Anda di halaman 1dari 12

TEKNOLOGI GRAFIK, AUDIO, ANIMASI DAN VIDEO

Oleh: Zuazlina Sadri

1.0 PENGENALAN

Era pendidikan pada masa kini telah melangkah setapak demi setapak bersama
dengan perkembangan teknologi multimedia, yang mana salah satu daripada aplikasi
penggunaan teknologi di dalam pengajaran dan pembelajaran adalah dengan
memanipulasikan penggunaan Komputer atau lebih dikenali sebagai Pengajaran
Berbantukan Komputer (PBK).

Sebagaimana diketahui umum setiap sekolah diwajibkan mempunyai makamal


komputer serta kelengkapan lain yang berupa penggunaan LCD Projektor di sediakan di
dalam bilik Alat Pandang Dengan (APD), ini adalah kerana Pengajaran Berbantukan
Komputer amat digalakkan dikalangan guru-guru.

Menurut Jamalludin dan Zaidatun,2003 Pelbagai kaedah baru diperkenalkan bagi


menjadikan pengajaran guru lebih berkesan dan pembelajaran murid lebih bermakna.
Antara kaedah berkenaan adalah penggunaan Multimedia dalam pengajaran dan
pembelajaran yang mampu mencapai tujuan tersebut.

Lima elemen utama multimedia yang sering digunakan iaitu teks, grafik, animasi
audio dan video. Namun di dalam Ulasan ini penulis lebih fokus tentang penggunaan
grafik dan video dalam usaha menambah baik penganjaran dan pembelajaran. Selain itu,

1
TEKNOLOGI AUDIO, VIDEO, GRAFIK & ANIMASI DIGITAL (SPM 2303)
perbincangan akan berkisarkan pro dan kontra keberkesanan grafik dan video yang
disokong oleh kajian-kajian ilmiah.

2
TEKNOLOGI AUDIO, VIDEO, GRAFIK & ANIMASI DIGITAL (SPM 2303)
1.0 SINOPSIS / DAPATAN

Melalui penbacaan yang telah dilakukan, mendapati artikel yang bertajuk “Ciri
Ciri Video Yang Berkesan Serta Peranannya Dalam Pendidikan” lebih
mengfokuskan kajian mengenai keberkesanan penggunaan video ketika proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung, peranan dan isu-isu aplikasi video dalam
pendidikan.

Artikel turut mengupas mengenai hubungkaitkan ciri-ciri video yang dapat


memberikan kesan positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya, dengan
penggunaan bahan bantu mengajar yang menggunakan kemudahan aplikasi teknologi
terkini iaitu penggunaan persembahan video yang terdapat di dalamnya elemen audio,
teks, grafik atau animasi bagi memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai.

Dengan aplikasi video, pelajar bagaikan dapat dibawa ke mana-mana sahaja,


terutamanya apabila peristiwa yang ditayangkan itu berbahaya atau terlalu jauh untuk
dilawati. Selain itu, video juga berperanan sebagai ejen yang dapat mengubah sikap
seseorang yang mana ia lebih berkesan berbanding dengan menggunakan kaedah syarahan
serta lain-lain kaedah (kaedah tradisional) yang biasa digunakan dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran.

Seterusnya, antara isu-isu aplikasi video dalam pendidikan yang dibincangkan di


dalam artikel ini seperti isu gabungan elemen multimedia ( teks, grafik, animasi dan
audio ) yang terdapat di dalam video terbukti dapat menarik minat dan perhatian pelajar.
Selain itu, penggunaan video juga dapat merangsang deria penglihatan dan pendengaran

3
TEKNOLOGI AUDIO, VIDEO, GRAFIK & ANIMASI DIGITAL (SPM 2303)
pelajar. Walaubagaimana pun, timbul juga beberapa masalah di dalam penggunaan
aplikasi video seperti peralatan yang tidak lengkapi kerana kos pengurusaan dan
kewangan sekolah yang tidak mencukupi, juga timbul isu guru yang kurang berkemahiran
bagi mengendalikan aplikasi video ketika proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Namun, Perlu di perhatikan juga guru yang menggunakan video perlulah
memastikan objektif yang telah ditetapkan tercapai dengan mengadakan aktiviti sebelum,
semasa dan selepas video ditayangkan.

