Anda di halaman 1dari 13

1.0 PENDAHULUAN Indochina yang terdiri daripada negara Vietnam, Laos dan Kampuchea.

Vietnam merupakan negara yang banyak dipengaruhi oleh pengaruh dan entiti negara China dalam segenap aspek. Manakala kerajaan Kampuchea yang merupakan negara pengganti kerajaan Khmer mencapai zaman kegemilangan pada abad ke-11 hingga abad ke-14M sehingga pada zaman kegemilangannya, kerajaan tersebut berjaya menguasai seluruh semenanjung Indochina. Laos pula merupakan sebuah negara yang dikenali sebagai Lan Xang atau Tanah Seribu Gajah yang muncul sekitar abad ke-14M.1 Sebelum imperialisme Barat berlaku di Indochina, ketiga-tiga negara ini pernah dijajah oleh kuasa-kuasa lain. Vietnam yang menguasai Laos dan Kampuchea pernah dijajah oleh China sehingga abad ke-10M. Vietnam juga pernah diserang beberapa kali oleh tentera Mongol ketika zaman Dinasti Yuan namun, cubaan tersebut berjaya dipatahkan. Laos pernah berada di bawah pemerintahan Burma pada tahun 1583 hingga 1591. Selepas Vietnam mempengaruhi segenap sistem dalam negara Laos dan Kampuchea, pengaruh Vietnam semakin meluas ke negara-negara tersebut sehinggalah Indochina dijajah oleh kuasa Perancis pada tahun 1887 hingga tahun 1945M. Pentadbiran Perancis di Vietnam telah memberikan kesan kepada ketiga-tiga negara berkenaan. 2 Hakikatnya, tujuan utama Perancis datang ke Vietnam selain daripada mendapatkan kekayaan adalah untuk menyebarkan agama Kristian dalam kalangan masyarakat Vietnam. Penyebaran agama Kristian telah dilakukan oleh para mubaligh yang dibawa khas dari Perancis. Sebelum kedatangan agama Kristian ke Vietnam, agama anutan masyarakat Vietnam ialah Konfuciusnisme.3 Di Kampuchea pula dorongan ekonomi turut menjadi faktor Perancis untuk menjajahnya kerana kawasan di negara tersebut subur untuk pertanian dan berpotensi besar memberi pulangan yang tinggi di samping tujuan yang sama untuk menyebarkan agama Kristian. Manakala di Loas juga lebih kurang sama tujuannya untuk menyebarkan agama Kristian memandangkan Loas kekurangan sumber ekonomi. 4

Abdullah. Zakaria, Azharudin Mohamed Dali, dan Suffian Mansur, 2000, Sejarah Asia Tenggara dan Timur 1800-1963. Kuala Lumpur. Fajar Bakti, hlm. 121
2

Ibid. hlm 134 D.G.E Hall . Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Hlm. 813 4 Ibid hlm. 814
3

2.0 POLITIK 2.1 Pembahagian Wilayah Dan Jajahan Perancis juga telah melaksanakan perubahan dari segi politik dengan membahagikan wilayah yang di takluk di Indochina iaitu Vietnam, Kemboja dan Laos5. Pentadbiran di wilayah naungan seperti Annam, Tongking, Kemboja dan Laos tidak merosakkan pemerintahan kerajaan tempatan namun selepas tahun 1897, dasar Perancis berubah. Pegawai yang paling tinggi pangkatnya di dalam tiap-tiap negeri naungan itu ialah Residen Kanan yang bertanggungjawab kepada Gabenor-Jeneral di Saigon. Namun begitu, raja dan istana serta mandarin-mandarinnya dikekalkan jawatan mereka. Pembahagian pentadbiran di wilayahwilayah Perancis begitu berbeza dengan memperkenalkan sistem pentadbiran yang berbeza di setiap tanah jajahan yang mereka takluki di Indochina.6 Selain itu, perubahan yang berlaku dalam pentadbiran juga tidak menyeluruh dan lebih kepada pembahagian di wilayah Vietnam. Misalnnya wilayah Binh-thuan yang telah disatukan dengan Kochin-China, dikembalikan kepada Annam. Annam sendiri tetap menjadi negeri naungan, tetapi Perancis sendiri diberi hak menempatkan tenteranya pada sebarang tempat di dalam negeri itu. Semua wilayah-wilayah taklukan Perancis diletakkan di bawah sistem Residen yang melaksanakan segala urusan berkenaan dengan wilayah yang diberikan. Perkhidmatan Kastam diletakkan di bawah pentadbiran Perancis dan semua kubu-kubu di Sungai Hue akan dikendalikan oleh Perancis.7 Perubahan yang berlaku di Indochina juga telah dibuat oleh Perancis di bahagian wilayah utara Indochina. Kemboja dibahagikan dengan memasukkan wilayah Cochin-China dan Saigon manakala Laos lebih kepada wilayah Annam.8 Tetapi wilayah-wilayah Annam Utara yang telah disatukan dengan Tongking di bawah Perjanjian Harmand, dikembalikan kepada Annam. Perancis menempatkan Annam dan Tongking yang dilindungi itu ke dalam tangan Menteri Angkatan Laut dan tanah jajahan di Paris serta menggabungkan Kemboja,

