dan Nabi Yaakub berserta anak-anaknya adalah orang Yahudi/Nasrani adalah batil. Golongan pendeta ahli kitab amat mengetahui kebenaran Islam namun mereka sengaja menyembunyikan fakta dan kebenaran demi menjaga kepentingan duniawi mereka. Justeru, mereka merupakan golongan yang zalim.

Huraian Ayat
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui terhadap apa jua yang dilakukan oleh manusia samada mereka menerima keimanan daripada Allah atau menjadi golongan yang syirik dan sesat. Setiap manusia akan menerima balasan atas apa yang dilakukan di atas dunia. Dalam ayat ini, dinyatakan beberapa kali bahawa Allah Maha Mengetahui terhadap apa yang mereka lakukan. Hal ini sekali gus merupakan amaran dan ancaman Allah kepada orang yang ingkar bahawa mereka akan diadili seadiladilnya.

Pengajaran Ayat
Ajaran Islam adalah ajaran fitrah bersih daripada sebarang perkara syirik dan perkara khurafat. Sesuatu yang paling bernilai dalam kehidupan manusia ialah apabila mengikuti manhaj yang disediakan Allah dengan mentauhidkanNya dan melaksanakan pengabdian kepada Allah dengan penuh ikhlas.
Segala hujah yang dikemukakan oleh golongan Yahudi dan Nasara adalah batil dan sesat dan ia merupakan penipuan dan pembohongan yang nyata. Walaupun mereka ahli kitab yang menerima wahyu namun mereka memilih kesesatan dengan menolak wahyu Allah.

Pengajaran Ayat
Setiap manusia akan menghadapi hari pembalasan. Pada waktu itu setiap amalan manusia akan dihitung oleh Allah dan akan diberi pembalasan. Justeru, para ulama telah meletakkan syarat amalan yang diterima Allah ialah: Benar Bertepatan dengan syarak Ikhlas
Sesungguhnya roh kepada agama ialah tauhid dan asasnya ialah ikhlas. Inilah dakwah yang dibawa oleh para rasul keseluruhannya dan Nabi Muhammad SAW merupakan pelengkap iaitu meneruskan agenda mengajak manusia mentauhidkan Allah dengan penuh keikhlasan.

TAFSIR AYAT AKIDAH


SURAH AL-ANAAM AYAT 11-19

Pengertian Ayat
Ayat 11

)(
Katakanlah (wahai Muhammad): "Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul) itu."

Ayat 12


Bertanyalah (wahai muhammad): "Hak milik siapakah segala yang ada di langit dan di bumi?" Katakanlah: "(Semuanya itu) adalah milik Allah. Ia telah menetapkan atas diriNya memberi rahmat. Demi sesungguhnya Ia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat yang tidak ada sebarang syak padanya". Orang-orang yang merugikan diri sendiri (dangan mensiasiakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab yang tersebut) tidak beriman.

Ayat 13

)(
Dan bagi Allah jualah apa yang ada pada waktu malam dan siang; dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Ayat 14

)(
Katakanlah (wahai Muhammad): "Patutkah aku mengambil (memilih) pelindung yang lain dari Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan Ia pula yang memberi makan dan bukan Ia yang dibeari makan?" Katakanlah: "Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menjadi orang yang pertama sekali menyerah diri kepada Allah (Islam), dan (aku diperintahkan dengan firmanNya): `Jangan sekalikali engkau menjadi dari golongan orang-orang musyrik itu. ' "

Ayat 15 )(
Katakanlah: "Sesungguhnya aku takut jika aku derhaka kepada Tuhanku, (akan dikenakan) azab hari yang besar (hari kiamat)".

)( Sesiapa yang dijauhkan azab daripadanya pada hari itu, maka sesugguhnya Allah telah memberi rahmat kepadanya; dan itulah kejayaan yang jelas nyata.

)(

Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Ia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

to top

)(
Dan Dia lah yang Berkuasa atas sekalian hambaNya (dangan tadbir dan takdir); dan Dia lah Yang Maha Bijaksana serta Amat Mendalam PengetahuanNya.

)(
Bertanyalah (wahai Muhammad): "Apakah sesuatu yang lebih besar persaksiannya?" (Bagi menjawabnya) katakanlah: "Allah menjadi Saksi antaraku dengan kamu, dan diwahyukan kepadaku Al-Quran ini, supaya aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa yang telah sampai kepadanya seruan Al-Quran itu. Adakah kamu sungguhsungguh mengakui bahawa ada beberapa tuhan yang lain bersama-sama Allah?" Katakanlah: "Aku tidak mengakuinya". Katakanlah lagi: "Hanyasanya Dia lah sahaja Tuhan Yang Maha Esa, dan sesungguhnya aku adalah berlepas diri apa yang kamu sekutukan (dengan Allah Azza Wa Jalla)".