Antara aspek serta ciri-ciri video yang berkesan dijelaskan di dalam artikel ini
adalah seperti:

o Matlamat/ Objektif

Memastikan objektif penggunaan media elektronik dalam pengajaran dan


pembelajaran tercapai dalam memberi kefahaman kepada pelajar.

o Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran

Terdapat daya penarik serta mengelakkan kebosanan. Penggunaan video


juga dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih luas serta mendalam.

o Kandungan

Kandungan mestilah mudah difahami, mengikut urutan (daripada topik


yang mudah sehingga topik yang sukar) diisi dengan maklumat terkini dan
bahasa penyampaian yang mudah.

4
TEKNOLOGI AUDIO, VIDEO, GRAFIK & ANIMASI DIGITAL (SPM 2303)
o Penggunaan

Penggunaan media mestilah bersesuaian dengan kos peralatan, selamatan


digunakan, menjimatkan masa sekaligus meningkatkan kefahaman pelajar.

o Persembahan

Teks tersusun, warna grafik dan animasi yang bersesuaian.

o Penformatan

Visual yang mempunyai skrin paparan yang dapat menarik minat pelajar.

o Kreativiti

Interagsi teks, grafik, animasi audio serta video yang dapat menggalakkan
perkembangan kreatif dan kritikal dikalangna pelajar.

o Nilai Pendidikan

Media mestilah releven dan memenuhi sukatan, menghasilkan


pembelajaran yang kekal dan bermakna serta memupuk perkembangan
koordinasi mata, otak dan kemahiran motor.

o Aspek Motivasi

5
TEKNOLOGI AUDIO, VIDEO, GRAFIK & ANIMASI DIGITAL (SPM 2303)
Keberkesanan media daripada aspek motivasi berlaku apabila
persembahan visual menarik dan diselitkan nilai murni yang bersesuaian.

o Menarik Perhatian

Gabungan elemen multimedia ( teks, grafik, animasi, video dan audio )


yang berjaya menarik perhatian pelajar.

o Kognitif

Video boleh digunakan dalam menyampaikan prinsip dan peraturan.

o Psikomotor

Video dapat dikawal sekaligus dapat dilaju atau diperlahankan dalam


menunjukkan sebarang tindak balas peringkat demi peringkat.

Ringkanya, penggunaan video dapat meningkatkan prestasi pelajar sekaligus


membantu guru mencapai objektif pembelajaran.

6
TEKNOLOGI AUDIO, VIDEO, GRAFIK & ANIMASI DIGITAL (SPM 2303)
3.0 PERBINCANGAN

Di dalam perkembangan teknologi masa kini, penggunaan elektronik amat


digalakkan terutamanya dalam memperkembangkan sistem pendidikan negara, guru-guru
digalakkan menggunakan elemen teknologi dalam menyampaikan pengajaran dan
pembelajaran kerana ia dapat merangsang deria penglihatan dan pendengaran (Nurul
Fatiha) pelajar sekaligus membantu guru untuk memastikan objektif pengajaran dan
pembelajaran dapat dicapai.

Selain itu, dalam penggunaan aplikasi video yang terdapatnya elemen grafik,
animasi, dipercayai mempunyai kelebihan berbanding grafik statik (Aminordin Che
Lah). Penggunaan grafik dalam Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK) dapat
menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan kerana segala bentuk mesej yang
diterima oleh manusia melalui penglihatan mempunyai daya ketahanan serta daya ingatan
yang lebih tinggi (Jamalludin, Baharuddin dan Zaidatun), Menurut Aminordin Che Lah
lagi, grafik animasi turut membekalkan maklumat tambahan melalui dua atribut penting
iaitu gerakan dan trajektori. Penggunaan grafik animasi untuk menyampaikan maklumat
digambarkan sebagai pendekatan “ belajar melalui melihat” kerana gabungan
penyampaian grafik dan teks mampu mengukuhkan ingatan.