5 6

St. Munadjat Danusaputro. 1983. Vietnam Dalam Perkembangan Astra-Jaya. Bandung: Binacipta. Hlm. 71. Edward W. Said. 2008. Budaya Dan Imperialisme. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Hlm. 260. 7 Abu Talib Ahmad. 1991. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm.81.

Ibid. hlm 83

Kochin-China,9 Annam dan Tongking sebagai Kesatuan Indo-China. Jadi secara keseluruhannya walaupun pembahagian tidak jelas tapi pembahagian wilayah di Indochina iaitu Vietnam dibahagikan kepada wilayah Saigon dan Tourane manakala Kemboja dimasukkan dalam wilayah Kochin-China serta Laos ke dalam wilayah Luang Prabang.10 2.2 Kekuasaan Maharaja Tergugat Perancis telah menguasai Indochina yang meliputi Vietnam, Laos dan Kampuchea. Kemaraan Perancis telah merubah corak pentadbiran Indochina. Perancis telah memberi kesan terhadap kuasa maharaja di Indochina. Keadaan ini dapat dilihat dari segi perbandingan antara negara Vietnam dengan Laos dan Kampuchea. Jika dilihat di Vietnam, Perancis mula meresap masuk ke Vietnam dan sedikit demi sedikit megurangkan kuasa maharaja. Bermula dari tahun 1817 hingga tahun 1831, Perancis telah menggunakan pelbagai cara diplomatik bagi mendapatkan kemudahan-kemudahan perdagangan dari Vietnam. Maharaja Tu Duc sedar akan kelemahan angkatan perangnya. Pada tahun 1862, ia mengakui kekalahannya. Serentak dengan itu, berlaku pemberontakan di Tongking. Terdapat beberapa tanda bahawa Perancis akan menolong pemberontak-pemberontak tersebut untuk menggulingkan Tu-Duc. Oleh yang demikian maharaja Tu-Duc terpaksa menandatangani persetiaan dengan Perancis pada bulan Jun 1862. Menurut persetiaan tersebut, Tu-Duc terpaksa menyerahkan tiga buah wilayah Timur Cochin-China, iaitu Bien Hoa, Gia-dinh dan Mytho kepada Perancis. Selain itu, Pelabuhan Tourance, Balat, dan Kuang Anh di serahkan kepada Perancis. Keadaan ini jelas membuktikan bahawa kuasa maharaja mula merosot setelah pihak Perancis berusaha untuk menjejaskan kekuasaan maharaja Vietnam. 11 Namun begitu, kesan yang berbeza dapat dilihat antara Vietnam dengan Laos dan Kampuchea. Laos dan Kampuchea mempunyai kisah yang berbeza berbanding dengan Vietnam. Jika di lihat di Laos, penguasaan Perancis berlaku melalui peperangan dan terlibat dengan kuasa Siam. Peperangan ini telah mengurangkan kekuasaan pemerintah Laos. Namun begitu, peperangan yang berlaku bukanlah antara Laos dengan Perancis tetapi antara Siam dengan Perancis. Hal ini kerana Loas merupakan negara naungan Siam yang perlu menghantar ufti kepada Siam tetapi Perancis tidak senang hati dengan tindakan Loas itu kerana perancis mahukan ufti daripada Loas. Laos terdiri daripada negeri Vientiana, Luang
9

