Anda di halaman 1dari 50

Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa

Pembelajaran bahasa sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris di sekolah melibatkan pengajaran beberapa kemahiran asas, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Setiap pelajar perlu menguasai kemahiran ini untuk memastikan mereka boleh mengikuti pembelajaran yang seterusnya. Namun demikian senario pendidikan dari dulu sehingga sekarang masih lagi menunjukkan bahawa kemahiran-kemahiran itu masih lagi gagal dikuasai oleh sebahagian pelajar walaupun sudah menjejakkan kaki di sekolah menengah.Oleh itu, guru mestilah menyedari kepentingan teori pemerolehan bahasa dan

mengaplikasikanya dalam bilik darjah supaya pelajar danpat menguasai kemahiran berbahasa dengan baik. Bayi dan kanak-kanak memperoleh bahasa secara berperingkat peringkat. Apabila seorang bayi itu,turut bersama-samanya ialah alat fizikal yang sesuai untuk memperoleh bahasa.Perkembangan bahasa berlaku sedikit demi sedikit dan

berperingkat mengikut perkembangan otaknya,iaitu hasil perkembangan fizikal bayi.Kanak-kanak akan belajar bahasa melalui interaksi tidak formal dalam kalangan persekitaran keluarga dan kemudian dalam masyarakat yang didiaminya. Terdapat lima teori pemerolehan bahasa iaitu Teori Mentalis,Teori kognitif,Teori intraksionalisme,Teori Konstruktivisme dan Teori Behavioris. Pengaplikasian teori teori ini dalam membantu guru meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Pendedahan kepada penggunaan bahasa di peringkat awal ini akan dipelajari oleh kanak kanak sedikit demi sedikit dari yang mudah kepada kompleks dan yang konkrit kepada yang abstrak.Sebagi seorang guru bahasa,adalah guru itu mestilah mempunyai pengetahuan tentang bagaimana proses pemerolehan dan pembelajaran bahasa oleh seorang kanak-kanak.

Teori Behaviourisme
Teori behaviourisme atau mekanis lebih menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa daripada fenomena mental.Aliran ini banyak dipengaruhi oleh teori-teori dalam ilmu psikologi. Tokoh-tokoh berpendapat bahawa terdapat

hubungan yang rapat antara rangsangan dan gerak balas serta akan berlakunya ulangan sekiranya gerak balas tersebut diberikan ganjaran ataupun peneguhan positif. Tokoh behaviouris seperti Bloomfiled, Edward Sapir, dan Brooks menganggap pembelajaran sebagai satu proses mekanis bagi membentuk kebiasaan.Skinner dan Braine pula telah melanjutan teori behaviouris dan menekankan kepentingan pengaruh persekitaran dalam pembelajaran bahasa.Sesuatu ujaran yang dilafazkan dan

diucapkan terbentuk disebabkan adanya rangsangan dalam bentuk bahasa dan bentuk bukan bahasa.Bagi meneguhkan bentuk bentuk bahsa yang betul,bentuk-bentuk bahsa mestilah diulangi berkali kali dan diberikan peneguhan positif oleh ibu-bapa,penjaga dan pengasuh.Ini kerana proses ulangan memainkan peranan yang penting dalam pemerolehan bahasa. Ciri-ciri behaviouris adalah seperti berikut : i. Pembelajaran ialah satu proses mekanis yang terjadi daripada perhubungan antara rangsangan (stimulus) dengan gerak balas (respon) ii. iii. Sesuatu gerak balas akan diulangi jika diikuti dengan ganjaran Sesuatu gerak balas yang diikuti dengan peneguhan yang positif akan lebih sering diulangi iv. v. sesuatu gerak balas yang sering diulangi akan membentuk pula kebiasaan proses pembelajaran bahasa menekankan latihan dan pengulangan yang

banyak untuk membentuk kebiasaaan.Penguasaan bahasa adalah proses mekanis yang memerlukan daya mental . vi. pembelajaran bahasa perlu pengukuhan dan pembetulan serta merta

.Pengukuhan yang diwujudkan adalah melalui ganjaran yang diberikan kepada murid.

vii.

Latih tubi amat digalakkan dalam proses pembelajaran.Selain itu pengajaran tatabahasa juga berdasarakan pendekatan induktif,iaitu dengar kemudian tutur.

viii.

Pembelajaran bahasa mementingkan persekitaran termasuk guru,rakan dan suasana serta iklim bilik darjah.

Prinsip-prinsip pengajaran bahasa berdasarkan falsafah aliran behaviourisme 1. Kemahiran bahasa yang diutamakan ialah kemahiran lisan,kemahiran bahasa tulisan merupakan yang kedua terpenting. Ini bermaksud bahawa pengajaran bahasa mestilah dimulakan dengan dengan kemahiran lisan,kemudian diikuti dengan kemahiran bahasa tulisan.Oleh itu,guru mestilah memastikan murid-murid dapat bertutur dalam bahasa melayu terlebih dahulu sebelum dapat meneruskan pengajian secara lebih mendalam.Dalam hal ini,murid mestilah menguasai sistem bunyi dan struktur bahasa kerana kemahiran bahasa lisan merupakan asas bagi kemahiran bahasa yang lain,iaitu membaca dan menulis.

2. Pengukuhan merupakan prasayarat penting dalam pembelajaran. Pengukuhan merupakan elemen yang penting dalam pembentukan tingkah laku yang berkesan.Misalnya,dalam pembelajaran sosial kanak-kanak,apabila kanak kanak mengucapkan terima kasih,meminta tolong dan selamat petang dengan sopan,mereka diberikan kata kata pujian,motivasi serta galakan dan .Dengan ini,mereka akan mengulangi perbuatan tersebut dan menjadi sebahagian daripada kebiasaan. 3. Latihan pembelajaran yang dikukuhkan Maksud latihan disini merujuk kepada latihan ulangan satu-satu gerak balas dengan satu-satu rangsangan.Latihan dan latih tubi mestilah dilakukan dalam keadaan yang bermakna agar murid murid tidak berasa bosan dan tertaik untuk meneruskan aktiviti dalam jangaka masa yang lama.Oleh itu,bahan bantu mengajar amat penting dan memerlukan perhatian yang rapi daripada guru.

Kekuatan Teori Behaviorisme Teori ini sangat sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang masih memerlukan bantuan daripada orang dewasa di sekeliling mereka.Sebagai contoh, kanak-kanak tadika memerlukan bimbingan dan perhatian yang khusus daripada orang di persekitarannya terutamanya guru-guru mereka kerana mereka mudah mengikuti apa yang diajar dan disuruh selain suka meniru perlakuan orang di sekelilingnya. Selain itu, mereka juga suka dengar bentuk-bentuk penghargaan yang diberi kepadanya seperti pujian dan melalui bentuk penghargaan tersebut ianya dapat menaikkan semangat belajar dalam diri mereka. Guru tidak perlu mengambil masa yang lama memberi penerangan yang panjang tentang pembelajaran kepada murid-murid. Selain daripada itu teori ini menekankan kemahiran lisan berbanding kemahiran membaca dan menulis.

Melalui aspek kemahiran yang ditekankan dapat memberikan kelebihan kepada murid kerana aspek lisan iaitu mendengar dan bertutur penting dalam situasi harian murid.

Kelemahan Teori Behaviourisme Proses pembelajaran yang tidak kondusif bagi murid-murid kerana pembelajaran berlaku dalam keadaan sehala di mana ianya berpusat pada guru sahaja. Guru hanya mengajar dan melatih murid manakala murid hanya menerima apa yang diajar guru tanpa memberi sebarang maklum balas. Murid berperanan sebagai pendengar dan mereka menghafal apa yang didengar dan dipandang cara belajar yang efektif. Penggunaan hukuman merupakan salah satu cara guru mendisiplinkan murid dan akan mendatangkan akibat buruk kepada murid.Hal ini kerana sistem pembelajaran tersebut lebih tertumpu kepada rangsangan dan gerak balas yang ditunjukkan.
4

Sekiranya tiada rangsangan maka tindak balas tidak akan berlaku.Sebagai contoh, guru akan beri rangsangan seperti hadiah dan baru mereka memberi jawapan yang dikehendaki guru. Teori ini adalah penambahan ilmu pengetahuan lebih tertumpu kepada buku teks.Hal ini kerana mereka belajar mengikut urutan kurikulum yang sangat ketat sehinggakan buku teks merupakan buku wajib dalam pembelajaran mereka.Malah, mereka juga dikehendaki memahami dan mempersembahkan kembali isi pembelajaran di dalam buku teks tersebut dengan baik.