Apabila menyentuh aspek tarikan video dalam membantu guru ketika pengajaran
dan pembelajaran yang dijelaskan dalam artikel berkenaan, saya amat bersetuju ini
berdasarkan pandangan ilmiah yang lain, antaranya, penggunaan multimedia interaktif,
mendapati pelajar lebih berminat dan berasa seronok ketika pembelajaran (Lee Jun Choi,
Noor Shah Mohd, Salleh Peter Songan). Menurut Lee Jun Choi, Noor Shah Mohd,
Salleh Peter Songan, ini adalah disebabkan keupayaan multimedia memaparkan pelbagai
visual dan suara jika dibandingkan dengan media cetak misalnya, buku teks matematik
dan lain-lain bahan bantu mengajar yang bersifat statik. Mendapatkan perhatian pelajar
merupakan peristiwa pengajaran yang penting. Grafik animasi mampu memberi
rangsangan untuk mendapatkan perhatian melalui kesan khas sama ada teks atau grafik(

7
TEKNOLOGI AUDIO, VIDEO, GRAFIK & ANIMASI DIGITAL (SPM 2303)
Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir, 2003). Walau bagaimanapun, persembahan grafik
animasi tidak mencukupi hanya sekadar menarik perhatian pelajar dalam set induksi
tetapi perlulah dilihat penggunaannya dengan lebih mendalam sebagai jentera
pembelajaran (Aminordin Che Lah). Bahkan, menurut Dublin (1996) pembelajaran
melalui komputer dapat menambahkan inspirasi dan meningkatkan minat.

Namun begitu, terdapat juga kajian yang dilakukan bagi mendapatkan data tentang
kaitan penggunan aplikasi video atau lebih umumnya penggunaan aplikasi penggunaan
multimedia dalam pendidikan dengan pencapaian pelajar mendapati mendapati keputusan
yang diperolehi daripada kutipan data kuantitatifnya memihak kepada peratusan yang
lebih tinggi bagi kumpulan bahan bercetak berbanding bagi kumpulan pelajar yang
mempunyai pencapaian matematik sederhana dan tinggi (Lee Jun Choi, Noor Shah Mohd,
Salleh Peter Songan). Namun begitu Keputusan kualitatif pula memberikan keputussan
yang sebaliknya. Ini jelas menunjukkan PBK menghasilkan dapatan yang tidak konsisten
(Aminordin Che Lah), hal ini terbukti melalui kajian yang dilakukan oleh Rieber yang
menjalankan meta-analisis ke atas 12 kajian kesan grafik animasi dalam PBK mendapati
hanya 4 kajian menunjukkan kelebihan grafik animasi secara signifikan berbanding grafik
statik.

Manakala meta-analisis oleh Szabo dan Schlender ke atas 22 kajian mendapati 11


kajian menunjukkan kelebihan grafik animasi dalam PBK dan 11 yang lain tidak
menunjukkan kelebihan grafik animasi seperti yang diharapkan. Meta-analisis 45 kajian
oleh Anglin, Towers dan Levie pula mendapati 21 kajian menunjukkan kelebihan grafik
animasi secara signifikan berbanding grafik static. Kulik, Bergert dan William (1983)
telah mengkaji keberkesanan penggunaan PBK terhadap 48 orang pelajar. Hasil kajiannya
menunjukkan bahawa 39 orang pelajar yang menggunakan komputer memperoleh markah
yang labih tinggi berbanding dengan pelajar yang menggunakan kaedah tradisional. Ini
menunjukkan bahawa kita mesti sedar akan bahawa tidak ada satu media yang sempurna
dan boleh memenuhi semua keperluan. Namun, kita mestilah berusaha untuk menjadikan

8
TEKNOLOGI AUDIO, VIDEO, GRAFIK & ANIMASI DIGITAL (SPM 2303)
teknologi tersebut dapat digunakan semaksima mungkin. Penggunaan teknologi
multimedia merupakan alternatif yang tepat saat ini kerana multimedia dapat menyentuh
seluruh media pendidikan dalam satu perisian (Gagne,1971).