Ibid. hlm 84 Ibid. hlm 85 11 Yusoff Iskandar dan Khalil Yusoff.1997. Diskusi Sejarah. Pulau Pinang: Teks Publishing Sdn. Bhd.Hlm .258
10

Prabang, Chien Kuang, Champassah, Sip Song Panna. Laos mengakui pertuanan Thai dan menghantar ufti ke Siam. Ini jelas bahawa, pentadbiran di Loas telah diketuai oleh pegawai Perancis, pegawai Vietnam dan golongan elit Loas. Golongan bangsawan dan raja dikekalkan taraf mereka iaitu sebagai simbol keagamaan. 12 Suasana yang sama juga berlaku di Kampuchea kerana pada masa itu. Serentak dengan campur tangan di Vietnam, perancis juga mula mendapatkan Kampuchea. Kampuchea pernah membayar ufti kepada Siam dan Vietnam. Pada tahun 1860, Putera Norodom menggantikan ayahnya, Ang-Duong sebagai Raja Kemboja. Raja Norodom juga terpaksa serahkan ufti kepada Perancis sebenarnya perlu diserahkan kepada Vietnam dan Siam. Hal ini kerana Vietnam telah dijajah oleh Perancis maka ufti perlu diserahkan kepada penjajah. Namun begitu, setelah Perancis berjaya menguasai kemboja, pengaruh Perancis semakin bertambah. Perancis menganggap Kemboja sebagai tanah jajahan. Norodom menjadi raja boneka semata-mata., hak memungut cukai di serahkan kepada residen. Demikianlah kesan pentadbiran Perancis yang telah mengugat kuasa raja di Indochina. 13 3.0 SOSIAL 3.1 Perubahan Dasar Berkaitan Dengan Agama Sejarah Vietnam iaitu di zaman Nguyen Anh, sudah terdapat hubung yang baik antara baginda dengan seorang paderi kristian yang bernama Pigneau de Behaine. Hal ini kerana, paderi tersebut banyak membantu baginda dalam usahanya mendapatkan bantuan daripada kerajaan Perancis untuk membantunya menghadapi ancaman serangan daripada musuh ketatnya iaitu tiga bersaudara atau digelar sebagai Tayson. Beliau berjaya memujuk dan pihak Perancis telah menghantar kelengkapan perang bagi membantu Nguyen Anh sehinggalah angkatan perang Tayson berjaya dikalahkan. Jasa dan juga budi baik Behaine ini telah dikenang dan diberi penghormatan yang tinggi oleh Nguyen Anh sebagaimana ucapan beliau semasa majlis pengebumian paderi tersebut yang menunjukkan bahawa beliau begitu terhutang budi dengan bantuan yang diberikan oleh paderi tersebut. Selepas kematian Nguyen Anh, pemerintahan kerajaan telah digantikan oleh para penggantinya iaitu Thieu Tri dan Tu Duc dan pada waktu inilah wujudnya rasa curiga oleh mereka terhadap para mubaligh kristian. Tu Duc gagal menunjukkan kepimpinan dalam
12 13

D.G.E Hall . 1987. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Hlm. 813 Yusoff Iskandar dan Khalil Yusoff.1997. Diskusi Sejarah. Pulau Pinang: Teks Publishing Sdn. Bhd.Hlm .261

