Anda di halaman 1dari 9

KERJAYA DAN PEMBANGUNAN KERJAYA Kerjaya dan Pembangunan DCE 3117 Kerjaya

Pengenalan
DR. NOR WAHIZA BT.ABDUL WAHAT 012 2078054 wahiza@upm.edu.my

Kerjaya
Kerja profesional (Parsons, 1909).

Turutan posisi utama yang dipegang oleh individu sepanjang tempoh prapekerjaan, pekerjaan dan pospekerjaan berserta peranan tambahan berkaitan aspek vokasional, kekeluargaan dan sivil The (Super, 1980) -Contoh: pelajar, pekerja, pesara dan sebagainya,

Kerjaya
Pelbagai peranan yang dipegang oleh individu sepanjang kehidupannya. Ini termasuklah pekerjaan (bekerja sendiri atau bekerja untuk majikan); pekerjaan yang dipegang selama bertahun-tahun ataupun tempoh pengangguran; bahkan pekerjaan tidak bergaji seperti sukarelawan dan sebagainya (Jabatan Pendidikan dan Sains, 1989)

Kerjaya
Perubahan pengalaman kerja individu mengikut masa (Arthur, Hall and Lawrence, 1989). Kehidupan-kerjaya sebagai konsep yang menggabungkan kerjaya dan aspek kehidupan individu yang lain (MillerTiedeman and Tiedman, 1990).

Pembangunan Kerjaya (PK)


Dari aspek pembangunan organisasi, PK adalah bagaimana individu menguruskan kerjaya mereka di dalam dan di antara organisasi, dan bagaimana organisasi menstruktur kemajuan kerjaya ahli mereka. Ia berkait rapat dengan perancangan pewarisan dalam kebanyakan organisasi.

Dari aspek pembangunan diri, PK adalah kombinasi faktor psikologi, sosiologi, pendidikan, fizikal, ekonomi dan peluang yang mempengaruhi orientasi dan kepentingan kerja dalam jangka hayat seseorang individu (Career Development: A Policy Statement of the National Career Development Association Board of Directors , 1993).

Pembangunan Kerjaya (PK)


Evolusi atau pembangunan suatu kerjaya dikenalpasti berdasarkan: (1) Pengalaman dalam bidang (kerjaya, pekerjaan atau kemahiran tertentu) (2) Kejayaan dalam setiap tahap pembangunan (3) Peningkatan ilmu yang seiring dengan peningkatan kerjaya (4) Komunikasi (5) Pemahaman bahawa pembangunan kerjaya adalah proses yang boleh dibentuk.

Pembangunan Kerjaya (PK)


Proses psikologi dan tingkahlaku sepanjang hayat, dan juga pengaruh latar belakang (kontekstual) yang membentuk kerjaya seseorang sepanjang hidupnya. Ia melibatkan pembentukan corak kerjaya, gaya pembuatan keputusan, integrasi peranan dalam kehidupan, pernyataan nilai dan konsep kendiri berkaitan peranan dalam kehidupan (Herr, & Cramer, 1996).

Pembangunan Kerjaya
McDanieals dan Gysbers (1992) mendefinisikan pembangunan kerjaya sebagai rangkuman faktor psikologi, sosiologi, pengetahuan, fizikal, ekonomi dan keinginan untuk berubah membentuk arah tuju kerjaya individu tersebut bagi kesejahteraan kehidupannya.

Rujukan
Career Development: A Policy Statement of the National Career Development Association Board of Directors (Adopted March 16, 1993; revised 2003). Herr, E.L., & Cramer, S. H. (1996). Career guidance and counseling through the lifespan: Systematic approaches. New York: HarperCollins) (Niles, S. G. & Harris-Bowlsbey, J (2002) Career Development Interventions in the 21st Century. Columbus, OH: Merrill Prentice Hall., p7

Anda mungkin juga menyukai