Selain itu, dalam proses pengajaran dan pembelajaran fokus utama seorang guru
adalah memastikan setiap matlamat pengajaran mencapai objektifnya. Justeru itu, proses
pengajaran memerlukan persediaan yang mantap oleh seorang pendidik sebelum terlibat
secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Menurut Zawawi
Hj. Ahmad (1992) pengajaran seorang guru bukanlah semata-mata dengan hanya
menyampaikan kandungan pelajaran yang dikuasainya itu kepada muridnya. Seorang guru
perlulah kreatif, menurut Robiah Sidin dan Hassan Langgulung (1980) Kreativiti bagi
seorang guru merupakan elemen yang dapat dipergunakan untuk menghasilkan satu
bentuk pengajaran dinamik. Selain itu guru yang bermatlamat sentiasa mempersiapkan diri
dengan dengan ilmu pengetahuan terkini sebagai contohnya kemahiran menggunakan
aplikasi penggunaan komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan kajian
yang telah dijalankan oleh Yusri Mat Johor (2004) mendapati 92.5% daripada 40 orang
guru sejarah di 12 buah sekolah menengah dalam daerah Bentong, Pahang bersetuju
bahawa penggunaan komputer dapat meningkatkan minat pelajar terhadap pengajaran
sejarah. Namun menuruut Yusri Mat Johor (2004), hanya terdapat sebilanag kecil sahaja di
kalangan para guru yang dapat mengendalikan dan menguasai aplikasi komputer ini
sepenuhnya. Oleh itu, kurangnya kemahiran yang dimiliki oleh guru memberi kesan
kepada proses pengajaran yang melibatkan penggunaan aplikasi multimedia.

Kesimpulannya, segala kaedah-kaedah serta penemuan baru di dalam penyampaian


pengajaran dan pembelajaran adalah dengan satu tujuan murni iaitu bagi memastikan
setiap pelajar dapat menguasai ilmu pengetahuan bagi menempuhi dunia yang semakin
memcabar ini.

9
TEKNOLOGI AUDIO, VIDEO, GRAFIK & ANIMASI DIGITAL (SPM 2303)
4.0 KESIMPULAN

Dunia pendidikan sangat mengharapkan kehadiran media pembelajaran yang


bermutu tinggi untuk meningkatkan kulaiti pendidikan. Kehadiran media seperti ini tidak
bermakna kehilangan peranan guru sebagai penentu jalan proses pengajaran dan
pembelajaran. Namun, kehadiran media pembelajaran yang berkesan boleh membantu
mempertingkatkanlagi mutu pengajaran dan pembelajaran. Kehadiran teknologi
multimedia memberi harapan baru dalam era pendidikan kerana media pembelajaran ini
mempunyai keupayaan yang tidak diperoleh oleh media lain sebelum ini.

Teknologi multimedia adalah salah satu media pembelajaran baru yang boleh
digunakan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Ini
adalah kerana multimedia menyepadukan pelbagai media; vedio, teks, suara, imej, grafik
dan animasi. Selain daripada gabungan itu, satu lagi keistimewaannya yang utama ialah
kebolehan interakviti. Ini dapat menarik minat pelajar serta menyokong perkembangan
pelajar yang masih dalam intelensi dan kreativiti. Sekaligus memastikan objektif
pengajaran dan pembelajaran tercapai dan mengembang esatkan lagi system pendidikan
Negara.

1
TEKNOLOGI AUDIO, VIDEO, GRAFIK & ANIMASI DIGITAL (SPM 2303)
0
RUJUKAN

Grafik Dalam Pembelajaran


www.sahc.kedah.edu.my/esei_karya, 7 Januari 2009

Teknologi Internet Dalam Pendidikan : Ciri, Penggunaan, Aplikasi Dan


Multimedia Interaktif
www.scribd.com/doc/4762752/Peranan-ICT-Dalam-Pendidikan, 8 Januari 2009

Teknologi Multimedia Dalam Pendidikan

www.ctl.utm.my/publication/manuals/mm/elemenMM.pdf, 8 Januari 2009

Lee Jun Choi, Noor Shah Mohd Salleh, Peter Songan


www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan, 10 Januari 2009

Penggunaan Teknologi Pengkomputeran Atau Bergantung Kepada Kreativiti Guru.


www.faizalsarail.files.wordpress.com, 10 Januari 2009

Multimedia Dan Teknologi Komunikasi Dalam Pengajaran

www.pibgsekolah.com/anaini/file/file/multimedia, 10 Januari 2009

Penbinaan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer Pendidikan Islam KBSR


Tahun 6

www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/p, 14 Januari 2009

Kepentingan Komputer Kepada Manusia


www.semestian.net/ghalib/?p=41, 14 Januari 2009
Aliran Pendidikan

1
TEKNOLOGI AUDIO, VIDEO, GRAFIK & ANIMASI DIGITAL (SPM 2303)
1
www.mypendidik.net/portal/modules.php?name=News&file=print&sid=378,
14 Januari 2009

1
TEKNOLOGI AUDIO, VIDEO, GRAFIK & ANIMASI DIGITAL (SPM 2303)
2

Anda mungkin juga menyukai