ASBABUL NUZUL
Sebab Turun Ayat 13 : Al-kalbiy meriwayatkan daripada Ibnu Abbas, bahawa pada suatu ketika golongan kuffar Quraisy telah datang berjumpa Rasulullah dan mereka berkata , Wahai Muhammad ! Kami dapat rasakan seolahnya kamu berdakwah kepada agama baru ini kerana engkau berhajat kepada sesuatu. Justeru kami akan jadikan kamu orang yang paling banyak harta dengan syarat engkau meninggalkan dakwah yang engkau bawa ini.. lalu turunlah ayat ini. Sebab turun ayat 19 : Berkata Al-Kalbiy : Segolongan pimpinan Quraisy telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW Wahai Muhammad! Kami dapati tiada seorang pun yang membenarkan dakwah yang engkau bawa, dan kami telah bertanya tentang engkau kepada Yahudi dan Nasrani dan mereka juga mendakwa bahawa tiada terdapat dalam kitab mereka siapa engkau,oleh itu,sila tunjukkan bukti siapakah yang boleh menjadi saksi bahawa engkau ini rasul sebagaimana yang engkau dakwa?Lalu Allah menurunkan ayat ini.

Huraian Ayat
Dalam ayat 11, Allah SWT meminta kepada Nabi Muhammad SAW agar menegaskan kepada golongan kuffar agar mereka berfikir dan melihat sendiri bagaimana golongan yang dihancurkan oleh Allah akibat keengkaran mereka. Contohnya kaum Ad, Thamud,Firaun dan pengikutnya kaum Lut dan sebagainya.Justeru,jadikanlah pengajaran terhadap kebinasaan yang menimpa mereka didunia dan azab yang menunggu di akhirat kelak.

Dalam ayat yang seterusnya, sekali lagi Allah meminta kepada Rasulullah agar mengajak kaum musyrikin berfikir tentang kejadian langit dan bumi. Golongan Musyrikin sendiri mengetahui bahawa Allah yang menciptakan segala langit dan bumi,namun mengapakah mereka masih ingkar dan tidak mahu taat kepada allah.

Golongan yang mendapat kerugian adalah mereka yang tidak beriman dan tidak percaya kepada hari kebangkitan dan hari pembalasan. Alllah swt menguasai segala-galanya iaitu setiap apa yang ada di langit dan bumi semuanya di bawak penguasaan dan pengetahuan Allah.
Allah Maha Mengetahui dan Maha Mendengar serta Maha Melihat walau terhadap seekor semut yang berwarna hitam, dan jelas berjalan di atas batu hitam di waktu malam yang gelap gelita. Jelasnya Allah Maha Mengetahui segala-galanya. Seterunya Allah menerangkan bahawa saksi kepada kebenaran Nabi sebagai utusan Allah ialah Allah sendiri. Oleh itu,a[akah mereka golongan musyrikin, perlukan kepada panyaksian yang lain daripada itu. Sedangkan penyaksian Allah itu merupakan penyaksian yang maha sempurna. Seterusnya Allah menyatakan bahawa tugas nabi sebagai penyampai wahyu Allah iaitu Alquran kepada semua manusia. Nabi membawa berita gembira dengan balasan syurga bagi golongan beriman dan azab neraka bagi golongan yang kufur.

PENGAJARAN AYAT DAN KAITANNYA DENGAN ISU SEMASA

Sejarah merupakan bukti yang nyata dan jelas. Justeru apabila seseorang merenung kepada sejarah umat terdahulu seperti kaum Ad dan Thamud,kaum Lut dan sebagainya akibat keingkaran mereka yang tidak mahu tunduk dan menyembah Allah maka ia merupakan pengajaran yang amat berguna. Masyarakat manusia pada hari ini sewajarnya merenung hal ini. Mengapa akhir-akhir ini banyak kerosakan ,bala,penyakit berjangkit dan seumpanya berlaku. Ini merupakan amaran Allah terhadap manusia yang semakin raku s dan mensyirikkan Allah.Berlakunya ombak besar tsunami,gempa bumi berlaku di merata tempat,penyakit berjangkit yang semakin banyak seperti selsema burung atau H1n1.

ayat- ayat yang jelas dibincangkan sebenarnya menekankan dengan begitu jelas persoalan tauhid dan akidah terutamanya yang berkaitan dengan Hari Kebangkitan di akhirat kelak. Keimanan begitu mudah diperoleh sekiranya seseorang itu merenung pada penciptaan illahi pada lagit,bumi dan sebagainya.
Allah memberikan rahmat yang banyak kepada umat Nabi Muhammad SAW.Sehubungan dengan itu,balasan segera tidak ditimpakan kepada mereka yang syirik dan pelaku maksiat sebaliknya diberi peluang bertaubat selagi nyawa dikandung badan.

SEKIAN, TERIMA KASIH..

Anda mungkin juga menyukai