Anda di halaman 1dari 2

CADANGAN MENINGKATKAN PROFESIONALISME GURU

Profesionalisma guru boleh ditingkatkan dengan memberi penekanan kepada beberapa aspek yang menberi kesan dan impak yang besar. Antaranya ialah :
1. Semua guru dan staf dikehendaki melaksanakan etika kerja dengan betul dan bersungguh supaya kualiti kerja

dapat ditingkatkan ketahap yang cemerlang dan seterusnya menjulang profesionalisma guru. 2. mananam sikap positif dan menghindarkan sikap negetif dalam melaksanakan tugas-tugas bagi

mempertingkatkan kualiti kerja. Bekerjasama dan bantu-menbantu antara rakan sejawat dalam mencapai kecemerlangan tugas.

Meningkatkan disiplin diri bagi menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang.Seseorang sabordinat yang baik dan cemerlang adalah sabordinat yang boleh menguruskan hal-hal peribadinya.
3.

Memberi sumbangan positif yang berterusan kepada Negara. Sebagai seorang penjawat awam, telah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk memberi sumbangan yang baik kepada Negar.
4.

Niat yang betul, jika kena dengan niat yang baik seseorang guru itu menjadi guru, maka tindakan dan kelakuannya juga akan menjadi positif. Jika seorang guru itu hanya berminat dengan wang maka akan timbul masalah disiplin, masalah atitut dan sebagainya. setiap warga perkhidmatan awam perlu mengubah sikap dan mempunyai mindset yang betul. Mengikut satu pepatah a thousand mile journey starts with the the first step . Langkah pertama dalam hal ini adalah untuk mempunyai mindset yang betul dan berazam untuk menjadi seorang warga organisasi yang baik. 6. Memperkotakan apa yang dikata. Sebelum seseorang guru itu dilantik dalam profesion keguruan ini ia telah tahu dan faham tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Akujanji sebagai seorang guru sepatutnya dikotakan tanpa cuak. 7. Berdisiplin dan beradab. Guru perlu sentiasa bedisiplin dan menjaga adab susila walau dimana mereka berada kerana guru adalah role model yang sentiasa menjadi perhatian masyarakat terutama dalam zaman sekarang dimana profesionalisma guru telah tercalar.
5. 8. Setiap anggota perkhidmatan awam menghabiskan sehingga 12 jam sehari atau 75% dari waktu aktif tiap-tiap hari di pejabat. Dan kita lakukan ini untuk satu tempoh yang panjang, rata-rata melebihi 30 tahun. Dengan masa dan tempoh yang begitu panjang, amatlah wajar bagi setiap anggota untuk meminati dan ceria dengan kerjaya yang dipilih. Memandangkan kita tidak boleh menjadi our own boss dalam sebarang organisasi awam kerana ada struktur dan hierarki, peraturan, sistem dan nilai-nilai yang perlu dipatuhi, maka adalah lebih baik setiap anggota mencuba sedaya upaya untuk menjadi penjawat awam yang profesional dan menjalankan tugas masing-masing dengan penuh disiplin dan beradap
Meningkatkan usaha permuafakatan yang berdasarkan kepada kesahan dan keharmonian. Guru perlu meningkatkan keharmonian. Kita perlu menganggap rakanrakan setugas sebagai extended family members dan sebagai guru mereka juga mempunyai matlamat kerjaya yang tidak berbeza dari kita. Jika tidak, kita akan menderita secara berpanjangan dan mensia-siakan hidup sendiri 10. Menanda Aras. Aktiviti ini sangat baik bagi meningkatkan profesionalisma, dimana guru perlu mencari seorang atau organisasi yang boleh dijadikan contoh dari sudut yang ingin kita lakukan penambahbaikan. Dengan membandingkan diri kita atau

9.

organisasi dengan yang lebih baik, ia akan meningkatkan motivasi diri untuk menjadi yang lebih baik.
11. Peningkatan profesionalisma guru banyak bergantung kepada guru besar yang mentadbir dan mengurus sumber yang ada. Pemimpin yang berwibawa memiliki ilmu pengetahuan yang luas dalam aspek pengurusan sekolah. Ini termasuk pengurusan pejabat, pengurusan kurikulum, hubungan dengan komuniti serta pengurusan sumber. (Kementerian Pendidikan Malaysia). 12. Pengurusan sumber (guru) yang berkesan akan memacu kecemerlangan sekolah, ini ialah kerana pemimpin tidak boleh bekerja sendiri, pemimpin memerlukan sokongan padu dari sabordinat.Sabordinat yang boleh membuat pekerjaan sendiri tanpa arahan secara autokratik adalah profesional. Tahap profesional guru boleh di ukur dengan kesedian mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan berkesan dan cemerlang. 13. Guru yang cemerlang akan berkongsi matlamat yang sama dengan pemimpin untuk melahirkan sekolah yang cemerlang dan berkesan. Guru yang profesional akan menjalankan tugas berkumpulan dengan aman dan harmoni kerana mereka boleh berkerja bersama, saling bantu membantu dan sebagainya dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah dan warganya. 14. Hubungan dengan pihak luar akan menjadi mudah kerana keprofesionalan guru, Guru yang profesional sentiasa menghormati hubungan antara guru dan ibubapa kerana mereka sedar tanggungjawab terhadap ibubapa dan anggota masyarakat. Hubungan yang baik antara sekolah dengan komuniti juga akan memudahkan banyak urusan. Komuniti akan sentiasa sudi membantu pihak sekolah dalam mencapai kecemerlangan terutama dari segi kewangan bagi menampung aktiviti sekolah. 15. Guru yang profesional akan selalu ingin memajukan diri segenap aspek, termasuk aspek pengetahuan. Ini memudahkan tugas Guru besar dalam memastikan sabordinat cukup persedian setiap kali berlaku perubahan kurikulum dalam memastikan Falsafah Pendidikan Negara terlaksana.

Dari huraian diatas dapatlah disimpulkan jika seorang Guru besar itu berperanan dalam meningkatkan profesionalisma guru atau sabordinatnya beliau sendiri akan mendapat munafaatnya secara tidak lansung.Kerja pemantauan menjadi mudah dan sekolah akan mencapai kecemerlangan, Insyaallah.

Anda mungkin juga menyukai