menghadapi cabaran-cabaran dari dalaman dan luaran dalam pentadbirannya. 14 Akibat daripada ancaman oleh para pembesar Vietnam ini, Perancis terpaksa menggunakan pengaruh ketenteraan bagi melindungi para mubalighnya. Penindasan bermula apabila berlakunya pembunuhan mubaligh pada tahun 1830-an.15 Agama di Vietnam di abad ke 19 sekarang memperlihatkan bahawa orang-orang Vietnam menganut agama Buddha dan kepercayaan yang bercampur selain terdapat dalam kalangan masyarakat Vietnam yang menganut agama kristian.16 Di Kemboja, pada awal kolonialisasi Perancis telah memperlihatkan bahawa penjajah telah mengajak para sami buddha berdialog dan berbincang dengan pihak pendakyah kristian untuk tujuan kesefahaman antara agama. Pihak agama Buddha telah menyambut baik pelawaan tersebut dengan menghantar dua orang sami iaitu Chuon Nath dan juga Huot Tat. Meskipun tidak menceritakan secara jelas akan peyebaran Kristian di Kemboja tidak bermakna aktiviti tersebut tidak berlaku kerana di sana terdapat gereja dan juga orang vietnam yang beragama Kristian. Bahkan, gereja yang dibina turut memainkan peranan sosial dengan menghulurkan bantuan dan kebajikan kepada masyarakat seperti pusat jagaan kanakkanak dan juga sekolah untuk kanak-kanak atau orang yang lebih dewasa.17 3.2 Perubahan Dalam Heriarki Masyarakat Perubahan sosial yang berlaku di wilayah Indochina telah menyebabkan munculnya pembaharuan yang dibawa oleh pihak penjajah Perancis terutama di kawasan Vietnam, Laos dan Kemboja. Perubahan yang dibawa juga merangkumi bidang pentadbiran, perubahan terhadap kuasa raja yang memerintah, dan juga kedudukan sosial masyarakat. Semua perubahan yang dibawa ini telah menyebabkan juga berlaku penentangan oleh masyarakat tempatan yang berlaku sekitar akhir abad ke-19. Amalan ini berubah setelah kedatangan Perancis dengan pengenalan sistem pentadbiran birokrasi dan juga penyebaran agama Kristian Katolik yang secara langsung turut memberikan kesan kepada hierarki sosial masyarakat di Indochina. Terdapat juga perbezaan di antara perubahan yang berlaku di Vietnam, Laos dan Kemboja. Perubahan yang berlaku di kawasan tersebut berbeza dari segi

14

Abu Thalib Ahmad. 1991. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Terengganu: Fajar Bakti Sdn. Bhd : Hlm. 50. 15 David Joel Steinberg, et al. 1981. Mengenali Sejarah Asia Tenggara Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Hlm 173 16 Ibid. Hlm 173 17 Kobkua Suwannathat-Pian. 1991. Asia Tenggara: Hubungan Tradisional Serantau . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 235

aspek politik, ekonomi dan sosialnya. Kebanyakan perubahan yang berlaku lebih dominan kepada aspek politik dan ekonomi sahaja yang mempunyai kepentingannya yang tersendiri. 18 Di Vietnam, Perancis telah memperkenalkan pentadbiran birokrasi dan sistem Residen. Permulaan dasar yang dilaksanakan oleh Perancis ini telah memberikan kesan yang mendalam kepada amalan sistem hierarki sosial yang diamalkan Vietnam.19 Dalam menjalankan pentadbiran di Vietnam, dilatih anak-anak tempatan dengan kemahiran bahasa Perancis dan juga diberikan pendedahan dalam pentadbiran Perancis. Kehidupan tradisional masyarakat berubah kepada lebih moden berdasarkan acuan yang dibentuk oleh Perancis. Jika dilihat di Vietnam, kepentingan yang diutamakan oleh Perancis ialah berkaitan dengan ekonomi manakala di Laos dan Kemboja adalah dominan kepada aspek politik iaitu dengan penyatuan wilayah di Indochina. Di Vietnam berlaku kemasukan beramai-ramai orang Perancis yang dominan dengan pentadbiran di Indochina dan juga mereka ini tertumpu di kawasan Bandar.20 Di Kemboja, bagi raja pelantikan seorang residen telah mengurangkan kuasanya sebagai pemerintah disebabkan dasar yang dilaksanakan diatur oleh pihak Perancis dan bukannya raja. Di Laos pula, Raja dibantu oleh golongan mandarin dan juga Dewan Negara di samping penasihatan oleh menteri yang berketurunan putera raja. Perancis dengan pertapakannya disini telah sedia mengekalkan susunan masyarakat yang sedia ada dengan menekankan hak istimewa. 3.3 Pendidikan Sistem pendidikan di asia tenggara terutamanya di Vietnam, Laos dan Kampuchea adalah berasaskan kepada pendidikan terdisional sebelum kedatangan barat namun segalanya telah berubah kepada sistem pendidikan yang lebih tersusun mengikut kepentingan penjajah di sesebuah tanah jajahan tersebut. Keadaan ini jelas jika dilihat kepada sistem pendidikan samasa penjajahan perancis di Vietnam, Laos dan Kampuchea. Sistem pendidikan yang diamalkan oleh Perancis semasa menjajah Vietnam adalah lebih menonjol berbanding dengan Laos dan Kampuchea21.