Teori Mentalis
Teori Mentalis (pelopor Bloomfield, Edward Sapir, Fries, Boas,Brooks dan Chomsky)Ahli psikologi yang turut berpegang pada teori ini termasuklah B.F Skinner, Pavlov, Hull dan Thorndike. Golongan mentalis berpendapat bahawa bahasa dikuasai melalui proses pengulangan. Oleh yang demikian proses pengajaran bahasa haruslah menekankan latihan dan pengulangan yang banyak.Bagi meningkatkan kemahiran bahasa, satu bentuk latihan mekanisme bersistem perlu dilakukan. Teori ini juga mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan

pembelajaran. Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah. Noam Chomsky memperkenalkan analisis bahasa Transformasi generatif yang bermaksud bahsa ialah aktiviti mental yang merupakan kebolehan semulajadi manusia.Beliau juga berpendapat bahawa pemerolehan bahasa adalah suatu proses pemikiran yang melibatkan mental.Fahaman ini menekankan kepentingan keupayaan berfikir secara memproses dan menilai data tindakan dapat dilakukan.Sistem pengolahan informasi dapat dikawal dengan baik oleh fikiran dan pengetahuan yang sentiasa dalam berada dalam keadaan sedar.Kata Noam Chomsky,manusia dilahirkan bersama Peranti Pemerolehan Bahasa (Language Acquisation Device) atau LAD. Alat ini membolehkan manusia mempunyai kebolehan semulajadi untuk menguasai bahasa. Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu; i. ii. proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang IQ-nya rendah juga juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama ) iii. proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak. iv. tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.

Golongan mentalis berpendapat bahawa seseorang kanak-kanak menggunakan keupayaan sedia ada pada mereka untuk merumus dan membentuk ayat mengikut sistem bahasa yang mereka peroleh. Manakala prestasi ialah aspek penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan bahasa manusiaOleh hal yang demikian, teori ini mengutamakan proses berfikir berbanding dengan perlakuan manusia. Terdapat beberapa kebaikan dapat pengaplikasian Teori Mentalis dalam pemerolehan kanak- kanak.Antaranya adalah: proses

a. Menekankan kepada proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu pembelajaran bahasa akan diajar secara berperingkat-peringkat mengikut kematangan murid berkenaan. Dengan itu proses pembelajaran berlaku secara sistematik dan guru dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran murid secara berperingkat-peringkat.

b. Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri.

c. Menekankan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran berpusatkan pelajar bermaksud pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan penggunaan bahan-bahan pembelajaran berbanding guru. Oleh itu ia amat sesuai digunakan untuk mengajar kemahiran berbahasa.

Walaubagaimanapun,teori

ini

mementingkan

kemahiran

tulisan,

yang

kemudiannya diikuti dengan kemahiran bacaan. Manakala kemahiran lisan pula kurang diberikan perhatian. Ini akan menyebabkan sesetengah murid hanya mahir

menggunakan bahasa dalam tulisan dan bacaan, tetapi lemah dalam lisan (mendengar dan bertutur).

Guru

yang

mengaplikasikan

teori

mentalis

ini

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran akan melakukan perancangan

dengan membuat pemeringkatan

kemahiran. Ini bermakna, murid akan memperoleh sesuatu kemahiran itu secara berperingkat-peringkat sesuai dengan kemahiran dan penguasaan mereka. Kemahiran membaca akan dimulakan dengan kemahiran paling asas iaitu mengenal suku kata, dan seterusnya kemahiran itu dipertingkatkan kesukarannya sehinggalah murid berkenaan dapat membaca sebuah ayat yang lengkap.

Sebagai contoh, dalam pelaksanaan pengajaran ini, guru menetapkan 10 kriteria yang perlu dikuasai oleh murid sebagai bukti mereka telah menguasai kemahiran membaca yang telah ditetapkan. Pada pembelajaran pertama, guru mungkin menetapkan dua kriteria yang perlu dicapai, kemudian dua lagi pada pembelajaran akan datang dan begitulah seterusnya sehingga semua murid berjaya mencapai kriteria tersebut.Secara keseluruhannya,teori mentalis ini wajar digunapakai untuk mencapai objektif yang khusus dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia lebih memfokuskan penguasaan dan pencapaian objektif pada stu-satu masa pengajaran.

Teori Konstruktivis

Berbeza dengan kedua-dua teori terdahulu, Konstruktivis merupakan satu teori yang berpusatkan pelajar. Ini bermakna pelajar adalah bergerak secara aktif untuk memastikan mereka dapat memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru. Teori ini mengetengahkan pendapat bahawa pelajar mempelajari sesuatu itu berdasarkan pengalaman sedia ada mereka. Oleh yang demikian, menurut teori ini, guru perlu menyediakan aktiviti yang sesuai dengan pengalaman sedia ada pelajar serta dapat mengaitkan pengalaman itu dengan pembelajaran yang bakal diajar. Pelajar pula hendaklah mampu mempergunakan pengetahuan baru itu untuk kegunaan masa hadapan. Peranan guru dalam kelas hanyalah sebagai pemudah cara, pemantau dan penggubal disiplin. Pendekatan ini biasanya akan membuahkan hasil yang baik kerana pelajar akan lebih memahami sesuatu perkara itu sekiranya dia terlibat secara aktif.

Kurikulum

Baru

Sekolah

Rendah

(KBSR)

mempunyai

matlamat

memperkembangkan fungsi murid secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya mereka dapat menjalani kehidupan seharian mereka dengan berkesan dan penuh tanggungjawab. Untuk mencapai matlamat ini, di antara lain, guru perlu mempunyai kemahiran memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan bijaksana supaya kaedah yang dipilih itu sesuai dengan murid-murid yang pelbagai kebolehan dan minat. Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang wujud secara bebas dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran murid melalui pengalaman pancaindera, atau kewujudan pengetahuan sejadi dalam mental, tetapi ilmu pengetahuan itu diperolehi dengan cara membina sendiri oleh setiap murid melalui pengalaman, renungan dan pengabstrakan.

2. Pengertian Konstruktivisime

Konstruktivisime

merupakan

proses

pembelajaran

yang

menerangkan

bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan. Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh

dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing.

Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka. Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme. Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid. Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.

10

John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid meniur dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata murid.Melalui penggunaan paradigma konstruktivisme, guru perlu mengubah peranannya dalam bilik sains. Guru mungkin akan berperanan sebagai pelajar atau penyelidik. Dengan cara ini, guru akan lebih memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan. Justeru itu guru akan memperolehi kemahiran untuk membina dan mengubahsuai kefahaman serta berkomunikasi dengan orang lain. Guru akan memahami bahawa proses pembinaan dan pengubahsuaian konsep merupakan satu proses berterusan dalam kehidupan.Dalam paradigma konstruktivisme, murid menganggap peranan guru sebagai salah satu sumber pengetahuan dan bukan sebagai seorang yang tahu seglagalanya. Mereka menganggap pengetahuan sebagai sesuatu yang boleh disesuaikan dan boleh berubah. Mereka juga sedar bahawa mereka bertanggungjawab terhadap diri sendiri untuk menggunakan pelbagai cara bagi memproses makluamt dan

menyelesaikan masalah. Dalam erti kata lain, guru adalah berperanan sebagai seorang fasilitator dan pembimbing. Hubungan guru dengan murid boleh diumpamakan sebagai hubungan di antara bidan dengan ibu yang melahirkan anak. Guru bertanggung jawab membimbing dan membantu murid mempelajari sesuatu pelajaran dengan bermakna. Guru tidak boleh belajar untuk murid,murid yang membina fahaman sendiri.Oleh itu, Teori Konstruktivis menekankan cara untuk mengaitkan pengajaran dengan

pengetahuan sedia ada murid supaya mereka dapat menggambarkan perkara yang
11

diajar. Jadi, dalam pengajaran

kemahiran

membaca

bagi murid-murid

yang

dimaksudkan, aktiviti pencetusan idea murid akan dilaksanakan terlebih dahulu sebelum guru menerangkan sesuatu konsep atau mengajar kemahiran. Aktiviti pencetusan idea ini boleh dilakukan melalui soal-jawab secara lisan antara guru dengan murid. Sebagai contoh, guru meminta murid menyatakan apa yang telah mereka pelajari sebelum ini atau meminta mereka membaca mengikut tahap kemahiran yang telah diajar dalam pelajaran lepas. Melalui aktiviti ini, guru akan dapat mengesan pencapaian murid dan seterusnya menyesuaikan pengetahuan tersebut dengan pembelajaran yang baru.

12

Teori Intraksionalisme

Setiap teori yang dikemukakan ada pra dan kontranya, terdapat kelebihan dan kelemahannya, begitu juga teori interaksionisme dalam dunia sosial ini.

Kelebihan 1. Merupakan interaksi sosial harian.Manusia saling berinteraksi didalam suasana dan situasi harian dan memanfaatkan hubungan sosial mereka. 2. Individu berada dalam kelompok kecil dan bagaimana ia bertindak.Individu berinteraksi dengan individu yang lain untuk mencapai motif dan sesuatu tujuan atau matlamat. 3. Banyak menggunakan simbol seperti warna, lampu, isyarat, gerak geri, lambang dan sebagainya dalam proses mencipta hubungan sosial. 4. Komunikasi dan cara hidup manusia mempunyai simboliknya yang tersendiri yang sangat pentin dan saling difahami oleh setiap individu sosial.

