Induksi Set
Induksi Set
Pendedahan untuk membuka minda dan menggerakkan struktur kognitif pelajar. Membolehkan pelajar mengikuti proses pembelajaran dengan mudah. Guru memperkenalkan (Advance Organizer) bagi menarik perjatian pelajar.
MENARIK PERHATIAN
Pastikan murid cukup bersedia. Berhenti sekejap dan menunggu sehingga kelas cukup bersedia. Penggunaan suara guru, gerak isyarat, pertembungan mata, media pandang dengar dan pengubahan corak interaksi guru.
ORIENTASI
Memilih sesuatu peristiwa, objek, proses atau alat yang dapat merangsang minat. Peristiwa yang tidak berkaitan akan mengganggu tumpuan pelajar. Guru perlu memikirkan cara yang dapat menarik perhatian pelajar dengan menggunakan pelbagai alat yang memberi kesan kepada pelajar.
Mewujudkan Motivasi
Diwujudkan dengan cara menunjukan kemesraan dan penuh semangat terhadap perkara yang dipelajari. Rangsang naluri pelajari tentang perkara yang baru. Lakukan aktiviti yang merangsang minat pelajar seperti bercerita, berlakon, menayangkan filem slaid, bermain, menyanyi dan lain-lain.
Struktur
Induksi set boleh dilaksanakan melalui tugasan. Guru akan memberitahu had tugas tersebut dan murid-murid kemudiannya melaksanakan tugasan tersebut. Guru boleh menggunakan beberapa soalan yang berkaitan untuk memulakan sesuatu tajuk.
Membuat Perkaitan
Dilakukan dengan membuat perbandingan atau menyenaraikan perbezaan aspek yang hendak dipelajari dengan perkara-perkara yang telah dipelajari. Induksi ini lebih berkesan sekirannya menggunakan pengetahuan sedia ada pelajar Induksi cara ini menyarankan supaya permulaan itu dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa dan minat semasa murid-murid.
7.Menggunakan Kiasan (Secara bersungguh-sungguh atau berjenaka) 8.Menggunakan satu aliran fikiran yang mengejutkan. Contoh bahaya api kepada manusia.
b)LANGKAH-LANGKAH PERKEMBANGAN
- Melibatkan penyampaian isi pelajaran melalui satu prosedur yang teratur rapi dan dengan susunan tertentu.
c)PENYOALAN
- Merupakan satu kemahiran yang penting untuk mewujudkan interaksi antara guru dan pelajar dengan berkesan - Teknik atau rangsangan untuk gerakkan pelajar bina konsep, bentuk gambaran fikiran, nyatakan fikiran dan lain-lain
e)PERUNTUKKAN MASA
- Bagi jangka masa pengajaran itu boleh dilakukan seperti berikut :*pengenalan( set induksi) *penerangan guru *guru dan kelas *gerak kerja kelas
f)PEMERINGKATAN ISI
- Dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran harus dilakukan dengan cermat supaya tindakan dapat memberi faedah kepada pelajar.
g) URUTAN
- Bermaksud susunan sesuatu mengikuti yang lain. - Memastikan pengajaran dibina langkah demi langkah, satu mengikuti yang lain secara tertib.
i)MOTIVASI
- bertujuan merangsang minat pelajar ke arah bahan, isi pelajaran dan pengajaran guru.
j)KEMAHIRAN MENERANG
- Menerang adalah satu proses memberi kefahaman kepada pelajar. - Guru harus memastikan setiap yang diterangkan itu mudah dan cepat - Beberapa perkara perlu diberi perhatian :a)Kejelasan b)Penekanan c)Urutan d)Maklum balas e)Ilustrasi f)Penyusunan idea atau pemikiran g)Penutup penerangan
k)PENGUKUHAN (peneguhan)
- Merupakan satu kemahiran yang digunakanoleh guru bagi mengubah tingkah laku pelajar dengan sempurna - pelajar dapat menunjukkan kebolehan dan pencapaian dalam sesuatu pelajaran