18

W Scott Thompson & Donaldson D. Frizzel. 1977. The Lesson Of Vietnam. Queensland: St Lucia, University Of Queensland Press. Hlm 113 19 Hall, D.G. E.1987. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 528. 20 Ibid. hlm 529 21 Abu Talib Ahmad, 1991, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. hlm 115.

Tujuan utama dasar pendidikan Perancis di Vietnam pada awalnya adalah sematamata untuk melatih juru-juru bahasa sahaja. Sekolah Kebangsaan Perancis sebenarnya telah dibuka di beberapa pusat-pusat bandar sahaja. Sekolah Perancis ini juga adalah untuk golongan lelaki kenamaan sahaja yang mana golongan perempuan dan lelaki biasa dinafikan hak untuk belajar di sekolah Perancis ini. Tujuan pendidikan untuk golongan kenamaan ini adalah untuk meninggikan lagi kududukan mereka22. Pada tahun 1879 telah berlaku satu perubahan besar untuk mengembangkan lagi dasar asimilasi iaitu mewujudkan sekolahsekolah rendah keduniaan yang ditubuhkan di kampung-kampung dan juga bandar. Walau bagaimanapun, sekolah ini kurang mendapat sambutan kerana ibu bapa Indo-China ini lebih gemar menghantar anak-anak mereka ke sekolah tradisional. Manakala bagi negeri-negeri naungan pula sistem pelajaran tempatan berjalan seperti biasa dan sekolah-sekolah barat ini semakin kurang pelajarnya. Oleh itu, hanya beberapa sekolah barat sahaja yang ditubuhkan untuk melatih pegawai-pegawai rendah tempatan. Kebolehan atau pengetahuan yang diberikan oleh Perancis adalah amat rendah, 23 Dasar pendidikan Perancis di Kampuchea dan Laos amat berbeza dengan dasar pendidikan Perancis yang diamalkan di Vietnam yang mana jika dilihat di Kampuchea dasar pendidikannya adalah amat teruk pihak Perancis telah mengabaikan bidang pendidikan di Kampuchea.. Keadaan yang sama turut berlaku di Laos yang mana dasar Perancis melaksanakan pendidikan adalah bertujuan untuk melatih rakyat tempatan untuk memenuhi jawatan rendah kerajaan24. Perbezaan ini jelas dengan dasar yang diamalkan di Vietnam yang mana dasarnya lebih kepada untuk melahirkan atau melatih juru-juru bahasa dan dikelaskan untuk golongan yang elit serta cerdik pandai. Kesannya daripada dasar yang berbeza ini telah mempercepatkan nasionalisme di Vietnam berbanding di Laos dan Kampuchea. Selain daripada perbezaan dari segi pengkelasan golongan pelajar yang telah menjadi dasar kepada perbezaan pendidikan di Vietnam dengan Laos dan Kampuchea terdapat juga perbezaan dari segi bahasa perantaraan yang digunakan di sekolah sekolah-sekolah
22

W.Williams dan Joginder Singh Jessy. 1969. Sejarah Rengkas Asia Tenggara. Singapura: M.P.H Publications Sdn. Bhd. hlm 145.
23

Thomas Hodgkin.1981. Vietnam The Revolutionary Path. Hong Kong : The Macmillan Press. hlm. 155.