Kelemahan 1. Teori ini tidak melihat kehidupan sosial secara menyeluruh. Ia hanya melihat pada satu aspek sahaja iaitu aspek interaksi sesama individu masyarakat dan interaksi individu dengan kumpulan yang terlibat dalam sesuatu sistem. Teori ini tidak melihat kepada aspek lain seperti masalah, konflik, fungsi dan peranan sosial dalam kehidupan.

Walaubagaimana pun, teori interaksionisme ini hanyalah salah satu daripada perspektif tentang pemahaman dan pemikiran tentang dunia sosial. Perbezaan pemahaman tentang dunia sosial ini menunjukkan hubungan antara manusia dengan masyarakat adalah tidak terbatas. Oleh itu, sebarang pendekatan sosiologi cuma boleh memberikan sebahagian huraian tentang manusia dan masyarakat. Tiada satu perspektif dan teori yang memberi gambaran yang tepat dalam dunia sosial.

13

Teori Kognitif

Ahli psikologi kognitif seperti Kohler, Bruner, Gagne dan Ausubel yang berpendapat bahawa pembelajaran adalah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Mereka menumpukan kajian pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut peringkat umur dan kebolehan pelajar. Teori Pembelajaran Kognitif adalah ditumpukan kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan, kategori pembelajaran dan resepsi. Tokoh pembelajaran kognitif menekankan proses kognitif yang juga dikenali sebagai teori Gestalt adalah bertumpukan kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan, kategori pembelajaran dan resepsi. Mengikut teori Gestalt yang bermaksud bentuk, pola atau tatarajah, manusia mempunyai struktur kognitif dan dalam proses pembelajaran, otaknya akan menyusun segala maklumat dalam ingatannya.

Tokoh-tokoh ini juga menekankan bahawa pembelajaran bukan percubaan secara membabi buta tetapi mempunyai motif atau objektif tertentu. Ia bukan sahaja perhubungan stimuli-tindak balas tetapi juga kefahaman terhadap keadaan dan perkara pokoknya, demi melakukan proses pembelajaran. Dengan perkataan lain, sekiranya dia tidak dapat mengenalpasti perhubungan perkara dan ertinya yang dipelajari, walaupun melalui latihan berkali-kali, pembelajaran tidak akan berlaku.

Mengikut kajian tokoh-tokoh ini, pembelajaran hanya boleh berlaku adalah berdasarkan pelajar yang mempunyai cukup pengalaman yang berkaitan untuk mempelajari pengalaman baru, di samping mempunyai motif serta rela mengambil inisiatif diri sendiri untuk menjalankan aktiviti pembelajaran.

14

Teori

Pembelajaran

Gagne

memperkenalkan 5

jenis

atau

peringkat

pembelajaran. Setiap jenis atau peringkat pembelajaran itu memerlukan arahan yang berlainan. Faktor luaran dan dalaman adalah berbeza mengikut setiap peringkat /jenis pembelajaran. Keberkesanan utama pembelajaran pada peringkat ini adalah untuk mengenalpasti keperluan dan pengisian bagi melengkapkan pembelajaran peringkat tersebut.

Lima Peringkat Pembelajaran Gagne 1. Maklumat lisan Kebolehan menggunakan simbol,label dan fakta dalam pembelajaran. 2. Kemahiran Intelek Mencari pendekatan untuk memperbaiki proses

pembelajaran dan pemikiran. 3. Strategi Kognitif Kebolehan memproses maklumat dan menyelesaikan masalah (menguasai prosesnya) 4. 5. Kemahiran Motor- Memanipulasi dan kordinasi fizikal eg: menulis, berenang. Sikap mempamerkan tingkah laku dan tindakan (didedahkan kepada role modeldan perbincangan yang berhemah dan menarik.

Lapan Syarat Pembelajaran Gagne 1. Pembelajaran Isyarat berlaku secara semulajadi .

Contoh: bunyi loceng menandakan murid rehat 2. Pembelajaran rangsangan gerak balas merupakan satu proses peneguhan.

Contoh: Pujian diberikan bagi memotivasikan murid 3. Pembelajaran melalui rangkaian iaitu satu gabungan beberapa rangsangan.

Contoh: permainan bola jaring 4. Pertalian Bahasa, iaitu gabungan lebih daripada satu rangsangan,murid dapat

kaitkan yg dilihat dengan yang disebut (menulismenyebut) 5. Pembelajaran diskriminasi iaitu pembelajaran yang dapat membezakan pelbagai

rangsangan walaupun kecil. Contoh: Bezakan haiwan, kenal ciri-ciri.

15

6.

Pembelajaran Konsep Membina dan membentuk konsep melalui contoh yang

jelas. Contoh: mengenal ciri-ciri haiwan mamalia 7. Pembelajaran hukum Gabungan dua atau lebih konsep untuk membentuk Pembelajaran penyelesaian masalah Melibatkan prinsip dan rumus untuk

hukum. Melibatkan rumus, prinsip, teori dan generalisasi (Contoh: Matematik) 8.

menyelesaikan masalah situasi baru.

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF DALAM PROSES P&P

Teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Teori ini menekankan proses kognitif untuk menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, teori ini juga menekankan faktor pengalaman sedia ada untuk memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi. Teori pembelajaran kognitif ini menegaskan bahawa pengalaman sedia ada murid-murid akan banyak membantu mereka dalam menyelesaikan masalah. Dengan wujudnya teori pembelajaran kognitif ini ia sekali gus memberikan implikasi-implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran kanakkanak atau pun murid-murid. Implikasi teori pembelajaran kognitif yang pertama kepada proses pembelajara nmurid-murid iaiah merangsang ingatan kanak-kanak semula.

Dalam pembelajaran kognitif ia lebih kepada menggunakan pengalaman yang sedia bagi membantu dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran kognitif dapat merangsang ingatan kanak-kanak semula. Contohnya, ketika kanakkanak tersebut beradadi alam persekolahan mereka akan melalui pembelajaran yang memerlukan pengalaman atau pun pengetahuan yang sedia ada. Seperti kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dengan pengetahuan ada ketika di prasekolah dahulu, tentu situasi ini tidak akan menyukarkan bagi kanak-kanak tersebut.

16

Selain itu, implikasi teori pembelajaran kognitif yang seterusnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid iaiah membantu murid-murid mengingat semula. Oleh kerana pembelajaran kognitif ini menekankan kepada perubahanperubahan yang berlaku dalam cara manusia berfikir dari peringkat bayi sehingga ia dewasa. Jean Piaget memandang kanak-kanak sebagai pelajar yang aktif yang berkelakuan seperti saintis muda dan akan memperkembangkan teori mereka masingmasing. Dalam bilik darjah,murid-murid akan belajar sesuatu mengikut tahap atau pun tingkat umur mereka.

Tambahan pula, ia juga bergantung kepada bagaimana kanak-kanak tersebut memperolehi pengetahuan mereka. Contohnya, kanak-kanak tadika memperolehi pengetahuan melalui persepsi mereka sendiri berkaitan dengan dunia. Dengan itu, apabila kanak-kanak tersebut melalui zaman persekolahan ia akan membantu muridmurid semula tentang apa yang mereka telah pelajari selama ini terutama sekali pengetahuan yang mereka miliki ketika di prasekolah.

Kesimpulannya,pembelajaran berlaku daripada yang konkrit kepada abstrak. Pembelajaran juga mengutamakan murid keupayaan murid mencapai celik akal dalam proses pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran, teori ini menekankan proses penanggapan dan pemprosesan maklumat. Teori ini juga menekankan proses peneguhan supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan

17

Definisi strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Menurut Kamus Dewan 1998, strategi pengajaran bermaksud rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan.Di dalam konteks pendidikan pula,strategi pengajaran bermaksud kebijaksanaan pemilihan

pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajran yang telah ditentukan. Seseorang panglima tentera harus memikirkan strateginya untuk mempertahankan kedudukannya atau menyerang kubu musuhnya.Sebagai contoh, katakanlah perang tercetus di antara Malaysia dan Singapura. Seorang panglima Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk menyerang dan menawan Singapura terpaksa merancang strategi

peperangannya. Dia harus memikirkan apakah pendekatan-pendekatan dan kaedahkaedah untuk menyerang pihak musuh. Adakah kita menggunakan tentera udara atau tentera laut? Adakah kita mengebom sasaran-sasaran pertahanannya terlebih dahulu sebelu menghantar angkatan tentera darat diikuti oleh angkatan tentera laut. Susunan serta urutan kaedah yang dirancangkan mengikut kekangan logistik adalah disebut sebagai strategi peperangan,rancangan yang rapi sebelum peperangan itu dimulakan juga dinamakan sebagai strategi.Oleh itu,boleh disimpulkan disini bahawa strategi adalah satu urutan dan rancangan yang dibuat sebelum satu-satu perkara dijalankan. Untuk memenangi sesuatu pertanding badminton, seseorang pemain bukan sahaja perlu menguasai segala kaedah untuk menghantar bola tangkis kepada lawannya tetapi a juga perlu merancangkan strategi permainan itu. Strategi permainan adalah seperti bermain secara defence pada pemainan pertama untuk meletihkan musuh dan kemudiannya menyerang dengan secara smash yang kencang pada
18

pemainan kedua. Adakah dia sengaja bermain sebanyak 3 atau 2 pemainan sahaja. Jika pemain itu menguasai semua kaedah menghantar bole tangkis dengan sempurna tetapi strategi permainannya tidak sesuai mana ia akan ditawan. Oleh sebab itu, ada kalanya pasukan yang mahir dalam semua kaedah permainan dikalahkan sebab strategi permainan tidak sesuai.Dalam hal ini,guru mestilah sedar bahawa pemilihan strategi pengajaran yang betul dan sesuai amat penting dalam mencapai objektif ataupun sasaran.Ini kerana,dengan penggunaan strategi yang sesuai,objektif ataupun matlamat tidak dapat dicapai oleh guru.

Pemusatan guru:Guru mengawal keadaan dan berperanan sebagai ketua.Fokus pengajaran ataupun aktiviti dimonopoli oleh guru.Menurut fvfv Brpohy(1978),pendekata n ini merupakan suatu pendekatan yang mudah dirancang dan diurus.

Pemusatan murid:Murid memainkan perananpenting dalam proses pembelajaran,melalui strategi ni,murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajran beliau.Di dalam bilik darjah guru merupkan pembimbing.

Pemusatan BBM:Bahan pelajaran memainkan peranan yang penting dimana interaksi berlaku antara murid dengan bahan dan guru dengan bahan.Untuk menjadikan pengajaran bermakna dan berkesan,bahan yang digunakan mestilah kreatif dan dapat menjana perkembangan kognitif pelajar.

19

Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Menurut Kamus Dewan 1998, pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas.Pendekatan-pendekatan wujud

berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Apabila melihat konsep pendekatan iaitu cara mendekati sesuatu, ia merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya. Maka dengan itu dapatlah dikenalpasti akan kepentingan pendekatan dalam

pengajaran dan pembelajaran di mana sebagai guru yang mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya mestilah mengetahui terlebih dahulu latar belakang mereka. Ini kerana, dengan mengetahui latar belakang mereka, guru tersebut dapat memilih dan

merancang pengajarannya dengan menggunakan pendekatan yang sesuai. Guru tidak boleh menggunakan pendekatan yang sama terhadap murid yang berlainan. Ini dikhuatiri proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tidak berkesan iaitu tidak mencapai objektif. Sekiranya guru dapat mengenal pasti sifat atau

keperluan murid-muridnya, maka guru tersebut akan dapat memilih dan menggunakan pendekatan yang sesuai, tepat dan betul supaya proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara efektif.

20

Jenis-jenis pendekatan

Pendekatan eklektik Pendekatan Induktif

Pendekatan Deduktif

Pendekatan integratif

Pendekatan Induktif Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumatmaklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya. Pada permulaan pengajaran, guru akan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama. Berdasarkan pada contoh-contoh yang diberikan, murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus itu, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan. Kaedah induktif yang berlandaskan pendekatannya, merupakan salah satu kaedah mengajar yang sesuai digunakan dalam pengajaran berbagai-bagai mata pelajaran, khususnya matematik, sains dan bahasa. Jenis pendekatan induktif

Membentuk satu generalisasi daripada contoh-contoh tertentu. Misalnya mencari siri segitiga yang sama daripada pelbagai segitiga. Membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu. Misalnya mendapat prinsip graviti daripada ujikaji benda-benda dijatuhkan dari atas ke bawah. Membentuk satu hukum daripada pernyataan-pernyataan tertentu misalnya, mendapat hukum tatabahasa daripada membuat analisa terhadap struktur ayatayat bahasa. Mendapat satu teori daripada satu urutan pemikiran. Misalnya, memerhati tingkah laku manusia untuk mendapatkan satu teori pembelajaran.

21

Prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran secara induktif

Sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara induktif, guru harus menyediakan contoh-contoh yang sesuai, iaitu yang boleh digunakan oleh murid membuat generalisasi. Di samping itu, soalan-soalan haruslah disediakan untuk membimbing murid mendapat kesimpulan yang berkenaan. Guru tidak harus memberi keterangan atau menghuraikan isi pelajaran yang berkaitan dengan kesimpulan. Murid-murid harus dibimbing melalui aktiviti soal jawab untuk mendapat kesimpulan diri sendiri. Jenis contoh khusus yang diberikan haruslah dipelbagaikan, tetapi mengandungi ciri yang sama serta mudah untuk membolehkan murid mengenalpasti. Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai dan mencukupi. Setelah contoh-contoh khusus yang dikemukakan oleh guru, murid-murid juga digalakkan memberi contoh-contoh yang serupa. Alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu murid mendapatkan kesimpulan yang berkenaan. Kaedah ini haruslah mengikut urutan yang tepat, iaitu daripada contoh-contoh spesifik kepada umum.

Pendekatan Deduktif Ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada suatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan dikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yag dikhususkan. Pendekatan ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang baru daripada rumus, prinsip, hukum, atau teorem yang diketahui. Kaedah deduktif berlandaskan pendekatannya merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana ia memerlukan murid-murid memperolehi kefahaman yang komprehensif dan pengetahuan yang lengkap serta berupaya memilih rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasikannya dalam contoh-contoh yang khusus. Jenis pendekatan deduktif: (a) Untuk penyelesaian masalah Pendekatan deduktif banyak digunakan untuk menyelesaikan masalah. Contohnya, setelah murid mempelajari imbuhan ber mereka disuruh membuat beberapa ayat dengan menggunakan imbuhan ber.

22

(b) Untuk membuat generalisasi baru Boleh digunakan untuk membuat generalisasi baru. Contohnya, setelah murid mempelajari rumus luas segiempat tepat, mereka dibimbing menggunakan rumus itu untuk mendapat rumus luas segitiga bersudut tegak. (c) Untuk membukti hipotesis Boleh digunakan untuk membuat hipotesis melalui prinsip atau hukum yang telah dipelajari. Contohnya, setelah murid mempelajari teorem sudut-sudut bersebelahan atas garis lurus mereka dibimbing menggunakan teorem ini untuk membuktikan hasil tambah tig a sudut dalam sebuah segitiga.

Prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran secara deduktif

Pada peringkat permulaan, masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih dahulu.

Murid-murid harus dibimbing mengingat kembali rumus, generalisasi, prinsip, teorem atau teori agar membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang telah didedahkan.

Generalisasi, prinsip atau teori yang digunakan untuk menyelesaikan masalah atau membukti hipotesis haruslah diketahui serta telah difahamkan secara mendalam.

Penggunaan pendekatan deduktif haruslah dilaksanakan mengikut prosedur dengan tepat.

Proses menyelesaikan masalah atau untuk membuktikan hipotesis tidak terhad kepada menggunakan satu generalisasi, prinsip, rumus,hukum atau teori yang telah dipelajari.

Guru sendiri tidak perlu menunjukkan cara menyelesaikan masalah atau menghuraikan cara membukti hipotesis, tetapi membimbing murid melalui aktiviti soal-jawab sehingga mereka menjalankan aktiviti penyelesaian masalah sendiri.

23

Pada

umumnya,

kaedah

ialah

cara

atau

peraturan

digunakan

untuk

melaksanakan sesuatu. Berlainan dengan pendekatan, kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka pendek. Dengan perkataan lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Kaedah adalah cara mengelola dan menggunakan teknik-teknik pengajaran, isi kandungan, dan bahan bantuan mengajar oleh guru supaya objektif sesuatu pelajaran itu tercapai. Kaedah merupakan satu siri perlakuan aktiviti yang berturutan dan berkait antara satu sama lain dan dilaksanakan oleh guru untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh kaedah pengajaran yang boleh dikendalikan oleh guru ialah kedah dapatan, projek, inkuiri, natural, nahu terjemahan, kaedah terus, kaedah ajuk hafaz dan sebagainya. Mengikut Edward M. Anthony(1963), kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun, berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. Huraian ini bermakna kaedah-kaedah yang dipilih untuk proses pengajaran dan pembelajaran harus berlandaskan kepada suatu pendekatan yang berkaitan dengan model, prinsip atau teori pembelajaran. Kaedah oral-aural (dengar-tutur) Berdasarkan Kamarudin Hj. Husin(1997), beliau menyatakan kaedah oral-aural atau kaedah dengar-tutur ini menggunakan diolag untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Kedah ini bermula dengan sebutan lisan. Dialog dianggap realistik dan dilatih tubi secara berulang kali. Latih tubi dan dialog dijalankan secara realistik dengan memberi perhatian kepada intonasinya yang betul. Perkara yang menjadi objektif bagi kaedah ini ialah sebutan penutur jati bahasa itu. Bahan pita rakaman boleh digunakan sepenuhnya, lebih-lebih lagi jika gurunya buka penutur jati bahasa yang diajar itu. Alat pandang-dengar digunakan dengan luasnya. Latih tubi semuanya dibentuk dalam situasi yang realistik, disertai dengan bahan pandang dengar yang lengkap. Latihan menyebut dan membaca bahan dikawal oleh bahan yang telah disusun rapi.
24