24

John Bastin dan Harry J. Benda. 1977. Sejarah Asia Tenggara Moden, Penjajahan Nasionalisma dan Kebijajahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia. hlm 133

kebangsaan Perancis atau sekolah kerajaan, di Kampuchea dan Laos mereka lebih kepada menggunakan bahasa tempatan sebagai bahasa perantaraan diantara guru dan pelajar di sekolah serta kepada pihak yang lebih tinggi25. Keadaan ini amat berbeza jika dibandingkan dengan dasar pendidikan yang diamalkan oleh Perancis di Vietnam yang mana di Vietnam mana-mana pelajar yang ingin belajar di sekolah kerajaan Perancis pada masa itu samaada sekolah redah mahaupun sekolah menengah haruslah mempelajari bahasa Perancis sepenuhnya. Perbezaan pendidikan di Vietnam dengan Laos dan Kampuchea juga dapat dilihat dari segi dasar Perancis untuk menubuhkan pusat pendidikan serta memberikan pendidikan yang sewajarnya kepada masyarakat di Indochina. Jika kita melihat kepada dasar pendidikan di Vietnam kerajaan Perancis di bawah Paul Beau telah berusaha untuk memperbaiki tahap pendidikan ke arah yang lebih baik, ini jelas jika kita melihat kepada bukti penubuhannya universiti Ecole Francaise dExtreme Orient di Hanoi 1899. Manakala di Laos dan Kampuchea hanya menubuhkan sekolah untuk pendidikan agama sahaja. Manakala dari segi pelajarnya pula Perancis hanya menghantar tiga orang sahaja daripada Kampuchea dan Laos untuk belajar di Hanoi yang mana terdapat lebih daripada 630 orang pelajar di Hanoi adalah daripada negara lain. Ini jelas menunjukkan ketidaksungguhan Perancis dalam memberikan pendidikan yang lebih tinggi kepada masyarakat di Kampuchea serta Laos. Kesan daripada penubuhan pusat pengajian yang tinggi ini telah menyebabkan wujudnya satu pergerakan nasionalisme di universiti Ecole Francaise dExtreme Orient menyebabkannya ditutup pada 1907. Pendidikan di Laos dengan pendidikan yang dibawa oleh Perancis di Vietnam berbeza sekali. Perbezaan ini juga boleh dilihat daripada dasar pendidikan yang ingin diterapkan atau ingin dihasilkan oleh kerajaan perancis pada waktu itu. Di Laos walaupun dasar Perancis menubuhkan pusat pendidikan untuk memenuhi kekosongan jawatan kerajaan di peringkat rendah namun telah dihalang kerana di Laos dasar pendidikannnya adalah hanya pendidikan di biara sahaja26 . Ini djelas jika dilihat pada tahun 1909-1919 yang mana Perancis telah berusaha untuk menyesuaikan pendidikan di biara mengikut kemahuannya namun gagal
25

serta menggunakan

Abd. Zakaria, Azharudin Mohamed Dali, dan Suffian Mansur. 2000. Sejarah Asia Tenggara dan Timur 18001963. Kuala Lumpur: Fajar Bakti, hlm.100.
26

David Joel Steinberg(e.t all). 1981. Mengenali Sejarah Asia Tenggara Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 75.

kerana rahib-rahib yang berpendidikan akan meninggalkan biara untuk memasuki perkhidmatan Kolonial. Walaupun begitu sekolah di biara ini sering mengalami masalah terutamanya dari segi buku teks, pengawasan, dan juga peralatannya. Ini jelas berbeza

dengan pendidikan Perancis di Vietnam yang mana segala kemudahan disediakan seperti rancangan penubuhan sekolah rendah dan menengah yang menggunakan bahasa Perancis namun tetap juga gagal kerana kekurangan peruntukan namun tetap juga diteruskan secara perlahan-lahan. 4.0 EKONOMI 4.1 Perusahaan Baru Imperialisme Perancis di Indochina pada awalnya untuk menguasai ekonomi negara-negara tersebut. Perancis dilihat tidak mahu kalah dalam perlumbaan untuk mendapatkan tanah jajahan yang bertujuan untuk memonopoli hasil-hasil bumi dan kekayaan ekonomi di Indochina. Dalam aspek ekonomi, Vietnam lebih diberikan tumpuan oleh Perancis berbanding Laos dan Kemboja. Di Vietnam, Perancis dapat memonopoli hasil dagangan kapas, sutera, gula, beras dan kayu-kayan. Selain itu, kedudukan Perancis yang berdekatan dengan pintu masuk negara China memberikan potensi untuk mendapatkan bahan mentah dan pasaran yang lumayan kepada Perancis.27 Perusahaan baru Perancis juga amat memberikan perhatian tentang perusahaan perlombongan dan pertanian ladang. Beberapa kawasan telah dibuka antaranya menjelang tahun 1890, lombong arang batu telah dibuka di kawasan timur laut Tonkin dan menjelang tahun 1900 ladang kopi telah dibuka oleh peladang Eropah.
28