Sistem tatabahasa yang diberi kepada pelajar diperkenalkan secara induktif dan dengan ingatan yang teratur. Perbendaharaan kata misalnya diberi sedikit demi sedikit pada awalnya dan selalunya dalam konteks yang bermakna. Kata-kata yang diberi itu adalah berdasarkan bukan sahaja frekuensi tetapi juga kepada gunanya. Setelah pelajar menguasai bacaan, latihan diteruskan pula kepada aktiviti menulis. Mula-mula latihan menulis dikawal oleh bahan-bahan yang telah diperlajari, dan hanya selepas itu baharulah latihan menulis bebas dibenarkan. Kaedah Bahasa Komuniti Dalam kaedah bahasa komuniti, guru bertindak sebagai kaunselor bahasa, cuba memahami pelajar melalui caunsellor emphities. Kamarudin Hj. Husin(1990) pula menyatakan dalam pembelajaran bahasa ia adalah dianggap sebagai social prosess. Pengajaran pembelajaran bahasa merupakan satu kesinambungan yang bermula pada peringkat penglahiran, peringkat pelajar boleh berdikari, peringkat pelajar boleh ditegur dan dikritik dan peringkat terakhir pelajar menguasai gaya, linguistik mampu berinteraksi dan berkomunikasi menggunakan bahasa gramatis. Guru-guru biasanya digalakkan menggunakan kaedah bahasa komuniti dalam pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Jean Piaget (1961), beliau mencandangkan guru boleh menyediakan dan melakukan aktiviti mengikut kaedah bahasa komuniti. Aktiviti boleh dilakukan seperti perbincangan kumpulan kecil untuk menyediakan bahan perbualan atau cerita atau mengadaptasikan bahan sedia ada. Aktiviti seperti berdialog, bercerita atau berlakon ini dirakam dan hasil rakaman tersebut didengar semula melalui pita rakaman atau VCR. Guru memberi peluang kepada murid untuk melakukan perbualan bebas dalam masa 3 hingga 5 minit tentang pengalaman pembelajaran yang telah dilalui. Pada akhir aktiviti pembelajaran, guru dan murid dapat membuat rumusan dan memberi aktiviti pengukuhan kepada murid.

25

Kaedah kod kognitif J. B. Carroll(1998) berpendapat kaedah kod kognitif merupakan pembaharuan dan pengubahsuaian terhadap kaedah nahu terjemahan. Chomsky(2005) berpendapat bahawa bahasa merupakan sistem rumus-rumus bahasa yang ternyata melalui bentuk linguistik. Pengetahuan bahasa adalah dalam bentuk abstrak dan bersifat sejadi dan sejagat. Seorang kanak-kanak telah dianugerahkan kecekapan semula jadi rumusrumus bahasa ibuandanya dalam jangka mas yang singkat. Pada umumnya Diller (1971) berpendapat bahawa kaedah ini mempunyai andaian terhadap bahasa iaitu kaedah ini merupakan satu tingkah laku yang ditetapkan dengan peraturan-peraturan. Selain itu, kaedah ini boleh digunakan untuk berfikir dan mempunyai peraturan-peraturan tatabahasa nyata dari segi psikologi. Melalui kaedah ini, manusia mempunyai kecekapan untuk berbahasa. Di samping itu, kaedah ini pula mempunyai andaian terhadap pembelajaran bahasa iaitu khusus bahasa kedua. Salah satu andaian ialah kaedah ini merupakan proses menguasai pola-pola fonologi, tatabahasa dan leksikal sesuatu bahasa secara sedar. Selain itu, kaedah ini dapat dilaksanakan melalui pengkajian dan analisis sama seperti pembelajaran ilmu pengetahuan. Dalam pengajaran, guru lebih mengutamakan pemahaman murid-murid terhadap struktur bahasa daripada kebolehan mereka menggunakan bahasa dalam situasi yang bermakna. Setelah pelajar dapat menguasai struktur bahasa pada tafar kognitif yang tertentu, maka kebolehan untuk menggunakan bahasa akan berkembang secara automatik. Langkah-langkah pengajaran dalam kaedah ini merupakan penerangan bagi murid-murid memahami rumus-rumus tatabahasa. Ayat-ayat pecahan digunakan dan huraian unsur-unsur tatabahasa pula dibuat secara deduktif. Dalam pengajaran bahasa kedua perbezaan-perbezaan antara unsur-unsur tatabahasa sasaran dengan bahasa pertama, unsur perbandingan struktur ayat digunakan untuk memastikan kefahaman murid tentang rumus bahasa yang diajar. Contohnya, membandingkan struktur-struktur ayat yang mengandungi imbuhan akhiran kan dan i bagi membolehkan murid-murid

26

memahami imbuhan transitif dan tak transitif. Setelah murid-murid memahami huraian unsur-unsur tatabahasa yang diajar baharulah mereka diberi latihan pengukuhan. Langkah-langkah pengajaran untuk kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis juga adalah berasaskan huraian dan penerangan guru tentang konsep konsep yang diajar. Kesimpulannya, kaedah ini memberi gambaran bahawa kaedah ini

mengutamakan pengajaran kecekapan bahasa atau rumus-rumus tatabahasa dalam pengajaran bahasa. Ciri-ciri ini adalah sama dengan ciri pengajaran bahasa malalui kaedah nahu terjemahan. Pengajaran unsur-unsur bahasa pula adalah secara deduktif dan huraian tatabahasa dibuat berasaskan ayat pencilan bukan ayat-ayat dalam konteks penggunaan. Pengajaran bahasa pula lebih mengutamakan kecekapan bahasa berbanding kecekapan berbahasa

Kaedah Lingustik Linguistik adalah suatu sains yang mengkaji bahasa dan mengadungi teori-teori dan teknik-teknik menganalisa bahasa yang dipelajarinya. Teori-teori dan teknik menganalisa bahasa ini dirumuskan oleh ahli-ahli bahasa dari pemerhatianpemerhatian mereka terhadap bahasa. Dr. Raja Mukhtaruddin Raja Mohd. Dain(1970), mengatakan ilmu linguistik adalah suatu lapangan pengkajian sains mengenai bahasa yang memenuhi syarat-syarat yang diperlukan dalam pengkajian sains-sains yang lain seperti mempunyai bahan tertentu untuk dikaji, disiplin, sikap serta penggunaan metode-metode yang tertentu. Ferdinand de Saussure (1913) adalah orang yang pertama menekankan bahawa linguistik bukanlah kumpulan unit-unit yang lintang-pukang susunannya tetapi merupakan unit-unit yang tersusun menurut struktur yang menyatakan hubungan unitunit itu sendiri. Melalui kaedah ini, guru memulakan pengajaran dengan mengajar pelajar menbunyikan perkataan. Samsuri (1972) menyatakan bunyi-bunyi bahasa itu dipindah melalui udara, mengatur jumlah tenaga gelumbang menurut gejala-gejala
27

serta bagaimana sifat-sifat itu berubah dalam proses penghasilannya kepada aspek yang lebih kompleks. Walaupun penghuraian linguistik mengenai bahasa yang sama tidak serupa, namun, ahli bahasa tetep merupakan orang yang berkebolehan untuk menuliskan tatabahasanya dan selok-belok bunyi bahasa. Kebiasaannya, latih tubi ini berkait dengan rangkai kata dan perkataan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, untuk menggunakan kaedah ini, guru bermula dengan aspek mudah Arbak Othman (1983) mengatakan salah satu daripada kegunaan ilmu linguistik ialah terutamanya dari segi faedah yang diperolehi oleh seorang guru yang mengajar dengan mempelajari ilmu linguistik itu. Walaupun kadang-kala ilmu linguistik sebagai satu sains tidak mempunyai banyak sumbangan dalam pengajaran bahasa tetepi sumbangan linguistik yang paling bererti ialah bagi menambah pengetahuan seseorang yang cuba memahami sifat-sifat bahasa. Apabila kaedah ini diterapkan dalam aktiviti kelas, murid-murid dapat menguasai bahasa dengan lebih mudah dan cepat. Mereka dapat belajar membunyikan perkataan-perkataan apabila guru menggunakan kaedah linguistik ini. Ilmu linguistik ini penting dari segi isi yang harus diajar, manakala psikologi penting dari segi penguasaan isi yang yang disampaikan dengan cara-cara tertentu dalam sesuatu pengajaran.

Kaedah Nahu Terjemahan Berdasarkan kaedah nahu terjemahan, pelajar-pelajar boleh memahami nahu sesuatu bahasa dan juga melatih pelajar menulis menggunakan bahasa yang betul. Di samping itu, pelajar-pelajar dapat menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan sebaliknya. Perkembangan kaedah ini bermula sejak tahun 1960-an apabila ahli linguistik iaitu Laurent Metzger (Kamarudin Hj. Husin, 2004) mula mengkaji bahawa bahasa itu adalah satu sistem dan bukan semata-mata perkataan. Apabila guru mempratikkan kaedah ini kepada murid-murid, guru dapat melengkapkan pelajar dengan perebendaharaan kata yang luas yang dapat digunakan dalam penulisan atau penggunaan bahasa dalam peperiksaan. Selain itu, jika guru
28

menggunakan kaedah ini, guru dapat membentuk pelajar-pelajar membaca dan menterjemahkan makna buku-buku yang dibaca ke bahasa ibuanda dan membolehkan pelajar menikmati nilai kesusasteraan yang dibaca. Dalam teknik ini, terdapat beberapa teknik pengajaran yang disarankan. Salah satu teknik yang diperkenalakan ialah pelajar-pelajar diperkenalkan kepada undangundang nahu terdahulu. Selepas itu, guru akan memberi penerangan kepada pelajar mengenai undang-undang ini dan kemudiannya memberi contoh kepada mereka. Selain itu, pelajar-pelajar diberi senarai perbendaharaan kata yang perlu dihafal. Dalam pembelajaran bahsa kedua, senarai perbendaharaan ini dipasangkan dengan makna dalam bahasa pertama. Selepas itu, pelajar disuruh membuat ayat-ayat dengan menggunakan senarai perbendaharaan kata itu berdasarkan undang-undang yang telah dipelajari. Dalam pembelajaran bahasa kedua, pelajar-pelajar dikehendaki membuat terjemahan ayat-ayat daripada bahasa kedua ke bahasa ibunda atau sebaliknya. Mengikut Mok Soon Sang(2004), beliau mengatakan kaedah ini dirancang dengan tujuan memberi kemahiran menulis, dan bukannya kemahiran bertutur. Dalam erti kata yang lain, kaedah ini tidak mementingkan sebutan. Penggunaan bahasa secara aktif tidak berlaku sewaktu pengajaran bahasa menggunakan kaedah ini. Terdapat beberapa tujuan kaedah ini dijalankan iaitu pelajar dilatih untuk mengkaji dan menghuraikan bahasa. Unsur-unsur bahasa yang dikaji dalam sesuatu pengajaran bahasa merupakan ayat-ayat yang terpisah daripada konteks penggunaan. Selain itu, pelajar juga diajar tentang unsur-unsur kekecualian dalam sesuatu bahasa supaya mereka tidak membuat kesalahan tentang unsur-unsur tersebut.

29

Ialah merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar bagi sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contohnya

teknikbercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, main peranan, simulasi, sumbang saran dan lain-lain. Untuk menentukan keberkesanan pengajaran di tahap optimum ianya berteraskan kepada kriteria pencapaian objektif berikut ; Umur Kebolehan Kecerdasan Minat

Teknik simulasi Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah atau kejadian atau peristiwa yang benar wujud dalam kehidupan seharian untuk diselesaikan di dalam keadaan terkawal dan selamat. Simulasi membolehkan seorang guru menyampaikan secara olok-olok

mengenai sesuatu pengalaman yang benar jika sebenarnya dilakukan akan menelan belanja yang besar, memakan masa, merbahaya atau rumit. Salah satu kaedah yang baik untuk menjalankan simulasi ialah dengan menggunakan komputer. Teknik main peranan Satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan lakonan spontan mengenai sesuatu situasi atau masalah oleh sekumpulan murid yang dipilih. Melalui aktiviti ini murid boleh mendapat gambaran dan pengalaman yang baru. Lakonan ini dilakukan tanpa menggunakan sebarang skrip. Ia boleh dilakukan secara berstruktur atau tidak berstruktur.

30

Teknik latih tubi Merupakan sejenis aktiviti yang memerlukan murid melakukan sesuatu aktiviti secara berulang-ulang sehingga mereka menguasai sesuatu kemahiran atau konsep baru dengan lancar.Aktiviti ini boleh dilakukan secara lisan,amali dan bertulis.Latihan seperti ini boleh memperkukuhkan fakta,konsep dan kemahiran pendidikan jasmani yang dipelajari. Teknik demonstrasi Teknik pengajaran yang memusatkan guru atau aktiviti di mana seseorang menunjukkan cara melakukan atau menghasilkan sesuatu di hadapan murid dalam sesi pengajaran. Murid lain memerhati dan mengenalpasti prosedur dan cara untuk Dengan cara ini diharapkan murid dapat

melakukan sesuatu aktiviti tersebut.

melakukan aktiviti ini dengan sendiri secara sistematik, teratur, kemas dan berkesan. Guru mesti mengetahui dengan jelas demonstrasi yang hendak ditunjukkan serta segala alat kelengkapan yang diperlukan. Demonstrasi boleh dilakukan dengan

menggunakan model hidup, model simbolik dan model persepsi. Contoh guru boleh mendemonstrasikan cara menendang bola mengikut teknik yang betul di padang. Teknik sumbangsaran Sumbangsaran adalah satu kaedah untuk mendapatkan alternatif penyelesaian masalah. Ia juga dikenali sebagai percambahan fikiran di mana semua orang dalam kumpulan dapat menyumbangkan fikiran dan pendapat terhadap sesuatu topik yang dibincangkan. Untuk membolehkan aktiviti sumbangsaran dijalankan dengan berkesan prinsip asas sumbangsaran harus dipatuhi iaitu 1. topik perbincangan hendaklah sesuai dengan kebolehan murid. 2. kumpulan terdiri dari murid yang pelbagai kebolehan A. pengerusi dan pelapor kumpulan memainkan peranan untuk memastikan perjalanan aktiviti berjalan lancar.

31

B. setiap ahli diberi giliran untuk memberi pendapat atau cadangan. C. semua cadangan hendaklah dicatat untuk dibincangkan secara umum. D. cadangan yang kurang baik atau salah tidak boleh dikritik.

Contoh teknik mengajar kemahiran asas Teknik adalah merupakan cara bagaimana melakukan sesuatu kemahiran dengan betul. Lazimnya apabila teknik lakuannya betul maka hasilnya pastilah betul. Contohnya dalam permainan hoki; kemahiran yang dipilih adalah memukul. Bagaimanakah lakuan memukul dilakukan? Ia melibatkan butiran mengajar bagaimana perlakuan memukul itu dilaksanakan berasaskan kepada cara-cara memegang kayu; iaitu pegangan rapat, kedudukan kaki, kedudukan bola, hayunan, ikut lajak, sentuh bola , dan sebagainya.

32

BAHASA MELAYU TAHUN 5 Mata pelajaran : Bahasa Melayu Kelas Tarikh Masa : Tahun 5 : 16 Ogos 2012 : 60 minit

Bilangan Murid : 30 orang Tema Tajuk : Minggu Kemerdekaan : Malaysia Merdeka

HASIL PEMBELAJARAN Fokus utama (Kemahiran membaca,bertutur dan mendengar) 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca

Aras 2 (i) Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai. Fokus Sampingan (Kemahiran Menulis) 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk

Aras 1(ii) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.

Objektif Pelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid: i. ii. iii. Mendeklemasikan teks prosa dengan lancar. Membina sekurang-kurangnya lima ayat tungal menggu menggunakan perkataan dalam prosa. Membina sekurang-kurangnya 3 ayat majmuk ayat tunggal yang dibina.

33

Pengisian kurikulum: Ilmu Nilai Murni :Pendidikan Moral dan Sivik :Patriotisme,Kesyukuran dan Semangat bermasyarakat : : Membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul : Kata hubung : perjuangan,prajurit,tanah air

Sistem Bahasa i. ii. iii.

Sebutan dan intonasi Tatabahasa Kosa Kata

Kemahiran Bernilai Tambah : i. ii. iii. Kecerdasan Pelbagai Kemahiran Berfikir Kajian Masa Depan : Linguistik,Muzik,Interpersonal : Membanding beza,Menilai dan Mengenal sebab dan akibat : Dapat meramal apa akibatnya sekiranya tiada semangat kemasyarakat dalam kalangan rakyat Malaysia

Bahan Bantu Mengajar : i. ii. iii. iv. v. Petikan Teks Kotak ajaib Kad Manila Pen Marker Bendera Malaysia

Pengetahuan sedia ada : i. ii. Murid faham akan erti kemerdekaan serta kepentingan perjuangan untuk megekalkan kemerdekaan tersebut Murid tahu bahawa bulan Ogos merupakan bulan kemerdekaan

34

Langkah-langkah pengajaran

Langkah/ Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti P&P

Catatan

1. Guru masuk ke kelas Set induksi 5 minit Bendera Malaysia dengan mengibarkan bendera Malaysia 2. Guru mendeklemasikan pantun dua rangkap Teks Prosa : Malaysiaku Merdeka Contoh kosa kata: i. ii. Langkah 1 (15 minit) iii. Prajurit Perjuangan Patriotik 1. Guru mengedarkan teks prosa kemerdekaan. 2. Murid diminta membaca teks secara senyap. 3. Beberapa orang murid dipanggil untuk mendeklemasikan prosa di hadapan kelas 4. Murid diminta menggariskan beberapa kosa kata penting. 5. Guru mengedarkan kamus kepada murid.