Selain itu, penanaman modal

dalam perusahaan getah disebabkan permintaan yang tinggi di pasaran dunia dengan nilai pelaburan sebanyak tiga juta France. Pertanian padi telah dieksport dan penanaman jagung serta teh telah dijalankan dalam skala yang besar. Kesannya, beras, padi dan jagung pernah menjadi eksport utama Indochina khususnya pada tahun 1930an.29 Berbanding dengan Vietnam, aspek pertanian tidak dikembangkan di Laos kecuali penanaman kopi di Delta Mekong. Jumlah pengeluaran mencapai sebanyak 200 tan pada penghujung tahun 1930an dan separuh daripadanya digunakan untuk dieksport. Penanaman
27

Oliver A. Johnson. 2000. Second Edition,Source Of World Civilization, Volume 1. Amerika Syarikat: Library Of Congress Cataloging Publication. hlm. 257 28 D.J.M.Tate,1980. Sejarah Pembentukan Asia Tenggara; Ekonomi , dan Sosial, Jilid Kedua. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti, hlm. 387 29 Ibid

getah juga cuba dijalankan namun, secara eksperimen sahaja dan tidak begitu berjaya seperti yang berlaku di Vietnam dan Kemboja. Penanaman untuk produk tekstil seperti kapas, jut, kapok dan sutera dijalankan secara kecil-kecilan dan dalam kuantiti yang sedikit untuk dieksport ke Siam.30 Pengeluaran candu pula seringkali mendatangkan defisit kepada Laos melalui kegiatan penyeludupan.31 Di Kemboja, Perancis telah mendirikan banyak pusat penyelidikan pertanian dan penternakan sehingga kawasan Battambang menjadi kawasan pertanian yang luas. Perancis juga telah memperkenalkan penanaman getah di Kemboja pada tahun 1920an di Kompong Cham dan Kratie dengan menggunakan tenaga buruh Vietnam. Pada tahun 1930an, getah menjadi antara hasil eksport utama negara Kampuchea. 32 Secara umunmya, sistem pentadbiran ekonomi di Laos dan Kemboja tidak banyak bezanya seperti yang dilakukan Perancis di Vietnam. Sistem pentadbiran ekonomi yang diamalkan di Vietnam seperti sistem cukai kepala, cukai tanaman dan cukai-cukai lain juga tetap dilaksanakan di Laos dan Kemboja. Pelaksanaan kesemua sistem cukai yang membebankan masyarakat tempatan lebih-lebih lagi kesemuanya dimonopoli oleh Perancis telah mencetuskan pemberontakan dan bantahan daripada mereka.33 Sistem kerah dan perhambaan masih lagi dijalankan di ketiga-tiga buah negara. Pelaksanaan undang-undang buruh seperti di Vietnam tidak pula ditekankan di kedua-dua negara tersebut memandangkan pengkajian yang amat sedikit berkaitan dengan sistem ekonomi Laos dan Kemboja. 34 4.2 Pengenalan Sistem Cukai Sepanjang abad ke-19, penjajah Barat itu telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengawal keamanan agar dapat melaksanakan pentadbiran baru secara Barat,

memperkenalkan undang-undang Barat dan mengadakan beberapa projek pembangunan ekonomi. Bagi menjayakan sistem ini, Perancis memerlukan modal.35 Sumber kewangan utuk membangunkan ekonomi negeri sebahagian besarnya datang daripada kutipan cukai ke atas
30

Abu Talib Ahmad. 1991. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Terengganu: Noraz Compughrapics Sdn.Bhd. hlm 113 31 Ibid. hlm 114 32 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharuddin Mohd Dali, Azhar Hj. Mad Aros, Suffian Mansor. 2000. Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur. Kuala lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm 218 33 Ibid. hlm 206
34 35

Ibid. hlm 208 Milton Osborne, 1990. Southeast Asia: An Illustrated Introductory History. Australia : Allen & Unwin Australia Pty Ltd. hlm. 91.