Bahan Bantu: Bendera Malaysia

Bahan Bantu: Teks prosa kemerdekaan dan kamus Teknik: Bacaan mekanis

35

Sesi Soal Jawab: 1. Apakah yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang unk dan makmur pada hari ini ? 2. Mengapakah Langkah 2 (10 minit) kemerdekaan mestilah dinikmati dan dijaga ? 3. Apakah erti kemerdekaan kepada murid ? Penerapan nilai murni: i. ii. Patriotisme Semangat kemasyarakatan

1. Guru bersoal jawab dengan murid 2. Murid bebas memberi apa sahaja jawapan yang relevan

Soal jawab secara lisan KBT:Kajian masa depan dan kemahiran berfikir

3. Guru membincangkan jawapan yang diberi dengan murid yang lain .

1. Membina dan menulis ayat tunggal . Langkah 3 (15 minit ) 2. Faham akan maksud dan penggunaan perkataan baru yang dipelajari daripada teks .

1. Guru mengedarkan kotak ajaib. 2. Setiap murid dikhendaki mengambil dua kad perkataan daripada kotak ajaib. 3. Murid dikhendaki membina ayat tunggal berdasarkan kad yang dipilih. 4. Murid diminta menulis ayat tunggal di kad manila yang dilekatkan di papan hitam.

Bahan bantu:Kotak ajaib,kad manila dan pen marker

36

1. Membina dan menulis ayat majmuk. Langkah 4 (10 minit) Tatabahasa: Kosa kata dan kata hubung i. ii. iii. iv. v. prajurit kemerdekaan agar apabila manakala

1. Murid diminta membina ayat majmuk menggunakan ayat tunggal yang ditulis di kad. manila 2. Murid membina kata majmuk. 3. Guru membimbing aktiviti murid.

Teknik:Latih tubi

*Menjana idea murid untuk mengembangkan kosa kata

Rumusan : Kognitif

1. Guru membimbing murid untuk

Penutup (5 minit)

1. Penghayatan nilai kemerdekaan kepada rakyat Malaysia 2. Kepentingan hidup secara muafakat dan mengamalkan prinsip rukun negara dalam kehidupan seharian

membuat rumusan tentang pelajaran pada hari ini 2. Murid menyatakan apa nilai murni yang dipelajari pada hari ini. 3. Guru membantu murid melekatkan kad manila di papan bulletin kelas.

37

38

PENULISAN AKADEMIK Bidang pengajaran Bahasa Malaya memerlukan perancangan yang rapi serta diikuti dengan cara penyampaian yang sistematik agar kandunganya dapat dilahirkan kepada murid dengan betul.Oleh itu, guru bahasa mestilah kretif dalam mengolah cara pengajarannya dengan mevariasikan kaedah den pendekatan pengajaran.Selain itu,pelbagai strategi dan teknik juga boleh dicuba oleh guru untuk menarik minat pelajar dan mengukuhkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik

darjah.Penggunaan dan pengolahan teknik serta pendekatan ini akan menceriakan lagi suasana bilik darjah serta membantu melancarkan proses pembelajaran di sekolah. Kini,soal mengajar bahasa dengan berkesan dan kreatif sentiasa menjadi satu hal yang menyusahkan para guru.Ini kerana,mengajar bahasa kepada para murid semakin hari semakin mencabar.Hal ini juga disebabkan oleh kurangnya minat murid terhadap penghayataan bahasa.Justeru,guru bahasa terpaksa bersungguh-sungguh memikirkan pendekatan yang terbaik untuk menarik minat para pelajar untuk menumpukan perhatian di dalam kelas dan meneruskan pengajian.Selepas mendalami definisi dan memahami konsep strategi,pendekatan,kaedah dan teknik pengajaran Bahasa Melayu saya telah mengaplikasikannya dalam Rancangan Pengajaran Harian yang disediakan untuk mengajar kelas tahun lima. Dengan ilmu yang saya perolehi itu,saya telah merancang dan melaksanakan proses pengajaran dengan jayanya. Penggunaan strategi pengajaran yang betul dapat merangsang pemikiran murid dan menarik perhatian murid dalam kelas.Strategi pengajaran didefinisikan sebagai kebijaksanaan pemilihan pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran elemen berdasarkan objektif pelajaran yang telah yang

ditentukan.Terdapat

dapat

melaksanakan

strategi

pengajaran

berkesan,yang pertama adalah pengajaran yang berpusatkaan guru,dimana Guru mengawal keadaan dan berperanan sebagai ketua.Fokus pengajaran ataupun aktiviti dimonopoli oleh guru.Melalui pemusatan murid pula, Murid memainkan perananpenting dalam proses pembelajaran,melalui strategi ni,murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajran beliau.Di dalam bilik darjah guru merupkan pembimbing.Yang terakhir adalah pemusatan bahan,iaitu bahan pelajaran memainkan
39

peranan yang penting dimana interaksi berlaku antara murid dengan bahan dan guru dengan bahan.Untuk menjadikan pengajaran bermakna dan berkesan,bahan yang digunakan mestilah kreatif dan dapat menjana perkembangan kognitif pelajar. Dalam rancangan pengajaran harian saya,saya telah menggunakan dua strategi pengajaran.Ini kerana saya mahu mempelbagaikan cara pendedahan maklumat kepada murid mengikut kesesuaian maklumat yang diberikan.Apabila saya menggunakan strategi pemusatan guru,saya telah memastikan para pelajar akur pada arahan saya supaya membaca teks prosa dengan senyap dan menghayati teks

tersebut.Seterusnya,saya telah menyuruh mereka membina ayat tunggal dan ayat majmuj tanpa bantuan rakan rakan serta buku teks.Dalam pemusatan bahan pula,saya telah memaksimumkan penggunaan teks prosa pilihan dalam mencapai hasil pembelajaran pada hari itu.Saya telah menggunakan kad perkataan yang diambil

daripada teks sebagai kosa kata untuk murid bagi aktiviti membina dan menulis ayat tunggal serta ayat majmuk.Bukan itu sahaja,penggunaan kotak ajaib telah berjaya menarik minat murid dan memberi satu kelainan kepada proses pengajaran.Murid berasa lebih teruja untuk menjalankan aktiviti walaupun ia hanya aktiviti penulisan dan pembinaan yang lazim dilakukan di sekolah. Pendekatan pengajaran yang baik akan membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Pendekata disini merujuk kepada arah atau hala yang diambil oleh guru untuk menuju sasaran( objektif pembalajaran).Oleh itu,pemilihan pendekatan pengajaran mestilah dilakukan dengan teliti agar murid senang untuk memahami konsep yang ingin disampaikan oleh guru.Terdapat empat jenis pendekatan pengajaran bahasa melayu iaitu,induktif,deduktif,eklektik dan komunikatif.Pendekatan induktif bermula daripada spesifik kepada umum. Menurut J.M Kierzek dan W.Gibson (1960), pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi. Melalui pendekatan ini, guru akan memulakan pengajaran dengan memberi sebanyak mungkin contoh khusus sehingga murid dapat membuat kesimpulan berkenaan apa yang cuba disampaikan oleh guru.Pendekatan deduktif pula merupakan jenis pengajaran yang bermula daripada umum kepada spesifik. Dalam penggunaan

40

pendekatan ini, guru memberitahu objektif pembelajaran kepada murid-murid pada awal pengajaran. Pendekatan menggabungkan eklektik menggunakan ciri yang baik dua atau lebih kaedah tersebut yang dan

segala

daripada

pendekatan

menggunakannya dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ini sesuai untuk kelas yang mempunyai murid pelbagai kebolehan. Pendekatan

komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan murid iaitu berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikasi iaitu seperti meminta maaf, bercerita ataupun melapor.Ketika saya mengajar tempoh hari,saya telah menggunakan pendekatan induktif.Pertama sekali saya telah memberi gambaran yang menyeluruh kepada murid mengenai tema dan tajuk pengajaran pada hari itu.Ini adalah apabila saya masuk ke kelas sambil mengibarkan Jalur Gemilang dan berpantun.Pelbagai jenis reaksi telah dtunjukkan oleh pelajar,ada yang tertawa dan ada juga yang memberikan perhatian apabila saya berpantun.Oleh itu,murid memahami dengan lebih jelas apa yang ingin disampaikan oleh saya pada hari itu.Saya yakin bahawa dengan penggunaan pendekatan yang betul,kecenderungan murid akan sentiasa terarah untuk terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru.Murid-murid teruja untuk mengetahui apakah yang bakal dipelajari oleh mereka nanti,dan mereka juga tertanya-tanya akan perihal aktiviti mereka pada hari itu.Penggunaan bahan mengajar seperti teks prosa dan bendera telah membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas.Tambahan pula,gabungan pendekatan induktif dan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai telah berjaya membantu perkembangan kognitif,jasmani dan rohani para pelajar. Seterusnya,teknik pengajaran adalah satu alat yang digunakan oleh guru

bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajarpelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.Tujuan penggunaan teknik pengajaran adalah untuk menarik minat pelajar serta membangkitkan perasaan ingin tahu.Apabila guru bahasa bijak memilih teknik pengajaran yang sesuai untuk mengajar pelajar,guru akan berjaya mengekalkan perhatian murid sepajang proses pembelajaran.Terdapat
41

beberapa teknik pengajaran yang booleh digunakan oleh guru,iaitu teknik main peranan,permainan bahasa,latih tubi,bercerita,simulasi serta drama.Teknik main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada murid dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan

sebagainya.Teknik permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya dan ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu.Teknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.Teknik simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini muridmurid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Teknik latih tubi merupakan pilihan saya kerana ia dapat membantu pelajar mencapai taraf penguasaan kemahiran disamping menjamin kekalannya.Pada mulanya pelajar telah mengalami proses mendegar dimana saya memilih beberapa orang murid secara rawak untuk mendeklemasi puisi di hadapan kelas,seterusnya mereka telah memikirkan maksud perkataan saerta tugasnya dalam situasi yang menggunakan perkataan perkataan tersebut.Mereka juga telah menggunakan kamus untuk mengesahkan maksud perkataan tersebut.Akhirnya,apabila mereka mahir dengan penggunaan perkataan baru tersebut,mereka membina ayat tunggal dan latihan

42

pengukuhan yang digunakan ialah pembinaan ayat majmuk daripada ayat tunggal tersebut. Kaedah adalah lebih bercorak jangka pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada prosedur tersusun serta berdasarkan sesuatu pendekatan yang dipilih.Kaedah juga digunakan bagi mendokong pendekatan dipilih.Terdapat lapan jenis kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk membantu melancarkan proses pembelajaran dalam kelas.Saya telah menggunkan kaedah oralaural dimana pelajar dapat memperkembang dan memperasah keempat-empat kemahiran bahasa iaitu Kemahiran mendengar, Kemahiran bertutur, Kemahiran menulis dan Kemahiran membaca. Kaedah ini merupakan kemahiran lisan asas untuk pembelajaran membaca dan menulis. Ia membolehkan pelajar memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa.Ini dapat membantu pelajar mengembangkan kosa kata dan memberi nafas baru dalam penulisan mereka.Apabila murid-murid mencari makna perkataan menggunakan kamus dan seterusnya membina ayat menggunakan perkataan baru tersebut,secara tidak langsung mereka sedang memperbaiki kemahiran berbahasa mereka. Kesimpulannya, walaupun terdapat banyak kaedah, teknik, strategi serta pendekatan yang boleh digunapakai oleh guru untuk menceriakan dan meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah guru mestilah sedar bahwa apa sahaja langkah yang diambil mestilah bersesuaian dengan kemampuan pelajar.Hal ini kerana murid-murid mempuyai kemampuan mereka yang tersendiri,bukan semua boleh diajar dengan menggunakan teknik ataupun strategi yang sama.Oleh itu,guru mestilah prihatin akan kemampuan kognitif murid dan merancang pelan perancangan pengajaran yang paling sesuai agar semua murid dapat mencapai hasil pembelajaran dengan jayanya.

43

44

PENULISAN REFLEKSI

Sepanjang saya membuat kerja tugasan ini saya telah berjaya menimba ilmu dan pengalaman yang tidak ternilai harganya.Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang telah menolong saya secara langsung dan tidak langsung.Pertama sekali,sebelum saya menyediakan rancangan pengajaran harian,saya telah membuat kajian dengan mendalami

mengenai teori pemerolehan bahasa dan pengaplikasiannya dalam pengajaran Bahasa Melayu.Saya dapati bahawa terdapat empat teori pemerolehan bahasa.Saya telah menggunakan teori behaviourisme yang menekankan menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa daripada fenomena mental dan gerak balas serta akan berlakunya ulangan sekiranya gerak balas tersebut diberikan ganjaran ataupun peneguhan positif.Oleh itu, saya telah menggunakan teori behaviourisme sebagai panduan ketika menyediakan rancangan pengajaran harian dan apanila saya melaksanakan mikro teaching di sekoloh sewaktu menjalankan Pengalama Berasakan Sekolah(PBS) yang ke-empat di Sekolah Kebangasaan Taman Ria,Sungai Petani. Selepas itu,saya telah meyediakan satu rancangan pengajaran harian untuk mengajar pelajar tahun lima di sekolah tersebut.Ini dilakukan setelah saya berjumpa dan mendapat kebenaran daripada Ketua Panitia Bahasa Melayu di sekolah tersebut.Beliau telah membenarkan saya membuat micro teaching dan saya juga telah diberikan seorang guru pembimbing unruk membantu dan membimbing saya sepanjang saya berada di sekolah tersebut.Ketika saya menyediakan rancangan pengajaran tersebut,saya telah mengambil kira semua aspek yang perlu diberikan perhatian dalam satu penghasilan rancangan pengajaran yang lengkap seperti hail pembelajaran,bahan bantu mengajar,agihan masa untuk setiap aktiviti serta pendekatan dan teknik penajaran.Tambahan lagi,saya juga telah memikirkan cara untuk menjadikan pendekatan tersebut menarik dan terbaik kerana saya sedar bahawa murid-murid

tersebut tidak mengenali saya.Oleh itu,mereka mungkin tidak akan mempunyai kepercayaan terhadap saya dan memberikan kerjasama yang terbaik ketika saya

45

mengajar.Justeru,saya mestilah mempunyai satu set induksi yang baik agar saya dapat menarik minat pelajar supaya mengikuti pembelajaran pada hari itu. Setelah menghasilkan rancangan pengajaran harian tersebut,saya telah meminta pandangan guru pembimbing saya mengenai tugasan saya itu.Beliau telah memberikan pandangan dan komen supaya saya dapat memperbaiki kerja saya

tersebut,dan slepas berbincang dengan beliau kami telah memilih hari Selasa untuk saya menjalankan Pengajaran Mikro saya.Walau bagaimanapun,oleh kerana saya kuarang sihat sepanjang saya menjalankan PBS,saya membuat pengajaran itu bersama rakan saya.Ini adalah kerana,saya telah mengalami kemalangan seminggu sebelum itu dan masih lagi tidak pulih sepenuhnya ketika menjalankan PBS.Namun begitu,saya telah berjaya membuat pengajaran mikro dengan jayanya.Masalah yang saya hadapi ketika menjalankan pengajaran mikro saya ialah pengurusan kelas.Saya tidak dapat dapat mengawal kelas dengan baik,terutamanya apabila saya berpantun dikelas sebagai pengisian set induksi saya,saya dapati ada pelajar yang membuat bising dan tidak memberikan kerjasama.Oleh sebab itu,langakah penyelesaian bagi masalah saya itu adalah saya perlulah mengenali pelajar saya terlebih dahulu sebelum menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan mereka.Ini akan membantu saya mengenali sifat dan perlakuan mereka,dan seterusnya saya dapat merancang pembelajaran yang bersesuaian dengan kemampuan dan perlakuan mereka. Perasaan saya apabila saya telah merancang satu rancangan pengajaran yang benar-benar lengkap setelah dinilai dan disemak oleh guru adalah sangat puas hati dan gembira,Ini kerana selalunya rancangan pengajaran yang disediakan hanyalah untuk tujuan latihan dan rujukan di dalam kelas sahaja,tetapi pada kali ini saya telah mengaplikasikannya dalam kelas dengan melaksanakan pengajaran tersebut.Guru pembimbing saya juga telah banyak membantu memberikan tunjuk ajar mengenai caracara pendekatan yang harus digunakan apabila saya mengajar kelak. Saya sedar bahawa,penerapan nilai murni merupakan satu komponen yang amat penting dan tidak boleh diabaikan dalam setiap pengajaran saya.Saya juag mempelajari bahawa,setiap pelajar mempunyai keperluan mereka sendiri,sebagai seorang guru saya mestilah prihatin dan adil terhadapa pelajar saya.Saya mestilah
46

faham akan kemampuan dan keperluan mereka serta adalah tanggungjawab saya bagi memastikan semua murid saya dapat mencapai objektif pelajaran disamping menerapkan nilai- nilai yang positif kedalam jiwa mereka. Kesimpulannya,pengalaman saya membuat pengajaran mikro secara sistemaik ini telah memberikan saya satu pandangan baru terhadap profession perguruan.Saya sedar bahawa menjadi seorang guru bukan sahaja mengenai mengajar pelajar mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaaan,ia adalah lebih daripada itu ,guru mestilah berkorban dan berusaha sebaik boleh untuk melahirkan insan yang cemerlang dari segi aspek jasmani,rohani dan sosial.

47

48

49

50

Anda mungkin juga menyukai