10

pengusaha lombong, pertanian, pajak gadai, rumah judi dan cukai eksport-import.ini dikatakan pengenalan sistem cukai mula di perkenalkan oleh Perancis di Indochina. 36 Di Cochin-China, kemajuan besar dicapai dalam mengusahakan tanaman padi secara besar-besaran. Eksport beras diutamakan dan ia lebih maju daripada usaha pengeluaran beras untuk kegunaan tempatan. Perniagaan beras dikendalikan oleh orang Perancis dan orang Cina. Golongan inilah yang mengaut keuntungan besar dengan cara mengutip cukai, golongan lain yang turut menerima keuntungan ialah pemilik-pemilik tanah yang membolot hasil tanaman padi tanpa memberi keperluan yang secukupnya kepada pekerja mereka yang terdiri daripada petani-petani miskin atau juga dipanggil sebagai ta-dien.37 Bagi di Negara Loas pula, eksploitasi bahan-bahan asli diawasi dan dijalankan mengikut peraturan. Sejak tahun 1884, pentadbiran Perancis mengenakan kawalan ke atas aktiviti pemajakan. Satu sistem bayaran pendahuluan bagi kegunaan bersama diperkenalkan. Pada tahun 1890, telah di bina satu perkhidmatan perhutanan. Pentadbiran Perancis juga telah memperkenalkan peraturan dan pengawalan dan cukai dikenakan di pintu masuk. Pemilihan tanah persendirian boleh dilakukan apabila peraturan sebelumnya yang melarang pindah milik tanah dihapuskan. Terdapat banyak konsesi untuk pertanian, perhutanan dan perlombongan, namun ianya tidak disusuli oleh pelaburan.38 Di Kemboja tidak banyak tentang isu cukai kerana Perancis menganggap Kemboja merupakan Negara penampan bagi mereka. Walaubagaimanapun cukai yang berbentuk ufti juga telah di tuntut oleh Perancis dimana satu perjanjian telah ditandatangani antara Perancis dengan Kemboja bahawa syaratnya Kemboja tidak boleh menghantar ufti kepada Siam dan Vietnam. Hal ini menyebabkan Siam tidak puas hati dengan tindakan Perancis. Walaubagaimanapun dengan syarat Siam mendapat Battambang dan Siemreap, maka dengan itu Kemboja telah di iktiraf sebagai negara naungan Perancis dan segala cukai dalam sektor pertanian diurus oleh Perancis. Buktinya, petani Khmer membayar cukai dua kali ganda dan

36 37

Ibid. hlm. 98 Abu Talib Ahmad. 1991. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Terengganu: Noraz Compughrapics Sdn.Bhd. hlm 154
38

Abdullah Zakaria Ghazali, Azharuddin Mohd Dali, Azhar Hj. Mad Aros, Suffian Mansor. 2000. Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur. Kuala lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm 221

11

dinaikkan lagi untuk membiayai pembinaan sebuah hotel mewah di Teluk Siam untuk kegunaan Perancis. 39

39

Abu Talib Ahmad. 1991. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Terengganu: Noraz Compughrapics Sdn.Bhd. hlm 110

12

5.0 KESIMPULAN Secara keseluruhannya, penjajahan Perancis ke atas Indochina banyak mendatangkan kesan yang positif dan negatif kepada keseluruhan aspek yang melibatkan politik, ekonomi dan sosial di sesebuah kawasan di Indochina. Tidak dinafikan, segala perubahan yang dibawa ke Vietnam oleh Perancis telah dijadikan panduan kepada mereka untuk meluaskan wilayah jajahan di Indochina Walau bagaimanapun, keadaan yang berlaku hasil daripada kesan pentadbiran pihak Perancis adalah berbeza di negara Vietnam dengan Kampuchea dan Laos. Jelas di Vietnam, perubahan yang dilaksanakan pada abad ke-19 telah dijadikan titik tolak kepada Perancis untuk melaksanakan dasar yang lebih agresif di Kampuchea dan Laos Kejayaan demi kejayaan yang dicapai dalam pelaksanaan dasar dalam pentadbiran telah memungkinkan perancangan yang lebih teliti dalam menjajah kawasan Indochina yang terkandung dengan pelbagai kepentingan dari sudut politik, ekonomi dan sosial kepada Perancis.

13

Anda mungkin juga menyukai